Thursday, December 3, 2009

From Kelantan With Love 5

PAGI itu, pagi minggu yang tenang. Erina baru lepas berbual dengan Nik Faridah dan Nik Mustafa dalam talian.Serba-sedikit kisah hidup anak gadis itu di daerah Gerik, sudah pun diberitahu kepada orang tua nya.


Dia melabuhkan punggung di atas katil . Bersandar pada dinding . Tak sedar bibirnya mengukir senyuman. Terkenangkan perbualan dengan Nazarul tempoh hari . Sangkanya lelaki itu akan datang dan memberi amaran kepadanya kerana gagal ’handle’ kes Wati dulu. Telahannya meleset. Lagi pun, atas dasar apa Nazarul perlu rasa marah sedangkan hal itu berlaku secara tiba-tiba.


Lebih terkejut lagi, guru lelaki itu datang meminta maaf kerana mungkin bersikap kasar dan dingin terhadapnya . Erina, rasa gembira dengan perubahan sikap Nazarul. Malah, dia menjadi kagum dengan sikap rendah hati lelaki dingin itu, sanggup minta maaf padanya. Cuma satu, guru lelaki itu masih tak pandai nak berjenaka atau melebarkan senyuman bila mereka berpapasan mata di sekolah. Biar lah, lambat-laun , keadaan itu akan menjadi biasa. Tak lama lagi, mungkin mereka boleh jadi kawan baik.


” Bedebuukk...” Patung ’Sponge box’ yang besar jatuh atas riba Erina. Lamunannya hilang serta-merta.

” Hoi... senyum sorang-sorang ni amendernyer ??? Tak kan dah angau ! Mamat ais tu, baru jer datang minta maaf beb, bukan datang minta hati kau tu! ” Sergah Najiha yang main terjah masuk ke bilik rakannya.


” Hoi !! Sakit lah ’minah’ . Kau ni , bagi salam boleh tak kalau pijak bilik aku ni.” Tambah Erina. Sejurus, dia bangun dan meletakkan patung itu atas katil.


” Hei... tolong sikit , ingat aku angau dengan cikgu tak reti senyum tu ker? Kirim salam lah Jiha. Dia bukan selera aku lah. Macam kayu jer . Tak reti ’mengayat’ langsung. ” Tokok Erina kembali.


” Hello !! Nik Erina ! Sedap mulut kau jer ek. Silap hari bulan, kau yang gila bayang kat mamat kayu tu baru tahu ! ” Najiha berujar lagi. Tidak mahu kalah dengan Erina. Dua-dua banyak mulut.


” Hah... apa hal terjah bilik orang ni? Nak gantikan ’Nas Ahmad ’ pulak?? ” Erina berjenaka teringat segmen terjah dalam rancangan Melodi .


” Tak der maknanya aku nak terjah-terjah ni. Kau dah siap ker??” Tanya Jiha .


” Kita nak keluar ker?” Usul Erina tak puas hati.


Tadi, main terjah bagai, ni nak ajak keluar tiba-tiba. Tak bagi salam pulak tu.


” Aku nak bagi tau la ni. Kau siap lah. Kita makan roti canai kat Riaz lah . Malas nak masak . Roti kosong ada lah kat dapur tu.” Tambah Jiha yang sudah cantik berdandan.


” Kau ni, ayu semacam jer, siap berkurung lama lagi. Nak makan roti canai ker, nak mengayat ’ Shah Rukh Khan ’ kat Riaz tu....”


” Seluar panjang aku basah lah ’beb’ . Tiga helai tu, semua aku ‘machine’ satu kali. Tu yang, tangkap ayu jelita ni.” Terang Najiha .


” Jap. Kau kuar dulu, aku siap.” Beritahu Erina.


Hampir 10 minit mereka duduk kat Restoran Riaz di pekan Gerik, menu yang dipesan sampai di meja.


” Wanginya roti canai ni. Jom makan. Bismillahhirarahmanirrahim...” Najiha memulakan sarapan pagi tu. Erina tidak banyak bercakap. Terus tunduk menjamu selera .


” Jiha !! aku nak minta tambah ais lah. Tadi rasa nak air panas. Sekarang nak air sejuk pulak. ” Kata Erina merujuk kepada teh tarik yang dipesan tadi .


” Jap ek. Aku panggil. ” Najiha sudah mula melambai tangan.

Lambai punya lambai kat pekerja Riaz tu. Tiba-tiba dia pandang seseorang sedang tersenyum ke arahnya dan membalas lambaian itu.


” Alamak !! Pagi-pagi lagi dah jumpa ’pakcik’ ni kat sini pulak.” Najiha bersuara setelah melihat lelaki itu menghampiri meja mereka. Erina yang berdepan dengan Najiha tidak nampak apa yang sedang berlaku.


” Assalamualaikum !! Baru makan pagi ker?” Suara itu menegur.

Erina mendongak. Mata mereka bertaut. Tiba-tiba pula, hatinya berdetak kecil. Jiha ni, aku suruh minta ais , yang dia pi panggil ’pakcik koop’ ni apa kes pulak. ’Pakcik’ ni dari mana pulak datangnya.


” Waalaikumussalam ... aahh... baru nak makan. Cikgu Razlan baru makan jugak?” Najiha pantas menjawab selepas melihat Erina terkedu beberapa detik. Macam orang hilang punca sekejap .



’Pakcik Koop’ dengan Erina ni pun macam ada jodoh jer, mana Rin ada dia ada, mana dia ada, Erina akan ada kemudiannya. Kebetulan !! . Najiha sempat mengelamun sendiri.


” Macam nak pergi ’jogging’ jer Cikgu Razlan ni?” Erina pula bersuara.


” Saya baru lepas ’jogging’ . Ni, datang nak bungkus roti canai bawa balik rumah.” Kata Cikgu Razlan tersenyum ramah.


” Siapa ada kat rumah nak makan roti canai . Macam banyak bungkus ni?” Terhambur soalan cepu mas dari mulut Najiha. Erina pantas menendang hujung kaki gadis itu. Jiha ni! Tanya macam tu pulak , hati Erina berdetik .


” Tak aper lah Najiha, Erina. Saya balik dulu. Sejuk roti ni, tak sedap pulak.Kata Cikgu Razlan selepas ketawa mendengar soalan Najiha.


Cikgu Razlan berlalu. Pekerja Riaz, baru sampai hantar ais ketul dalam cawan.

” Hei Jiha !! Kau ni kan. Agak-agak lah nak tanya soalan pun. Kan dah malu Cikgu Lan tu. Tak terjawab soalan kau tadi. Dah dia beli banyak roti, orang lah yang nak makan, mana ada raksasa kat rumah dia !!! Ada faham?? Namer jer jadi cikgu !!! ” Erina mengujar lanjut.

” Apa sengeh-sengeh ?” Ujar Erina kembali selepas melihat rakannya tidak menjawab tetapi tersenyum sinis.

” Apa kau panggil ’pakcik koperasi ’ tu tadi?? Cikgu Lan. Adoii... manja lah Rin. Naik geli aku . Kenapa dia tak nak jawab tadi, masa kiter tanya . Macam nak berlagak ’single ’ pulak. Ingat kiter nak ngorat dia aper ! ” Najiha mengusul .


” Hei... dia tu belum layak digelar pakcik tahu!! ” Kata Erina sambil menyisip teh tarik yang ditambah ais.


” Tapi kan Rin. Tadi tu, ’handsome’ gak ’pakcik’ tu pakai sut sport macam tu, macam jurulatih bola sepak . Tegap lagi . Patut lah kau terkedu semacam lepas bertentang mata dengan dia tadi. Huh !! Jangan tangkap cinta sudah !!! Menangis Nik Faridah kat kampung. ” Tambah Najiha kembali. Erina tersenyum sorang-sorang.


” Tahu tak per ! Aku dah lama tahu! Kau tu ’jeles’ tak boleh terima kenyataan Cikgu Lan tu nampak muda.” Ujar Erina lanjut. Kali ini Najiha sudah lepas tawanya.


” Yalah ! Yalah ! ’member’ aku ni tak tahu lah. Dah siap. Jomlah nak pi The Store cari barang.” Tambah Najiha lagi.


Mereka bangun dan membayar harga makanan. Kemudian, berkereta ke The Store Gerik, membeli barang dapur . Hampir menjelang Zohor baru mereka pulang ke Taman Intan.


Hari Isnin menjelma kembali. Persekolahan berjalan seperti biasa. Erina dan Najiha juga, sudah menjadi sebahagian daripada warga SM SIS sejak menjadi guru sandaran di sekolah itu. Mereka juga disukai oleh hampir semua guru kerana pandai membawa diri dan bersikap mesra .

” Dah habis kelas ?” Suara Nazarul mencecah telinga Erina.

“ Emmm. Dah. Ni yang lepak kat sini. Nak cari maklumat sikit.” Kata Erina merujuk kepada komputer yang terpasang.


” Rajin.” Sepatah cikgu lelaki itu mengomel.

“ ‘thanks!’ But, memang dah keja saya sebenarnya. “ Ujar Erina lembut.

Pandangannya singgah ke wajah Nazarul Tidak ada segarit senyuman pada bibir lelaki itu. Wajahnya tidak nampak tegang macam selalu tetapi masih serius.

“ Awak dah maafkan saya kan?”

” Dah. Tak cukup lagi ? ”

” Kalau boleh nak bukti. ”

” Bukti macam mana? Nak bukti lisan ker bertulis.” Erina cuba gergurau.


Kali ini, dia berjaya mencairkan ais di hati lelaki itu. Nazarul senyum sedikit. Tapi, masih nampak kaku.

” Kalau betul dah maafkan saya, boleh tak ikut saya jadi guru pengiring ’debate’ ’next week’ ?” Tanya Nazarul .Kembali serius.

” Kan dah ada. Teacher Nisya kan. Budak-budak tu ada cakap masa saya singgah tengok diorang buat latihan kat Dewan Makan. Tapi saya tak pernah nampak cikgu tu.” Kata Erina terus.

” Nisya . Emm. Dia kursus sebenarnya. Minggu depan habis. Tak sempat dengan ’debate’ tu.” Kata Nazarul kembali.

Kini, Nazarul telah pun menarik kerusi mendekati Erina. Ada beberapa pelajar juga sedang menggunakan pusat akses itu untuk mencari maklumat. Sesekali Erina memandang skrin komputer dan menekan tetikus di tangannya.

” Kat maner?”

” Lenggong”

” Tak aper ker? Tak sedap pulak. Kan Nisya marah nanti.”


Nazarul ketawa tiba-tiba. Apa yang lucu, hati Erina berdetik !

” Awak ni macam budak pulak. Nisya tu tak ada kerjanya nak marah awak. Lagi dia suka ada. Tak lah penat dia terkejar sana- sini. Baru habis kursus di Penang, nak ke Lenggong pulak. Penat lah dia. ” Ujar Nazarul panjang lebar.

Sememangnya, Nisya, guru Bahasa Inggeris, ialah cikgu ’glamer’ kat sekolah ni. Cikgu ’single’ yang paling cantik setakat ni. Kini, takhta itu, mungkin akan tergugat dengan kedatangan dua anak gadis guru sandaran baru ini, yang tak kurang jelitanya.

” Saya fikir dulu ek !! Tengok jadual dulu. Lagi pun BI ni, saya kurang sikit .Kalau BM boleh lah. “ Kata Erina jujur. Tidak mahu buat keputusan awal. Fikirnya, nak bincang dengan Jiha dulu.

“ Saya nak masuk kelas . Budak-budak dah naik rehat ni.” Kata Nazarul meminta diri. Erina angguk bersama senyuman. Nazarul beredar.

” Hoi.... mengayat nampak??” Najiha datang dari belakang.

” Tak der maknanya nak ayat-ayat orang lah. Kita tengah cari bahan nak mengajar ni. ” Kata Erina lagi.


” Asal aku datang jer, mamat tu ’blah’ .Tak ada can aku nak join sekaki. ” Jiha mengomel.

” Kalau kau nak, aku bagi tau dia ! ” Kata Erina mengusik.

” Tak payah! Ingat aku tak laku ker?? ’Ipoh ’mali’ ni. Tengok orang dulu lah. ” Jiha menambah lagi dengan gaya menggoda. Kali ini Erina sudah pecah tawa dibuatnya. Namun, segera berhenti bila sedar ada tiga orang pelajar di hujung bilik itu sedang menggunakan komputer .


” Cari aku ker? Aku dah habis kelas. ”

” Aku bawak pelajar ni masuk pusat sumber. Kelas ganti. Suruh diorang membaca . Tadi., kat bilik guru , Cikgu Laila nak jumpa kau Rin.” Tambah Najiha.

“ Apa hal pulak?? Aku buat lawak lagi ker?”

” Ntahh... kau pi lah jumpa dia. Kau pun ‘free’ kan. Dia ada kat bilik KP sekarang. Kelas dia pukul 12.30 nanti baru ada.” Tambah Najiha lanjut.

” Aku pi sekarang lah. ” Ujar Erina. Mengangkat punggung dan bergerak.

” Kak Laila nak jumpa saya?” Tanya Erina sebaik saja duduk di depan guru muda itu.

” Emmm... Rin. Macam ni. Cikgu Razlan suruh akak bawak Rin jadi guru pengiring pertandingan bahas daerah nanti. Minggu depan kat Felda Bersia. Akak kena jadi hakim ganti orang. Cikgu Razlan pun jadi hakim. Rin, guru BM kan. Rin jadi guru pengiring ya. Najiha pulak akan jadi pengiring budak forum nanti. Kebetulan Cikgu Suliza yang ’incharge’ forum tu, kursus minggu depan. Selalunya dia bawak budak forum . ” Kata Cikgu Laila.


” Guru pengiring bahas kak?” Erina terkedu seketika. Teringat ajakan Nazarul gantikan Cikgu Nisya jadi pengiring ’debate’. Macam mana ni?

2 comments:

Yeen said...

" Guru sandaran" rajin dan sentiasa je guru snr minta tlg kan...ahaks

Tgk dah jadi rebutan si Rin & Najiha... So tentu rin confuse nak ikut siapa cik nazarul or cikgu lan ha ha ha susah main buah dadu je rin...

Azlin197 said...

tunggu next episod .... dia nak iku saper ek...