Sunday, December 27, 2009

From Kelantan With Love 12



“ Jadi ? Kau pergi tak ni esok rumah ‘pakcik koop’ tu?” Suara Najiha nyaring dalam talian.


“ Tak tau lagi la. Papa tak kata apa lagi. “ Erina memberitahu .


Semua kisah yang berlaku daripada kedatangan ibu bapanya dan Cikgu Razlan itu, diceritakan kepada Najiha. Ketawa gadis itu mendengarnya . Tidak disangka orang tua Erina akan terserempak dengan Cikgu Lan di sekolah. Sudah jodoh barangkali ! Fikir Najiha.


“ Kau macam mana? Nak pergi ke tak nak?” Najiha memancing emosi Erina.


“ Nak .” Jawab Erina sepatah .


“Gatal… “ Usik Najiha. Serentak gelak tawa Najiha kedengaran dalam talian.


“ Macam mana sepupu kau ? Dah kena risik? Ker kau sekali kena risik?” Tanya Erina.


“ Dah . Dah selesai. Jadi dah . Nak bertunang lepas ni. Ada ‘somebody’ aku jumpa hari ni kat rumah ‘cousin’ aku. Nanti lah balik sana aku ‘story ‘ . Tak ‘best’ dalam telefon. Ada gambar dia sekali . “ Najiha berujar lagi.


“ Haa…. Jadi, dah jumpa calon lah ni. Tuah badan lah balik kampung ni.” Erina mengusik.


“ Mama kau Tanya aper Rin? Dia syak apa-apa?” Najiha menukar topik cerita .


“ Petang tadi dia macam syak sesuatu jer ! Tak tahu la. Tapi tak jelas .Macam dia nak uji aku lah.” Kata Erina lanjut.


“ Rin! Dah tu, kau bagi tau tak kau suka kat ‘pakcik’ tu?”


“ Nak mati?? Mau pengsan mama aku kalau tahu aku suka kat ‘pakcik’ yang dia kata dah senja tu . “


“ Habis? Dia tanya apa?”


“ Dia tanya kalau-kalau aku ada ‘somebody’ yang ‘special’ aku jumpa kat Gerik ni.Tu jer. Wat saspen jer mama aku tadi Jiha. “ Ujar Erina.


“ Rin ! Kau bagi tau lah mama kau kalau kau suka kat ‘pakcik koop’ tu. Tengok cam ner respon dia.” Tambah Najiha lagi.


“ Tak nak lah. Aku belum ‘confirm’ lah. Ntah-ntah ‘pakcik koop’ tu tak rasa apa-apa pun. Aku jer ditimpa ‘balak’ . Perasan sorang-sorang. Padan muka! “ Erina menyambung.


Najiha ketawa lagi di hujung talian. Erina ! Erina! Apa lah yang buat dia berkenan dengan ‘pakcik koop’ yang dah senja tu. Fikir Najiha. Ni lah, bahana cinta itu buta agaknya.


“ Rin. Mak aku panggil kat luar tu . Sambung kat rumah petang esok lah. “ Najiha memecah sepi kembali.

“OK. Jumpa esok. Bawa balik buah tangan banyak-banyak tau.Kirim salam kat mak kau sekali. “ Balas Erina sebelum talian diputuskan.


“ Rin ! Dah tidur ker ?” Suara Nik Faridah kedengaran di luar pintu bilik. Erina melihat jam di atas meja . Dah pukul 11 lebih. Mama belum tidur ker! Dia bangun ke pintu bilik.


“ Mama belum tidur ? Masuk lah. Rin baru lepas borak ngan Jiha. Dia ‘call’ tadi. “ Erina membuka bicara .

Mereka duduk atas katil. Erina memeluk ‘teddy bear’ putih yang besar . Nik Faridah senyum melihat kemanjaan anak gadis tunggalnya itu.


“ Rin !! Betul ker , tak jumpa siapa-siapa ker kat sini? Mana lah tahu, ada yang tersangkut dengan anak mama yang cun ni! “ Nik Faridah mengusik. Kepala Erina diusap manja. Erina tersenyum meleret.


“ Mama ni ! Tak puas hati lagi . Dari petang tadi sibuk nak ‘ushar-ushar’ Rin ya !! . Kalau ada kenapa?” Erina menguji


“ Nak jugak mama kenal . “


“ Tak der lah ma. Rin datang ni, nak timba ilmu . Nak belajar jadi cikgu. Bukan nak cari calon suami.” Erina menjawab lagi. Menjeling manja kea rah Nik Faridah.


“ Tak apa lah. Mama ingat ada yang sangkut . Nak juga rasa dapat menantu sekali lagi. “ Usik Nik Faridah dengan ketawa kecil.


“ Mama ni. Lambat lagi . Rin nak sambung belajar lagi la. Nak buat ‘master’ macam Cikgu Lan tu. Pas tu nak kerja dulu. Tak nak pikir lagi soal kahwin tu . Kalau ada jodoh, ada lah nanti .“ Erina menambah .


“ Hurmmm !!! Cikgu Lan ?? Kenapa macam Cikgu Lan. Abang Fazli , mama dan papa pun pemegang Ijazah Sarjana juga, tak buat contoh pun. “ Nik Faridah mengusik. Kelihatan anak gadis itu suka menyebut-nyebut nama Cikgu Razlan yang baru mereka kenal tengah hari tadi .


“ Tak ada lah….. kebetulan , kami kan satu sekolah. Sebut nama pun tak boleh ker. Bukan ada apa-apa pun!! “ Jawab Erina dengan sedikit wajah malu-malu.


“ Kalau tak ada apa-apa, kenapa nak ‘gabra’ semacam ni?” Nik Faridah mengusik lagi. Tidak lekang memberi senyuman kepada Erina .


“ Dahl ah ma… kita cakap hal lain ya. Cam ner? Esok ? “ Tanya Erina merujuk kepada program yang mereka bincangkan tengah hari tadi.


“ Papa kata esok boleh lah kita pergi rumah Cikgu Razlan tadi tu.”


“ Betul mama ? Betul papa nak pergi?” Erina bertanya girang .


“ Hai ! Suka Nampak ?? Cikgu Lan tu nampak baik sangat dengan Rin. Pandangan dia, cara dia tengok Rin, mama Nampak lain jer. Tak macam cikgu dengan cikgu. Ya lah. Dia kan duda. Awk tu anak dara. Risau pulak mama. “ Nik Faridah menyuarakan kerisauannya.


“ Mama !! Tak baik syak yang bukan-bukan. Rin suka kawan dengan Cikgu Lan. Memang dia baik. Banyak tolong Rin. “ Erina memuji lagi. Kali ini pujian itu dirasakan berbunga-bunga dalam hatinya.


“ Ya lah. Mama harap dia betul-betul baik . Bukan baik ada makna ! “ Sekali lagi usikan terkena batang hidung Erina. Erina senyum bila Nik Faridah mencuit hidung mancungnya. Segera diusap-usap hidungnya dengan senyuman manja.


“ Mama tidur dulu . “ Nik Faridah bangun untuk keluar .


“ Tidur dengan Rin lah malam ni. Rindu lah dengan mama. “ Erina bersuara manja. Sekadar mengusik.


“ Haa…. Cepat-cepat lah cari ‘teman sebilik’ “ Nik Faridah memulangkan paku buah keras , merujuk kepada ‘calon suami’ sebagai teman Erina. Erina senyum melebar. Faham maksud usikan Nik Faridah .


“ Nite mama! “ Ucap Erina. Nik Faridah bergerak keluar . Pintu bilik ditutup kembali .


Cuaca pagi Ahad itu sungguh cerah . Erina mengambil kunci kereta Honda CRV Nik Mustafa untuk keluar membeli sarapan pagi. Telah diberitahu kepada Nik Faridah selepas subuh tadi agar tidak bersusah-susah menyediakan sarapan. Dia akan membeli sarapan di luar.


Kereta Honda itu berhenti betul-betul di hadapan Restoran Riaz. Erina keluar membeli roti canai untuk menu pagi itu. Sengaja nak bagi Nik Faridah dan Nik Mustafa yang jenis jaga makan tu, ‘pekena’ roti canai sekali-sekala. Kalau tak , memang orang tuanya jenis yang ‘jaga makan’ demi kesihatan diri . Betul juga sebenarnya, tapi kali ini, Erina akan pastikan mama dan papa makan apa yang dia beli.


“ Rin !! Buat aper pagi-pagi ni?” Suara yang biasa didengar menegurnya dari belakang. Dia menoleh. Mengukir senyuman .


“ Rul , awak pulak buat aper pagi-pagi ni ? Di sini?” Tanya Erina sengaja walaupun sudah tahu tujuan dia ke situ.


“ Ha ahh…. Awak pekena saya ya ! Maksud saya tadi, awak nak beli roti canai ker?” Soal Nazarul kembali selepas melebarkan senyuman. Nazarul kelihatan baru lepas ‘jogging’ . Nampaknya Nazarul dan ‘pakcik koop’ jenis yang jaga badan jugak lah , sama naik dengan papa dan mama.


“ Kita kan kat kedai roti canai , tak kan saya nak beli basikal pulak wak ! “ Sekali lagi Erina berlawak dan kali ini jejaka itu sudah ketawa .


“ Awak pandai buat lucu jugak yer ! “ Nazarul menambah.


Kereta baru ? “ Soal Nazarul menjeling kepada Honda CRV yang diparkir berdekatan kedai . Dia sempat melihat Erina turun dari kereta itu tadi.


“ Mama dan papa saya datang . Pinjam kereta papa ni. Mereka ada kat rumah . Kebetulan Jiha balik kampung. “ Erina memberi keterangan dengan jelas. Nazarul anguk-angguk kepala.


“ Awak nak balik dah ?” Soal Nazarul kembali.


“ Maaf lah Rul ! Nak cepat ni. Mama dan papa tengah tunggu .” Kata Erina . Dia memegang bungkusan roti canai yang diberi oleh pekerja kedai tadi.


Ada tak Cikgu Lan ajak makan rumah dia petang ni?” Tanya Nazarul yang sebenarnya dia sudah tahu Erina dijemput ke rumah Cikgu Razlan. Sengaja dia bertanya Cikgu Razlan tempoh hari, siapa yang dijemput ke majlis ringkas itu. Nazarul tak menyangka Erina dan Najiha juga dijemput sedangkan mereka masih lagi baru di sekolah tu.


Ada. Dia sempat ajak mama dan papa saya sekali. Semalam diorang berjumpa secara tak sengaja. “ Erina bersuara .


Nazarul sedikit kaget , tetapi disembuyikan dalam hati. Mama dan papa Rin terserempak Cikgu Lan ? Apa kes pulak? Hati Nazarul bersuara sendiri . Niat untuk bertanya lebih lanjut tidak jadi .


“ OK lah. Rin. Awak pun nak cepat, ingat nak ajak minum tadi. Jumpa nanti ya ! “ Tambah Nazarul kemudian masuk ke dalam kedai . Erina bergegas mendapatkan kereta dan menghidupkan enjin.


“ Lama nyer ! Beli ke buat sarapan ?” Sindir Nik Faridah yang muncul di depan pintu . Erina tutup pintu kereta selepas mengukir senyuman tanpa jawapan lisan.


“ Mama ! Jom makan .” Ajak Erina yang sudah pun meletakkan bungkusan atas meja.


“ Ajak papa kat bilik. Mama nak ambil air . ” Kata Nik Faridah


“ Papa ! “ Panggil Erina.


Nik Mustafa menoleh. Mengukir senyuman kepada anak gadis tunggalnya. Sejak gadis itu mencari pengalaman kerja di Gerik, Perak , dia terasa sunyi. Sunyi dari kenakalan dan kemanjaan Erina. Dia rindu untuk melihat dan mendengar celoteh anak itu saban waktu. Erina lah yang menceriakan rumah mereka selama ini, selepas Fazli, anak sulung mereka kahwin dan berhijrah ke Pulau Pinang.


“ Rin masak ker?” Soal Nik Mustafa sambil mengusap kepala Erina.


“ Jom lah pa ! “ Erina menarik tangan Nik Mustafa dengan manja.


“ Rin ! Rin ! Dah besar panjang pun, nak manja dengan papa lagi?” Nik Faridah bersuara melihat dua beranak itu beriringan keluar bilik.


“ Anak saya ! “ Nik Mustafa menjawab dengan senyuman.


“ Anak awak tu anak saya juga.” Nik Faridah pulak menyambung .


Erina senyum melihat kedua-duanya begitu mesra . Kalau boleh, dia juga mahu mencari suami yang mesra dan penyayang seperti Nik Mustafa . Seingat Erina, papa tak pernah meninggikan suara pada mama nya . Sejak sekian lama, mereka sentiasa kelihatan saling menghormati walaupun kadangkala ada juga musim-musim pergaduhan kecil melanda. Adat dunia. Fikir Erina.


“ Anak papa masak aper?” Nik Mustafa bersuara . Duduk di meja makan.


“ Rin beli roti canai pa. Sesekali. Makan lah. Sedap ni.” Erina bersuara.


“ Hurmmm… ingat kan Rin masak ? “ Nik Mustafa menyindir dengan senyuman. Nik Faridah juga senyum.

“ Sekali – sekala papa . Kan mama?” Kata Erina lagi. Kali ini Nik Faridah menjungkit bahu , namun senyuman masih mekar di bibir.


Jom lah kita makan. Sejuk tak sedap pula.” Ujar Nik Mustafa. Dia membaca doa makan dan yang lain mengikuti. Mereka menghabiskan masa bersantai di rumah sementara menunggu majlis ringkas di rumah Cikgu Razlan. Kemudian selepas Asar, Nik Faridah dan Nik Mustafa akan berangkat pulang.


Di rumah Cikgu Razlan, majlis doa selamat sempena hari lahir Fatin Najwa telah pun berlangsung secara ringkas tetapi meriah .


“ Mama , papa. Ni Nazarul, kawan Rin kat sekolah .” Ujar Erina memperkenalkan Nazarul dengan orang tuanya. Dari awal tadi, Cikgu Laila juga sudah bertemu mata dengan kedua ibu bapanya. Begitu juga dengan Fatin Najwa.


“ Nazarul , Kelantan kat mana?” Tanya Nik Faridah . Dia mula menyukai jejaka itu sejak mereka bertemu di situ. Sejak tadi, dia nampak mata Nazarul tidak puas-puas memandang Erina. Hati tuanya berdetik mungkin juga jejaka itu menyimpan perasaan pada Erina. Namun, Erina pula lain halnya. Dia begitu baik melayani Cikgu Razlan.Tambahan lagi anak perempuannya Fatin. Mereka Nampak mesra sangat.


“ Dekat Jalan Langgar .” Jawab Nazarul hormat .


“ Dah lama mengajar sini?” Giliran Nik Mustafa menyoal. Nazarul senyum sebelum mengatur bicara.


“ Tidak lah lama sangat . Nak masuk 4 tahun. “ Jawab Nazarul kembali. Membetulkan duduk . Memandang Erina yang sedang bersembang dengan Fatin, anak Cikgu Lan.


“Terima kasih la sebab sudi jugak datang . “ Cikgu Razlan pulak duduk berdekatan mereka. Nik Mustafa memberikan senyuman.


“ Sama-sama. Tak boleh lama ni. Lepas Asar nak bertolak .” Kata Nik Mustafa mesra. Baginya Cikgu Razlan seorang guru yang berkarisma. Walaupun mereka hampir sebaya , dia tak nafikan, Cikgu Razlan kelihatan muda sedikit daripada umurnya .


“ Saya ke dapur sebentar ya! “ Kata Cikgu Razlan meninggalkan Nazarul menemani ibu bapa Erina.


Seawal tadi, Cikgu Razlan macam tidak percaya Erina sudi datang bersama ibu bapanya. Gadis itu seperti selalu, mampu mencuri pandang sesiapa pun dengan penampilannya. Kali ini, dia sungguh ayu dengan baju kurung kain kosong warna jingga dan tudung bercorak bunga kecil.


“ Cikgu … jom lah kat luar. Tinggal kan jer pinggan tu dalam sinki.” Kata Fatin Najwa mengajak Erina ke ruang tamu.


“ Fatin pergi dulu. Nanti cikgu pergi. Sikit jer ni. “ Sambung Erina dan menyambung kerjanya. Fatin bergerak ke ruang tamu.


“ Erina ! “ Suara Cikgu Razlan kedengaran di belakangnya membuatkan Erina sedikit terkejut . Erina menoleh. Renungan mereka bersatu . Erina dan Cikgu Razlan masing-masing dilanda debaran .


“ Cikgu Lan! Saya dah nak siap ni.” Ujar Erina yang mula rasa gundah. Macam mana ni. Aku rasa macam ‘gabra’ la berdepan dengan ‘pakcik’ ni. Aduhai !! hati, tolonglah kuat semangat ! .


“ Rin ! Jangan susah-susah . Tinggal jer. “ Jujur Cikgu Razlan memberitahu. Namun, jauh di sudut hati, dia sungguh tertawan melihat gadis itu sedang berada dalam dapurnya membuat kerja-kerja biasa seorang perempuan . Bermakna , Erina bukan lah anak manja yang tak tahu buat kerja langsung. Dia Nampak tak kekok mencuci pinggan mangkuk dan mengelap gelas yang telah dicuci .


“ Cikgu Lan ! Saya dah siap , saya kat luar dulu ya ! “Ujar Erina setelah melihat Cikgu Razlan begitu lama merenung ke arahnya. Dia menjadi tidak sedap. Nanti apa pula kata tetamu kat luar . Fatin menjengah tiba-tiba, sebelum Erina bergerak keluar.


“ Papa ! Cikgu ! Naper ni? Senyap jer? Sembang aper ?” Soalan Fatin yang berbau soal-selidik itu telah diagak oleh Erina. Fatin seolah-olah tahu ada sesuatu antara mereka. Ya Tuhan ! Berilah aku tanda, apa kah aku dan Cikgu Lan mempunyai rasa yang sama. Renungan dia tadi, seperti nak memberitahu sesuatu, tapi., aku tak pasti ! .Erina bermain-main dengan perasaan sendiri.


“ Cikgu dah habis bersembang Fatin. Nak keluar dah ni.” Cepat sahaja Erina menepis syak wasangka Fatin. Cikgu Razlan pula kelihatan mati akal. Hilang punca diterjah tiba-tiba oleh anak gadisnya.


“Jom cikgu ! “ Ajak Fatin . Lengan Erina dipaut mesra. Cikgu Razlan tersenyum . Fatin dan Erina Nampak serasi benar. Cikgu Razlan juga mengekori mereka berdua.


“Lama Rin kat dapur ?” Nik Faridah menegur selepas gadis itu melabuhkan punggung di sebelahnya.


Diikuti Cikgu Razlan , yang kini duduk berhadapan dengan Nik Mustafa. Tanpa Erina sedar, Nazarul sedang memerhatikan dia dan Cikgu Razlan dengan pandangan yang aneh. Keluar dari dapur bertiga ! anak dan bapa, apa sebenarnya yang terjadi antara Erina, Cikgu Lan dan Fatin. Nazarul diasak rasa ingin tahu. Mesra benar Fatin dengan Erina , begitu juga kemesraan dan pandangan antara Erina dan Cikgu Lan. Ishh ! Tak mungkin. Cikgu Lan seperti seorang bapa kepada Erina. Mana mungkin . Hati Nazarul berdetik seorang diri.


“ Ha ahh. Mama , Rin tolong cuci pinggan tadi. Sekali dengan pinggan makan kita .” Erina menjawab jujur. Sememangnya dia terlebih rajin tadi kerana mencuci semua pinggan kotor yang terbiar dalam sinki. Tanpa dia sedar kerja-kerja tangannya itu sedang diperhatikan oleh ‘pakcik koop’ hingga dia dilanda debaran yang kuat .


“ Jom lah, papa rasa baik kita bergerak dulu.” Kata Nik Mustafa pula. Mengukir senyuman kepada tuan rumah .


“ Uncle balik terus lepas ni?” Ramah Nazarul berbahasa.


Senang benar dengan Nik Mustafa yang menerima baik dia dan Erina berkawan. Tadi, sepeninggalan Erina ke dapur , Nik Mustafa sempat berpesan agar Nazarul membantu anak gadisnya di sini. Lagi pun, mereka juga satu negeri . Nik Mustafa nampaknya suka dengan jejaka yang berbudi bahasa itu. Nazarul Nampak berwawasan dan pandai ambil hati orang tua.


“ Ya lah. Uncle tak biasa sangat jalan malam-malam. Baik turun awal .” Kata Nik Mustafa lanjut.


“ Untie pun tak suka jalan malam Rul. Kalau boleh biar sampai awal sikit. Esok pun kami kerja. Malas nak ambil cuti. “ Nik Faridah pula menyambung. Dia juga seperti Nik Mustafa . Berkenan sangat dengan jejaka Kelantan yang sorang ni.


“ Terima kasih lah, cikgu Lan . “ Ujar Nik Mustafa yang sudah bangun untuk ke pintu . Mereka bersalaman. Begitu juga Nazarul . Ramai tetamu belum pulang , tetapi mereka terpaksa pulang awal memandangkan Nik Mustafa akan menyambung perjalanan jauh.


“ Sama-sama. Terima kasih lah, sebab meluangkan masa petang ni. “ Cikgu Razlan berbahasa.


Nik Mustafa mengangguk bersama senyuman . Cikgu Razlan Memandang wajah Erina sekilas. Kemudian memandang wajah Nik Faridah sambil tersenyum sebagai tanda terima kasih dengan kehadiran mereka .


Erina dan Nik Faridah juga bersalaman dengan Fatin dan Cikgu Laila berserta beberapa tetamu lain. Kelihatan mereka menerima baik kunjungan ibu bapa Erina walaupun sekejap.


“ Rin ! Nazarul tu rapat dengan Rin ker ?” Soal Nik Faridah dalam kereta . Erina terdiam sejenak sebelum menjawab.


“ Rapat macam mana mama! Biasa jer . Sama macam Rin kawan dengan cikgu-cikgu lain.” Kata Erina lagi.


“ Dia tu bujang lagi kan?”


“ Ha ahh… naper mama?”


“ Handsome lah. Dah ada orang ker ?”


“ Mama ni? Setahu Rin , dia ‘single’ lagi ma. Mama suka sangat naper?”


“ Rin tak faham ker ? Mama awak tu suka nak buat menantu lah tu. Dia suka sangat kalau Rin kahwin dengan orang Kelantan. Nak dekat-dekat duduk kampung . Tak macam Fazli, kahwin orang luar .” Nik Mustafa menambah dengan ketawa pendek.


“Ishh… mama ni . Ke situ pulak. Rin dengan Nazarul tak der apa-apa . Kami kawan jer . “ Kata Erina lagi.

“ Apa salahnya kalau ada apa-apa . Kan bang ?” Nik Faridah menyambung .


“ Tak nak lah. Dia baik , tapi ada cikgu sekolah Rin, nama Nisya dah ‘booking’ dia bertahun-tahun ma.” Erina memberitahu sambil tersenyum .


“Hah ? Bertahun-tahun? Macam maner tu Rin?”


“ Entah la. Nisya dah lama tunggu Nazarul. Satu bilik guru tahu, tapi Nazarul tu macam tak layan sangat .” Kata Erina lagi.


“ Maknanya , Nazarul tu nak tunggu orang lain lah tu.”


“ Tak tahu lah ma. Malas lah nak sebuk hal orang “ Erina menyambung ..


“ Cikgu Razlan ? “ Tanya Nik faridah lagi.


“Kenapa dia?”


“ Tak nak kahwin lain ker ?Kan dah lama duda.”


“Ishh… mana lah Rin tahu. Tapi, Cikgu Lan tu ‘smart’ kan mama. Kahwin dengan anak dara pun boleh lagi.” Erina sengaja mengusik Nik Faridah .


“ Haa…. Tak boleh. Anak dara kena kawin dengan anak teruna macam Nazarul tu. “ Nik Faridah pulak berkias.


Bimbang anak gadisnya jatuh hati pada Cikgu Lan. Dia perasan tadi, Erina dan Cikgu Lan kalau sama-sama pandang tu, lain macam jer. Macam ada pertalian halus yang belum terbongkar . Ada rahsia yang tersembunyi. Tapi tak mungkin Erina suka lelaki tua ! Hatinya berbisik sendiri.


“ Dah sampai. Jom ! Nak masuk solat . Kita bersiap lah.” Kata Nik Mustafa menoktahkan perbualan ibu dan anak itu. Mereka masuk ke dalam rumah. Menunaikan kewajipan pada yang Esa. Selepas Asar , Nik Mustafa dan Nik Faridah berangkat pulang .


“ Hello ! Waalaikumussalam ! “ Erina menyahut panggilan telefon bimbitnya.


“ Mereka dah balik?” Suara di hujung talian bergema lagi.


“ Baru lepas tadi.Naper awak?”


“ Kat rumah Cikgu Lan tadi, awak Nampak cantik sangat ! “


“ Awak ni, kenapa tiba-tiba puji saya ni. Semalam saya tak cantik ker?” Erina berjenaka kembali. Cuba menceriakan suasana .


Erina melabuhkan punggung atas sofa. Membetulkan ‘handphone’ yang dipegang .


“ Saya nak tanya Rin. Da lama saya nak tanya . Rin jawab dengan jujur boleh tak?” Suara di hujung talian kedengaran lagi.


“ Lain macam jer ? Awak nak tanya aper?” Hati Erina dilanda debar.



5 comments:

Maryam Kamal said...

jeng jeng jeng...

kak lin,
suka tau buat surprise!

:)

Azlin197 said...

Ha ahhh....

akak nak bg semangat sikit .. biar next entry lebih OK...


next entry dlm proses lgi...Tunggu tahun baru ...

TQ Maryam Kamal

qyqa said...

ahahahaha...
sifu memg ska wat sprise...
er... pa ya?????
x pandi nak teka..
kalo sifu dpt mpi ag...cter taw..he3

Azlin197 said...

Qyqa .... belum mimpi ahhh...
belum start lg entry baru ni...sebuk ngan tahn baru...nanti laa...nak setel dulu minggu pertama sekolah...biar running betul2 dulu..
hi hi hi........

Anonymous said...

Akk lama benar cerita nie x berkesinambungan adk tertunggu2 huhu....