Saturday, August 1, 2009

RUMAH SEWA RM 45

PENUNTUT-PENUNTUT Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang telah berpusu-pusu ke foyer PPIP untuk melihat senarai nama yang baru keluar.

Aku, Laila dan Nita juga tak mahu lepaskan peluang. Kami juga mahu berebut-rebut mencari nama dan sekolah mana kami ditempatkan untuk menjalani latihan praktikum nanti.

” Ila, Nita, kita dapat sama tempat beb!! SMK Tengku Abdul Aziz, Kedah .” Aku melaung kat tengah-tengah orang ramai. Lantak lah. Yang penting aku, Nita dan Laila dapat satu sekolah.

” Ya Allah Yana, syukurlah, kalau kita tak dapat satu sekolah, menangis 7 hari 7 malam lah aku.” Nita pula datang dengan gebangnya. Tak sudah-sudah kawan aku yang mulut becok tapi baik hati ni bercakap.

Hari itu, sehari suntuk semua orang asyik bercerita tentang sekolah mana mereka kena pergi buat praktikal mengajar selama hampir 3 bulan.

@@@@@@@@@@@@@@@

Awal Februari ni, dah masuk 3 minggu kami menyewa rumah kat area Simpang Empat, Kangkung ni. Tidak lah dekat sangat dengan Pekan Tokai . Kalau nak ke sekolah kami ada ’chatter’ kereta Pak Cik Hamid bekas tukang kebun sekolah. Pak Cik Hamid, kebetulan tak kerja pun, hantar dan ambil cucu nya pergi balik sekolah. Sesuai dengan kami yang satu sekolah dengan mereka.

Kami pakai motor tuan rumah kalau nak keluar. Motor tu diorang jarang guna. Lagi pun tuan rumah yang kami panggil Mak Dah pandai bawa kereta. Dia selalunya keluar pakai kereta. Mak Dah ni, kerjanya berniaga kecil-kecilan. Macam-macam bisnes dia angkat.

Jual barang kemas, jual kosmetik, jual jamu. Macam-macam lah. Tu yang seronok kat sini, kami tumpang sekaki jamu mata jer! Cikgu praktikum kan, mana lah ada gaji lagi.

Malam itu tak seperti malam-malam yang lain. Aku rasa sejuk sangat , dingin sampai ke sum-sum tulang. Hujan tak lebat sangat. Tapi cuaca kat luar tu seram semacam.

Rumah kami sewa ni, dahulunya anak Mak Dah tinggal. Mereka dah pindah kat KL katanya. Mak Dah ada anak lelaki dewasa. Kacak, lawa, tampan giler.
Hairan! Laila dan Nita tak pulak terserempak ngan mamat tu, aku jer selalu nampak dia. Namanya pun unik gak aku rasa, Megat Iskandar.

Macam nama klasik pun ada, tak kisahlah, yang penting ’handsome’. Tinggi, badan tegap, kulit cerah sedikit dari anak jati Melayu. Mukanya kemas tak berkumis, kadang-kadang ada kumis nipis, tak sempat cukur habis kot. Kerjanya, aku tak pasti sangat. Tapi, time aku sorang-sorang tak dak kawan nak sembang, dia selalu ada.

Yang aku heran sekali, baju dia. Mamat ni kan, cukup suka pakai kemeja biru polos dan slack hitam. Kemeja tak masuk dalam, nampak kasual lah. Ngancam habis! Lengan baju kemeja dilipat sampai ke bahagian lengan, macam banyak kerja jer gayanya. Tapi nampak muka ’relax’ semacam jer.

Kadang-kadang tu, aku ajak geng kami bertaruh, sapa dapat ’tackle’ Abang Iskandar dan ajak dia keluar makan. Menganga mulut Laila bila terbayangkan cerita aku ni. Dia tak pernah nampak lagi Megat Iskandar ni . Aku melopong ajer lah tiap kali Abang Iskandar tu kata dia banyak kerja hujung minggu. Mamat ni tahu ker, aku dah pakat ’gamble’ nak ’adjust’ dia haaa.

Aku tak dapat tidur sangat malam ni. Perut pula memulas. Nak pergi tandas ker ni. Dah pukul 11.45 malam. Tandas ada kat belakang bilik Laila. Laila dah tidur. Dia tidur dengan Nita. Bilik utama. Aku ambil bilik kedua. Tak nak kongsi dengan orang lain kononnya.

Seram. Semilir malam menjamah tubuhku. Aku bangun dan ambil baju sejuk . Kemudian keluar bilik. Bergerak ke arah bilik Laila dan Nita. Aku melintasi ruang dapur dan hendak membelok ke kanan. Ke tandas. Chopp...Tak jadi. Ada kelibat kat dapur . Dekat meja makan empat segi dengan 4 kerusi. Macam bayangan lelaki lah.

Aku pejam celik kan mata. Aku memang sah, aku yakin, aku pasti aku nampak bayang batang tubuh seorang lelaki . Tegap dan tinggi macam Megat Iskandar dari pandangan sisi.

Aku gosok mata lagi berkali-kali. Tiba-tiba aku buka mata semula. Bayangan itu merempuh badanku. Aku pengsan terkejut, takut yang amat selepas mengeluarkan bunyi melolong yang maha kuat. Tak tahu apa jadi lepas tu. Aku pengsan. Kira takut tahap dewa lah ni!

@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sayup-sayup aku dengar bacaan Yassin di tepi telinga. Bau apa ni? Bau kemenyan ker? Tak. Tak mungkin. Aku dah mati ker? Tak mungkin ? Aku nak buka mulut. Tak dapat. Aku nampak Abang Megat Iskandar di hujung muka pintu. Ramai orang baca Yassin kat aku. Naper ni? Aku sakit ker aper ni? Ya Allah, hanya pada Mu aku berlindung.

Aku buka mata perlahan-lahan. Aku nampak cahaya. Aku nampak Nita, Laila, dan Mak Dah. Mereka senyum tengok aku. Kenapa? Suara baca Yassin dan bau tadi dah tak ada.Aku bingung lah. Tadi aku ’transit’ kat mana sebenarnya . Mana orang ramai yang datang tadi.

” Yana!! Kau dah sedar? ” Laila si mulut becok risau tengok aku.
” Yana okay ker?” Tanya Nita pulak. Mata Nita basah bekas menangis.
” Kenapa ek? Korang? Aku okay aper?” Tanya ku kembali.
” Mak Dah jumpa kau tidur kat atas pangkin luar, kat tepi pohon sena.” Ujar Laila.
” Hah..” Ternganga mulut aku, luas yang amat.

Aku angkat tangan dan tutup semula mulut yang ternganga tadi.
”Aku? Tidur kat atas pangkin luar. Kau ni, gurau ker aper?”
” Yana. Malam tadi Yana tidur kat mana sebenarnya nak?” Tanya Mak Dah tenang.
Sambil tu, dia hulurkan aku segelas sir putih. Aku minum dulu. Tenangkan diri.
” Kat bilik lah Mak Dah. Kat atas katil Yana lah. Tak kan kat dapur pulak.”
” Haaahhh..kat dapur! Kat dapur malam tadi Yana nampak! Yana nampak”
”Nampak apa nak?” Tanya Mak Dah
”Kau nampak apa Yana” Nita dan Laila serentak bertanya.
” Nampak apa? Aku tak ingat. Aku pergi tandas. Aku tak ingat lepas tu aku nampak apa. Tapi aku macam nampak orang lain dalam rumah ni.” Aku bercerita lagi.Aku memang tak ingat sepenuhnya hal semalam.
” Mimpi lah tu.” Nita mengejek.
” Ya kot”
” Siapa jumpa saya Mak Dah?” Tanyaku lagi.
“Mak Dah nak keluar pagi tadi. Nampak kamu tidur kat pangkin.” Terangnya lanjut. Fikiran ku dibejat dengan kekeliruan lagi.

Nita dan Laila tersangat risau tapi, akhirnya dibiarkan sahaja. Coz, mereka selalu kata aku ni suka merapu kadang-kadang tu. Kuat berimaginasi. Kalah kan, cikgu sastera . Padahal, aku mengajar subjek Sains kat sekolah.

Kemudian, masing-masing mencari arah meneruskan rutin harian seperti biasa .

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sekolah Menengah Tengku Abdul Aziz ni best sangat aku rasa. Pembantu makmal dia , lawa. Muda lagi. Kami panggil Abang Zack. Kami tak kacau, kami menyakat jer. Cikgu nakal lah kiranya ni.

” Cikgu sewa rumah kat mana? “ Tanya Aziah anak murid ku tingkatan 4 Sains 1 .Hari tu, kami bersembang-sembang leaps dia tolong hantar buku latihan kat meja aku.
“ Rumah Mak Dah . Area Simpang Empant. Sewa murah sikit, nak jimat kos, 45 jer .” Aku berterus-terang, walaupun Mak Dah pesan jangan beritahu harga murah rumah sewa tu kat orang lain.

“ Hahhh…apa cikgu? rumah batu cat kuning sebelah rumah Mak Dah dekat kawasan taman, dekat dengan rumah bekas tukang kebun sekolah kita tinggal tu?” Tanya Aziah hairan bin ajaib. Budak ni, naper. Terkejut tahap cipan lagi.

“ Cikgu tak takut ker? Tempat tu orang tak berani sewa. Banyak kes dengar-dengar.” Aziah menambahkan cerita seram kat aku yang sememangnya penakut.
”Dah...jangan cakap apa-apa lagi. Cikgu Ariana kamu ni penakut. Noktah. Cikgu tak tahu lagi baik. ” Aku menyuruh Aziah balik ke kelas.
Dia bersungut sorang-sorang . Tak puas hati sebab aku tak percaya cerita karut dia. Katanya rumah tu berhantu. Biar betul budak ni. Persoalan itu aku tolak ke tepi.




@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

”Abang Is?? Buat apa kat sini? “ Aku bertanya mesra bila melihat Iskandar duduk kat pangkin dekat pohon Sena. Ada sebakul bunga sena dan bunga Melur dia pegang.
” Sajer. Tunggu Yana lah. Laila dengan Nita mana?”
” Diorang balik awal, ikut mak Abang Is pergi Alor Setar.Abang Is dah makan?”
” Sudah. Makan dengan kawan pejabat tadi. ”
” Yana pun dah makan. Abang! Hujung minggu ni, abang free tak? Yana nak keluar Alor Setar. Tapi, tak ada kenderaan. ” Aku mula memasang kail. Kena ke tak kena ker, lantak lah.
” Abang kena out station kat Ipoh Yana, Pergi Khamis, balik Ahad,”
Melepas lagi. Aku angguk jer.
” Tak apa lah. Ni bunga untuk Yana. Abang Is kumpul tadi sementara tunggu Yana balik.Bunga Melor ni, abang ambil kat belakang rumah abang. ”
” Emmm....ada can ni.Aku fikir sendiri.

Aku menilik bunga dalam bakul. Tak romantik sangat mamat ni, bawa bunga atas kubur kat aku. Bawa lah Lili ker, Ros merah, putih ker, Carnation ker, tulip ker, aku mengelamun seketika. Tapi orang dah bagi, tak baik tau! Aku terima seadanya.
” Terima kasih bang!! Yana suka sangat bunga ni.”
” Jangan bagi tau mak abang boleh? Dia pesan kat abang tak bagi abang ganggu korang yang sewa rumah ni. Takut apa pulak orang kata.”
” Ya lah... Yana cakap bunga ni, Yana kumpul.Orait bang?”
” Bye Yana.” Dia berlalu. Dia masuk ikut pintu belakang rumah Mak Dah. Pelik. Aku selalu nampak Iskandar ni masuk ikut belakang rumah. Tak pandai cari pintu depan ker mamat ni. Lantak lah.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Malam ni masuk sebulan kami sewa rumah kat sini.

Malam ni kami tidur lambat. Nita, dan Laila masih tengok TV, aku sibuk menulis rancangan mengajar . Esok cuti, tapi aku nak siapkan dahulu, baru nak rehat.
” Yana.” Satu suara panggil aku . Aku buat tak reti mulanya. Ilusi mungkin.
” Yana.” Suara itu memanggil lagi. Ada nada seram pun ada. Ni bukan ilusi. Aku pasti . Realiti binti kenyataan. Saper pulak kat luar. Aku keluar dari bilik, menonong ke ruang tamu. Minah senget dua orang ni pekak badak ker! Tak dengar orang panggil kat luar.
” Guys, ada orang datang kat luar tu, buka pintu,” Aku beritahu Laila dan Nita.
” Wehh...kepala otak karat kau Yana. Pukul 11.45 malam dah ni. Mana ada orang. Kat luar tu hujan , kat sini kan, selalu dah lewat time macam ni, ni kan kawasan kampung.Bukan kat kampus USM wehh...” Laila mulut becok tapi baik hati tu mengejek aku.

”Sumpah! Aku dengar beb! Orang panggil aku tadi. Ada iras suara Abang Iskandar!” Aku menambah . Siap dengan lirik mata menggoda lagi. Nita mencebik, buat-buat muka mengada-ngada. Jeles kat aku lah tu!
” Kau buka lah kalau kau berani. Aku nak masuk tidur dah ni. Kau ni kan, ada deria ke-6 ker hah??” Laila menambah lagi.
” Aku pun. Yana , kau ni kan, tak betul sikit sejak kita mengajar kat sini.” Kata Nita pula .
”Bedebuk” bunyi bantal yang aku bantai atas belakang Nita.
” Sakit lah minah ! ” Nita mengadoi.
”Tahu pun! Kutuk aku lagi! ”
Pecah ketawa kami bertiga . Hishh...kawan baik aku ni, memang suka sakat aku.
” Tak apa lah, aku salah dengar kot”
Kami semua masuk tidur.

”Tok! Tok! Tok! ” Aku terjaga. Bunyi pintu diketuk orang dari luar.
Aku tengok jam kat meja . 11.45 malam. Ehh...tadi kan masa kat luar Laila kata dah 11.45 malam.Aku hairan tapi tak fikir sangat. Tadi, tentu 10.45, Laila tentu silap tengok jam.
Aku tak tahu macam mana aku boleh jadi berani. Aku pergi menonong buka pintu. Dan, aku tak percaya.

” Abang Iskandar?”
” Kereta abang kering air. Yana bagi air sikit kat abang boleh?” Tanya Megat Iskandar dengan wajah risau. Mukanya basah kena hujan. Fuh, lagi kacak .
” Jap! Jap! Naper tak balik umah abang jer? Kan dah dekat tu.”
” Mak dah tidur lah tu. Malas nak kejutkan mak. Kesian. Penat dia.”
”Hmmm... ya lah, dengan Yana tak pa pulak” Aku cuba menguji.
“ Yana tak suka Abang Is minta tolong dari Yana?”
“Bukan…Yana suka Abang Is. Eh! Eh !... Yana cakap, Yana suka, tak apa, Yana boleh tolong. Sekejap ya.” Aku masuk ke dapur.
Botol air paip dah bertukar tangan.
“ Esok abang bagi balik botol air ni ya! ”
”Simpan jer . Belambak kat dapur. Hati-hati Abang Is”
Megat Iskandar berlalu dalam kelam malam.

Macam mana dia jalan tak bawa lampu suluh. Tiba-tiba. Eh! Baju Abang Is tu, macam baju tengah hari tadi, baju semalam, baju minggu lepas, baju bulan lepas. Apa lah, kedekut sangat agaknya mamat ni. Baju pun tak boleh beli. Kerja macam bagus. Ala-ala kontraktor kelas atasan.Aku masuk bilik. Sambung tidur. Malas nak pikir banyak.

@@@@@@@@@@@@@

Hari ni, Mak Dah ajak makan tengah hari kat rumah dia, kami sungguh gembira. Hajat hati nak jumpa Abang Iskandar.
”Dah siap?” tanya Laila.
”Jom!” Ajak Nita.
”Kejap. Cam ner? Dah lawa?” Aku berpusing depan Nita dan Laila dengan baju kurung biru. Biru polos macam warna baju Abang Iskandar. Aku suka warna tu. Warna biru polos, lembut dan tenang.
” Lawa dah ...dah lawa tahap anak dewa dah !! “ Laila mulut becok menjawab. Nita ketawa pendek.
“Macam-macam lah kau ni Yana, nak gi makan rumah Mak Dah kat sebelah jer , kau pakai macam nak kena pinang orang. Buang tebiat aper?” Tambah Laila lagi.
Aku mencubit lengan Laila dan Nita serentak. Ketawa tercetus lagi. Kami bergerak beberapa minit kemudian. Mengunjungi rumah Abang Iskandar.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Isu hangat tercetus antara kami. Pulang dari sekolah, banyak ’gimix’ yang kami dapat . Macam-macam versi cerita tentang rumah sewa 45 tu.
Yang pasti banyak yang buruk dari baik.
” Cam ner? Nak pindah rumah tak?” Nita mendahului perbincangan kami.
“ Aku ikut korang jer” Aku menjawab lanjut.

” Aku ni tak kisah sangat. Cerita mulut orang macam-macam. Kita duduk kat sini dekat 2 bulan , dah. Tak ada per pun.” Laila membalas. Dia paling berani antara kami.
” Kita tanya Mak Dah nak?”
”Hishh...nanti kecik hati orang tua tu. ” Laila menambah.
”Jangan tanya apa –apa tau! ” Nita pulak bagi ’warning’ kat aku.
” Ohhh... ni kira nak ’back up’ bakal mak mentua lah” Aku menyakat.
”Tolong ehh...anak dia aku tak pernah nampak, cam ner nak ngorat!” Kata Nita.
” Tok! Tok! Tok! ” bunyi ketukan bergema lagi.
” Aku buka pintu.” Aku bersuara.

Mereka di ruang TV, diam menunggu, sambil menonton .
“ Abang Iskandar?”
“Maaf abang ganggu Yana ker?”
” Tak lah. Masuk lah, semua ada ni.” Aku membuka pintu lebih luas.
“ Tak pa lah. Nak cepat ni. Cakap kat luar lah. Kejap jer .Ada mesyuarat lepas ni.” Ujar Megat Iskandar .

” Yana. Jangan pindah rumah ya! Walau apa pun terjadi. Jangan dengar cakap orang. ” Katanya tenang. Dia nampak resah semacam.
” Abang Iskandar suka Yana tinggal sini. Abang Is ada kawan.”
“ Yana tak pindah lah Abang Is. Yana pun dah tak lama lagi nak habis praktikum ni. Susah pulak nak pindah rumah.” Aku menjawab tenang tanpa syak sesuatu.
Macam mana mamat ni tahu kami bincang soal ni. Ada deria ke -6 ker.
” Terima kasih Yana.”
”Sama-sama.”
” Pergi dulu, nak kejar ’meeting’ ”

Dia berlalu. Dan, aku naik hairan lagi sekali. Kali ke berapa entah. Hairan tahap dewa. Abang Megat Iskandar pakai baju dan seluar sama lagi? Kemeja biru polos dan slack hitam, baju tak masuk dalam, lengan baju lipat tiga suku. Fuh..mamat ni tak sesuai buat laki, kedekut tangkai jering tahap bapak dewa !!! .

Aku masuk balik kat dalam rumah.
” Kau sembang dengan siapa tadi? Tak nampak orang pun? Laila mulut becok tapi baik hati , buat lawak siang-siang buta.
“ Dengan hantu lah.” Aku membalas . Aku pun buat lawak tahap dewa juga.
Kami semua ketawa tapi muka Nita dah lain macam sakan. Muka Nita merah, sekejap tu pucat. Dan, kini dia menangis. Ya ampun, minah ni, apa hal lah pulak.
” Kau biar betul Yana. Kau sembang dengan siapa tadi?” Nita tanya serius macam pengetua soal siasat budak ponteng sekolah sebulan.

” Heh...dengan siapa lagi. Megat Iskandar. Aku ulang. Aku berbual-bual tadi dengan Megat Iskandar ! ” Kuat suara aku menjawab. Tak sedar Mak Dah ada di belakang dengan sebekas kuih .
”Panggg....” Pinggan jatuh dari tangan Mak Dah. Dia pengsan lah pulak.

@@@@@@@@@@@@

” Yana....tak siap lagi ker?” Tanya Laila.
” Nak g mana ni?”
”Mak Dah buat tahlil malam ni, untuk arwah anak dia.” Kata Laila.
”Ya lah. Kan aku citer kat kau semalam.” Tambah Nita pulak.
” Kau citer apa?”
” Mak Dah buat tahlil lah mangkuk! Hishhh. Kau ni kan, sejak datang sini dan lepas kau pengsan dulu, kau ni tak betul sikit lah aku rasa. ” Kata Nita.
”Weh! Weh! Aku ni Awet Idaman Malaya, sedap mulut jer kata aku tak betul.”
” Kenduri kesyukuran lepas dia pengsan hari tu ker? Macam orang nampak hantu jer masa dia terkejut dulu tu.” Aku mengomel lagi.

” Doktor cek, katanya Mak Dah ada darah rendah. Tu yang pengsan dulu tu.” Nita menjawab pula. Aku dan Laila akur. Tak banyak soal lagi.
Kami sampai lepas slot bertikam lidah tadi tamat . Tapi kami tak gaduh. Biasa lah, budak ’U’, perangai gila-gila, senget-sebelah. Tapi otak ’pick up’. Nak besar kepala semuanya. Tapi kami ni ’friends are forever’ .
” Masuk lah nak,masuk. Buat macam rumah sendiri” Kata Mak Dah. Ramai jugak orang datang. Minggu ni kami last kat sini. Esok lusa balik USM semula.
” Kenduri siapa ni Mak Dah?” Aku tanya tiba-tiba coz aku nampak semua orang tapi aku tak nampak jejaka idaman kalbu. Abang Megat Iskandar.

Mak Dah tak sempat buka mulut lagi.
” Kak Yana, ada orang panggil! ” Kata Suria, budak sekolah tempat aku mengajar. Aku tinggalkan Mak Dah kejap sebab si Suria ni siap tarik tangan aku lagi.
Kat luar rumah, Gelap sikit, tapi boleh nampak lah. Samar-samar kata orang.Suria dah hilang ke dalam rumah.
” Abang Iskandar?”
” Naper ada kat sini? Kat dalam kan ada tahlil.”
” Abang Is tahu Yana,”
”Dah tu ? Kata tahu? Tak tahu kot? Ni, naper tak tukar baju Melayu?”
Heran lagi tengok mamat ni. Kemeja polos, dan slack hitam.

” Abang Is ni, nak cepat Yana. Takut tak sempat . Kena ‘out station’ kat Ipoh.”
”Hahhh...malam ni? Apasal bos abang suka hantar abang kat Ipoh ahh.? Lagi pun, malam ni kan ada kenduri ni ? Mak Dah tak marah ker?” Tanya ku jujur.
” Abang Is sedih, kena berpisah dengan Yana. Abang Is tahu, kita tak sepadan.”
La…dia dah mula ayat jiwang karat dah.Orang nak buat tahlil kat dalam , dia buat tahlil kat sini.
” Abang Is. Kita nak berpisah apa nyer, baru bertemu, bercinta pun tidak.” Aku pulak buat lawak. Aku senyum pendek.
Abang Iskandar senyum juga . Kacaknya! Ni lah senyuman indah dia buat aku. Mabuk kepayang lah aku malam ni.
” Abang nak cepat. Pesan kat Mak Dah. Abang pergi dulu. Abang ada hal penting. Selamat tinggal Yana.”
”Baik lah.”
Dan, dia pergi .
” Yana. Siapa panggil.?” Tanya Laila dan Nita.
” Abang Is...”
Aku nampak kelibat Abang Iskandar dekat dapur, lepas tu hilang. Yang anehnya, dia tak macam selalu. Muka dia macam penuh darah. Baju birunya tidak biru polos, merah darah.Pekat. Mukanya nampak sakit sangat.

Kemudian, wajah itu berganti menjadi pucat. Dan aku jadi seram sejuk. Bulu tengkuk menegak. Seriau benar rasanya.
”Pegang aku Nita, Laila. Pegang aku. Jangan biarkan aku rebah. Aku tak larat dah ni.”
Mak Dah datang panggil kami makan. Bacaan Yassin beransur hilang. Suara baca Yassin dan ratib dah sampai penghujung.
” Kenduri tahlil siapa ni Mak Dah?” Aku gagahkan suara bertanya.
” Anak Mak Dah. Megat Iskandar, kemlangan jalan raya dekat Ipoh tahun lepas. Pukul 11.45 malam. ” .
Wajah Mak Dah retak seribu, badan aku jadi ringan. Aku jatuh tergolek. Mujur ’line clear’, tergolek ala-ala ‘miss world’ , versi gadis ayu lah beb. Bukan nagka busuk.


@@@@@@@@@@@@@@@@

Malam itu malam akhir kami kat rumah tu. Rumah Mak Dah sebenarnya.
Sumpah!! Kami tak nak sewa dah rumah tu. Esoknya , kami nak balik terus ke Pulau Pinang . Aku dah siap-siap ‘booking’ papa dan mama ambil kami bertiga. Mujur lah, di akhir –akhir hari praktikum. Segala-galanya lancar kat sekolah.

” Mak Dah minta maaf. Tak pernah cerita kan. Rumah ni, arwah yang tinggal. Meninggal dunia sebelum kahwin. Tunangnya juga mati dalam kemalangan tu.
Mak Dah sewa kan rumah ni murah jer sebab tak ramai yang sanggup duduk sini.” Terang Mak Dah.

”Ingat tak lepas kau pengsan dulu Yana, lepas kes tu kan, kau selalu cakap sorang-sorang. Kami nampak kau pelik sangat tapi kami tak kisah sangat sebab ingat kau tak ada apa-apa. Tapi Nita memang takut kalau nampak kau cakap sorang.” Kata Laila pula.
” Masa mula-mula datang sini dah aku perasan, kau jadi macam pelik sangat.” Tambah Nita.
” Tapi, kau tahu kan Megat Iskandar?Korang pun pernah nampak kan?”
Nita dan Laila geleng kepala serentak. Aku hairan tahap segala mambang dan dewa.
” Kau kuat berimaginasi kebelakangan ni Yana. Kau selalu cakap kat kami benda-benda yang kami tak pernah sembang dengan kau. Kau citer pasal benda yang kami tak tahu. Bab tu aku hairan tapi aku tak ambik ’port’ sangat. Aku nampak kadang-kadang kau ’ okay ’ pulak.

”Jadi, selama ini aku bercakap dengan ......” Aku tak habiskan ayat tu.
Aku memerah ingatan semula. Patut lah, arwah pakai baju sama, tak pernah tukar baju. Patut lah dia masuk ikut pintu belakang. Patut lah, dia bagi aku bunga sena, bunga melur, bunga tanah kubur. ’Out station’ balik-balik pi Ipoh, dan segala macam. Malam kematian dia. Aku dibejat ingatan bersama arwah. Kenapa dia pilih aku?

”Yana, tunang arwah yang meninggal dulu tu, ada iras muka Yana. Lemah –lembut macam Yana. Suka warna biru macam Yana jugak. Sebab tu kot, Yana yang selalu nampak arwah.
“Malam kenduri arwah, dia pesan kat Mak Dah, dia pergi dulu. Dia ada hal penting.” Aku memberitahu.
Aku tidak tahu apa yang aku rasa atau apa yang patut aku rasa. Selama ni, aku jatuh cinta pada orang yang sudah tak wujud dalam dunia ini.

” Kami tetap bersama kau Yana.” Kata Laila dan Nita serentak. Mereka peluk aku. Kemudian Mak Dah peluk aku. Aku sungguh sedih. Sungguh takut. Macam-macam. Bercampur-baur. Mama dan papa sampai jam 11.45 pagi untuk mengambil kami bertiga.

Aku dah tak nampak kelibat Megat Iskandar lagi selepas malam tahlil itu. Tapi, aneh
juga , cinta untuk Abang Is seperti masih tersisa di taman hati. Semua tu akan berlalu. Aku pasti.

Sekian. 1 Ogos 2009 . 11.45 minit malam.

5 comments:

qiqa said...

bes lah citer ni... mantop+bes+seram+romantik..
he3..hantarlah kat penulisan2u,mesti meletop..
x gitu??
he3..

p/s:x mau jd cam yana,takut..

KOMIE AROON said...

sy nak link kn blog n di blog sy blh?

Azleena said...

Boleh..No hal...

Anonymous said...

hahaha..citer sal hantu yg sgt sweet~~:D

HirumaKecil said...

Ngeh3.. Leh tahan gak cita neh... Nice!!!