Sunday, August 2, 2009

DAN RINDU PUN BERTAMU

LAMA aku termenung di tempat duduk belakang. Dewan Kuliah T sunyi sepi selepas sepuluh minit tadi perut dewan memuntahkan mahasiswa-mahasiswi keluar. Kata-kata Yasmin sebentar tadi kembali terngiang-ngiang dalam benakku.

Benarkah apa yang dia nampak? Atau sekadar nak mengusik?Tak mungkin?Min kawan karibku.Dia tak akan bercerita buruk-buruk tentang Zahar.Aku kembali teringat cerita Min.
”Aku nampak petang kelmarin. Dia dengan Zarina naik kereta bersama.Aku nampak mereka shopping kat KOMTAR lah. Bukan main banyak Zahar tu belanja kat Zarina.Zarina tu naik lemak lah.” Cerita Yasmin penuh semangat dan meluat tatkala nama Zarina meniti bibirnya.
Aku membetulkan duduk. Aku dan Zahar hampir setahun bercinta. Kami pada asalnya digosipkan pada waktu sesi suai kenal universiti. Aku dan Min mengambil jurusan Sains Komputer, manakala Zahar mengambil jurusan Perumahan,Bangunan dan Perancangan (HBP). Aku baru tahun pertama dan Zahar di tahun kedua.

Aku tak pernah membayangkan kalau-kalau Zahar adalah benar seperti apa yang diceritakan oleh sesetengah rakan-rakan kuliahku bahawa dia lelaki ’playboy’. Aku tidak nampak keburukan Zahar kerana aku mencintainya. Aku tidak tahu bagaimana, tapi itulah cinta, buruk pada mata orang, semuanya indah dan manis pada mata sendiri.

Cerita Min ini, cerita ketiga yang aku dengar tentang sikap buaya darat Zahar.Benarkah? Aku seperti tidak mahu percaya, kecuali jika aku nampak sendiri.

Bunyi mesej dari telefon bimbitku mengejutkan lamunan yang kian panjang.Aku mengambil ’handphone’ dari dalam beg galas.Serentak, aku terasa ada seseorang sedang memerhati pergerakanku.

Aku memandang. Pandangan kami bersatu. Lama dan lembut.Entah mengapa, sejak bila agaknya dia memerhatikan aku. Lantas, aku melangkah keluar.Sempat aku menjeling padanya sebagai tanda amaran.Ah! lelaki!

”Hai! Pia! ” Suara Zahar menangkap cuping telingaku.Aku dan Min sedang beratur membeli makanan tengahari di kafe berhadapan Dewan Kuliah S.
”Hai ! Awak dari mana ni Zahar ?” Aku menyoal lembut.Luka semalam seperti terubat mendengar suaranya. Merenung wajahnya melepaskan rindu yang membeku selepas tiga hari tak jumpa dan tak dengar suara.
”Min makan dulu, nanti Pia datang!” Aku bersuara lembut membiarkan Yasmin pergi membeli makanan.Yasmin pergi selepas merenung wajah Zahar dengan perasaan dingin tanpa pamitan salam seperti selalu.

Kami bergerak ke bahagian luar kafe. Orang tengah ramai. Ada yang pergi makan, ada yang minum.Ramai juga yang berkumpul di hadapan dewan kuliah berbincang hal pelajaran.

”Pia. I ada ’study group’ sekarang.Petang ni tak jadi keluar dengan U. Kelmarin I tak sempat fon U,’trip’ ke Padang Merdeka hari tu memenatkan betul.” Tambahnya.
”Zahar!! U dengan siapa kelmarin di KOMTAR? ” Aku terus mengasaknya dengan soalan yang sekian lama terpendam.
” I dan Zarina Cuma ’hang up’ lepas ’ balik dari ’course work’. Kami keluar makan jer! ”Katanya lagi.

Mendatar dan marah.Aku buntu.Aku cuba mencari kebenaran di matanya. Gagal. Sinar matanya seolah-olah menipu. Aku keliru.
” U janji kita keluar petang ni! Pia banyak nak beli barang-barang! Susah nak pergi dengan bas.Min sibuk.Malas nak kacau dia.” Aku merungut dan suaraku lebih kepada merajuk.Aku harap dia memujuk. Namun, dia mendengus marah.
”U jangan jadi budak lah Pia. U ajaklah orang lain. I sibuk tau. Deadline tugasan I dah dekat. Okay?” Katanya lagi.
”Okay Pia...I pergi dulu. Nanti I fon U.Jangan fikir banyak sangat ” Kata Zahar dan menapak pergi.

Aku melihat Zahar pergi sehingga hilang dari pandangan.Aku masih berdiri di situ seperti sedang menunggu seseorang.Tanpa kusedar, pelajar lelaki yang sama aku nampak di DK T, sedang merenungku.

Dia dan dua rakannya sedang berbincang sesuatu, namun matanya terarah kepadaku.Kedudukan meja mereka benar-benar berhadapan dengan tempat aku dan zahar berdiri tadi. Aku mula tidak suka. Aku tidak suka perbualan kami jadi perhatian dia. Siapakah dia yang berwajah tenang dan mempunyai sepasang mata yang tajam itu.

”Makan? ” Min bersuara riang. Dia hampir selesai makan.Aku menggeleng.
”Tak ada selera! Pia minum jer lah.” Kataku lagi.
”Dia kata apa?” Tanya Min lanjut.
Aku tidak terus menjawab.Aku kunyah kek keju yang hanya baru sedikit kusentuh.Tiba-tiba mataku menangkap sesuatu.

Lelaki itu dan rakan-rakannya datang ke arah kami.Mataku merenung kepadanya, begitu juga dia.Kemudian, mereka duduk di meja paling belakang. Aku menjadi tidak sedap.Biarkan! Mungkin itu perasaanku.
”Oii...Cik Sofea Ariana anak Datuk Hanafi! ”
”Apa kau kata Min.”
”Zahar cakap apa?”
”Dia kata dia dan Zarina keluar makan sahaja,lepas selesai tugasan. Tak ada apa-apa,kawan jer!” Gumamku lanjut.
”Mula-mula kawan! Lepas ni???” Min tak puas hati.
”Min....”
”Ya lah.....zahar kau tu semua baik kan...Orang tengah angau!” Tambah Min lagi.Aku mencubit manja lengan Min.Dia mengaduh manja dan tertawa.

Selepas habis kuliah petang, aku dan Min segera pulang ke Desasiswa Harapan.
Kami mandi dan berehat kerana jam 8 malam nanti, kami sama-sama ada kuliah Penaakulan Mantik di Dewan Tuanku Syed Putra.

Ketika Aku dan Yasmin sampai, DTSP sudah hampir penuh. Aku agak kelam kabut kerana tempat duduk bahagian depan sudah hampir penuh.Min sudah ke depan meninggalkan aku yang tergopoh-gapah mengikat tali kasut yang tertanggal.

Aku bangun dan menonong ke depan dengan tidak berhati-hati.Dan, sekelip mata wajahku melanggar bahu seseorang dari belakang.Failku jatuh dan isinya berterabur.Sekali lagi aku kelam-kabut, sambil marah-marah kerana menyangkakan pelajar itu yang cuai.
”Kalau nak lepak, jangan kat depan pintu! Banyak tempat lain.” Ujarku dengan suara yang tinggi.
”Aku bangun dan mengambil fail yang dia hulurkan. Mata kami bertentangan.Aku jadi kaku tiba-tiba.Wajah itu.Ya! Wajah itu yang kebelakangan ini mengganggu amanku. Aku tidak tenteram lantaran renungannya yang tajam.Dia merenungku tajam tanpa notasi.Aneh. Wajahnya dan sinar matanya cukup tenang, walaupun aku baru lepas memarahinya dengan kata-kata yang kasar.
”Hati-hati bila berjalan!” Ujarnya.Dia berlalu pergi.
Aku diam tanpa bicara, dan melangkah masuk.
”Kau kenapa?” Min berbisik.
”Ni...senarai nama kumpulan tugasan kau nanti.” Tambah Min.Dia telah menyalin senarai nama untuk tugasan baru yang diberi oleh Dr. Cheong tadi.

Aku membaca dalam hati.Namaku kedua akhir dari 6 senarai nama.Tiga orang pelajar tahun dua yang aku tidak kenal, dan dua orang rakan yang kukenal, Rosli dan Rosnita.
”Aku eksiden dengan mamat yang aku ceritakan kat kau dulu.Malu betul.”
”Padan muka!” Min ketawa kecil padaku.
Kelas berakhir 2 jam kemudian.Kami pulang meneruskan hari-hari seperti biasa.
Pagi itu pagi yang indah.Kami bangun lambat, hampir jam 9. Kelas tutorial Bahasa Jepun bermula petang.Subjek bahasa asing biasanya diambil semua pelajar yang menuntut di USM pada masa itu.
Bunyi ketukan di luar bilikku membuatkan Min bangun.Dia meletakkan minuman yang dipegang.
”Cari siapa?” Aku dengar Min bertanya.
”Sofea Ariana Hanafi. Abang Fazlan nak jumpa kat bawah.”Kata suara halus dari luar.
”Terima kasih ya!” Min berbahasa.
”Kau pergi lah.” Kata Min.
”Malaslah....Aku tak kenal.”Jawabku lagi.
”Mana tau! Dia ada hal penting!”
“Siapa nama dia tadi, macam aku pernah dengar!Haa…senarai nama! “ Aku menangkap sesuatu.
“Apa?” Min bertanya ingin tahu.
“Mana senarai nama kumpulan tugasan yang kau bagi semalam.”
“Atas meja dalam fail kuning”
”Ni...budak ni Fazlan.Ketua kumpulan aku rupanya” Aku bangun tanpa membuang masa dan melangkah turun.Aku terlupa aku hanya memakai seluar trek hitam dan T-shrit lengan pendek yang mengikut bentuk badan.Rambut panjang aku ikat satu.Biarlah! Fikirku, bukan dia nak tengok pakaianku.
”Maaf...lambat sikit.” Ujarku dan melabuhkan punggung.
Beberapa pasang mata menangkap wajahku.Aku serba salah.Bertambah terkejut melihat lelaki itu.Wajah yang selama ini menjadi persoalan di benakku.

”Kita nak keluar. Nak pergi perpustakaan negeri.Kamu pakai macam ni jer?” Tanya Nita rakan kuliahku.Rosli juga memandangku tajam.Diikuti dua lagi rakan senior yang baru kali pertama kunampak.
”Bila kita janji nak pergi cari bahan?” Aku bersuara.Dan pandanganku jatuh ke wajah Fazlan. Fazlan Husaini, sedap nama tu, aku menyebut dalam hati.
“Saya ada hantar memo melalui seorang wakil.Mungkin tak sampai pada awak.”Katanya perlahan tetapi serius.
“Yang lain jalan dulu.Saya tunggu kamu pergi tukar baju.”
“Aku kena keluar ni!” Jawabku sambil segera memakai baju kurung biru lembut kain Sutera .
”Nak gi mana?Cantik sakan.Macam nak jumpa mak mentua jer” Min mengusik.
”Fazlan nak bawa aku cari bahan tugasan.”
”Fazlan! Mesranya kau sebut nama dia. Handsome ker?” Tanya Min lanjut sambil tersenyum mengusik.
”Okay..tak tau bila aku balik.Kau makan dulu.Jumpa tutorial petang nanti ya.Aku terus ke Institut Bahasa” Jawabku lagi.

Aku berjalan ke kafeteria.Terasa segan melihat Fazlan memerhati dari jauh.Terasa jalanku tidak betulAku tak pernah rasa malu-malu begitu bersama Zahar.Apakah perasaan yang melanda ini?
Kami telah pun membahagikan tugasan.Hampir jam tiga baru semuanya selesai. Perutku sudah pun berkeroncong kerana aku belum makan semasa Fazlan memanggil turun pagi tadi.

”Kami nak pergi Bukit Jambul, dah tak ada kelas dah .” Kata Rosli mewakili dia dan Rosnita.Kak Liza meminta dihantar ke Gelugor kerana dia nak pergi ambil baju di kedai jahit Gelugor dan Abang Fahmi pula balik terus ke kampus kerana ada urusan bank selepas itu.Tinggal aku dan Fazlan yang belum membuat keputusan.

”Sofea dah makan?”Tanya Fazlan lembut selepas beberapa jam tadi bersikap serius.Terasa lain dia memanggilku Sofea.Aku biasa dipanggil Pia selama ini.Renungannya redup dan lembut menunggu jawapan.Aku diam sejurus.

”Takut Zahar nampak?” Tanyanya lagi
Aku terpaku tiba-tiba.Mana dia tahu tentang Zahar.
”Zahar tu, saya kenal.Bilik kami sebelah menyebelah.”Jawapannya membuatkan kerut di dahiku kendur.Kalau dia kenal Zahar, maknanya dia tahulah aku kekasih Zahar.
”Mana dia nak nampak.Dia kan kat George Town, buat kajian pelan bangunan”Ujarku mengingatkan Fazlan.

”Betul ker?Dia cakap?” Tanya Fazlan seperti cuba membuatkan aku keliru.
”Kenapa nak tahu?Itu hal saya dengan Zahar.Awak siapa nak campur.Awak hanya ketua kumpulan dalam tugasan ini.Lepas tugasan ni, kita dah tak ada hubungan.Faham?” Aku bersuara agak keras memberinya amaran.
”Jadi, hubungan kita sekarang apa Sofea?” Ujarnya lembut.

Ternyata kata-kata manisnya itu seperti perlahan-lahan sedang mencairkan gersang di lubuk hatiku.Aku terjerat dengan kata-kata sendiri.
”Saya kenal Zahar lebih dari Sofea kenal dia.”Kata Fazlan lagi.
Aku merenung wajah Fazlan.Melihat dia dari atas ke bawah. Dia nampak tampan,dengan jeans biru laut, kemeja-T biru polos dan dengan gaya rambut pendek dan kemas.Rambut Zahar panjang sedikit dari rambutnya.

”Saya ni ’smart’ sangat ker?”Kata-kata itu menarik aku ke alam realiti.Malu aku dibuatnya.Mungkin beberapa detik aku terleka meneliti wajah dan penampilannya.
”Tolong sikit.”Aku membela diriku.Menutup malu sendiri.
”Kita pergi makan dulu boleh? kecuali Sofea takut Zahar marah.Zahar kan panas baran.”Katanya lagi menyemarakkan marahku.

”Zahar tak macam tu. Pia akan buktikan.Dia tak akan marah sesuka hati.”Kataku lanjut.
Dia merenungku lagi.
”Pia???”
”Saya panggil Pia boleh?”
”Orang yang saya kenal jer panggil saya Pia.Kita belum kenal.Maksud saya, kita bukan rapat.”Kataku.

”Kalau terlalu rapat nanti awak jatuh cinta dengan saya”Kata Fazlan lancang.Diikuti senyuman manisnya.Oh Tuhan! Aku boleh cair dengan senyumannya.Satu lekukan kecil terbentuk di pipi kanannya bila dia tersenyum.

”Awak nak pergi ke tak nak?” Aku menoktahkan gurauannya.Makin dilayan makin mengada-ngada.
Kami naik kereta Proton Perdana V6 milik Fazlan. Kami makan di kompleks selera makan.Fazlan memesan nasi ayam dan jus oren untuk kami.Macam dia tahu-tahu aku suka makan nasi ayam.
”Saya tahu Sofea suka makan nasi ayam kan!”Dia mengagak.
Aku membesarkan mata.
”Awak ni pengintip ker?”
”Saya selalau nampak Sofea dan Min makan di sini kalau keluar.”
”Awak kenal Min?”
”Kenal.Junior saya macam awak.”Dia ketawa kecil.
Aku makan penuh selera.Memang aku lapar.

“Sofea! Nak tambah lagi?Berapa hari awak tak makan?”Tanya Fazlan sambil menyimpan ketawanya tapi terlepas juga.
”Nii...comot betul makan.”Katanya dan tanpa segan-silu dia memberi sapu tangannya.Aku tidak mahu mengambil .Aku terasa sesuatu yang romantis mula melanda.Kelakuannya yang tenang dan bersahaja itu benar-benar mengusik jiwa.Zahar tidak seromantis ini denganku.Aku tidak akan membiarkan diriku hanyut.Aku menolak pemberiannya dengan baik .

”Hati-hati dengan Zahar! Saya tak nak Sofea terpedaya.Saya kenal benar siapa Zahar.” Tuturnya lanjut.
”Siapa awak nak tentukan siapa Zahar.Kalau awak kawannya, awak tak akan bercakap hal-hal yang buruk tentang dia.” Aku bersuara marah.

“ Saya nak balik” Ujarku seraya berdiri.Dia juga bangun.Dan, ketika itu tanpa aku sedari Zahar dan Zarina sudah tercegat dekat kami.
“Ohh….ini perangai Pia yang sebenar ya!” Kata Zahar tiba-tiba dengan mata yang mencerlung merah dan marah.Aku tak pernah nampak Zahar semarah itu.Apa yang aneh, dia dan Zarina berpegangan tangan.

“Pia dan Fazlan buat tugasan tadi, lepas tu kami datang makan. Zahar, jangan fikir yang bukan-bukan. Kami tak ada apa-apa.”Kataku seperti hendak menangis.
”Ya...mula-mula tak ada .Pia, mulai hari ini hubungan kita putus. I dah ada Zarina, U dah ada Fazlan.Adil kan?” Katanya selamba dan bersahaja.Jangan cari I lagi.U dah tak ada dalam kehidupan I.” Tambahnya angkuh, dan menghancurkan seluruh urat-sarafku.Aku lemah-longlai

Inikah kebenaran yang diperkatakan oleh Min selama ini.Patutlah Zarina dan Zahar nampak mesra seperti sepasang kekasih.Zahar cuba mencari salahku untuk dijadikan alasan perpisahan ini.Zahar kejam! Hatiku meruntun.

Inikah balasan setia yang aku curahkan padanya.Senangnya dia membuang aku dari kehidupannya, seperti membuang kulit kacang ke longkang.
Aku terduduk di kerusi. Menangis menahan emosi yang menggelegak.Aku tidak kisah apa pandangan Fazlan.Kerana dia Zahar membenciku.

”Pia..Pia..”Panggilnya.
”Jangan panggil saya Pia.Kau tak layak tahu tak!” Ujarku.
Aku membuka langkah.Dalam kemarahan itu aku terlupa semua fail dan beg. Fazlan merenungku kosong.Dia benar-benar rasa bersalah.Aku mengambil teksi untuk pulang.

”Dah balik?”Soalku.
Suaraku agak lain, sudah beberapa jam aku menangis kerana Zahar.Min membawakan aku makanan dan fail serta beg yang kutinggalkan di tempat makan dengan Fazlan.
”Tak guna Pia! Tak guna menangis sebab dia.Dia dah buat kau begitu, kau sayang lagi?” Soal Min lanjut.

”Min, Pia sakit hati tau! Pia cintakan dia separuh mati, dan ini balasan dia.”Ujarku lemah.
”Nah...Fazlan kirim salam.Dia kata dia harap kau kuatkan semangat.Dan jangan lupa tugasan tu tetap kena buat.”Kata Min lagi.
”Makanlah sikit.Masuk angin nanti, sakit perut, susah hati Datuk Hanafi dan Datin Zaida.”Min mengusik.Aku tersenyum sedikit.

********************

Sebulan sudah pun berlalu .Esok, kami akan berjumpa.Ya! Sudah sebulan luka itu berlalu.Dalam kepayahan dan dalam keseorangan aku menempuhi hari-hari muka.Zahar tak pernah nampak muka, begitu juga Zarina.Begitu juga Fazlan.

Fazlan! Tiba-tiba nama itu membuatkan hatiku berkocak. Entah apa yang terjadi pada diriku. Kadang-kadang ketika seorang diri di perpustakaan universiti atau di kafe, aku terasa kehadirannya..Bila aku cuba mencari, seperti bebayang, dia hilang.Aku kah yang ilusi.

Aku sudah siap bahan tugasan yang perlu kubuat.Aku memakai seluar trek PUMA warna putih, dengan T-Shirt putih tertulis UNISAINS.Aku mengikat tocang rambutku.Min esok baru sampai.Dia balik ke Kedah rumah mak saudaranya .

Aku sampai selepas semua orang sampai.Kami berjanji bertemu di perkarangan Dewan Kuliah .Banyak meja kosong di sana yang dikhaskan untuk tujuan perbincangan pelajar.
”Dah sampai?Duduklah”Ayat pertama Fazlan setelah melihat aku sampai dan melabuhkan punggung.
Dia tak memandang ke wajahku. Aku nampak jelas, dia cuba mengelak kami bertembung mata.
”Dah sampai mana?Maaf lambat.Tadi jalan kaki, bas dah terlepas.”Ujarku memberi alasan.
”Sekarang kita dah peringkat akhir ”Kata Kak Liza.Abang Fahmi hanya mengangguk-angguk.
”Ini tugasan bahagian Pia! ” Aku menekankan perkataan Pia supaya menarik perhatian Fazlan.Namun hampa, dia tetap tidak memandangku.

”Awak letak dulu, biar Fahmi semak. Nanti tulis biodata diri kat kertas ni.”Ujarnya tanpa memandang wajahku.
Aku benar-benar kecil hati.Aku terluka.Ya! Aku akui, aku ingin menarik perhatian Fazlan, tapi gagal.Mungkin dia dah ada kekasih selama sebulan kami tak jumpa.Mungkin akak senior yang Min cakap tu dah jadi kekasihnya.Aku menangis dalam hati.Sebak dan sebal rasanya, tambahan dia memanggilku awak, bukan Sofea seperti selalu.Ah! lelaki!

Fazlan bangun dari kerusi.Dia memberi sedikit penerangan dan ucapan ringkas tentang bahan yang akan dijilidkan dan akan dibuat dalam CD nanti.Salinan akan dihantar selepas siap semuanya.Fazlan dan Fahmi akan buat ’final touch’ sebelum hantar pada pensyarah.Aku hanya tunduk semasa dia memberi ucapan ringkas itu.

”Okay...terima kasih sebab kerjasama yang baik.” Kata-kata akhir dari Fazlan.Dia merenung wajah kami semua.Matanya singgah di mataku.Selepas lima saat aku kira, dia melarikan anak matanya.Aku terasa lagi.Terpukul oleh sikapnya.

Semua berdiri dan akan pergi ke destinasi sendiri selepas ini.Aku dan Fazlan juga begitu.Tidak tahu apa harapanku dalam pertemuan ini.Aku mengharap sangat dia memanggil aku dan meluahkan rasa hatinya.Dari sinar matanya aku tahu ada sesuatu telah berlaku antara kami.

Aku keluar dari pintu besar USM, berjalan ke Sungai Dua. Harap-harap rakan kuliahku, Ima ada di rumahnya di Taman Hamna .Aku selalu ke tempat Ima kalau Min balik Kedah.Niatku hendak melupakan kebosanan seorang diri di kampus.

”Sofeaaa....” Suara memanggil namaku perlahan-lahan hilang.Mulanya suara itu agak kuat.Aku tidak tahu apa terjadi.Semasa melangkah ke Jalan Sungai Dua, aku nampak sebuah kereta merah yang laju menuju ke arahku.Kemudian aku tidak ingat apa-apa.

”Pia..”Suara halus berbisik di telinga.
Tekakku terasa perit, pedih dan kering.Kepalaku terasa berat, sakit dan berpusing-pusing.Perlahan kubuka kelopak mata.
” Pia kat mana ni?”
”Jangan banyak bercakap! Pia kemalangan tadi!” Ujar Fazlan.Dia memandangku dengan penuh rasa kasih dan simpati. Aku terharu dan syahdu..Sayangkah Fazlan padaku!Lantas,dia mengukir senyuman.
”Lan dah telefon mama dan papa Pia.”Katanya.
Aku hanya mengangguk tanpa suara.Mungkin inilah bahagia yang kucari.
”Pia...Lan minta maaf, sebab Lan Pia jadi begini.” Tuturnya perlahan.
”Pia minta maaf atas semua yang terjadi antara kita”.
”Lan cintakan Pia.Percayalah,Lan sengaja tidak mencari Pia.Lan takut Pia tak terima Lan.Lan dah lama cintakan Pia, walaupun dah tahu masa tu Pia dengan Zahar.” Terang Fazlan jujur.

Aku mengalirkan air mata untuk sekian kalinya.Aku dikepung banjir bahagia.Terima kasih Fazlan! Hatiku berdetik..

Kencana Merana - 1 Mei 2007 . – ’ Cinta Berlari Tanpa Notasi ’

1 comment:

qiqa said...

WAH...NI KIRA LAGI ROMANTIK DARI HANTU ISKANDAR..
HM...I LIKE SO MUCH..
KEEP IT UP!!