Saturday, November 21, 2009

Anak Mak Cik Kantin VS Anak Pengetua .

” Hoii.... nak buat kerja ker aper ni??” Satu suara tiba-tiba menderu keras setelah kakinya disimbahi air dari baldi biru yang dipegang.

” Hei ! Tak nampak ker aku tengah buat kerja ni? Jalan pakai mata, bukan pakai lutut ! ” Dia menjawab balik.

” Patut lah, kau jalan pakai mata kau buat kerja tak pakai mata ! Pakai lutut ?? Tengok habis basah kain aku ni. Aku ’report’ dengan cikgu nanti!” Ujar Ria sambil memegang kain baju kurung yang basah di hujung.

” Kalau kau dah habis cakap, boleh ’blah’. Aku nak mop lantai ni.” Kata lelaki itu lagi.

” Tak guna betul budak ni. Hoi budak kantin! Kalau aku mengadu dengan cikgu, kau boleh kena buang kerja tau. Sebab mengganggu pelajar sekolah.” Ria berujar dengan lebih berani.

” Aku tak takut . Setakat kain basah kena simbah air pun nak mengadu, apa kes. Anak manja lah tu. Tak padan dah besar panjang. Manja kalah budak sekolah rendah.” Kata lelaki itu lagi.

” Aper kau cakap? Hoi... budak tak sekolah! Padan lah kau kerja macam ni, tak sekolah , tak ada budi bahasa betul!! Siap lah kau. Aku bagi tau dengan bos kau nanti. ” Ria mengugut lagi kerana panas hati dengan kata-kata lelaki itu.

” Ria , kenapa ni? Kau gaduh ek? ” Rina dan Miza datang menggamit.

” Tu lah... Tuuu... budak kantin tak reti bahasa tu. Budak tak sekolah tuu. Habis kain aku basah.” Kata Ria lagi.

” Sudah lah. Jom balik asrama. Dah petang ni. Lepas ni nak bersiap. Kan malam ni ada kelas malam. ” Miza memujuk aku yang jenis mudah ’naik hangin’ .

Ria memandang ke arah kantin. Budak tadi dah pun masuk ke dalam. Dia akan memberitahu hal itu pada cikgu nanti. Dia tak akan bagi muka.

Kelas malam berjalan lancar. Ria Amira dan rakan-rakannya masuk dalam kumpulan A kelas Bahasa Melayu di bawah seliaan Cikgu Aini. Mereka tengah belajar di Blok F .

” Baik lah, cikgu nak kamu semua cari 5 isi untuk tajuk ni.” Suara tegas Cikgu Aini kedengaran .

” Susah tajuk ni cikgu , bagi satu isi lah cikgu! ” Suara nakal Fizi, budak paling nakal dalam kelas kedengaran. Cikgu Aini yang terlebih maklum hal itu hanya senyum meleret.

” Cikgu, boleh ker kalau kita bagi kesan baik dan kesan buruk sekali atau macam mana?” Tanya Rina merujuk kepada tajuk soalan itu , Implikasi Pembangunan Kepada Masyarakat .

” Buuuu....” Satu sorakan kecil berbunyi . Sengaja dibuat oleh pelajar lelaki yang nakal kerana Rina budak pintar , yang selalu mendapat perhatian cikgu.

” Kelas, jangan bising. Boleh Rina. Awak boleh bagi kedua-duanya sekali.” Kata Cikgu Aini lagi.

” Cikgu nak contoh sekali ker?” Fizi bersuara lagi.

” Fizi, kalau kamu tak buat sekarang, saya tak akan lepas kamu semua pulang pukul 9 . Saya akan tambah masa.” Cikgu Aini bersuara lagi.

” Baik cikgu! Baik cikgu! Saya buat.” Fizi menjawab balik dan bergerak kepada kumpulannya.

” Ni.... cuba baca, sesuai tak?” Ria memberi kertas yang sudah ditulis sebentar tadi kepada Rina, yang digelar budak bijak dalan kelas itu.


” Emmm...aku rasa ’okay’ ... hmmm... pandai jugak kau yer! ” Kata Rina .Miza tersenyum pandang Ria.

“Tengok orang lah beb! “ Ria bersahaja. Kemudian mengangkat kening dua kali.

”Aku ingat kau pandai gaduh jer!” Kata Miza lanjut. Mereka berdua ketawa tiba-tiba terkenangkan peristiwa Ria dengan budak kantin petang tadi.

”Hei Ria!! Budak kantin tadi ’smart’ jugak kan! Tapi sayang tak sekolah!” Kata Miza . Rina dan Asni hanya diam sambil menulis isi karangan dengan contoh.

” Hoii... tak der maknanya ’smart’ ... bagi ’free’ pun aku tak nak. Dah lah panjang kalah kan aper... perangai tak senonoh. Sombong . Berlagak dengan kerja mop lantai dia tu.” Tambah Ria lagi.

”Hisshh... Tak baik Ria kau kata dia macam tu. Dah lah... kita sambung karangan ni. Marah pulak cikgu nanti kalau tak siap.” Rina menghentikan perbualan kami.

” Baik. Bagus Rina. Tahniah untuk kumpulan Rina kerana hasil karangan terbaik malam ni. ” Cikgu Aini berujar selepas karangan terakhir dari kumpulan Rina dibacakan. Ria, Miza, dan Asni bertepuk tangan.

” Alah cikgu.... mana aci !!! .. kumpula diorang duduk geng ’terer’ semua. Kumpulan saya geng tak ’terer’ cikgu.” Fizi bersuara tak puas hati.

” Bukan tu hal nya Fizi. Pokok nyer kamu kena bincang dan fikir kan isi-isi yang sesuai. Kan ada buku rujukan. Pandai-pandai lah guna.” Kata Cikgu Aini.

” Mana ader cikgu! Pokok nya kelapa lah cikgu ... “ Tambah Fizi bergurau.

“Ha ha ha ha ha ha………” Gamat kelas itu dengan ketawa geng budak nakal.

Laungan terima kasih cikgu bergema lanjut selepas pukul 9.05 minit malam. Pelajar keluar dari kelas untuk pulang kerana kelas BI yang sepatutnya berlangsung selepas itu dibatalkan kerana cikgu berkursus di luar daerah .

******************

Waktu rehat telah tiba. Kumpulan Ria Amira juga bergerak ke kantin sekolah. Ramai pelajar yang berbaris membeli makanan. Mereka juga tak ketinggalan.

” Mana air? ” Tanya Rina.

” Aku pergi beli lah, kau nak air aper ? Miza ? ”

” Macam biasa lah beb ! Senang kira ” Miza mendahului dia dan Rina.

Ria memegang tiga gelas air di tangannya. Selepas membayar harga minuman, dia bergerak melulu . Matanya lebih menumpukan Rina dan Miza yang sudah melambai-lambai.

Tanpa disangka-sangka dia terlanggar seseorang dan air telah tumpah membasahi baju seragamnya.

“ Ngeee… aper ni? Main langgar orang ni?” Ria meninggikan suara. Pelajar lain yang melihat kejadian itu segera memanggil pengawas yang bertugas jaga kantin.

” Tak sengaja! Tak sengaja ” kata pelajar itu . Dia tersilap langkah. Kerana nak cepat dia juga tidak pandang hadapan dengan cermat.

“ Ni tak sengaja jugak ni . Amik kau ! ” Ria Amira sudah pun menjirus pelajar itu dengan setengah gelas air sirap yang ada di tepi meja .

”Kau ?”

” Kau?? budak tak sekolah??”

* * * * * * *

” Selamat Datang ke SM SIS II, kamu boleh duduk sebelah dengan Fizi.” Kata Cikgu Rohana, guru kelas 5 Sains 1 .

” Terima kasih cikgu ” Jawab Nazarul berbahasa . Dia meleretkan senyuman kepada rakan sekelasnya dan melabuhkan punggung di sebelah Fizi .


Kelas berjalan seperti biasa . Nazarul tidak sedar akan sepasang mata yang sedang menyorotinya dengan perasaan marah dan benci yang membara.

Hari Isnin menjelma. Nazarul belajar di sekolah baru selepas berpindah dari Kelantan mengikut keluarganya. Pagi itu , kumpulan Ria Amira sedang kusyuk menjalankan ujikaji dalam makmal . Cikgu Rohana sedang menerangkan sesuatu kepada tiga orang pelajar yang sedang bertanya kepadanya di meja guru.

” Dah tulis formula tu betul-betul? ” Rina budak bijak minta kepastian.

“ Dah ‘mem’ “ Ria mengusik manja.
” Hmmm.... sambil tu, kau tengok cikgu jugak ya , aku nak ’bergosip’ sikit ni.” Kata Miza tiba-tiba. Asni dan Farah yang tunduk menulis , tiba-tiba bengah kepala.

”Miza, kau ni bab ’gosip’ nombor satu ya! ” Ria tiba-tiba ketuk belakang tangan Miza dengan pen.

” Kau tau kan budak kantin tu , dia sekarang tengah ’hot’ dengan budak 4 Sains 1 . Budak comel tu, saper ker namanyer? Haa.. Siti Syuhada , pustakawan tu. Aku nampak minggu lepas, diorang buat ’study group’ kat kantin. Budak tu yang belanja makan dan minum. Maklum lah anak tauke kantin katakan.” Lancar mulut Miza berceloteh.

” Malas aku dengar cerita budak tu. Nak muntah . Uwekkk..” Ria memberi isyarat marah dan benci. Dia tiba-tiba teringat peristiwa di bilik disiplin , selepas kes tertumpah air di kantin hari itu. Tak sangka , budak kantin tu pelajar baru kat sekolah tu, anak mak cik kantin pulak.

“ Kamu tak boleh buat macam tu Ria. Nazarul tak bersalah. Dia pelajar baru di sini. Patutnya kamu menunjukkan identiti yang baik untuk sekolah ni.” Panjang lebar Ria Amira kena basuh dengan Cikgu Hazim, guru disiplin paling garang kat sekolah.


Yang tak boleh lupa ialah masa tu juga, Haji Nazman , pengetua sekolah masuk ke situ. Jatuh ditimpa tangga ! .


” Minta maaf dengan Nazarul.” Haji Nazman bersuara. Pandangannya tegas.

” Cikgu. Saya pun minta maaf. Nazarul baru masuk sekolah ni. Saya baru nak bawa dia ke pejabat lepas rehat. Tak sangka jadi macam ni,” Kata maknya, selaku bos kantin sekolah.

” Tak per. Anak saya yang salah. Ria Amira !! “ Suara Haji Nazman sekali lagi kedengaran.

” Saya minta maaf.”

”Saya juga minta maaf” Nazarul berujar .

“Kes ditutup” Kata cikgu disiplin itu dan mereka bersurai. Kecuali Haji Nazman dan Ria Amira.

” Apa dah jadi ni sayang? Anak papa ni , kenapa suka cari gaduh?” Haji Nazman bertanya lembut. Tiada lagi suara keras dan tegas berbaur.

” Dia yang salah Pa. Dah dua kali dia buat salah kat Ria. Benci ahhh budak tu.” Ria Amira memintal-mintal hujung tudung sekolah yang dipakainya.

” Papa tak nak anak papa terkenal dengan kes-kes macam ni tau! Ni ’last warning’ . Kalau jadi lagi kes disiplin, papa hantar Ria duduk dengan nenek .” Haji Nazarul bersuara keras sedikit daripada tadi.

” Masuk kelas .” Arah Haji Nazman. Ria bergerak ke kelas 5 Sains 1 .

“ Hoi …. Minah ? Angau ker? “ Sergah Miza. Rina dan yang lain dah ke depan menunjukkan hasil kajian kepada cikgu. Ria tersedar dari lamunan. Dia bangun mengekori Miza.

Tiba-tiba pen yang dipegang terlepas dari tangan. Ria Amira tunduk . Nazarul yang hendak ke depan juga tunduk untuk mengambil pen itu yang jatuh di hujung kakinya. Ketika kedua-dua bangun, dahi mereka berlaga.

” Hei... bagi ..pen aku lah...” Ria Amira berkata keras dan marah.

” Aku tolong ambil jer .” Kata Nazarul masih tertib.

” Aku tak suka kau tolong aku .Letak balik pen tu . Jangan perasan ek!! ”

” Sombong ! Hipokrit! Anak manja ! ” Balas Nazarul dan bergerak pergi selepas pen ditinggalkan atas meja.

Ria Amira tetap tak puas hati. Dia melangkah ke depan.

”Ria.!! Kau ni jangan buat hal. Nanti papa kau tahu, Susah pulak. ” Miza tiba-tiba menahan.

” Aku geram lah budak tu, Sakit hati betul. Siap dia nanti. Aku nak kau tolong aku boleh?”

” Tolong aper?”

” Kau giler?”

* * * * * * *

Pasukan bola sepak sekolah telah muncul Johan Peringkat Daerah Hulu Perak Bawah 18 dan Bawah 15 . Mohd. Nazarul Bin Mohd. Noor anak mak cik kantin sekolah menyandang pemain terbaik Bawah 18 , peringkat daerah .


Satu sekolah bersorak bangga . Nama Nazarul semakin hari makin meniti di bibir pelajar SM SIS II. Malah, peminatnya semakin bertambah dengan kehebatannya bermain bola sepak dan kepintarannya dalam peperiksaan.

” Rul . Mari makan dulu. ” Kata mak cik kantin selaku emaknya. Petang itu selepas latihan sukan, dia dan rakan-rakannya berehat di kantin sekolah.


” Mak cik , bagi teh ais ’cow- cow ’ punyer 5 ya ! Cucur udang satu pinggan! “ Fizi teman rapat Nazarul di kelas membuat pesanan.

“ Hoi… nak aku bankrap ker?” Nazarul mengusik. Mak cik kantin ketawa pendek. Datang bersama makanan dan minuman.

” Sekali-sekala Rul. Biar lah. ” Kata emaknya mesra melayan rakan-rakan anaknya .

Kumpulan Ria Amira , Miza , Rina dan Asni masuk ke kantin. Mereka beratur di bahagian tempat membeli minuman.

” Ria . Apa khabar?” Tegur mak cik kantin mesra.

”Baik mak cik. ” Balasnya berbahasa dan menghormati orang tua. Biar lah, aku cuma bermusuhan dengan anaknya bukan emaknya. Hati Ria berdetik.

Kumpulan Nazarul dan Fizi memandang sahaja ke arah mereka.

” Ria tu macam mana Rul? Betul ker kau rapat dengan Siti Syuhada tingkatan 4 ?” Fizi bersoal. Matanya melirik ke aras Ria Amira , pelajar paling ’giler-giler’ kat sekolah tapi cantik dan bijak.

” Hissh... aku tolong dia ajar Kimia . Tu jer. Dah nak SPM. Tak nak lah main cinta-cinta ni. Nak masuk ’U ’ dulu. Nak bela nasib keluarga.” Kata Nazarul lagi.

Serius dan tenang. Sesekali matanya menangkap wajah Ria Amira. Hatinya berdetik kecil. Ria cukup cantik tapi ’pedas’ .Orangnya garang macam bapanya.

” Tau .. tak per... kita belajar dulu . ” Tambah Fikri rakan sekelas. Yang lain juga tetawa dengan gaya Fikri meniru lagak cikgu disiplin .


Mereka berjalan pulang sehingga hampir ke asrama. Jam menujukkan pukul 5.30 petang.

” Alamak! Beg kasut aku ! Kat kantin lah! ” Ria teringat beg itu tertinggal.

” Adoi ... minah ni...aku malas nak patah balik. Nak mandi. Malam ni ada kelas. ” Rina mewakili Miza dan yang lain bersuara.

” No hal... korang pergi dulu. Nanti aku datang.” Ria berujar dan berpatah balik ke kantin sekolah.

Ria berlari ke arah meja yang mereka duduk tadi dengan pantas dan terburu-buru waktu. Dia tidak tahu lantai itu baru lepas mop dan masih licin.

”Ria !! ” Serentak , Ria jatuh terjelepok di tepi meja kerana cuai dan nak cepat.

” Aduhh...Tak boleh gerak kaki.” Ria mengaduh kesakitan.

Masa tu badannya sudah diangkat oleh Nazarul . Dia yang baru hendak mengambil motosikal untuk pulang terkejut kerana kedua-dua tayar motor nya telah pancit . Dia tidak tahu siapa yang berdendam dengannya. Masa tu lah, dia melihat anak pengetua itu jatuh.

” Ria ... kau ’okay’ tak?? ” Nazarul bersuara cemas.

” Kau jahat lah... jangan pegang aku. Pergi....aku benci ! Aku benci kau! ” Ria menjerit kuat . Nazarul tetap bertenang dan memegang peajar itu yang menahan sakit tapi tetap berdegil.

” Kaki kau ni terseliuh. Aku panggil cikgu ya . Mari aku bawa kau duduk dulu,” Kata Nazarul lagi.

” Tak nak lah.... budak jahat . Tak sedar diri. Pergi.” Kali ini Ria Amira menolak Nazarul dengan sekuat hati. Dek kerana lantai yang licin, Nazarul hilang imbangan . Dia terhenyak ke belakang dan kepalanya terhantuk pada kerusi kayu yang panjang . Pandangan Nazarul kelam serta-merta.

” Rul.............” Ria berteriak..

” Cikgu ! Tolonggg......”

* * * * * * * *

” Ria. Mari makan dulu.” Papa memujuk lagi.

Ria Amira masih menangis. Haji Nazman datang menghampiri katil anak kesayangannya.

” Ria sayang ! … papa faham. Mari makan dulu.”
” Papa. Papa benci Ria tak?”

Haji Nazman memeluk Ria Amira . Anak manja itu menangis di bahunya. Masuk kali ni, tak tahu berapa kali anak itu menangis. Menangis dan menangis.


”Papa sayang sangat kat Ria. Papa tak boleh hidup tanpa Ria. Ria kena kuat . Ria nak ambil SPM tahun ni kan? Papa nak Ria berjaya. Ria kan nak masuk UITM, nak jadi akauntan. Ria kena tabah.” Kata Haji Nazman lagi.

Haji Nazman turut sedih, Kalau lah isterinya masih ada, tentu Ria tak jadi macam ni. Ria tentu akan jadi gadis lemah-lembut, pemalu dan ayu seperti ibunya. Kini, Ria seorang gadis yang lasak, garang dan agak kasar tapi, hatinya baik.

Kadangkala Ria manja berlebihan. Sejak 10 tahun lalu hingga kini umurnya 49 tahun, dia belum terbuka hati untuk mencari pengganti isterinya. Dia merasakan kasihnya hanya milik Ria. Dia tak mahu kasihnya dibahagia dua.

” Papa. Ria minta maaf.”

” Ria. Masuk kali ni, dah lebih 10 kali Ria minta maaf. Papa tak salah kan Ria. Anggap ini pengajaran buat Ria ! ”

” Ria yang suruh Miza pancit kan tayar motor dia, Ria nak balas dendam. Ria jahat kan papa,”

“Tak lah… Ria tak jahat, Cuma Ria terlalu emosi . Kadangkala sampai terlupa baik- buruk.

Dah.Sapu air mata. Esok, kita pergi rumah mak cik kantin. ” Kata Haji Nazman lagi.

* * * * * * * *

” Rul. Maaf kan aku Rul . ”

” Aku dah lama maaf kan kau Ria. Aku pun nak minta maaf jugak.”

” Aku yang salah . Aku tak tahu kenapa kita tak boleh berkawan.Tak ada sebab kita nak gaduh kan.” Kata Ria Amira lagi.

” Ria Amira yang aku kenal tak mudah mengalah kan. Jangan risau. Aku boleh masuk sekolah minggu depan. Doktor kata dah kering luka. Jahitan pun dah baik.

” Aku yang suruh Miza pancitkan tayar motor kau dulu.” Kata Ria lagi.

” Aku dah maafkan semua nyer Ria. Lepas ni kita buka buku baru .” Tambah Nazarul lanjut. Mata mereka bertaut seketika. Bersama senyuman bermakna.

4 comments:

qyqa said...

he3...
tajuk dy unik sifu...
sound cute gler...
cter pun slamba jer...
sifu da brubah angin ek...
ska3!!!

kim said...

hahahaha. sedih jgkk cito neh. haha. hop penting uitm dgn akauntan tu! hahaa. gua terasa beb! hee ;p

mimi's life said...

wah!!
mmg best gla laa citer..
congrats!!
hehe

nur said...

aloh,br jmpe ha cter nie,..
bes gak ah,...
dramatiks,..