Friday, December 11, 2009

From Kelantan With Love 8


Mak Su Ida baru sahaja pulang . Esok hari persekolahan akan berjalan seperti biasa. Namun, hati Erina berasa gundah . Kenapa kah nama yang disebut-sebut oleh Mak Su Ida tadi seperti mengganggu benaknya.


Dia tak sangka sama sekali Cikgu Laila rupanya yang ingin dipadankan dengan Cikgu Razlan. Cikgu Laila yang nampak macam tak kekok langsung depan guru lelaki itu. Cikgu Laila yang tak pernah menampakkan kecurigaan dalam persahabatan mereka selama ini. Salah kah kalau di kesempatan ini , dia juga mula jatuh sayang pada Cikgu Razlan. Ah ! Tak mungkin ! Apa kata mama dan papa ! Apa kata orang-orang di sekeliling nya kalau dia suka dengan Cikgu Razlan yang hampir saja sebaya dengan Nik Mustaffa.


Aku terlebih ‘emo’ kot akhir-akhir ni ! Fikir Erina sejenak.


“ Rin , jauh nyer kau fakir! Aku masuk pun tak sedar!” Najiha menegur Erina yang masih mengadap pinggan nasi di dapur.


“ Kau nak makan ker tak nak? Macam tak luak nasi tu?” Najiha mengusul lanjut.


“ Jiha. Aku tak sangka Kak Laila tu pulak yang nak dipadankan dengan Cikgu Lan ya! Macam tak percaya !” Kata Erina menatap muka Jiha.

“ Aku pun rasa macam tak pecaya tapi, kira ‘okay’ lah. Kak Laila kan ‘single’ lagi, Cikgu Lan pulak duda , tak ada salah kat mana-mana. Bukan kacau suami orang pun. Cikgu Lan tu, tak Nampak tua. Boleh lagi dengan Kak Laila. “ Najiha pula memberi pandangan.


“ Tapi kan, Kak Laila tu pandai lah . Tak Nampak langsung. Malah, selama ni aku tengok dia tak pernah nak ‘cover’ apa-apa depan Cikgu Lan. Tak nampak hipokrit pun. “ Ujar Erina.


“ Laa… kan Mak Su Ida cakap Kak Laila pun belum terbuka hati , nak berkahwin. Orang kata apa, belum sampai seru! Buat apa nak ‘cover’ kalau dia anggap Cikgu Lan tu macam kawan biasa . Lain lah kalau ada perasaan . Kan? “ Najiha menambah lagi.


“ Cikgu Lan tu baik, dah lah ‘smart’ , harta ada, rupa ada, siapa yang tak nak kan ?” Erina tanpa sedar mengulas kembali.


“ Ehemmm…. Lain macam jer ayat kau?” Jiha tiba-tiba bersuara.


“ Kau rasa Kak Laila memang tak suka kat Cikgu Lan ker ? “ Erina bertanya lagi.


“ Suka atau tidak bukan masalah bagi kita pun. Kalau dua-dua dah suka sekalipun , biar lah mereka kahwin, Atau ada orang lain yang mula ‘jeles’ ker aku tak tahu ah.” Kata Najiha.


“ Aku tak ‘jeles’ lah. “


“ Eh ! Kau terasa ker Rin? Aku tak cakap kau pun”


“ Bukan. Maksud aku, kalau aku lah, aku tak ‘jeles’ pun. “


“ Hmmm…. Rin! Kau jangan nak buat ‘record’ pulak kat sekolah ni. Aku ingat kan kau Rin. Mak bapak kau kat kampung tu huru-hara nanti.” Ujar Najiha lanjut.


“ Bagi sini, biar aku makan! Nampak sedap telor mata kerbau ni. Kita tambah kicap dan sos cili sikit. Hurmmm…. Sedap! . “ Ujar Najiha yang terus mengunyah nasi di pinggan. Tidak mempedulikan Erina yang terpinga-pinga.


“ Nasi aku lah Jiha. Kau buat lain lah kalau nak makan.”


“ Alahh… kau bukan lapar pun. Kau tu duduk termenung dari tadi. Nasi ni, kalau boleh berkata-kata , dia dah bosan tengok muka ‘sposen’ kau tu.” Ujar Najiha lanjut. Tersenyum sinis. Kemudian melangkah ke ruang tamu.


“ Hishh… budak ni, siap lah! “ Erina bergegas bersama dua gelas air .


Mereka melabuhkan punggung depan ‘TV’ .


Hari Isnin menjelma. Perhimpunan pagi baru sahaja selesai . Erina dan Najiha sudah bergegas ke bilik guru kerana ada kelas sekajap lagi.


” Aduhh! Jalan betul-betul boleh tak ?” Suara yang keras mengeur Erina yang secara tak sengaja terlanggar bahu seorang cikgu perempuan. Guru berkebaya labuh itu menoleh kepadanya.

” Maaf Cikgu ! Saya tak perasan . Tengah nak cepat.Maaf ya! ” Tutur Erina jujur. Memang dia akui salahnya. Lalu, dengan pantas dia memohon maaf dan mengharapkan kejadian itu tidak berpanjangan.


” Awak ni siapa? Guru ker pelawat?” Tanya gadis itu lagi. Masih kelihatan sinis.


”Saya cikgu baru , tapi tak lah baru sangat. GSTT. ” Ujar Erina.


”Ohh... patut lah. Banyak yang saya dengar tentang awak. Erina kan?” Soalnya setelah melihat tanda nama yang tertera pada tudung gadis itu .


Dia nampak sungguh cantik dibalut baju kurung moden corak bunga halus berwarna ungu cerah, dan berlatar kan warna hitam. Kulit yang putih melepak itu nampak begitu mulus. Matanya bundar dan bersinar-sinar bila menjatuhkan pandangan.


” Saya Erina! Selamat bertemu Cikgu Nisya. ” Ujar Erina selepas melihat tanda nama Nur Anisya yang dipakai oleh gadis itu .


Dalam kepayahan Nisya menyambut salam Erina. Bibirnya enggan tersenyum. Lantaran banyak cerita yang dia dengar bahawa Erina mula rapat dengan Nazarul sejak datang ke sekolah ini.


” Pergi dulu ya! Maaf sekali lagi.” Ujar Erina dan berlalu. Tidak mahu dia ketinggalan kelas BM nanti.


Nisya memandang dengan geram. Berlagak! Tak padan dengan GSTT. Tak apa Erina ! Ada ubi , ada batas ! Kau belum kenal siapa aku ! Suara hati Nisya bergema.


Jam menunjukkan 11.20 minit pagi. Najiha dan Erina melabuhkan punggung. Kebetulan, mereka baru sahaja menghabiskan 4 masa ’direct’ mengajar dan ditambah 1 waktu kelas ganti bagi guru yang cuti sakit dan kursus. 5 waktu di kelas menambahkan sedikit penat. Tambahan mereka belum makan pagi.


” Kita pergi makan jom! ” Najiha bersuara selepas melihat Erina hanya diam duduk di meja. Apa yang merasuk fikiran anak gadis itu pun dia tidak tahu.


” Dah habis kelas cikgu-cikgu? ” Kedengaran suara Nisya mendekat. Erina dan Najiha serentak memandang.


” Baru habis. ” Jawab Najiha. Matanya melekat pada tanda nama ’Nur Anisya’ . Fikirnya ini lah Cikgu Nisya yang selama ini mereka nantikan.


” Saya Najiha . Dan ni Erina.” Najiha bersalam memberi hormat . Nisya senyum sedikit . Nampak sangat tak ikhlas. Wajahnya tidak menampakkan dia suka situasi itu.


” Hurmm.... saya nak pesan satu jer. Kalau guru sandaran tu, buat lah macam guru sandaran. Tak payah nak berlagak lebih-lebih. Kat sini, kalau ’over’ sangat , nanti orang tak suka. Saya bagi nasihat jer. Kalau tak nak cari pasal, jangan sibuk tepi kain orang.” Ujar Nisya lagi. Penuh prejudis dan berprasangka.



Hatinya sangat sakit bila mendapat tahu Erina sebelum ini pernah diajak oleh Nazarul untuk menggantikan tempatnya ke Lenggong. Nasib baik tak jadi. Dia sangat marah kalau tahu ada orang nak masuk ’line’ dia dan Nazarul. Bukan senang nak ’tackle’ mamat kurang perasaan tu. Detik hati Nisya.


” Terima kasih Cikgu Nisya ! Atau saya nak panggil Kak Nisya sebab akak 2 tahun tua daripada kitorang ! ” Getus Erina tiba-tiba.


Nisya ni, main serang jer. Mentang-mentang lah dia dan Jiha guru sandaran. Sedap mulut dia jer . Betul lah kata Nazarul, bukan senang nak jadi guru ni. Banyak jugak karenah dan ragam guru-guru di sekolah selain ragam anak murid. Ya lah, bukan semua manusia sama, rambut jer hitam. Manusia pun tak lepas dari salah dan silap , walaupun manusia itu seorang guru , seorang yang dianggap baik .


” Hmmm.... ’ call me Nisya’ . Dah cukup. Saya harap awak berdua pandai-pandai bawa diri ya! Jumpa lagi.” Tambah Nisya dan bergegas ke kelas dengan wajah tegang. Erina! Jangan harap kau akan dapat Nazarul! Desis hati Nisya lagi.


” Rin! Dia macam nak bermusuh dengan kita lah. ”


”Pagi tadi, aku terlanggar dia kat tepi tangga. Bukan main marah. Macam singa betina. Huh... ngeri betul. Dia memang tak suka kita lah. Kita ni dah jadi ancaman buat dia nampaknya!! ” Erina menambah lagi.


” Aku rasa dia ’jeles’ dengan kau lah Rin. Dia mesti ingat kau ’syok’ kat Nazarul lah tu, kan buah hati dia. Sarang tebuan jangan dijolok Rin! ” Tambah Najiha.


” Hei... mana ada aku jolok sarang tebuan Jiha. Aku nak kait jer . ” Erina berjenaka pendek. Najiha hanya tersenyum menggeleng kepala.


” Jom. Pi kantin. Aku lapar . ” Gesa Najiha. Erina bersetuju dengan isyarat badan . Mereka menuruni tangga di hadapan pejabat sekolah.


” Assalamualaikum Cikgu ! ” Satu suara menyapa mereka yang sedang berjalan.


”Waalaikumussalam ! Eh. Fatin. Nak ke mana?” Tegur Erina mesra.


”Kelas. Cikgu suruh masuk pusat sumber cari maklumat. Cikgu sihat?” Tanya Fatin Najwa kembali. Rakannya yang baru dilihat hari ini hanya tersenyum di sebelah.


”Sihat. Kenalkan ni, kawan cikgu . Cikgu Najiha. Dan Jiha, ni lah anak Cikgu Razlan, Fatin Najwa.” Tutur Erina lagi.


” Baik lah . Kami jalan dulu. Takut terlambat.” Ulas Fatin Najwa selepas bersalaman dengan Najiha. Rakannya turut tersenyum .


” Adoi ! Rin, mesra betul kau dengan anak ’pakcik koop’ tu? Taktik ker ni? Rapat dengan anak , pas tu, dekat dengan bapa?” Najiha menyiku Erina yang senyum-senyum kambing.


”Ntahh... suka hati kau lah Jiha. Taktik ker aper ker, aku tak kisah pun. Dah anak dengan bapa dua-dua jenis baik. Memang aku suka. Tak salah kan, berkawan biar seribu kan. ” Erina menambah.


”Kawan aper nyer macam gitu ? Ada makna lain tuu.” Usik Najiha lagi.


” Ishh... kacau betul . Dah lah jangan sembang hal ni lagi. Orang dengar kang susah .” Tambah Erina sebaik saja menghampiri kantin.


” Nak minum per? Aku pesan.” Kata Erina setelah sampai depan meja makan. Waktu tu, tak ramai guru berada di kantin.


” Mak Tam, minta jus epal 2 . ” Kata Erina ketika memesan minuman. Pemilik kantin yang dipanggil Mak Tam tersenyum dan meminta pelayan kantin membuat minuman.


” Baru makan ker Rin? ” Suara kasar Nazarul menegur.


” Hurmm...Awak baru makan jugak?” Tanya Erina kembali.


” Dah. Nak naik atas dah ni. Makan per, hari ni biar saya belanja. Mak Tam kira sekali Erina dan Najiha ya. ” Kata Nazarul mesra. Ada senyuman bergayut pada bibirnya. Nampak manis walaupun belum berapa sempurna. Maklumlah, mamat ni payah nak senyum.


” Eh.. tak payah lah. Buat susah-susah jer. ” Erina tiba-tiba menyampuk.


”Alahhh... cikgu, rezeki jangan ditolak ! ”Mak Tam menambah dengan senyuman manis.


” Terima kasih .” Sepatah Erina menjawab. Kalau orang dah berbudi, apa salahnya. Bukan selalu. Ini lah kali pertama Nazarul begitu mesra dan baik dengannya.


” Sama-sama.” Nazarul senyum lagi. Erina pandang sahaja . Juga membalas dengan senyuman .


” Makan lah. Nazarul dah bayarkan.” Kata Erina selepas melabuhkan punggung depan Najiha.


” Mamat tu belanja? Eh !! Ni kira nak ’tackle’ kau ker ni Rin?? ” Soal Najiha mengusik.


” Hishh... belanja bukan bermakna suka. Kau ni, ortodoks betul lah. Dulu kat kampus, kan member kita selalu belanja makan. Mana ada suka-suka jatuh hati pun. Ni kira, belanja kawan lah Jiha. Payah betul nak faham. Jangan cepat perasan boleh tak ?” Ujar Erina yang sudah mula menjamah makanan .


” Aku yang payah faham atau kau yang tak nak faham .” Najiha bersuara perlahan dengan senyuman mengejek. Erina hanya buat muka tak tahu-menahu. Terus makan tanpa memandang Jiha yang tersenyum-senyum. Mereka kembali ke bilik guru selepas habis makan.


” Rin. Tadi Cikgu Lan cari Rin . Suruh jumpa kat bilik dia. ” Kak Ros bersuara sebaik sahaja Erina sampai. Najiha memandang wajah Erina. Apa hal pula ’pakcik’ ni. Sehari tak jumpa Erina tak kan tak senang duduk kot! Cetus hati Najiha.


” Kak Ros ! Dia ada cakap tak nak jumpa Jiha sekali. Asyik-asyik panggil ’awet Kelantan’ ni. ’Ipoh Mali’ ni bila dia nak jumpa??” Najiha mengusik tiba-tiba. Kak Ros ketawa serta-merta.

Menggeleng kepala dengan lawak Najiha yang tak disangka-sangka.


”Hishh... mulut tu sedap jer cakap. Nanti , jap lagi, aku cakap kat Cikgu Lan.” Erina pula menggiat. Najiha sengeh , buat muka tak bersalah.


” Sekarang ker?” Tanya Erina lagi. Dia menatap muka jam tangan Bonia nya. Jam 12 .05 minit. Jam 1.30 , tamat waktu persekolahan hari ni.


” Baik pergi sekarang. Tadi nampak macam ada seorang perempuan datang jumpa dia. Mungkin perempuan tu yang nak jumpa Rin . Perempuan tu pun ada kat bilik dia tadi rasa nya. ” Tambah Kak Ros lagi.


”Perempuan?? Perempuan mana pulak Kak Ros?” Erina tertanya-tanya.


” Eh!! ’Cek Mek’ baik kau pergi sekarang daripada kau buat ’blur’ kat sini. Kau pun dah habis tadi 5 masa ’direct’ kan. Pergilah masa ’free’ ni. ” Najiha pula menokok.


Erina kembali keluar dari bilik guru. Menuju ke bilik guru kanan.


” Erina. Awak ada masa tak sekarang. Ada seseorang nak jumpa awak di Bilik Kaunseling. ” Tutur Cikgu Razlan tanpa mempersilakan gadis itu duduk .


” Siapa yang nak jumpa saya? Saya ada buat salah ker Cikgu Lan?” Tanya Erina penuh gundah-gulana. Mati aku! Jangan-jangan kawan Mak Su Ida datang nak serang aku. Habis lah. Buat malu satu sekolah nanti! Ya Tuhanku, tolong lah selamat kan aku! Detik hati kecil Erina.


” Saya bawa Erina ke sana. Mari! ” Kata Cikgu Razlan lagi. Kali ini dia berdiri di sisi anak gadis itu. Baru Erina terasa betapa tinggi ’pakcik koop’ ni bila sama-sama berdiri macam tu. Namun, bagi Erina ketinggian itu lah menjadikan ’pakcik’ itu, begitu tegap dan ’smart’. Huh. Erina mengutuk dirinya. Sempat lagi aku mengelamun! .


” Masuk lah. Dia ada kat dalam. Kejap lagi saya masuk.” Ujar Cikgu Razlan selepas mereka tiba di bilik kaunseling. Kaunselor sekolah yang dua orang menghuni bilik itu, kelihatan tidak ada. Cikgu Lan dah ’booking’ bilik ni ker? Hati Erina berdesis . Bersama debaran dia melangkah masuk .


”Assalamualaikum ! ” Ujar Erina. Memandang wanita yang duduk di sebuah sofa.


4 comments:

Maryam Kamal said...

kak lyn,
byk sgt watak ckgu-cikgu nya..
smpai lupa mana satu ckgu ros..

haila... :(((
huhu..

Azlin197 said...

Ha ha ha...

Cikgu Ros tu cg yg mula2 kenal ngan dorang dua ni. Kak Ros n Kak Laila jer yg byk dikupas. Yg lain watak kodi jer (watak yg muncul dan akan hilang secara tiba2)...

By the way ... TQ ...
Nanti akak post senarai watak2 penting dlm citer ni...

Maryam Kamal said...

ooo.. eh?
yg sy engat bernama ros ni..

jiran saya...

dan kakak upin ipin..
:)

tq kak! :)

ehh.. akak mesti ckgu kan?
ngajar kat mana?
*blink3*

Azlin197 said...

Akak mengajar kat sekolah Erina buat GSTT ni lah.... akak cg Sastera tg 6 dan BM ting 3 .