Monday, August 3, 2009

Luka Di Celahan Rindu : Episod Akhir

" Joe…Is di hospital. Kena langgar ." Suara Puan Hamidah kedengaran di hujung talian .Johari hilang punca serta –merta.
" Mari…cepat sikit . Kawan Joe, kena langgar " Kata Johari tiba-tiba. Lia mengikutnya tanpa bicara .

Mereka tiba di wad. Lia mengekori Johari. sampai di hujung katil, bilik VIP itu, Lia nampak Tan Sri dan isterinya .


Kemudian nampak seseorang terbaring parah. Lia pandang lelaki itu dan ibu bapa Iskandar bergilir-gilir.Hatinya mengesan sesuatu . Inikah jalan pertemuan dia dan Iskandar .
Air matanya terasa bertakung.


Pandangannya tiba-tiba berbalam-balam dan terkesima. Sejurus itu, badannya terasa ringan .Dia hampir jatuh terjelepuk kalau bukan disambut oleh Johari tiba-tiba. Kejadian itu mengejutkan seluruh isi bilik VIP itu .


" Lia…Lia…." Kedengaran suara Tan Sri di hujung telinga Lia. Perlahan dia buka mata. Kemudian memandang ke katil Iskandar .Serta –merta dia cuba bangun .
" perlahan dulu, Lia pengsan tadi!! " Kata Ibu Iskandar .


Lia bangun juga walau ditahan-tahan . Terasa benar nazak keadaan Iskandar waktu itu .
Botol-botol drip bergantungan, mukanya berbalut hampir di seluruh wajah dan kepala. Kakinya kena simen. Badannya luka dan banyak darah keluar.


" Iskandar !! " Jeritan Lia menusuk ke kalbu Johari.


Menikam dan terus ke sum-sum tulang. Melekat sampai ke tulang hitam. Inikah lelaki yang mengunci hati Lia Amalina selama ini . Patutlah Lia bersifat waspada dan menyelidik dengan mana-mana lelaki selama ini.

Badan Iskandar yang tak bergerak dirangkul penuh makna. Namun Iskandar tak menjawab apa lagi hendak mengelus manja wajah Lia. Lia terpempam. Kemudian memeluk ibu Iskandar yang cuba menenangkannya .


" Is tak apa-apa Lia.Dia dah stabil. Mungkin malam ni dia sedar " Kata Ibu Iskandar kembali.
" Lia banyak salah pada Is…Lia berdosa pada Is…." Kata Lia lagi.



Tangisan Lia menjadi noktah di hati Johari . Inilah falsafah cinta Iskandar dan Lia Amalina. Benar kata Iskandar , tak semua cinta berakhir dengan bahagia. Malah banyak yang bernoktahkan air mata dan pengorbanan.

Barulah dia tahu kenapa Iskandar cukup perahsia tentang cintanya. Rupa-rupanya Iskandar memendam luka di hati . Lia Amalina lah gadis yang pernah diceritakan dulu masa di California. Dia merasai betapa agungnya cinta lelaki Iskandar ini.


Malam itu juga ibu bapa Lia berkejar ke tempat Iskandar .



******************************************


" Mama….tengok Is mama." Kata Lia lemah.


" Sabar sayang! Iskandar tak apa-apa! Kan dia pulang nak cari Lia! "

Datin Maria memeluk erat anaknya. Mendoakan Iskandar bangkit dan membawa kebahagiaan .
Lia berdoa panjang-panjang . Mengharapkan ada keajaiban muncul .Mendoakan kekasihnya datang membawa jutaan kasih sayang . Semua yang ada tetap menunggu dalam kepedihan . Iskandar masih belum bangun. Genggaman tangann Lia tak pernah lepas dari Iskandar .

Tiba-tiba mata Iskandar terbuka lambat –lambat.Lia dapat rasakan Iskandar sedang menggenggam tangannya erat .Dia memeluk erat Iskandar dan mencium dahinya yang berbalut kemas. Iskandar cuba tersenyum dan menggagahi tangannya mengusap kepala Lia.

Iskandar bersyukur Lia menjadi miliknya jua. Cinta dia dan Lia akan bersatu akhirnya. Tuhan masih panjangkan jodoh mereka .Walau Iskandar dapat rasakan masanya mengadap Tuhan sudah tiba. Seluruh badannya terasa sakit-sakit, dan kepalanya terasa sungguh berat .
Namun, kehadiran Lia menguatkan hatinya .Baginya bukan satu atau dua, malah seribu bidadari pun tak akan dapat menggantikan Lia Amalina dalam hidupnya.


Walau ke negeri China, walau ke Gunung Everest , ke California sekalipun, bayangan Lia malah wajahnya tetap bersemadi di lubuk hatinya yang paling dalam.
" Is….jangan gerak…nanti sakit !! "
" Lia cintakan Is…Lia sayangkan Is…jangan tinggal kan Lia lagi. Jangan kita menghukum cinta kita Is."


" Lia….Is sayangkan Lia, masih seperti dulu !!! " Iskandar berbisik.

" Untuk Lia. " Iskandar mengeluarkan sebentuk cincin dari poket seluar. Terketar-ketar dia menyarungkan cincin itu .Ada sedikit kesan darah padanya. Lia benar-benar tertekan.Air matanya mengalir laju.

Kemudian Iskandar mengirik tangan Lia ke dada . Perlahan-lahan pegangan Iskandar terasa lemah. Matanya gelap tiba-tiba. Mulutnya terketar-ketar menyebut sesuatu .


Tan Sri dan isterinya menghampiri anak mereka. Lia hilang rasa tiba-tiba.Terkejut melihat diri Iskandar . Tak ada lelaki dapat menggantikan tempat Iskandar.Tak ada sesiapa boleh menggantikan cinta agung Iskandar . Bukan Aidil, bukan Johari dan bukan sesiapa.

" Dia dah tak ada!! " Kata TanSri.Serentak dengan lolongan Lia yang sukar dilenyapkan. Tak semua cinta berakhir dengan bahagia.Banyak juga yang menderita. Lia memeluk jasad Iskandar . Tumpah air matanya di sana. Tumpah cintanya di sana.
Iskandar Hakimi! detik Lia lemah.

Johari juga terjerut melihat keadaan Iskandar dan Lia. Tuhan Maha Kaya.Dia yang menemukan Lia Amalina dan Iskandar .Dia lah yang memisahkan mereka . Dia yang menyuratkan cinta agung dua kekasih itu .

Johari insaf dengan semuanya . Biarlah Lia memilih jalan hidupnya selepas ini. .Dia tak pernah dan tak akan mendesak gadis itu lagi.


**********************************


Sebulan berlalu .


Memori Iskandar masih berkeliaran . Menghantui jiwa dan perasaan Lia Amalina.
“ Ada Orang cari Is tak…? “
“ Dari mana ni? “
“ Tak nak tahu Is ke mana dua minggu ni .?”
“ Is balas dendam pada Lia….”
“ Lia rindu ker ???”
“ Siapa lah Lia nak rindukan Is, nanti ada orang marah .”
“ Lia….Is sayangkan Lia ….Is perlukan Lia dan Is tak boleh hidup tanpa Lia.”
“ Is ke mana dua minggu ni ??"
"Lia rindu tau….”


Lia terseksa. Bilah-bilah kenangan itu membanjiri tasik hatinya. Dia tersenyum dalam tangisan . Berakhir juga kisah cinta Villa Budi Bersemi di Datuk Patih. Dengan tragis sekali. Suara Iskandar masih memanggil Lia dalam kepiluan . Di satu sudut , Johari masih menjerat hati sendiri . Tidak tega melihat Lia terseksa, namun itulah kehendak yang tertulis buat gadis itu. Dia akan tetap sabar menanti sang suria menjelma kembali. Entah bila dan di mana.


Lia juga tidak tahu bila dan di mana , memori Iskandar akan berakhir . Masih ada luka di celahan rindunya.





SEKIAN, .....




SESUNGGUHNYA CINTA ITU TIDAK PERNAH MENGHUKUM SESIAPA !


TETAPI MANUSIA YANG MENGHUKUM CINTA !




1 comment:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

ye manusia sering menghukum cinta....

kadang-kadang menghukum diri sendiri kerana cinta.....