Saturday, August 1, 2009

Puisi : 5 Haiku

5 Haiku





Pohon Kematian

Lambat lagi kah maut menjemput,
Belum terlewat menadah tangan
Bersujud cinta di atas sejadah


Cinta Hujung Minggu

Tanganku menggeletar hangat
Terbayang wajahmu melintas
Saat aku menyisip wangi aroma kopi
Bersama sekeping roti bakar


Keikhlasan

Memang sukar mencari makna sebuah keikhlasan
Tidak boleh dijual beli
Bagaikan mencari seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang kelam


Ranting Persahabatan

Aku dambakan seorang kawan
Yang tak kan tinggalkan aku
Walau susah walau senang sehingga mata ku tertutup.


Kenapa Suka Puisi

Mari lah berpuisi bersama aku
Kau tak kan menyesal
Mencurahkan rahsia di hati mu

No comments: