Thursday, July 16, 2009

Luka Di Celahan Rindu 10

RUANG TAMU terhias indah ketika Lia melangkah turun dari tangga permaidani merah . Cukup bergemerlapan. Semua tetamu papa dan mama telah pun berkumpul dan beramah mesra kerana jamuan makan telah pun bermula. sambil itu masing-masing sibuk berkenalan dengan sanak saudara dan ahli keluarga terdekat sahabat handai mereka.
" Mari" Mama menarik tangan Lia lembut.Membawa kearah meja makan . Lia didudukkan seperti anak kecil.
" Anak perempuan saya , Tan Sri." Kata Datuk Mahfuz kepada lelaki bergelar Tan Sri itu .
Pandangannya jatuh ke wajah Lia. Lia menguntum senyum. Dia angguk.
Namun matanya masih melilau . Mencari seseorang . Lia menyalami isteri Tan Sri.
" Cantik anak Datuk, " Usik isteri Tan Sri. Lia tersenyum tunduk. Tidak pada mama. Tersenyum penuh keceriaan .
"Ini , anak lelaki. Fazli . " Kini giliran Fazli diperkenalkan .
Lia tak sedar bila Fazli sampai. Barangkali baru petang tadi.Lama juga Lia tertidur petang tadi penat pulang daripada kenduri rumah Ila .
" Iskandar ! Iskandar ! " Panggil tan Sri.Darah Lia menyirap ke muka.
" Ini anak saya Datuk. Iskandar Hakimi . " Ujarnya .Iskandar menyalami Datuk Mahfuz dan Fazli .Dan, merenung tajam ke wajah Lia.

Lia hilang punca tiba-tiba. Terasa kolam matanya bertakung dan suaranya bergetar . Iskandar anak Tan Sri kawan papa yang sering dibangga-banggakan. Memang padan Iskandar dan Fatin.sama-sama anak orang kaya . Fikir Lia. dan dia tahu, tiada ruang di hatinya buat Iskandar .
' Lia, ambil makanan dulu! " Lia bersuara perlahan.
Menahan sebak di dada. Fazli dah mula melawak dengan mama Iskandar . Hanya Lia dan Iskandar yang hilang arah . Sama-sama menahan perasaan dan memendam hati.

Lia berdiri di hujung meja. Memegang gelas minuman .Melilau mencari Irwan. Ada beberapa rakan lama datang kepadanya . Ila dan Kamal Adli juga sedang makan dan melambai tangan . Lia bergerak ke halaman luar beranda. Mengambil angin dan meredakan sesak di dada.
" Lia terkejut ? " Irwan muncul tiba-tiba. Muka Lia kelihatan resah .
" Bukan Is nak rahsiakan dari Lia selama ini . Is ada beritahu tapi Lia tak pernah memberikan perhatian . " Ujar Irwan lagi . Lia bungkam , dan mendiamkan diri .
" Abang bawa Is ni…ada hal dia nak cakap !! " Kata Irwan lanjut.

Lia menoleh .Memang Iskandar tercegat dengan segaknya di hadapan. Ketampanan Iskandar tak pernah tumpah walau memakai pakaian apa sekali pun .Tetap kacak dan menawan .
" Abang ke dalam dulu!! " Irwan berlalu memberi ruang.
" Lia masih marah ??" iskandar membuka bicara selepas sekian lama.
" Lia tak berhak Is… Lia tak kisah pun. " Lia bersahaja .Cuba mengawal perasaan
" Tak ada apa kita nak bualkan.Lia rasa tak manis pula kalau keluarga Is nampak kita . Nanti tak sedap pula kalau Fatin dapat tahu . " Lia menguji kesetiaan Iskandar .
Iskandar bungkam dengan sikap Lia. Seperti main sorong papan tarik papan.

" Kalau itu yang Lia nak, Is akan pergi pada Fatin dan semoga Lia bahagia kerana menghukum percintaan kita seperti ini .

Lia terpempam. Tertinggal dalam sepi. Inikah hukuman Iskandar . Kenapa terlalu cepat dia berputus asa . Tidak mengerti kah Iskandar, Lia mahu dia berterus-terang, membuat pengakuan kalau benar dia memilih dirinya atau Fatin.

Tidak boleh kah Iskandar melayannya lebih istimewa , memujuknya untuk menyambung kembali percintaan mereka dahulu. Kenapa mudah Iskandar mengalah sebelum berjuang. Lia mahukan lelaki yang kuat, yang mencuba tanpa jemu dan putus asa.

Selebihnya Lia sedar dia ego dengan perasaannya sendiri. Mungkin, pada Iskandar kenapa tidak Lia yang mengalah dan mengakui kejujuran cinta mereka. Is, aku kah yang silap atau diri mu memang bukan untuk ku. Atau takdir sedang menguji cinta kita. Kenapa tidak ada kekuatan untuk aku menahan mu daripada pergi. Atau aku kah yang berilusi. Hatinya bersuara sendiri.

Lia terasa berpinar-pinar. Kemudian berjumpa mama dan mengambil keputusan berkurung di bilik. Bersama tangisan Iskandar .

1 comment:

asyiterukhwah said...

hahaha...apa nak jadi ni...
ego ye lia....
sambung...