Saturday, December 5, 2009

From Kelantan With Love 6

ERINA mengambil salinan surat edaran yang diberikan oleh kerani fail pejabat sekolah. Dia mengukir senyuman sebelum berlalu ke bilik guru. Itu lah penyelesaian bagi masalah yang sedang dia hadapi. Itu lah jalan bagi persimpangan dilema yang sedang dia tempuhi. Lepas ni, dia akan cari Nazarul dan menunjukkan surat tersebut kepada guru muda itu.

” Surat apa kau dapat tu?” Najiha bersuara selepas Erina duduk di kerusi . Najiha berhenti seketika menanda buku latihan pelajar. Wajah Erina ditenung.

” Penyelamat aku !” Jawab Erina dan tersenyum lega.

” Dah jumpa Nazarul pagi ni? Dia ada tanya kau tadi. ”

” Aku pun nak cari dia jugak ni. Nak bagi jawapan. Tengok lah ni.” Kata Erina dan menyuakan surat edaran itu kepada Najiha. Serentak Najiha juga meleretkan senyuman kelegaan.


” Nasib baik ’babe’ . Kalau tak, haru satu Gerik ni, aku rasa lah, ’mamat kayu’ tu, macam suka kat kau jer Rin. Tengok lah, siap ajak kau ganti Cikgu Nisya lagi temankan dia. Bukan tak der cikgu BI lain kat sekolah ni kan.” Najiha menggiat sambil tersenyum penuh makna.


” Ishh... dengar kat orang nanti. Jangan salah cakap. Aku ada juga dengar-dengar khabar angin dari Kak Ros, Nisya dan Nazarul tu, macam ada ’something’ lah. Tapi aku tak tahu sangat.”

” Maksud kau , diorang ada hubungan? ”couple’? “

“ Mungkin, tapi Kak Ros kata satu sekolah ni, macam tahu lah, Nisya tu suka kat Nazarul. “ Erina menokok lagi.

“Tak sabar ‘babe’ aku nak tengok macam mana rupa Nisya. Nama pun dah ’boom’ macam artis Bollywood. “ Najiha menambah.

“ Tunggu minggu depan. Nazarul kata dia habis kursus ‘next week’ lah.”

“ Pukul berapa dah ni. Aku ada kelas jap lagi. ”

” 9.40 ” Sepatah Najiha menjawab.

” Aku pergi dulu. Kelas 9.50 ni. ”

” OK. Kelas last aku lepas rehat. Tadi dah pulun 3 masa ‘non stop’. ” Najiha memberitahu.

Erina bangun dan membawa keperluan masuk kelas.


Erina melintasi kantin untuk ke kelas 3S2 . Di persimpangan jalan antara kantin dan tandas pelajar lelaki, dia tersua dengan Cikgu Razlan yang menghala ke kantin. Baru habis kelas mungkin. Fikirnya sendiri. Tahan! Tahan! Kenapa rasa lain macam ni tiap kali nampak ’pakcik’ ni. Erina! Kau kena kuat! Jangan mudah cair! Ingat dia tu suami orang ! .

” Erina ! Ada kelas ker?” Soal Cikgu Razlan berbahasa. Mengukir senyuman. ’Handsome!” . Desis hati Erina.

“ Hurm… kat 3S2 tu. “Beritahu Erina. Berhenti menapak seketika. Memandang wajah Cikgu Razlan yang kelihatan tenang sahaja.

”Lepas rehat kalau ’free’ , jumpa saya kat bilik ya ! ” Pesan guru kanan itu, sebelum bergerak pergi.


Erina angguk dan meleretkan senyuman sebelum berlalu. Jumpa dia kat bilik ? Aku ada buat salah ker ? Persoalan itu dibawa sehingga ke kelas.


” Baik lah. Semua boleh duduk.” Beritahu Erina selepas pelajar memberi salam hormat.

” Buka latihan tatabahasa semalam. Cikgu nak tengok . ” Guru muda itu memulakan pengajaran.


Dia bergerak dari meja ke meja memastikan semua pelajar menyiapkan latihan yang diberi semalam. Selepas berpuas hati, dia maju ke depan kelas.

” Baiklah, hari ni, cikgu akan bagi satu tajuk karangan. Duduk dalam kumpulan, dan setiap kumpulan sila cari 5 isi bagi tajuk ni. Salin soalan sekarang.”

” Berapa orang satu kumpulan cikgu?” Soal Dewi, seorang pelajar India dalam kelas itu.

“ 4 atau 5 jer lah. Jangan lebih.” Jawab Erina dan mula membacakan soalan karangan untuk perbincangan pelajar. Kelas berjalan seperti biasa.Erina sesekali bergerak kepada kumpulan-kumpulan pelajar yang mengangkat tangan untuk bertanya sesuatu.


Loceng menandakan masa rehat telah tiba, berbunyi nyaring. Beberapa pelajar sudah seperti cacing kepanasan . Tak sabar nak keluar rehat .

“Baiklah. Minggu depan, setiap kumpulan akan bacakan isi-isi yang kamu cari tadi. Jumpa minggu depan.

“Terima kasih cikgu.” Ucapan terima kasih bergema dan semua pelajar keluar rehat.

Erina berjalan ke bilik guru. Dari pintu besar, dia sudah nampak kelibat Nazarul, Najiha dan Kak Ros sedang berbual-bual. Beberapa guru lain juga sudah mula membanjiri bilik guru untuk naik rehat .Kelas akan bermula kembali selepas setengah jam.

” Baru habis kelas?” Nazarul orang pertama menegur belum sempat gadis itu melabuhkan punggung. Guru muda itu nampak segak memakai slek hitam, baju kemeja biru dan bertali leher warna krim dengan corak abstrak. Seperti selalu, rambutnya bersikat kemas.

” Dah. Habis dah untuk hari ni. Tak banyak. 3 masa jer hari ni. Kelas ganti pun tak ada. ” Beritahu Erina tanpa dipinta. Dia duduk dalam kumpulan itu. Dua orang guru lain juga ikut serta sambil membawa minuman dan keropok .

” Nazarul dari tadi tunggu Rin! ” Giat Cikgu Hanim, ibu kepada 3 orang anak dan suaminya juga mengajar di sekolah itu. Orangnya sederhana tapi peramah.


” Makanlah. Keropok tu , akak goreng dari rumah. Saja bawak lebih.” Katanya lagi. Erina mengambil sekeping. Menjaga hati orang yang memberi.

” Tu lah...Kak Ros dah cakap Rin ada kelas. Dia kata nak tunggu sini.” Kata Kak Ros , guru pertama yang menegur mereka masa mula-mula daftar dahulu. Kak Ros melebarkan senyuman. Nazarul tidak kata apa. Hanya tersenyum bersahaja. Walaupun nampak kaku, senyuman itu pasti ikhlas.

” Kak Ros ni, orang tak apa-apa, dia yang sebuk-sebuk. ” Nazarul bersuara selepas dua kali diperli-perli oleh guru senior di situ. Erina Cuma mempamerkan senyuman bila lelaki itu memandang kepadanya. Dia tak rasa usikan itu menyakitkan hati. Dia tahu, akak-akak tu, cuma bergurau.

” Dah makan belum ni? ” Najiha yang tadi jadi pemerhati menegur. Ada sebuah ’mug’ berwarna biru di tangannya. Kelihatan asap nipis keluar .Aroma kopi putih Ipoh terserlah.

”Nak sikit. Tak pi kantin lagi ni.” Usul Erina. Mug telah pun bertukar tangan. Dia menyisip minuman itu dengan sopan.

” Saya nak bagitahu pasal ’debate’ tu. ” Kata Nazarul lanjut.

” Saya pun .”


” Ni. Ada surat. Dapat pagi tadi.” Kata Erina lanjut. Bangun dan mengambil surat dari mejanya. Bergerak semula ke meja tengah. Sekali lagi ’mug’ kopi tadi bertukar tangan dengan Najiha.

” Haa...saya nak bagi tau yang ni lah. Semalam , Cikgu Lan jumpa saya bagi surat untuk Cikgu Firdaus , guru BI jugak, menggantikan Nisya pergi ‘debate’ tu. Ingat nak bagi tau awak. Awak dah tahu lah kan.” Kata Nazarul tenang.

Sejenak, muka Erina ditenung. Kali ini mereka duduk agak dekat dari biasa, kerana Nazarul juga memegang kertas yang Erina sedang pegang. Cantik , baik hati, sopan, ! Kalau aku terlepas Erina , aku akan menyesal ! Suara hati Nazarul berdetik lagi.

” Saya nak bagi tau jugak pasal ni. Cikgu Laila cakap saya kena ganti dia bawa pelajar bahas. Jiha ganti bawa budak forum. Kebetulan pulak. Sekali gus, ” Erina bercerita lanjut. Kemudian beralih duduk dekat Najiha.


” Elok lah tu. Jiha dan Rin kan baru. Elok sangat dapat pendedahan macam ni. Mana tahu, lepas ni dapat sambung jadi cikgu terus. ” Usul Kak Hanim pulak. Kak Ros juga tersenyum tanda setuju.


” Awak pergi dengan siapa nanti. Kan Jiha ’drive’ bawa budak forum.” Kata Nazarul menyambung cerita.

” Tak tahu lagi. Tumpang Kak Laila kot. Tapi belum tanya dia.” Beritahu Erina lagi. Sememangnya dia belum memberitahu Cikgu Laila yang dia tiada kenderaan untuk ke sana.

” Eh. Budah dah masuk. Saya ada kelas ni. Pergi dulu lah.” Nazarul bersuara selepas beberapa detik.

” Akak pun ada kelas ni. Makan lah keropok tu. Nanti ’tupperware’ tu letak je tepi meja Kak Hanim. ” Beritahu Cikgu Hanim mewakili dia dan temannya yang kali pertama Erina dan Najiha berbual hari ini.

” Aku pun nak masuk kelas. Kalau lapar, pi makan dulu. ” Kata Najiha lanjut. Dia mencapai buku atas mejanya dan menapak pergi.


Kak Ros dan Erina masih duduk di situ. Kebetulan kedua-duanya sudah habis kelas.

“ Kak Ros. Cikgu Razlan suruh Rin jumpa dia lepas rehat . “ Kata Erina selepas menghabiskan kopi dalam ‘mug’.

” Kenapa?”

” Rasanya pasal bahas ni kot. Rin nak tumpang siapa nanti . Nak tumpang Kak Laila lah.” Kata Erina bersungut.

” Tumpang Cikgu Lan boleh. Selalunya, dia bawa budak sekali. Rin naik dengan dia lah. ”

”Muat ker?”

”Dia bawa Naza Ria.Muat sangat.”

“ Cikgu Lan baik kan Kak Ros. Nampak muda lagi .Tak sangka umur 47 tahun. Masa tak kenal dulu, ingat 30 lebih. ” Erina berujar tanpa sedar.

” Hurmm. Dia memang nampak muda. Awet muda tu Rin. ”

”Isteri dia cikgu jugak ker?” Tanya Erina lagi.

” Dia duda Rin. Anak 3.Perempuan semua . Tapi anak dah besar .Paling bongsu kat sekolah ni, tingkatan 4 . Yang dua lagi dah kahwin. Lepas isteri dia meninggal dulu, dah dekat 10 tahun. Dia tak kahwin-kahwin. Tak tahu lah. Tak ada jodoh kot. Tak pun tunggu bidadari.” Ujar Kak Ros berseloroh. Kedengaran Erina ketawa kecil.


” Oh... patut lah . ”

”Apa yang patut?” Kak Ros bertanya lagi.

“Tak . Kami pernah jumpa dia kat Restoran Riaz. Nampak dia bungkus roti canai banyak. Jiha tanya bungkus kat saper banyak-banyak. Dia tak cakap .Dia senyum jer. Dia segan kot nak bagi tau kami. ” Erina bercerita semula.

” Kak Ros ! Cikgu Nisya tu macam mana?” Tanya Erina lagi.

“ Hurmmm…. Ni mesti nak Tanya pasal Nazarul ni?Kan?” Kak Ros mengangkat kening dua kali. Mengusik Erina.

” Nisya cantik. Tapi Rin lagi cantik. Sebab, Rin baik hati, mesra dan kelam-kabut sikit. Nisya tu tegas, agak kurang mesra. Kadangkala ikut ’mood’ Tapi kalau kenal rapat, dia pun baik hati jugak. Dia kaku sikit kalau dengan orang tak kenal.” Beritahu Kak Ros. Erina mengangguk kepala. Memang padan ! Mamat kayu dengan Nisya. Sama-sama tak reti senyum kot! Hati Erina berdetik sendiri.


” Hah Rin! Kak Ros nak pi pusat sumber jap. Cari buku. Nak ikut?” Tanya Kak Ros tiba-tiba . Menoktahkan perbualan mereka.

” Tak lah Kak Ros. Nak kena jumpa Cigku Lan jap lagi.” Kata Erina.

” Akak jalan dulu. ” Ujar Kak Ros dan bergerak pantas.

Erina mengemas mejanya. Membawa surat edaran yang ditandatangani oleh Haji Nazman, PK 1 itu bersamanya. Menuju ke bilik Guru Kanan. Bersebelahan bilik PK 1 .


Erina masuk selepas memberi salam . Kali pertama dia menjejaki bilik guru kanan sekolah itu. Ada 6 buah meja besar . Ada dua buah komputer siap dengan ’printer’. 4 meja ada penghuni yang tertera nama guru kanan Sains, Kemanusiaan, Bahasa dan Teknik Vokasional. Dua meja lagi kosong dan digunakan untuk perbincangan atau persediaan kelas ganti setiap hari. Di situ juga ada fail-fail yang kemas tersusun. Meja cikgu Razlan kelihatan paling kemas dan tersusun. Menampakkan orang nya yang sentiasa tenang dan ’smart’.

” Duduk lah Erina. ” Ujar Cikgu Razlan setelah melihat Erina berdiri agak lama memerhati sudut bilik itu.


Cikgu Zarila dan Cikgu Hamzah juga ada di situ sedang menggunakan komputer . Mereka cuma tersenyum tanda hormat melihat Erina masuk ke situ tadi. Erina paling suka dengan budaya sekolah ni, yang sentiasa hormat-menghormati tak kira cikgu senior atau cikgu junior.

” Dah dapat surat edaran bawa budak bahas kan?” Cikgu Razlan memulakan perbualan.

Gadis itu kini sedang berhadapan dengannya. Terasa ada sedikit getaran yang curi-curi melanda. Ternyata, perasaan ini tidak pernah bertandang sebelum ini setiap kali dia berhadapan dengan seorang perempuan. Hati lelakinya seakan-akan terusik bila bersama gadis ini.

” Dah dapat. Ni, saya ada bawa.”

” Nak pergi dengan siapa nanti?”

”Tak tahu lagi. Nak tanya cikgu Laila nanti.”

”Tak payah lah. ”

"Kenapa?”

”Naik kereta saya. Semua budak naik dengan saya. Cikgu Laila pergi lewat sikit. Erina kena daftar pelajar. Kena turun awal . ” Kata Cikgu Razlan lanjut. Mata mereka bertemu buat seketika.

Erina diterpa rasa debar. Anehnya ! Dengan Nazarul, dia tak rasa perasaan macam ni. Dia rasa segan tapi dia tak rasa aneh-aneh. Kali ini ombak rasa di tasik hatinya seakan-akan bergelora.

” Saya nak tunggu kat mana nanti?”

” Jumpa di sekolah pukul 7 pagi. Boleh?” Ujar Cikgu Razlan lanjut.

” Terima kasih. Saya keluar dulu. ” Kata Erina .Bangun dan menolak kerusi.

”Sama-sama. Dah jadi tugas saya .” Kata Cikgu Razlan seraya tersenyum mesra.

Erina juga tersenyum. Menganggukkan kepala dan bergerak keluar. Erina! Satu nama yang mampu menggoncang hati ku ! Tapi, mana mungkin. Dia layak seperti anak ku . Tak mungkin !! .Suara hati Razlan bergetar hebat.

2 comments:

Yeen said...

Cikgu Lan ada hati dgn Erin ke? Ha ha ha dari perasaan hati erin yg x tentu hala bila jumpa cikgu lan tu cam ada sesuatu je he he he. Saya pun x sabar nak tunggu cikgu Nisha muncul.
Masa saya dulu. GB yg baik siap blh jadi bapa angkat lagi sbb dia x ada anak perempuan siap nak dijodohkan dgn saudara dia...Tetapi jodoh ditangan tuhan saya ada pilihan sendiri.

Azlin197 said...

Wahh... yer ker Yeen.. baik betul GB Yeen dulu. Kira penyayang la coz suka anak perempuan. Tapi kes ni lain..