Tuesday, December 1, 2009

From Kelantan With Love : 4

Erina dan Nazarul masih setia menunggu di bahagian Kecemasan Hospital Gerik. Setengah jam tadi, perkara itu telah pun tersebar hampir kepada sebahagian guru di sekolah itu. Sepatutnya guru perempuan yang bertugas ialah Pn. Rogayah dan Cik Suzila. Namun, disebabkan keadaan terdesak, Erina menggantikan mereka membawa pelajar sakit itu .

Setengah jam tadi, dia begitu cemas melihat Wati yang pengsan. Tanpa membuang masa dia mengikut sekali Nazarul menghantar Wati ke bahagian kecemasan. Dia begitu takut kerana tidak mampu berbuat apa-apa sehingga Nazarul sampai .


Mungkin benar kata-kata guru muda itu, bukan senang nak jadi cikgu, dan dia benar-benar terasa gagal untuk ’handle’ pelajar dengan kes seperti itu. Apa kah dia tidak layak menjadi guru ? Apa kah kejadian ini akan membenarkan kenyataan yang dibuat oleh Nazarul pagi tadi. Mungkin selepas ini, guru muda yang tegang itu, semakin tidak yakin kepadanya. Ya Allah! Selamat kan lah Wati. Hati Erina bergumam sendirian.


” Macam mana? ” Soal Erina selepas Nazarul selesai bercakap dengan seorang ’Medical Assistant’ hospital itu.

” Tak ada apa. Budak tu ada gastrik. Dia lambat makan. Tu yang pengsan.” Ulas Nazarul ringkas. Matanya tajam merenung gadis muda itu. Erina tertunduk seketika. Terkulat-kulat memandang hujung kaki sendiri.

” Macam mana? Tak mudah kan nak jadi cikgu?? Bukan nak mengajar saja!! Banyak lagi nak kena tahu ! Cikgu ni bukan setakat cikgu ! Cikgu lah kerani, cikgu lah ’driver’, cikgu lah doktor kadangkala, cikgu lah ’motivator’, cikgu lah mak dan bapa sesekali. Jadi cikgu ni kena pandai melakonkan watak macam-macam.” Nazarul bersyarah panjang. Apa kes pulak ni, nak ’lecture’ aku. Detik hati Erina.


” Cikgu Nazarul. Saya minta maaf. “ Gadis itu begitu rendah hati.


Timbul rasa simpati di sudut hati Nazarul . Timbul perasaan halus yang begitu murni. Erina semakin cantik bila dia ’gabra’ . Mukanya nampak pucat , nampak merah dan nampak tak tentu hala dengan teguran Nazarul. Muka putih licin tak berjerawat itu memang cantik dengan padanan tudung warna ungu dan baju kurung moden warna merah berbungan ungu. Hati Nazarul hampir-hampir berbunga sayang .

” Anggap lah ini pengalaman buat awak Erina ! . Setiap orang pasti ada kali pertama dalam hidupnya kan?” Kata Nazarul selepas melihat gadis itu tunduk bersalah.

”Kita balik ke sekolah. Wati kena rehat dulu. Petang nanti saya uruskan dia.” Ujar Nazarul dan bergerak ke tempat letak kereta. Toyota Vios warna putih itu, bergerak membelah sepi yang berteleku antara mereka.


Erina naik ke bilik guru selepas mengucapkan terima kasih.


” Macam mana? Aku dengar juga cerita dari Kak Ros tadi.” Najiha orang pertama menegur .


Erina melabuhkan punggung. Beberapa orang guru yang lalu-lalang tersenyum pada mereka sebagai tanda hormat. Guru-guru lain masih lagi menjalankan tugas mengajar seperti biasa.


” Aku takut betul tadi. Mujur Nazarul cepat datang kat kelas aku.” Cerita Erina.

” Lega. Budak tu selamat. Gastrik. ” Beritahu Erina lanjut.

” Kau belum makan dari pagi kan? ” Najiha menyoal lagi.

” Jom. Aku teman.”

” Kau dah makan? Dengan siapa?”

” Kak Ros dan geng dia tadi pergi kantin ajak aku sekali. Orang dah ajak kan, aku ikut lah, boleh kenal-kenal.” Beritahu Najiha .

” Jom lah. Lapar lah ’babe’ ” Tambah Erina lagi.


Mereka masuk ke kantin. Bergerak ke bahagian tempat makan cikgu perempuan.

” Baru makan ker?” Tegur satu suara.


Erina menoleh. Pandangannya bersatu dengan Cikgu Razlan, Guru Kanan yang umurnya mungkin sebaya Nik Mustafa tetapi kelihatan lebih muda dan bergaya dari umurnya.

Berbekalkan badan yang masih tegap, tinggi dan kulit cerah, sesiapa pun tak akan menyangka guru itu sudah lewat usia. Mukanya nampak bersih, rambut sedikit berombak halus tetapi kemas. Ada sedikit kumis nipis yang sentiasa dijaga rapi menambahkan kesegakan lelaki itu.


” Cikgu Razlan. Saya dah makan. Nak temankan Erina jer. ” Najiha pantas menjawab selepas melihat Erina agak kaku seketika.


Gadis itu seperti hilang punca sekejap tadi. Najiha hairan, tak kan lah boleh ’gabra’ depan ’Pakcik Koop’ tu pulak.

” Cikgu Razlan baru makan jugak?” Erina bersuara menutup debar di dada. Macam mana boleh ’gabra’ depan Pakcik ni pulak.

” Tadi dah makan sikit. Lapar pulak .” Jawab guru lewat 40-an itu.

Erina dan Razlan masing-masing sedang memilih lauk di meja hidangan dalam kantin. Najiha sedang memesan minuman untuk mereka. Erina letak pinggan nasi di tepi meja besar lauk-pauk. Kemudian pergi cuci tangan.


“ Duduk sini lah Rin. Saya pun sorang ni.” Panggil Cikgu Laila. Kebetulan meja lain juga kosong masa itu. Erina akur dengan tawaran Cikgu Laila.


Guru bujang itu sungguh mesra. Setiap kali jumpa, tak pernah lokek memberi senyuman dan bertegur- sapa. Erina kadangkala hairan, kenapa cikgu manis kecil molek itu belum kahwin walaupun menginjak umur lebih 30 tahun. Mungkin belum jodoh kata orang tua-tua.


Erina menarik kerusi dan duduk berhadapan Cikgu Laila. Dek perut yang sangat kelaparan dia terus makan tanpa menunggu Najiha yang baru datang bersama minuman. Najiha mengambil tempat sebelah Erina.


Cikgu Razlan yang baru datang selepas mencuci tangan mengambil tempat di sebelah Cikgu Laila. Dia menarik gelas minuman di hadapannya. Membasahkan tekak yang sudah lama kering. Kemudian ralit memerhatikan cikgu muda di hadapannya makan penuh selera dan tanpa rasa bersalah.

” Sedap ker nasi tu Rin?” Cikgu Laila tanya penuh kehairanan. Ada garisan senyuman panjang terbentuk pada wajahnya. Kenapa pulak Cikgu Laila ni senyum semacam.

“ Okay jugak Kak . Dah lapar kan. Tapi, nasi ni banyak pulak. Tadi Rin nak separuh jer. Silap letak kot ni. ” Ujar Erina lagi. Dia kehairanan melihat Cikgu Razlan yang asyik melihat ke arahnya. Suapan Erina terhenti.


” Saya buat salah ker Cikgu Razlan?” Soal Erina selepas merasakan ada sesuatu yang terjadi. Najiha turut merasa hairan.


” Saya tak tahan Cikgu Lan!! Kali pertama saya jumpa kes macam ni. ” Ujar Cikgu Laila dan dia ketawa hingga berair matanya. Cikgu Razlan juga turut pecah perut. Namun lelaki itu masih menjaga adab sopan . Cikgu Laila ketawa macam tak ingat ada Cikgu Razlan kat sebelah. Dah biasa kot.


” Ni, nasi siapa?” Makcik kantin yang biasa dipanggil Mak Tam datang menyuakan sepinggan nasi di hadapan mereka. Kemudian masuk ke dapur.


Erina terkedu. Pinggan nasi yang sama, aneka lauk yang sama. Kari ayam, daging goreng, dan sedikit sambal . Bezanya nasi yang penuh dan nasi yang separuh. Tahu lah Erina kenapa Cikgu Laila ketawa ’ tak hengat’ dunia. Erina sudah tertukar pinggan nasi dengan Cikgu Razlan.

” ’Babe’ Kau ’okay ’ ker?” Najiha bersuara.

” Nasi tu banyak sebab itu pinggan saya. Saya minta nasi penuh tadi Erina.” Ucap Cikgu Razlan. Menarik nafas dan cuba mengawal keadaan.

” Kak Laila kenapa tak cakap tadi!” Tanya Erina. Merah padam muka Erina menahan malu.

” Akak tak perasan jugak. Tapi lepas Cikgu Lan duduk dan perhatikan Rin makan, baru akak ingat, tadi Cikgu Lan letak pinggan depan akak, dan pergi cuci tangan. Rin duduk depan akak dan terus makan nasi tu.” Jelas Cikgu Laila.


Kali ini, tanpa berlapik, ketawa Najiha pula bersembur-sembur. Gamat suasana dalam kantin .

” Macam mana ni?” Erina bertanya jujur. Sebetulnya , dia dah malu satu dunia. Macam mana boleh tersilap pinggan. Temph hari silap orang .


“ Makan lah Rin ! Nasi tu pun, saya belum sentuh. Saya makan nasi ni.” Ujar Cikgu Razlan . Dia terus menyambung makan sambil tersenyum-senyum.


Cikgu Laila juga curi-curi menyembunyikan ketawanya. Najiha pulak masih tak lekang dengan senyuman .

” Terima kasih ! ” Ucap Najiha dan Erina . Disebabkan peristiwa lucu itu, Cikgu Razlan belanja satu meja yang makan bersamanya. Cikgu Laila tumpang tuah sekaki.

Cikgu Laila naik ke bilik ketua panitia. Heboh dia bercerita kisah lucu antara Erina dan Razlan . Pecah ketawa guru-guru di bilik tu, gara-gara Erina! Gadis cantik yang kelam-kabut.

Pukul 2 petang. Erina dan Najiha masih belum pulang. Mereka diminta oleh Cikgu Laila membantu kumpulan pelajar yang akan masuk pertandingan bahas sekolah. Erina dan Najiha tekun membaca dan menggariskan isi-isi yang sesuai dengan tajuk sebelum bahan itu diberikan kepada pelajar.

” Siap! ” kata Najiha . Mengangkat kepala.

” Hantar sekali yang ni, kat Cikgu Laila,” Tambah Erina . Najiha akur dan pergi.

” ’Babe’ , mana Kak Laila. Tak ada kat bilik dia. ” Najiha masuk semula beberapa minit kemudian.


” Kat Dewan Makan Asrama. Kan dia suruh hantar kat sana.” Beritahu Erina lagi.

” Nak aku ikut ?” Tanya Erina.

” Tak yah lah. Aku pergi jap ek, nanti kita jumpa kat kereta. ” Tambah Najiha.

Najiha bergerak pergi. Erina mengemas buku dan beg kain yang dibawanya setiap hari. Leganya boleh balik! Hatinya berbisik.


” Tak balik lagi. Buat apa?” Teguran Cikgu Razlan yang mendekat kepadanya membuatkan Erina mendongak. Guru lelaki itu telah berdiri di hadapan mejanya.

” Nak balik dah ni Cikgu Razlan.” Kata Erina malu-malu. Dah dua kali dia tersilap langkah dengan pakcik sorang ni.

” Baik lah . Saya nak ke bawah.”

“ Cikgu Razlan ! Saya nak minta maaf dua kali.”

“ Kenapa dua kali?”

“ Kali pertama sebab salah anggap cikgu jurujual di koperasi. Kali kedua saya silap ambil pinggan nasi cikgu tadi. Saya benar-benar rasa bersalah.” Ujar Erina jujur dan ikhlas. Merenung muka Cikgu Razlan yang masih nampak kacak walaupun dah berusia.


” Erina ! Erina ! Saya dah maafkan. Bukan salah awak. Tersalah faham jer.Tak jadi hal lah. ” Kata Cikgu Razlan lagi.


Serentak mengukir senyuman manis. Cair lah aku nanti! Erina berdetik. Satu ! Dua ! Tiga! , pandangan mereka bersatu. Damai. Apa yang dah berlaku.? Hati Erina diterpa satu perasaan aneh! Ya! Aneh betul. Bahaya ni! Suami orang !!!....


” Cikgu Razlan.!! ” Suara Nazarul mencantas lamunan yang baru bermula. Erina dan Razlan sama-sama penasaran. Macam mana boleh kantoi depan mamat muka tegang ni pulak ! .

” Pengetua nak keluar. Kereta cikgu ’block’ ” Kata Nazarul serius.

Pandangannya bersilih ganti. Sekejap melihat Erina , sekejap melihat Razlan. Apa kes dua orang ni? Macam dah bisu jer tadi ? Bahaya ni ! Hatinya tiba-tiba berdetik.


” Okay Erina! Saya pergi dulu. ” Kata Razlan hormat. Erina mengangguk dengan senyuman.


” Ada benda saya nak cakap ! ” Kata Nazarul tiba-tiba. Mukanya masih lagi serius tanpa garisan senyuman.



Tinta pengarang :
rasa-rasa hang pa lah.... Nazarul nak cakap apa kat Erina??

2 comments:

Yeen said...

Rasanya si nazarul tu nak warning rin kut...
Weh Cigku Razlan tu bujang antik / duda terhangat or suami org nih..
pss rasanya rin ada 2 secret admirer..
Atau cikgu razlan anggap rin tu cam anak dia je

Leena said...

Yeen.... lum lagi konflik start... dah dekat nak mula konflik tak lama lagi .... tunggu next episod yea.... dlm proses .....