Wednesday, December 16, 2009

From Kelantan With Love 10

” Nak jumpa cikgu sekejap boleh?” Fatin Najwa yang masuk ke bilik guru waktu rehat itu sungguh gembira dapat bertemu Erina.


” Boleh. Fatin baru rehat ker? Dah makan?” Tanya Erina lagi. Menunjukkan rasa prihatin.


” Dah. Nak bagi ni. ” Kata Fatin Najwa dan menyuakan sekeping kad dalam sampul putil bersaiz ¼ kertas A4 .


” Sampul apa ni ? ”


” Cikgu buka lah nanti !! . Yang ni untuk Cikgu Jiha. Jumpa lagi. ” Ucap Fatin sebelum bergegas turun bersama rakannya. Erina hanya tersenyum melihat gelagat pelajar tingkatan 4 itu. Anak bongsu Cikgu Razlan itu, sungguh manis dan pandai mengambil hati.


Erina buka sampul yang mengandungi sekeping kad . Ada namanya tertera pada kad itu . Dia membaca dalam hati. Hurm... macam mana ni? Kena bagi tau Jiha ni. Fikir Erina sendiri. Nanti lah balik rumah baru bincang.


Erina dan Najiha baru masuk kelas masing-masing selepas rehat tadi. Hari itu, Erina mengajar bahagian Komponen Sastera dalam subjek BM. Pelajar diminta mencari latar dan gaya bahasa bagi cerpen Anak Bumi Tercinta. Erina memantau kerja pelajar bagi setiap kumpulan yang telah ditetapkan.


Dia maju ke meja guru . Duduk sebentar mengingatkan peristiwa malam tadi . SMS terakhir daripada Nazarul tidak dibalas. Biarlah apa anggapan guru lelaki itu nanti. Dia tidak kisah. Dia sebenarnya tidak tahu apa maksud sebenar Nazarul . Lelaki itu seperti berteka-teki , kadang-kadang tindakannya tidak jelas.


Najiha pula, telah membuat kesimpulan guru muda itu cemburu kerana Erina kelihatan lebih mesra dengan Cikgu Razlan bukannya Nazarul. Sedangkan Cikgu Razlan lebih sesuai dianggap bapa kepadanya. Sejauh hal itu, Nazarul tak patut rasa cemburu, kerana dia bukannya siapa-siapa dalam hidup Erina.


Tapi, mungkin juga tekaan Najiha silap. Mungkin juga lelaki itu sekadar ambil tahu sebagai seorang rakan. Apa salahnya. Erina pusing! Tidak tahu apa mahu dikatakan kalau bertemu Nazarul. Perlu kah Nazarul tahu insiden yang berlaku dekat KFC dulu.


Erina masih ingat ayat-ayat yang tertera pada skrin handsetnya.


”Rin, saya nampak awak baik dengan Cikgu Lan,

ada apa- apa ker yang saya tak tahu?”


Erina tidak mahu panjangkan kisah pada malam itu. Dia tidak membalas SMS terakhir lelaki itu. Tidak tahu apa jawapan yang boleh menutup kemusykilan guru muda itu.


” Cikgu ! Kami dah siap. Boleh hantar sekarang?” Suara ketua kelas mengetuk lamunan Erina . Dia senyum, berdiri dan bergerak kepada kumpulan hadapan.


”Dah siap, mari cikgu semak dulu. ” Pinta Erina. Ralit dia membaca secara kasar apa yang tertulis dalam buku nota itu. Nampak semua betul.


”Baiklah. Semua boleh hantar. Kita ada 5 minit lagi. Sila semak sekali lagi dan boleh hantar kat depan. Jangan lupa tulis bahagian indeks untuk tajuk hari ini ! ” Erina memberi arahan terakhir sebelum kelas bersurai.


Laungan terima kasih cikgu bergema di serata kelas. Masa menunjukkan 12.30 tengah hari. Tinggal satu masa lagi, sebelum sesi petang mengambil alih waktu persekolahan. Erina kembali ke bilik guru.


” Jom makan! Lapar ! ” Najiha mendekati Erina yang sedang menyemak buku pelajarnya.


” Tadi kan dah makan. Tangki kau besar sangat ker?”


” Jom la. Lapar ni.” Gesa Najiha lagi. Erina bangun juga akhirnya menuju ke kantin yang mula dibanjiri guru sesi petang.


” Kau tak nak makan ker?” Tanya Najiha lanjut.


” Kenyang lagi. Makan kat rumah lah. ” Erina menjawab.


Mereka melabuhkan punggung bersama beberapa orang guru sesi petang.


Nisya yang baru habis kelas, turun ke kantin kerana mencari Erina .


”Erina ! Kalau guru sandaran tu, buat cara guru sandaran. Ingat sikit tugas awak. Kenapa awak tak masuk kelas ganti tadi ?” Suara tinggi Nisya memancing pandangan beberapa orang guru.


”Kelas ganti mana ? Bila?” Erina bersoal tidak faham. Sumpah! Dia langsung tak tahu ada memo kelas ganti. Tidak perasan sehelai memo terselit di bawah buku pelajar.


” Tadi. Masa akhir di kelas 4K1 , 12.30-1.05 .Saya mengajar di kelas 4K2 . Kelas tu bising .Pelajar keluar masuk tanpa guru. Awak tak bertanggungjawab. ” Ujar Nisya lagi. Bersama renungan tajam.


” Saya minta maaf Nisya . Saya akan ’check’ balik kat bilik guru kanan . ” Ujar Erina jujur dan dengan rendah hati.


Hatinya tiba-tiba kecut dimarahi secara ’direct’ di kantin. Nisya memang tak tahu jaga air muka orang. Muka Erina bertukar wajah. Merah padam mukanya ketika itu. Tak sangka dia akan leka dalam tugasnya. Pasti ! Nisya akan bawa kes ni ke atas . Habislah ! .


Najiha masih menunggu di bilik guru. Dia menanda buku pelajar sementara menunggu Erina selesai kes di bilik guru kanan.


Erina pulak, sebaik sahaja menyemak jadual kelas guru ganti pada hari itu, dia sungguh terkejut. Memang kebenaran berpihak pada Nisya! .


” Cikgu Lan. Saya dah cakap. Guru sandaran ni tak boleh bagi muka. Sekadar bidang terjun jadi cikgu ! Bukan nak mengajar sangat, nak cari ’glamer’jer kot. Ingat senang ker jadi cikgu . Hari ni, awak tak masuk kelas ganti, esok-esok kelas sendiri pun awak tinggalkan. Saya tak sangka awak jenis yang tak bertanggungjawab Erina. ” Nisya menghamburkan kata-kata yang bersifat memuaskan hatinya dan berbau ’balas dendam’ kepada Erina.


Sementara peluang ada, Nisya menggunakan sungguh-sungguh. Tidak ada setitik rasa simpati Nisya pada Erina, walaupun itu kesalahan pertama yang dibuat secara tidak sengaja.


Erina masih lagi menunduk. Rasa kekesalan menebal di wajahnya. Tambahan lagi, Erina dimarahi di hadapan Cikgu Razlan. Nisya memang tak patut. Mujur lah, tadi, Tn. Hj. Nazman, Penolong Kanan sekolah, tidak panjangkan kes ini. Dia menasihati Erina agar lebih waspada dalam tugasnya. Lebih peka dan bertanggungjawab. Erina akur kesalahannya, dan menerima baik teguran Tn. Hj. Nazman. Tapi, Nisya lain!


Dia memarahi Erina macam dia pengetua sekolah. Tn. Hj. Nazman keluar 10 minit tadi meminta Cikgu Razlan menyelesaikan kes ini kerana baginya ia kesalahan pertama Erina. Lagi pun , kebetulan, GSTT itu di bawah bidang Guru Kanan Bahasa.


” Nisya! Cukup lah tu. Saya rasa Erina pun dah sedar kesilapannya. Dia pun masih baru kan. Dia tak sengaja dan tidak berniat tak masuk kelas. Apa kata kali ini , kita bagi peluang Erina belajar dari kesilapannya. ” Cikgu Razlan mengatur ayat-ayat dengan tenang. Dia juga nampak Nisya terlalu emosional sebentar tadi. Tidak tahu kenapa, mungkin gadis itu ada masalah lain dan Erina terkena tempias kemarahannya.


” Baiklah. Saya pun bukan nak tunjuk pandai Cikgu Lan. Saya hanya nak jadi cikgu yang baik dan mengharapkan Erina juga begitu. Saya minta diri.” Kata Nisya dan berlalu tanpa kata.


” Rin !! ” Lembut Cikgu Lan memanggil Erina. Perasaan gadis itu tiba-tiba bergetar hebat. Terasa air matanya hendak jatuh. Kalau lah papa ada di sini, sudah pasti dia akan menagis di bahu papanya kerana Erina anak maja Nik Mustafa.


” Maafkan saya! Erina, awak tak apa-apa ker. Jangan ambil hati sangat dengan Nisya. Dia nampak macam tu, tapi hatinya baik. Dia cikgu yang tegas sebenarnya. ” Tutur Cikgu Razlan lagi.


Erina masih belum angkat muka. Kali ini dia pasti, empangan matanya sudah pecah. Perlahan-lahan dia mengumpul kekuatan . Tidak mahu nampak lemah di hadapan Cikgu Razlan. Dia sedih dikatakan tidak bertanggungjawab sedangkan dia benar-benar tak sedar ada memo kelas ganti atas mejanya. Apa salahnya, kalau Nisya bercakap dengan lebih sopan dan lembut, mungkin dia tidak akan rasa sebegini malu.


” Saya minta maaf . Saya akan lebih berhati-hati lain kali. ” Erina bersuara tersekat-sekat. Macam mana aku boleh kantoi ni, siap tangkap nangis lagi depan ’pakcik’ ni. Aduhai !!..


” Rin. Awak menangis ker? Jangan ambil hati sangat . Mana-mana guru pernah buat kesilapan macam awak tadi. Tak bermakna mereka tak boleh jadi guru. Itu hanya kesilapan yang kita tak sengaja. ” Lembut Cikgu Razlan memberi motivasi . Membuai-buai perasaan Erina yang sudah pun bermusim bunga. Wahai hati, berhenti lah engkau bergetar. Jangan lah Cikgu Razlan perasan apa-apa. Erina berbisik sendiri.


” Saya minta diri. Jiha tunggu kat bilik guru.” Erina menyambung dan bergerak keluar selepas Cikgu Razlan mengangguk bersama senyuman.


Razlan memandang sehingga gadis itu hilang . Hatinya bergetar kuat. Kenapa perasaan ini begitu lain. Lain sekali. Apa yang berlaku sebenarnya. Apakah hanya aku yang merasai semua ini atau Erina juga begitu? Hati Razlan berbisik .


” Rin ! Lamanya. Kau buat apa kat dalam tu, Nisya dah ’blah’ aku nampak tadi. ” Najiha bersuara setelah melihat Erina sampai. Nampak matanya bekas menangis walaupun tidak berapa jelas.


” Jom balik. Aku ’story’ kat rumah.” Erina menjawab . Mereka bergegas pulang. Najiha tidak memaksa Erina bercerita bila gadis itu tidak keluar bilik sepetang selepas kes tak masuk kelas ganti di sekolah tadi. Najiha sabar menanti waktu yang sesuai untuk bersembang.


Erina baru selesai solat Isyak, berdoa dan menghabiskan bacaan surah Yassin. Esok hari Jumaat. Esok dia cuma ada dua masa mengajar di kelas 3S2.


” Rin. Jom lah keluar makan.” Suara Jiha kedengaran memanggil .


” Kejap.” Sepatah Erina menjawab sebelum membuka pintu bilik. Penat sekolah seharian telah pun berbayar kerana sepetang Erina terlena dalam bilik.


” Pehhh... wangi la ’babe’ , kau masak per Jiha?” Erina duduk di meja makan. Haruman nasi goreng dan telor dadar yang Jiha buat sungguh menyelerakan.


” Aku nak pujuk kau lah ni Rin. Sedih tengok kau kat sekolah tadi. Kau jangan patah semangat pulak. Ni lah adat jadi cikgu kan. Macam Nazarul cakap. Tak mudah sebenarnya nak jadi cikgu ni. Orang luar jer nampak senang.” Najiha pulak memberi motivasi .


” Aku OK lah Jiha. Tadi, Cikgu Lan , ni kau pulak nak pujuk aku. Bertuah aku hari ni.” Erina mula membuka cerita.


” Aper? Rin! Ada benda yang aku tak tau ker?” Najiha menyoal. Sambil mengisi nasi goreng ke dalam pinggan makan Erina.


” Lepas Nisya marah aku, kau tahu, aku ’termenangis’ depan ’pakcik koop’ tu.” Beritahu Erina.


” Aper ? ’termenangis?. Ada dalam kamus ker perkataan tu? Pencemaran bahasa lah kau ni.” Najiha ketawa kecil. Cuba menceriakan suasana.


” Jiha. Aku tangkap nangis tadi. Malu betul. Kantoi lah. ’Pakcik’ tu pulak, pandai-pandai jer nak pujuk aku. Siap bagi kata-kata peransang lagi lepas Nisya tu marah aku ’cow-cow’. ” Sambung Erina lanjut.


” Cikgu Lan pujuk kau ? Lain macam jer ? Kerr,... kau yang ditimpa perasaan ni ? Lain jer kau dengan dia. Cara kau tengok satu sama lain pun, macam lain lah. Tapi aku tak ’sure’ . Tak pandai baca hati orang.” Ucap Najiha lagi.


” Jiha. Aku ... aku rasa lah... tapi aku tak pasti. Aku macam suka kat dia la. Aku tak pasti suka macam mana tapi aku rasa dia istimewa. Dengan Nazarul, aku tak rasa macam gini.” Erina jujur mengakui.


” Rin ! Kau ni. Biar betul ’babe’?” Najiha memandang Erina. Mengharapkan sesuatu yang pasti. Erina angguk serius.


”Dulu, aku rasa macam aku keliru . Tapi, sekarang perasaan aku ni lain macam. Tak sama macam aku kawan dengan lelaki lain, juga tak sama macam dulu, termasuk Nazarul. Cikgu Razlan lain. Dia ’care’ sangat. Dia buat aku rasa istimewa . ” Erina bersuara lagi.


Najiha melepaskan keluhan kecil . Kemudian menarik nafas pendek. Bingung dan simpati. Bingung dengan perasaan Erina. Simpati dengan kejadian yang menimpa gadis itu di sekolah.


” Nazarul ada jumpa kau pasal SMS dia malam tadi?” Jiha usul lagi.


” Dia tak masuk sekolah hari ni. Nasib baik. Dia datang pagi, dia keluar ke PPD. Ada taklimat kot. ” Erina memberitahu apa yang dia dengar daripada Kak Ros pagi tadi .


” Kau tak nak balas SMS dia? Kesian mamat tu. Dah lah kurang emosi, kau pulak buat gini. Dia baik la Rin.” Jiha bersuara lagi.


” Aku tahu dia baik. Aku pun suka berkawan dengan dia. Walaupun dia macam ’bengkak’ sikit tapi OK lagi daripada lelaki yang aku pernah kenal sebelum ni . Nanti lah, malam ni, aku SMS dia. ” Tambah Erina lagi.


” Aku masuk dulu lah. Nak rehat . ” Ujar Erina dan mengangkat kaki ke dapur sebelum masuk bilik . Najiha termenung depan TV. Membiarkan sahaja rakannya masuk. Tidak mahu membejat fikiran Erina lagi. Soal hati ! Orang lain bukan boleh masuk campur ! Fikir Najiha. Kalau aku kat tempat Rin, tak tahu lah, nak fikir pun tak sanggup !


Erina membelek-belek majalah atas katil . 'Handphone' nya tiba-tiba berbunyi. Nama di skrin tertera. Nazarul ! Hatinya berdetik. Erina tengok masa di skrin telefon. Dekat jam 11.30 malam. Angkat jer la. Kesian pulak ! Aku memang kena hadapi Nazarul .


”Assalamualaikum ! ” Suara Nazarul memecah hening malam.



No comments: