Friday, December 18, 2009

From Kelantan With Love 11

”Waalaikumussalam!” Suara Erina menyambut panggilan .


” Rin, awak buat aper?” Suara Nazarul kedengaran lagi.


” Buat bodoh jer wak !!! ” Ujar Erina separuh berlucu. Terhambur tawa Nazarul di sebelah sana.


" Tak ganggu awak ker ni ?" Soal Nazarul kembali.


” Tak ada lah. Saya belum tidur lagi . Rul, SMS semalam, tak sempat balas lah.” Erina besuara lagi.

Mengharapkan Nazarul tidak usul lebih lanjut tentang dia dan Cikgu Razlan .


” Hurmmm.... jadi apa sebenarnya yang berlaku ? ” Tanya Nazarul


” Saya dengan Cikgu Lan tu, macam saya kawan dengan awak juga. Tak tahu macam mana awak kata , saya rapat dengan dia. Saya rasa biasa jer.” Sambung Erina.


” Bukan pasal awak dengan Cikgu Lan . Pasal tu, saya dah faham lah . Tak kan lah awak suka dengan Cikgu Lan yang sebaya bapa awak tu kan?? Saya fikir-fikir semula, saya rasa saya yang salah faham . Awak rapat dengan Cikgu Lan tu sebab awak dan dia pun sama-sama guru BM kan. Macam saya dan Nisya. Orang kata kami macam teman istimewa sebab selalu bersama tapi kami selalu bersama sebab tugas jer. Saya dan Nisya tak ada apa-apa hubungan Rin ! ” Panjang Nazarul berujar.


Kali ini memberi pelbagai makna . Erina hairan, kenapa Nazarul nak umumkan dia dan Nisya tak ada hubungan ! Kalau ada pun, biarlah!


” Rul !! ” Panggil Erina lembut .


” Hurmm!! ” . Nazarul sabar menanti. Diam seketika memberi ruang gadis itu berkata-kata.


Sebenarnya Erina berkira-kira hendak bagitau Nazarul, dia tak pernah anggap Cikgu Razlan itu seperti seorang bapa. Cikgu Razlan tu, istimewa di mata Erina . Tapi kalimah itu tak mampu diluahkan saat ini. Nanti lah ! Suatu hari dia akan beritahu Nazarul.


” Awak dah tahu ker pasal Nisya marah saya kat sekolah hari ni?” Soal Erina selepas beberapa detik menyepi.

” Sebab ni lah saya ’call’ awak , Rin. Saya dah tahu . Saya singgah di sekolah tadi lepas balik dari PPD. Saya simpati Rin. Saya tahu awak tak sengaja. Jangan ambil hati dengan Nisya. Anggap jer semua ni asam-garam dunia pendidik. Nazarul menyambung.


” Rul. Awak rasa saya tak layak jadi cikgu ker ?” Tanya Erina.


” Hishh....tak ada lah. Jangan fikir banyak-banyak . Kesilapan yang awak buat tadi, biasa berlaku pada cikgu lain jugak. Kita kan manusia biasa. Lain kali, kita akan lebih hati-hati . Betul tak?” Nazarul memujuk lagi. .


Thanks Rul. Saya rasa lega sikit. Mujur ada kawan macam awak. ” Ucap Erina tenang.


” Kawan jer?” Tanya Nazarul.


” Apa awak cakap. Tak jelas.” Erina berpura-pura, walaupun dia tahu Nazarul sedang menduga hatinya. Tidak tahu apa jawapan yang patut diberi .


” Tak lah... saya cakap, kita kan kawan, apa salahnya,” Nazarul membetulkan ayatnya kerana tidak mahu gadis itu terkejut . Tidak berani menyatakan perasaannya lagi. Nanti lah. Suatu hari, dia akan meluahkan rasa hatinya pada gadis Kelantan itu. Tak ke mana Erina ! Fikir Nazarul. Balik Kelantan pun, dia tetap akan jumpa gadis itu.


” OK lah Rul. Ngantuk ahhh....Kita sambung lain kali ya!! ” Ujar Erina.


” Okay lah. Assalamualaikum !!. ” Nazarul mengakhirkan ayatnya .


Erina menjawab salam dan mematikan talian. Dia harap hari-hari mendatang akan menjadikan dirinya lebih bersemangat . Ada satu hal lagi yang dia perlu bagi tau Jiha. Ya ! Kad jemputan hari jadi Fatin anak Cikgu Razlan hari ahad nanti. Maknanya lusa. Esok la cerita dengan Jiha!. Sekilas melihat jam dinding. Dekat 12.30 malam. Erina menutup suis lampu, dan mampir ke atas katil .


” Rin !! Kau dah bangun ? ” Kedengaran suara Najiha di luar pintu bilik seiring dengan ketukan kecil. Apa hal Jiha ni! Baru pukul 6.30 , selalu dia bangun lambat jugak. Erina bersuara sendiri, sambil bangun ke pintu bilik.


” Naper Jiha ! Aku ingat nak sambung tidur la. Ngantok ! ” Ujar Erina memandang muka Jiha.


” Malam tadi, kau masuk awal kan. Mak Su Ida fon aku lewat malam dah, ajak aku balik Ipoh pagi ni pukul 7 . Sepupu aku yang kerja kat KL tu, nak kena risik hari ni. Aku ingat nak ikut Mak Su aku balik jugak lah. Esok petang aku balik sini. Boleh ekk??” Beritahu Najiha lagi.


” Alaaa... kau tak yah la balik Jiha. Bukan orang nak merisik kau pun. Sepupu kau yang nak kena risik kan. Ni ha... ada kad jemputan untuk kau esok. ” Kata Erina sambil keluar dari bilik . Dia dan Najiha kini sama-sama duduk di ruang tamu.


” Kad aper ni ?” Najiha mengomel selepas mengambil sampul kecil dari Erina.


” ’Besday’ anak Cikgu Lan rupanya, esok . Hurmmm. Tak dapat lah. Nak balik jugak. Dah rindu ngan orang kampung. Jom lah, balik kampung aku. Mak aku tu selalu tanya pasal kau. Dah rindu nak jumpa kau. ” Sambung Najiga lagi.


” Eh ! Tak nak lah. Rasa malas nak jalan jauh la. Lagi pun, silap-silap haribulan, dengan aku-aku sekali kena risik pulak nanti. Kirim salam dengan mak kau ya! ” Gurau Erina berlucu. Najiha juga tersenyum.


” Kalau kau malas tak apa lah. Rehat kat rumah jer la.Kemas rumah ni, kemas lah bilik aku sekali.” Najiha sekali lagi berlucu. Erina kali ini sudah menjegilkan mata. Najiha hanya ketawa lepas.


” Pergi jer sorang Rin ! Bawa kereta aku. Kau kan boleh ’drive’ , kereta jer belum ada .” Tambah Najiha.

” Tak kan aku nak pergi sorang-sorang. Mati kutu la. ” Ujar Erina lagi.


” Susah sangat. Ajak jer Nazarul teman kan kau. Mesti dia pun pergi esok.” Kata Najiha mengusik Erina. Erina mencebik. Najiha senyum melebar. Erina cukup tak suka kalau Najiha menggiat dia dengan Nazarul. Kalau dengan ’pakcik koop’ tu, senyum sampai ke telinga.


” Tak apa lah. Aku pun tak nak pergi jugak lah. Aku rehat kat rumah jer, nak ’marking’ kerja budak . ” Kata Erina.


” Hurmm.... OK lah, aku nak bersiap . ” Najiha meminta diri dan masuk ke bilik.


Jam 7 , kereta Mak Su Ida tersadai depan rumah Erina dan Najiha kat Taman Intan. Najiha sudah pun bersedia untuk bergerak dalam perjalanan yang tak direncana itu.


” Rin. Tak per ker ni, tinggal sorang-sorang ni. Kalau ikut kami kan best !” Suara Mak Su Ida kedengaran mesra.


” Tak per Mak Su, Rin bukan tak biasa duduk sorang ! OK la. Selamat Jalan.” Ucap Erina selepas bersalaman dengan Mak Su Ida dan Najiha. Kereta bergerak meninggalkan Taman Intan. Erina masuk semula ke dalam rumah . Dia memandang muka jam dinding rumahnya. Awal lagi, bisik Erina. Sambung tidur lah! .


Jam menunjukkan pukul 11 .30 pagi ketika Nik Mustafa dan Nik Faridah sampai di pekan Gerik. Mereka singgah di Petronas sebelum meneruskan perjalanan ke Taman Intan. Sengaja tidak menelefon Erina menyatakan kedatangan mereka berdua . Niat mereka hendak buat kejutan pada anak gadis kesayangan yang sudah lama tak balik kampung .


” Abang, betul ker jalan ni? Macam dah jauh ni dari tempat kita datang dulu. ” Suara Nik Faridah memecah sepi.


” Haa.... ni dah sampai kat sekolah tempat Erina mengajar ni.” Ujar Nik Mustafa lanjut .


” Berhenti dulu lah. Tanya orang. Tuu, nampak ada kereta nak keluar ! ” Kata Nik Faridah lagi.


Sebuah kereta yang baru keluar dari simpang pintu pagar sekolah kebetulan berhenti . Pemandunya sedang bercakap dengan ’guard’ sekolah sebelum masuk semula dalam kereta. Ketika itu Nik Mustafa telah turun dan memberi isyarat tangan agar pemandu itu berhenti seketika .


” Assalamualaikum ! ”

” Waalaikumussalam! ...Nampak macam bukan orang sini. Nak ke mana?” Ramah pemandu itu menegur. Nik Mustafa senyum sebagai tanda hormat.


” Saya baru sampai dari Kelantan. Nak pergi rumah anak kat Taman Intan. Tapi, macam dah ingat-ingat lupa lah jalan . Maklumlah baru sekali datang .” Tambah Nik Mustafa lagi.


” Saya pun nak balik ke pekan ni. Kat Taman Desa Kasih . Mari saya tunjukkan jalan. Ikut kereta saya lah. Rumah mana? ” Tanya pemandu itu lagi.


” Ni alamatnya. ”


” Ohh.... saya kenal cikgu ni, dia pun mengajar di sini. Kami satu sekolah lah ni.”


” Nasib baik saya jumpa cikgu kat sini. Kalau tak , lambat jugak nak cari rumah ni. Saya saja tak nak bagitau Erina, nak bagi kejutan. ” Ujar Nik Mustafa sambil ketawa kecil. Guru itu juga melebarkan senyuman.


Kereta bergerak dari Sek.Men. Keb. Sultan Idris Shah II, ke pekan Gerik.Kemudian masuk ke simpang Taman Intan.Erina yang sedang menyapu halaman rumah terkejut melihat sebuah kereta yang cukup dia kenal sedang berhenti di hadapan rumahnya.


” Papa !! ” Erina tanpa sedetik membiarkan masa berlalu, terus turun mendapatkan Nik Mustafa. Memeluk Nik Mustafa yang sekian lama dirinduinya.


” Rin rindu sangat . Kenapa tak cakap nak datang ?” Ujar Erina lagi.


" Papa nak buat kejutan kat Rin. Mama dan papa dah rindu sangat nak jumpa Rin !" Nik Mustafa menjawab. Memandang muka isterinya yang senyum tak habis-habis.


” Ni yang mama ’jeles’ ni .... asyik ingat papa dia jer. Mama ni ??” Nik Faridah menyapa. Erina senyum.

Kemudian bergerak ke arah Nik Faridah . Memeluk ibu tercinta. Nik Faridah memang sudah maklum tabiat Erina. ’Anak mas papa’ , jolokan yang diberi oleh Nik Fazli, abangnya. Erina dari kecil lebih manja dengan Nik Mustafa berbanding Nik Faridah .


” Dah lah tu, mujur kami jumpa cikgu sekolah Rin. Kami sesat tadi.” Ujar Nik Faridah setelah melihat pemandu kereta Honda Civic baru , warna silver itu memandang dengan senyuman ke arah mereka. Erina memandang , tidak sedar ada seseorang yang begitu asyik memerhati pertemuan itu. Aduhai ! macam mana pulak dia boleh ada kat sini !


” Cikgu Lan? Macam mana boleh jumpa mama dan papa?” Erina memulakan bicara selepas semua tetamu sudah duduk di ruang tamu. Tadi, Nik Mustafa berkeras mengajak Cikgu Razlan masuk sebagai tanda terima kasih mereka.


” Saya dari sekolah sekejap. Ada urusan dengan ’guard’ pagi tadi. Lepas tu jumpa mereka. ” Beritahu Cikgu Razlan.


” Minum lah cikgu ! Air bujang ! ” Nik Mustafa menyampuk .


” Buat susah-susah jer . Sila lah minum sekali. ” Cikgu Razlan pula menambah. Tidak lekang memberikan senyuman kepada Erina dan ibu bapanya.


” Jiha mana , Tak nampak pun ?” Nik Faridah bertanya sambil melihat ke arah bilik Najiha.


” Balik Ipoh mama. Ada hal sikit. Petang esok dia balik lah . ” Beritahu Erina dan tidak menceritakan tujuan sebenar Najiha pulang secara tiba-tiba.


” Saya ingat saya nak minta diri dulu lah. Petang esok ada jamuan ringan kat rumah, jemput lah datang sekali dengan Erina. ” Cikgu Razlan berujar sebelum meminta diri untuk pulang.


” InsyaAllah, kami datang! ” Ramah Nik Mustafa menjawab.


” Papa dan mama duduk kejap. Rin hantar Cikgu Lan kat luar . ” Ujar Erina mesra . Nik Mustafa dan Nik Faridah hanya mengangguk bersama senyuman.


” Cikgu Lan. Terima kasih sebab hantar mama dan papa tadi. Buat susah-susah jer . ” Erina bersuara. Mereka mampir ke arah kereta Honda Cikgu Razlan.


” Sama-sama ! . Perkara kecil jer. ” Cikgu Razlan senyum . Memandang muka Erina. Tiba-tiba hati Erina berdebar-debar. Erina tunduk seketika. Kemudian memandang semula ke depan seperti mengawal perasaan sendiri.


Cikgu Razlan juga tidak percaya dia akan bertemu keluarga Erina hari ini. Bila diberi kertas alamat rumah tadi, dia macam tak percaya melihat nama Nik Erina tertera. Sesampainya mereka di Taman Intan, dia sudah terpaku melihat anak gadis itu begitu manja dengan Nik Mustafa. Erina kelihatan seperti anak remaja dengan sehelai seluar ’jeans’ Lady Like . Perasaannya bergetar setiap kali Erina melemparkan senyuman.


” Rin !! ” Suara Nik Faridah memecahkan lamunan Erina dan Cikgu Razlan. Tidak sedar telah beberapa detik mereka kehilangan bicara. Hanya saling berpandangan dengan sekilas senyuman yang hanya dimengertikan oleh hati dan perasaan.


” Rin datang lah ni mama ! ” Erina menjawab sambil menoleh ke arah Nik Faridah di muka pintu rumah .

” Saya minta diri . Jangan lupa esok datang rumah. Fatin berharap sangat Erina datang . ” Ujar Cikgu Razlan sebelum masuk dalam kereta.


” Rin ! ” Suara Nik Faridah kedengaran lagi. Erina berpusing . Masuk dalam rumah. Ishh ! Mama ni, tak bagi muka langsung , hati kecil Erina berdetik.


Sedapnya mama masak. Dah lama tak makan masakan mama.” Ujar Erina ketika sedang menikmati makan malam di rumah. Seharian Nik Faridah memasak makanan kegemaran anaknya. Erina pula tak habis-habis bercerita itu dan ini dengan Nik Mustafa di ruang tamu. Sesekali Nik Faridah turut serta, dan sesekali Erina juga membantu dia di dapur. Rugi la, Jiha tak ada ! Hati Erina bersuara.


” Tu la.... awak tu Rin, bukan tau nak balik KB , kalau hujung minggu . ” Kata Nik Faridah lagi.

” Hurmmm.... banyak kerja mama ! ” Erina membela diri.


” Kalau Rin nak, papa boleh belikan kereta .Senang nak bergerak . ” Kata Nik Mustafa pula.


” Tak nak lah pa. Nanti lah. Rin suka naik dengan Jiha. Ada orang tolong bawak , ada orang hantar dan pergi sekolah .Kan best ! ” Kata Erina dengan manja.


” Tengok lah , anak manja papa ! ” Nik Faridah mengomel lagi. Serentak ketawa meletus.


” Cikgu Razlan tadi umur berapa Rin? ” Nik Faridah pula bertanya sambil menambah lauk dalam pinggan .


” Muda lagi mama !! 47 . ”


” Muda aper nyer . Dah nak senja macam papa dah tu! ” Kata Nik Faridah .


”Muda dari papa kan ? Kan papa?” Erina menyambung lagi melihat muka Nik Faridah berubah warna.


” Dia nampak baik dengan Rin! ” Giliran Nik Mustafa pula bersuara.


” Mama, papa, kami satu sekolah kan. Cikgu Lan tu, duda anak 3 . Dia memang baik pun. Dia guru kanan kat sekolah Rin. Dia banyak bagi unjuk ajar kat sekolah. Dia pun ajar BM macam Rin jugak. Guru Kanan Bahasa. ” Erina memberi penerangan . Terasa Nik Faridah mengesyaki sesuatu. Dapat kah mama merasai perasaan ini ! Hati Erina bersuara .


Papa ! Esok kita pergi rumah Cikgu Lan nak tak? Anak dia Fatin, tingkatan 4 , baik sangat dengan Rin. Tak sedap pulak, kalau tak pergi. Orang dah jemput kan. ” Erina bersuara kembali selepas beberapa minit menyambung makan.


” Macam dah lama kenal jer , dengan anak sekali dah rapat.” Nik Faridah pula mengomel. Terasa mencium kelainan pada Erina selepas pertemuan Erina dan Razlan tengah hari tadi . Bahaya juga ni ! Sorang duda ! Sorang anak dara ! Tak mungkin ! Hati Nik Faridah bersuara kembali.


” Tengok lah nanti . ” Nik Mustafa bersuara tenang.


” Mari teman mama kat dapur ! ” Nik Faridah mengajak selepas mereka selesai makan. Nik Mustafa bergerak ke ruang tamu .


" Rin ! Mama nak tanya sikit boleh ?"


" Mama ni, tak kan tak boleh . Naper ma?"


3 comments:

RYANATASYA said...

confirm gerak ati seorang ibu bole meneka isi hati anakny huhu...good job akk lagi best nak baca...

qyqa said...

sifu....
baru bc ni...
he3...
alahai,rin da tgkap cintun sama cg lan...
adeh3....
smbg sifu...

Azlin197 said...

Lucu Qyqa .... adeh3 ....

Hurmmm... baru tau betapa 'ganteng' Cikgu Lan yg umur 47 tuuu....kan..
'matang' dan ' karisma' ... heh heh heehhh....