Sunday, December 13, 2009

From Kelantan With Love 9


” Waalaikumussalam ! ” Dia menjawab dengan senyuman .


” Duduk lah . Erina kan?? ” Tanya wanita itu dan memberikan senyuman perkenalan.


Dia la Erina, cantik orangnya ! Patut lah kejap jer ’glamer’ . Tak mustahil kalau-kalau Razlan ni boleh jatuh hati dengan budak ni. Fikir Suria sedetik.


Erina duduk dengan 1001 persoalan di minda.


” Saya Puan Suria . Panggil Kak Suria . Kawan Mak Su Ida. Kakak Laila ” Terangnya lembut. Wajahnya nampak baik dan lembut.


” Ohh... ada yang boleh saya tolong Kak Suria. ” Tujah Erina perlahan .


Ingatan tentang cerita Mak Su Ida dahulu bermain di fikirannya. Kata Mak Su Ida, kawannya tu garang sikit . Ni, lemah-lembut habis. Tak ada la panas baran atau serang –menyerang bagai . Erina mengelamun.


” Kak Suria ni nak jumpa Erina nak minta maaf .” Tiba-tiba suara ’pakcik koop’ yang tak tahu dari mana muncul kedengaran. Sudah tercegat ’pakcik koop’ depan pintu . Pintu ditutup sedikit tetapi masih nampak kat luar pelajar lalu-lalang. Kini, dia sudah masuk.

” Saya tak faham.” Erina menambah. Tapi dia dapat mengagak sebenarnya. Mesti kes Kak Suria ni silap bawa mulut tempoh hari.


” Kak Suria nampak kita masa dekat KFC hari tu Erina. Dia ingat kita ni ...” Suara Cikgu Lan terputus-putus. ’Pakcik koop’ ni nampak kaku sejenak.


” Akak ingat Erina dengan Razlan ni keluar bersama. Rupanya bawa budak bahas kat Bersia. ” Sambung Kak Suria. Cikgu Razlan mengangguk-angguk. Cehh... Cikgu Lan, yang ni pun tak boleh lafaz ! Macam mana nak lafaz akad nikah ! Eh... aku tersasar pulak ! bila kami ’couple’ sampai berangan nak akad nikah bagai.


” Erina dengar ker?? Akak minta maaf sekali lagi.” Suara Kak Suria menarik lamunan Erina. Erina memberikan senyuman manis sebelum meneruskan bicara.


” Kak Suria. Tak ada apa sangat lah. Saya maafkan. Lagi pun, ini hanya salah faham. Kami keluar pun kerana bertugas bukan saja-saja. ” Erina membuat penegasan . Tidak mahu dia dikatakan tak pandai jaga diri.


” Lega akak. Kalau boleh kita habiskan kat sini lah ya ! ” Tambah Kak Suria.


” Sama lah saya pun Kak Suria. ” Beritahu Erina jujur.


Kak Suria dan Cikgu Razlan sama-sama tersenyum kelegaan. Mujur lah kes ini tak melarat jauh. Kalau orang lain tahu ! Pasti Erina juga akan menerima malu !


” Akak bukan apa Erina. Tentu Mak Su Ida ada bagi tau kan hal yang sebenar . Hal tu yang menyebabkan akak salah faham. ” Kata Kak Suria sambil sekejap-sekejap memandang Cikgu Razlan. ’Pakcik koop ’ tu buat biasa sahaja. Maknanya dia faham kot maksud tersirat cerita ini. Maknanya Kak Suria tak mahu aku kacau ’line’ Kak Laila dengan Cikgu Lan. Hati Erina berdetik lagi.


” Saya faham Kak . Saya harap saya tak akan menimbulkan salah faham lagi selepas ni. ” Tutur Erina menjaga hati Kak Suria .


” Yalah... Kak Suria rasa Erina faham . Kita kan sama-sama perempuan. ” Getus Kak Suria lagi.


’Part’ ni , macam ’pakcik koop’ tak faham lah. Dahi dia macam kerut-kerut sikit. Apa makna ’hal perempuan’ ! Mesti dia tak faham. Lantak lah. Aku faham. Maknanya Kak Suria tak nak aku hancur kan hati perempuan lain kerana seorang lelaki yang memang tak sesuai untuk aku. Hati Erina berkata-kata sendiri. Sambil tu, Kak Suria memaniskan wajahnya. Mengharapkan Erina faham dan Cikgu Razlan tidak marah.


” Baik lah Erina. Kak Suria balik dulu lah. Nak singgah pekan kejap lagi. Cikgu Razlan , terima kasih sebab bagi peluang ni. Saya pun malu jugak buat tuduhan melulu. ” Sambung Kak Suria lagi.


Erina bersalaman. Dia menganggap Kak Suria sungguh baik sebab sanggup minta maaf dan mengaku salah. Dari cerita Mak Su Ida, Kak Suria macam jenis yang panas baran dan tegas. Nasib baik dia lembut hati .


Mereka berjalan keluar.


”Erina dah habis kelas?” Tanya Cikgu Razlan.


”Dah. Rin nak .... ehhh... Saya nak minta maaf jugak sebab jadi macam ni.” Ujar Erina sedikit kelam-kabut . Tambahan lagi mereka sedang berjalan bersama.


” Tak apa Erina. Saya pun tak sangka jugak. Kita hidup dalam masyarakat kan. Biasa lah perkara macam ni. ” Ujar Cikgu Razlan tenang.


” Terima kasih sebab dah selamat kan maruah saya ” Tambah Erina.


” Saya faham. Kak Suria ada telefon saya malam tadi. Dia ingat dia yang betul. Selepas dia tahu dia salah faham, terus dia minta saya aturkan temujanji ini. Saya pun rasa bersalah jugak. Tak sedap pulak kalau perkara ni berpanjangan. Perkara dah selesai. Terima kasih lah sebab Erina tak marah , walau pun dah jadi macam ni.” Panjang Cikgu Razlan berujar. Sesekali dia menoleh pada gadis di sebelahnya.


” Saya faham. Saya harap ini akan jadi pengalaman buat saya. Semua orang pun tak akan lepas dari kesilapan kan. ” Tambah Erina lagi.


” Saya nak masuk bilik guru .” Kata Erina bila Cikgu Razlan berhenti depan biliknya.


” Terima kasih sekali lagi. ” Ucap Cikgu Razlan.


” Sama-sama.” Erina membalas. Bersama senyuman di bibir. Sekali lagi hati Cikgu Razlan dilanda debar.


” Haaa... dah jumpa pengarang jantung ker?” Najiha tiba-tiba berbisik kecil melihat Erina sampai .


” Cubit kang! Dia tu dah tolong aku tau !! ”


”Tolong apa? ”


” Dia dah selamatkan maruah aku. Kes yang dekat KFC yang Mak Su Ida bagi tau tu dah selesai. Kak Suria kawan Mak Su Ida yang garang tu jumpa aku dan minta maaf . Ni semua, atas diplomasi dan budi bicara ’pakcik koop’ tu lah. Dia yang ’back up’ aku Jiha. ” Beritahu Erina lanjut.


” Jadi, dah ’setel’ lah kes kau yang disalaherti oleh Kak Suria tu?” Tanya Jiha kembali.


”Hisshh.. jangan ulang balik. Kau dah faham kan. SELESAI.” Kata Erina mengeja perkataan selesai. Najiha mengulum senyum.


” Baguslah. Lega. Aku tumpang gembira kalau dah tak ada salah faham. Ada lagi yang tak selesai ! Baru nak mula.” Kata Najiha memancing perasaan Erina.


” Apa lagi? Jangan buat suspen boleh tak?” Erina bersuara.


” Mamat kayu tu cari kau. Dia nampak kau dan ’pakcik koop’ pergi bilik kaunseling. Dia jumpa aku kat pejabat tadi. Dia pun ’ushar’ lah. Muka nampak ’stress’ jer tadi. Rin, aku rasa la, Nazarul memang suka kat kau kot! ” Tambah Najiha. Namun, masih menjaga suaranya takut-takut ada yang terdengar pulak.


” Dah lah. Aku jadi GSTT ni, bukan nak cari jodoh. Nak timba pengalaman. Nak jadi pendidik. Ingat senang ker nak jadi cikgu ni. Banyak kerja tau. Nampak jer mudah ! ” Erina menambah kembali. Macam mana aku boleh ambil ayat Nazarul pulak! Najiha ketawa pendek.


” Kau ni kan Rin. Memang lah. Padan lah dengan kelam-kabut kau tu. Aku tumpang ’hepi ’ lah kalau kau dapat cari pengalaman jadi cikgu ’plus’ dengan dapat jodoh sekali. Kira pakej lah.” Tambah Najiha dan ketawa lagi.


”Jihaaa....” Erina memberi amaran dengan jelingan tajam. Najiha angkat dua tangan tanda mengaku kalah. Tak mahu panjangkan lagi hal itu.


” Rin, Jiha, apa yang suka sangat tu?” Kak Ros baru datang dari bawah.Kak Ros duduk di kerusi kosong dekat mereka.


” Tak ada lah kak . Saja usik ’mek kelate’ ni. ” Kata Najiha tersenyum.


” Hmmm... Kak Ros tahu dah . Mesti ada cerita ni! ... ya lah, tadi kat kantin kan ada orang belanja makan.” Kak Ros menggiat lagi.


Erina membesarkan anak mata memandang Najiha. Najiha sudah menekup mulut menahan tawa.


”Jiha ni , ’jahat’ ya! Siap lah . Kat rumah nanti.” Erina menambah. Najiha ketawa lagi bersama Kak Ros.


” Biar lah Rin ! Benda baik. Kalau orang dah suka, terima jer la. Orang tu pun , apa kurang nyer.

Pakej lengkap . ” Giliran Kak Ros pulak mengusik Erina sehingga merah padam muka gadis itu.


” Kak Ros .... sama jer ngan Jiha....” Erina mencebik . Kali ini siap Kak Ros sekali menerima jelingan maut Erina. Tak suka diusik dengan Nazarul, bimbang Cikgu Nisya akan ’meletup’ .


” Hai ! Boleh join ker ? Seronok nampak Kak Ros, Jiha.” Suara Nazarul mencecah pendengaran Erina. Serentak dia memandang jejaka itu. Renungan mereka bersatu. Alamak. Kantoi la kali ni !


” Panjang umur Rul . Kak Ros sembang pasal ’hang’ la tadi.” Kak Ros membuka bicara. Erina ambil jalan berdiam diri. Najiha siap menyokong Kak Ros.


” Kak Ros kutuk saya ke?” Nazarul bertanya tenang. Memberikan senyuman pendek buat mereka.


” Tak lah. Kak Ros tengah ’promote’ ’hang’ la....” Ujar Kak Ros ketawa. Erina mengangkat muka. Kelihatan Nazarul memandang juga. Sekaligus, Erina dan Nazarul merah muka tiba-tiba.


” Kak Ros ni suka bergurau ya ! ” Kata Erina ’covel line’ sikit. Najiha dah mula ketawa besar, memancing beberapa orang guru menoleh pada mereka.


” Saya tak kisah lah. Kak Ros ni dah selalu sangat gurau macam ni.” Nazarul menjawab. Sekali lagi memandang muka Erina. Tak puas lah, sehari tak dapat pandang ! Fikir guru muda itu.


” Dah dekat waktu pulang ni. ” Erina bersuara seketika selepas diusik beberapa kali. Nazarul juga memandang muka jam tangan keluaran luar negara yang dipakainya.


” Awal balik hari ni ?” soal Nazarul.


” Tak ada apa dah lepas sekolah. Minggu depan baru terlibat dengan kelas tambahn tingkatan 3 . ” Beritahu Najiha tanpa ditanya sambil memandang muka Erina. Erina angguk sekali. Memang mereka berdua terlibat melaksanakan kelas tambahan bersama guru lain mengikut masa dan jadual yang telah diberi.


” Saya ada benda nak cakap. Esok lah. ” Kata Nazarul tiba-tiba .


” Penting ker? ” Tanya Erina.


” Kalau penting ?”


” Saya boleh tunggu.”


” Tak apa la. Saya ada ’in house’ panitia BI lepas ni. ” Beritahu Nazarul lagi. Matanya melingas mencari kelibat Nisya. Tak nampak pulak. Dah turun kot.


” Baik lah. Esok jer lah. ” Kata Erina.


” Apa susahnya , minta lah nombor ’hand phone’ , malam ni boleh cakap. Tak payah tunggu esok. ” Kak Ros mengusik lagi.


” Ya la Rin. Bagi nombor ’phone’ kau kat Nazarul, senang sikit . Mana tau ada hal penting bila-bila . Mana kita tau kan.” Najiha pulak yang menambah dan menyokong usikan Kak Ros. Erina senyum. Hilang punca. Tak tau nak cakap apa. Malu sebenarnya. Takut Nazarul kata dia nak mengurat cikgu lelaki tu.


” Rin !! . Minta nombor lah. Senang sikit apa-apa hal. ” Suara Nazarul mengejutkan ’blur’ Erina. Macam mana ni! Kasi ker tak!! . Bukan tak pernah pun bagi nombor kat kawan lelaki. Bukan aku ada perasaan pun dengan mamat ni.


” Ni. ” Ujar Erina menghulurkan kertas memo kecil. Menulis nombor telefon bimbitnya . Nazarul senyum dan mengambil kertas itu.


” Minta diri dulu lah. ” Kata Nazarul dan bergegas turun.


Najiha dan Kak Ros senyum-senyum.


” Ngeee... kenapa senyum. Sedap-sedap jer nak bagi nombor Rin kat Nazarul ya! ” Kata Erina lagi. Cuba tarik muka, tapi tidak jadi. Akhirnya tersenyum.


Jiha dan Kak Ros ketawa kecil. Tahu yang Erina tidak marah sangat. Cuma, tak mahu dianggap lain oleh Nazarul. Takut jugak kalau mamat tu ingat aku ’syok’ kat dia. Hati Erina bersuara.


” Jom la. Dah waktu pulang.” Najiha bersuara lagi.


” Jumpa esok. Kak Ros nak balik dah ni.” Tambah Kak Ros lagi. Bersama senyuman, wanita itu berlalu pergi.


Erina dan Najiha juga bergerak ke tempat letak kereta. Mereka sampai di rumah selepas setengah jam. Sempat juga singgah di pekan Gerik membeli makanan.


Nazarul dan tiga orang guru BI yang lain sudah masuk ke Bilik Gerakan untuk kursus dalaman pendek pada hari itu. Masih ada beberapa orang yang belum sampai. Kursus akan dimulakan dalam 15 minit lagi. Pintu dibuka dari luar ketika Nazarul asyik menyimpan nombor telefon Erina dalam ’handset’ nya.


” Busy nampak ?” Nisya menegur ramah . Melebarkan senyuman seperti biasa. Nisya sedar hanya dia dan Nazarul yang tahu bahawa gadis itu pernah melafazkan suara hatinya pada Nazarul tetapi mamat kurang perasaan itu, tidak pernah memberi jawapan. Lantas, perhubungan itu terbiar tak bersambut.


” Rul. Kau nampak baik jer dengan guru sandaran tu?” Nisya menyambung bicara selepas melihat Nazarul hanya senyum tak bersuara. Nisya duduk di sebelah guru muda yang sebaya dengannya itu.


” Biasa jer, cikgu baru kan, apa salahnya aku berkawan. Mereka tu pun baik aper. Kau jer yang nampak dingin sikit. Kenapa ?” Nazarul membalas.


Serentak dia memandang wajah Nisya. Kali ini dia mula membandingkan Nisya dengan Erina. Sejak dulu lagi, dia tak pernah terbuka hati untuk terima Nisya lebih dari seorang kawan. Erina lain , dia tak suka gadis itu pada awalnya , namun, akhir-akhir ini sejak kenal siapa Erina, dia mula memuja gadis itu diam-diam. Hendak mengucapkan sayang atau cinta , masih terlalu awal, dia belum ada kekuatan . Mana tahu, kalau gadis itu sudah berpunya. Dia akan malu sendiri nanti.


Nisya cantik, tapi Erina lagi cantik. Nisya agak dingin dan sombong kalau tak kenal. Erina pulak, kelam-kabut tetapi periang. Senyumannya sahaja sudah cukup membuatkan orang ingin mendekatinya. Huh!! Erina !


” Rul. Aku tanya kau kan? Kau soal aku pulak? Aku tak suka sangat dengan Erina tu. Nampak berlagak. Macam lah, dia tu bagus sangat. Baru jadi guru sandaran , dah lebih-lebih !” Nisya menyambung.


” Tak baik lah kau Nisya. Kau dah berkawan dengan dia? Mana tahu dia tak baik?”


” Sebab dia cuba rampas kau dari aku. Yang tu, jangan tanya macam mana aku tahu. Itu firasat orang perempuan .” Ujar Nisya lanjut.


Nazarul terpaku. Biar betul Nisya ni!. Dia tidak jadi menyambung kata, kursus akan bermula beberapa minit lagi. Biarlah Nisya dengan ’trauma’ nya sendiri. Setakat nak menjaga hati Nisya, dia dah ’kalis’ . Cikgu perempuan itu, ah selalu meraih perhatiannya. Nisya jenis perempuan yang akan pertahankan cintanya tapi sayang dia belum bertemu lelaki yang sesuai buatnya. Tapi cinta itu kan buta! Seperti Nisya dia juga mungkin jadi macam tu kalau cinta tak berbalas. Cikgu Razlan selaku Guru Kanan Bahasa sudah masuk bersama Ketua Panitia Bahasa Inggeris.


Selepas dua jam kursus dalaman panitia BI, telah berakhir . Semua guru bergegas pulang lantaran kepenatan dan asakan waktu Asar yang menuntut kewajipan masing-masing.


Erina dan Najiha bersantai di pasaraya The Store membeli keperluan peribadi dan sedikit barang dapur .


” Dah ambil roti dengan peanut butter ?” Suara Erina mengejutkan Najiha.


” Dah. Kau pergi dulu kat kaunter, aku nak ambil minuman jap.” Najiha mengusul lagi. Najiha berlalu ke belakang . Sementara Erina membawa bakul yang berisi barang-barang ke kaunter pembayaran.


” Rin?” Satu suara menegur Erina.


” Kak Laila! Kebetulan pulak ya! Banyak ’shopping’” Tanya Erina kembali.


Erina menyuakan bakulnya kepada ’cashier’ . Cikgu Laila, adik Kak Suria merangkap Ketua Panitia BM di sekolahnya itu, menunggu di luar kaunter .


” Sorang jer?” Tanya Erina selepas dia siap membayar harga barang.


” Sorang. Nak singgah rumah kakak petang ni. Saja melawat. Jiha mana?” Usul Kak Laila. Kak Laila nampak lebih kecil molek di luar berbanding di sekolah. Kali ini gadis itu memakai seluar panjang hitam dan ’blouse’ longgar warna putih dengan tudung hitam bercorak bunga halus. Nampak lebih muda dari usianya yang lewat 30-an.


” Tuu...dia beli air tadi.” Kata Erina yang kelihatan kasual dengan sehelai seluar trek berjenama Nike, dan baju lengan panjang juga ’brand’ yang sama dan sehelai tudung corang bunga di kepalanya . Baju itu kelihatan mengikut potongan badannya walaupun masih longgar. Erina sungguh bertuah , fikir Laila. Pakai apa pun selalu nampak muda, nampak cantik malah masih kelihatan seperti anak remaja belasan tahun.


” Akak! Dari mana?” Najiha tegur mesra sebaik sahaja menyertai mereka.


” Singgah beli snek sikit. Bawa kat anak buah. Nak pergi ke Taman Desa Kasih petang ni. ” Beritahu Kak Laila. Mereka bergerak ke kawasan luar pasaraya.


” Rin ’free’ tak lepas ni? ” Tanya Laila tiba-tiba. Ada persoalan melanda fikirannya.


” Kenapa kak? Kami tak ke mana pun. Nak balik dah ni. Jom lah singgah rumah bujang kami.” Erina menyambung.


” Baiklah. Akak tak ke mana pun . Petang sikit baru pergi rumah kakak. Tak ganggu korang ker ? Kebetulan Kak Laila pun ada hal nak sembang dengan korang.” Tambah Laila lanjut.


Mereka bertiga bergerak ke Taman Intan. Laila menaiki Toyota Vios berwarna kelabu, mengekori kereta Myvi Najiha.


” Cantik rumah korang!” Puji Kak Laila sebaik sahaja duduk.


” Rumah sewa kak. Rumah bujang jer. Macam ni lah. ” Kata Najiha mesra.


Erina datang dari dapur bersama 3 gelas jus oren Peel Fresh dan sepinggan snek.

” Minum kak. Tak ada apa . Ni jer ada.” Erina mempelawa.


Najiha dan Erina juga turut membasahkan tekak. Laila mengucapkan terima kasih sambil meneguk minuman yang dihidangkan.


” Rin. Kak Laila ada benda nak bagi tau.” Laila membuka bicara kepada maksud asal kedatangannya ke situ.

” Kak Laila malu sebenarnya dengan Jiha dan Rin .” Laila menyusun kata.


” Kak Suria kan ada datang sekolah jumpa Rin. Cikgu Lan bagitau akak. ” Sambungnya lagi. Memandang muka dua anak dara jelita di hadapannya itu. Najiha berkulit sedikit putih kuning dan mukanya bujur dihiasi beberapa biji jerawat bak kata orang jerawat penambah seri. Setiap kali tersenyum, Najiha mampu menarik hati dengan sebelah lesung pipit pada pipi kiri nya.


” Kak Laila tak salah pun.” Erina menjawab bagi pihak mereka. Najiha hanya mengangguk tanda menyokong.

” Kak Laila malu, korang tentu tahu Kak Suria nak padankan akak dengan Cikgu Lan. Akak harap hal ni, tak dihebahkan ya! ” Kata Kak Laila lagi.


” Orait Kak! Kami sesekali tak kan buat macam tu.” Najiha menjawab lancar. Erina menyiku rakannya. Orang serius, dia macam main-main. Najiha senyum seketika.


” Akak tahu. Jiha dan Rin budak baik. Kak Laila percaya. Tapi, maafkan Kak Laila kalau Rin terkejut kerana Kak Suria jumpa Rin pasal kes dekat KFC dulu.” Tambah Kak Laila.


” Benda dah lepas Kak Laila. Rin pun, tak nak fikir dah.”


”Bagus lah. Baru akak senang hati. Kak Suria tu, kakak yang baik, nak bantu adik dia yang tak laku-laku ni. ” Kata Kak Laila sambil ketawa nyaring.


” Kak Laila ni, ke situ pulak. Mana ada tak laku, ker akak tunggu putera dari langit?” Najiha bergurau. Laila senyum, begitu juga Erina.


”Kak! Rin tanya sikit lah. Akak jangan marah tau!”


” Akak tahu! Nak tanya kenapa akak tak nak kat Cikgu Lan? Kan?”


Erina angguk bersama satu perasaan hairan. Mana Kak Laila tahu!


” Rin ! Akak dah anggap Cikgu Lan tu, macam seorang abang. Tak lebih. Tak ada setitik rasa yang istimewa pun. Sekadar abang, macam mana akak nak terima .Cikgu Lan pun pernah berkias dengan akak, dia anggap Kak Laila ni macam adik. Kak Suria tu, tak mahu faham . Katanya orang dulu-dulu, kahwin tak pernah jumpa, pun boleh bahagia.” Beritahu Kak Laila panjang lebar.


”Cikgu Lan kan baik, ’smart’, dan romantik! Akak tak rasa apa-apa ker kawan dengan dia selama ni?” Usul Erina lanjut.


Najiha seperti ternganga mendengar soalan rakannya. Betul ker Rin mengomel ni ? Tak lojik! Tak malu ker cakap macam ni depan kak Laila. Laila ketawa pendek. Berhenti dan melepaskan nafas kecil.


” Rin ! Rin ! Cikgu Lan tu, duda terhangat kat sekolah kita ni tau!! Lain macam jer bunyi tadi? Akak ada ’miss’ apa-apa ker? ” Laila bersoal kembali.


” Kak Laila. Rin tu begurau jer. ” Najiha menokok kembali. Tidak mahu Kak Laila sedar Erina sebenarnya sudah mula menyukai Cikgu Razlan.


” Jiha ! Zaman dah berubah. Sekarang ni, ramai perempuan muda suka lelaki matang tau! ” Laila menambah .


Najiha hanya ketawa menahan perut. Erina saja yang buat selamba. Aku tak tahu!! Aku pasti perasaan ini sudah mula bercambah buat dirinya. Hanya aku memerlukan kekuatan dan semangat untuk menerima hakikat ini sebelum orang lain boleh terima . Erian mengelamun sendiri.


” Kak Laila tumpang sembahyang Asar lah. Pukul 6 nak pergi rumah Kak Suria. ” Kata Kak Laila lanjut. Erina bangun menunjukkan bilik.


Pintu ditutup semula selepas Kak Laila keluar. Erina dan Najiha masing-masing membawa diri ke bilik .

Usai solat Isyak, mereka berkumpul di dapur . Najiha yang keluar dahulu sudah pun siap menggoreng behun, dan menyediakan teh panas.


” Cepat kau masak.” Erina berbahasa memaniskan wajah. Najiha senyum.


” Aku tengok kau tak keluar-keluar tadi. Aku masak dulu lah. Ingat kan bergayut dengan ’mamat kurang emo ’ tu.” Najiha mengusik.


” Ishhh... mana ada. Aku baru lepas bergayut dengan mama dan papa tadi.Mereka kirim salam kat kau Jiha.” Tambah Erina.


”Kirim salam jer, benda lain tak kirim ker?” Najiha berjenakan lagi.


” Keluarga aku pun kirim salam kat kau Rin. Tadi, baru lepas berborak jugak.” Kata Najiha lagi. Erina menjawab salam.


" Kita makan kat depan TV , jom" Ajak Najiha .


Lagu Hindi ’Mere Naseeb’ versi remix kedengaran menunjukkan ada mesej masuk di handset Erina.

”Nazarul” Sepatah kata itu terpacul. Najiha bergerak mendekat untuk melihat isi pesanan ringkas itu.


” Assalamualaikum! Tengah buat apa? . Nazarul.”


Ayat ringkas itu tertera pada ruangan mesej . Najiha membaca dalam hati.


” Balas lah.” Kata Najiha.


” Waalaikumussalam. Tengah Makan.”


Erina menaip ringkas . Malas hendak memanjangkan SMS itu. Biar Nazarul rasa dia SMS pada ’time’ yang tak sesuai.


” Kau ni, kesian dia ! ” Najiha berkata lembut.


” Biar lah. Dia kan ’kurang emo’ . Mana dia pandai terasa! ” Erina bergurau .


” Maaf kalau saya ganggu Rin. Nak tanya sesuatu boleh?”


SMS masuk berbunyi lagi . Kali ini Erina mengerutkan keningnya.


” Dia nak ’teckle’ kau Rin . Sure punya.” Kata Najiha selepas membaca tulisan itu.


” Hish... tak lah. Tak kan nak ’tackle’ ikut SMS kot. Tak ’gentle’ lah. ” Erina menambah kembali. Sambil mereka berdua terus makan dan minum. TV masih terpasang menyiarkan Buletin Utama di TV3 .


” Boleh jer. Apa dia?”


Erina membalas semula kiriman SMS Nazarul. Najiha senyum-senyum melihat Erina tersengeh sorang-sorang.

”Nak yang mana ni? Yang muda ker yang tua? ” Najiha bersuara . Erina memandang muka Jiha.


” Bukan tua. Tapi, matang. Yang muda ni, aku tak der perasaan pun. Orang nak berkawan kan. Aku terima jer . Nanti aku ’adjust’ kat kau ya! ” Erina menjawab . Najiha buat muka ’sposen’ .


” Tak payah. Aku pandai cari sendiri. Tak mahu nak gaduh-gaduh dengan Nisya nanti.” Tambah Najiha dengan ketawa pendek.


Sekali lagi SMS masuk berbunyi. Erina buka peti ’inbox’ nya.


” Rin! Mamat tu kata aper?” Usul Najiha.




4 comments:

Maryam Kamal said...

jeng jeng jeng..

;)

qyqa said...

sifu!!!!
hari ni baru smpat bc novel ni...
marathon taw....
nice k...
very nice...
but honestly,
lbh ska erina dgn cg nazrul...
he3... kalu dgn cg razlan tu...
adeh....tua bnar dah,huhuhuhu...
tp,ni cter sifu...
sy bc jer...
nice...

p/s:who is yeen????

qyqa said...

lupe palk...
pe ye3 yg nazarul msj tu smpi erina terkujut????
huhuhuhu....
I LOVE U ker????
smbg ag sifu..

Azlin197 said...

TQ GUYS semua..... nanti nak sambung... tengah proses .. sampai mimpi jumpa Erina dan Pakcik koop tuuu.....

nazarul kan mamat kurang emosi ..

dy takut punyer nak msg I L U .... ha ha ha....