Friday, August 7, 2009

SEPI DI KAMAR HATI .

SOFEA KARTIKA melabuhkan punggung di kerusi . Melepaskan pandangan pada garisan hujan yang sedang membasahi bumi .
Dia sedar dirinya . Dia sedar di mana letak hatinya. Dia sedar dia cuma anak angkat di rumah agam, itu . Kata-kata tajam Nia Fadila , tunang Khairil Izuan benar-benar menghiris hatinya .

Pagi menjelma. Sofea Kartika bersiap untuk ke kolej .
" Mari makan dulu Ika !! " Seperti biasa wanita berusia 48 tahun yang dipanggilnya mama akan menegurnya manja.
" Ma…Ika makan kat kolej lah…dah lewat !! " Sofea Kartika menolak manja.
" Mana ada lewat..nanti Abang Khairil hantar !! " Panggil mama lagi .

Sofea Kartika menjadi resah.Tertinggal dalam khayalan yang melintas.
Akhirnya kaki yang berat melangkah ke meja makan yang serba moden itu.Meja makan berukir indah buatan Itali.

" Duduk dulu, makan sikit ." Khairil Izuan bersuara .
Lembut tetapi tajam .Sofea Kartika diam. Mengambil makanan dan makan tanpa banyak bicara.
" Ambil kan beg Ma! ' Pinta Khairil Izuan .

Kemudian berlalu ke kereta.Kereta hitam metallic itu mengaum gagah . Sofea Kartika masih membatu .Menyekat suara yang kadang-kadang cuba mencuri keluar .Cerita semalam belum padam dalam ingatannya .

" Abang Kahiril sukakan Ika …tak tahu dari mana bermula!! Abang betul-betul cintakan Ika. Kita beritahu mama dan abah ! " Kata Kairil Izuan semasa mereka balik dari pasar malam .
Sofea Kartika diam tak berbicara . Kata-kata itulah yang telah menghancurkan hati Nia Fadila .Begitulah cinta .Hadir tanpa diundang , datang tanpa bersalam.
" Masih marah kat Abang ? " Suara Khairil Izuan menariknya ke alam realiti Sememangnya dia merindui kelembutan bicara Khairil Izuan . S

ememangnya dia mendambakan cinta pemuda 28 tahun itu .Namun semasa pulang dari peperiksaan semester 3 , Khairil Izuan , pengarah muda itu telah bertunang dengan pilihan orang tua mereka, ibu dan bapa angkat Sofea Kartika.

" Berdosa Ika mencintai Abang Khairil! Abang kan tunang orang " Itulah lafaz terakhir Ika semasa mereka berbual malam itu.
" Ika mengelak dari abang ? Di mana sudah nya Ika? " Soal Khairil Izuan lagi.
" Abang Khairil, minta maaf …turunkan Ika dekat hentian bas di depan…" Sofea Kartika bersuara lembut.Menahan getaran di hati .Ika turun dan berjalan kaki ke pintu pagar kolej .

Khairil Izuan terdiam bersama wangian Sofea Kartika. Baginya gadis kampung itu cukup istimewa .Kaya dengan budi bahasa , kaya dengan kecantikan semula jadinya, dan kaya dengan kelembutan dan kedinginannnya. Kereta terus meluncur laju .

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

" Lunch hari ni ?" Suara Nia Fadila tunang Khairil Izuan di hujung talian.
" Tak dapat..kena pergi ke tengok projek !" Usul Khairil Izuan lanjut .
" Alasan yang sama !! " Suara Nia Fadila kedengaran tajam .
” Kita ni, bertunang macam terpaksa jer Ril.”
” Bagi masa untuk diri kita Nia. Tak perlu tergesa-gesa! Kalau ada jodoh tak kan ke mana.” Bicara Khairil Izuan lagi. Selang tujuh minit, gagang diletakkan.

Petang sudah semakin tua. Khairil Izuan telah lama pulang dari pejabat .
Jangankan wajah , bayangan susuk tubuh Sofea Kartika belum pun nampak. Khairil Izuan teralu risau .
" Ika tak telefon Mama ker ? " Tanya anak muda yang serba salah itu.
" Alah…biarkan lah…Ika dah besar panjang. Yang Ril sibuk-sibuk kan ni kenapa??" Soal Datin Maria tiba-tiba .Hairan melihat anak muda itu terlalu mengambil berat sejak akhir-akhir ini .
" Tak …Tak er….Ril sajer jer..manalah tahu..dia kan perempuan..kat Bandar besar ni macam-macam Ma…" Tambah Khairil Izuan berselindung.
" Tadi Nia datang sini!! "
" Mengadu lah tu…"
" Kau ni pun satu. Tak lama lagi nak kawin. Asyik bergaduh jer, macam anjing dengan kucing." Ujar datin Maria lagi.

" Mana tidaknya, dulu Ril ada beritahu mama dan papa , soal cinta bukan boleh dipaksa. Tapi mama jugak nak kami bertunang.Kononnya cinta akan datang selepas kahwin." Khairil menambah lagi. Lama mereka terdiam dan melayan perasaan masing-masing.
" Assalamualaikum!! " Suara Sofea Kartika memecah hening. Dia melangkah lambat-lambat .

" Kenapa ni? " Tanya Khairil gusar .Melihat Sofea Kartika basah kuyup.
" Ika naik kereta kawan tadi, kereta dia rosak, hujan tengah jalan. Lama juga nak baiki kerosakan ! " Kata Ika lambat-lambat.
" Hmmm….naik kereta suka-suka jer…kalau terjadi apa-apa siapa yang suasah ..ni Abang Ril yang susah tau.!!! " Khairil Izuan bersuara dengan tegas .Berbaur cemburu dalam hatinya yang tak keruan melihat keadaan Sofea Kartika.

" Mama…minta maaf ma …tak sempat nak telefon. " Sofea Kartika mencium tangan Datin Maria. Kepalanya diusap perlahan-lahan. Datin Maria Cuma mengangguk bila dia meminta diri untuk menukar pakaian .

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


" Ril…mama dan papa nak keluar kejap lagi. Kamu makan dengan Ika dulu. Kami makan kat luar . Mak Jah dah siapkan semuanya." Suara datin Maria lembut memujuk ketegangan wajah anak mudanya. Entah mengapa anak muda itu panas baran sejak akhir-akhir ini .Itupun fasal Sofea Kartika.

" Ma dan Pa mana?Tak makan sama? " Ika bertanya lembut. Mengelus rambutnya yang berjuntai ke dahi. Wajah lembut dengan pipi putih bersih mendebarkan Khairil Izuan yang dari tadi mencuri pandang. Memang gadis itu cantik.Kecantikan yang asli, murni dan tidak ditempeli mana-mana produk kosmetik di pasaran. Setiap kali keluar Ika pasti mencalitkan hanya sedikit gincu ke bibir , itupun sudah menambahkan seri wajahnya .

" Keluar dinner dengan kawan lama. Kita berdua jer makan." Khairil Izuan berbahasa sedikit kendur.Bimbang Sofea Kartika mencium bau cemburu di hatinya.

" Abang Ril tak keluar malam ni? " Soal Ika memulakan bicara. Walau pun di hatinya, hanya Tuhan yang tahu.Betapa dia ingin bermesra dengan lelaki itu.Duduk-duduk di ruang tamu, makan-makan, berbual biacara dan bergelak ketawa .Memang Khairil Izuan menjadi pujaannya dalam diam. Namun hasratnya terkubur bila lelaki itu bertunang .Apa yang tidak diduga lelaki itu malafazkan cintanya selepas pertunangan dia dan Nia Fadila dilangsungkan .
" Abang Ril kena jaga Ika .Mana boleh keluar !! " Ujar Khairil berseloroh.

Ika ketawa kecil.Cukup manis. Mata bundarnya semakin bersinar ditumpahi cahaya lampu meja makan. Mak Jah masih sibuk menguruskan kerja-kerja di dapur , namun sesekali mencuri pandang dua beradik angkat itu bergelak ketawa.

" Abang Ril minta maaf pasal siang tadi. Abang Ril risaukan Ika.Lelaki sekarang bukan boleh percaya sangat . Takut lah Ika diapa-apa kan ." Ujar Khairil lembut. Wajah segak dengan renungan mata yang teduh itu jatuh ke wajah Ika. Kartika serba salah.Lama mereka bertemu mata. Kemudian Ika menarik nafas panjang.

" Em… Ika minta maaf .Tak tahu pulak lelaki macam tu?? " Ika bersuara menyindir. Khairil Izuan terasa terpukul.
" Lepas makan , kita tengok TV ya. " Tambah Khairil Izuan .
" Ika nak belajar malam ni. Esok ada ujian ! " Pantas dia menolak.Walau pun pada hakikatnya detik-detik itu lah yang dirinduinya. Khairil Izuan hanya diam memandang gadis itu. Sampai bila Ika nak mengelak dari kebenaran.
Malam semakin merangkak tua.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


" Siti ? Apa pendapat kau ? " Soal Sofea Kartika lagi.Melihat wajah Siti yang bekerut sedang berfikir.
" Aku tengah fikir ni. Kau ni ..buang mati mak, telan mati bapak!! Susah …" Siti mengeluh pendek.
" Untuk selamatkan maruah kau dan maruah ibu bapa angkat kau , kau harus terima lamaran dari Doktor Haikal . " Kata Siti lembut.Dalam keterpaksaan.

" Aku cintakan Abang Ril .Sungguh Siti .Aku tak boleh hidup tanpanya. Kami dah bertemu beberapa kali di luar.Abang Ril dah nekad nak putuskan pertunangan dengan Nia Fadila. Semuanya sebab aku Ti. " Ujar Ika lembut dan seperti menahan sebak .

" Ika…cinta kau cinta terlarang. Kenapa kau bajainya tanpa memikirkan kesudahannya . Abang Ril dah tuning, cari lelaki lain Ika. Dia bukan untuk mu."
" Aku tak tahu semua itu. Aku terlalu cintakan Abang Ril. "
" Ika..kau terima sahaja lamaran Doktor Haikal .Ia untuk kebaikan semua pihak.Tak ada hati yang akan terluka. " Tambah Siti lembut.
Dia memeluk Sofea Kartika yang mula menitiskan air mata.

" Ika..jangan begini.Kau mesti tabah .menarima Haikal seperti menyelamatkan maruah semua orang ." Beritahu Siti lagi.
" Aku kena balik. Nanti mama risau. " Kata Sofea Kartika lagi.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Dia sampai di rumah .Jam menunjukkan pukul 1 petang . Biasanya Khairil Izuan akan balik makan tengahari. Sofea Kartika menapak perlahan-lahan .
" Ika…baru balik? Mari makan dulu." Panggil Datin Maria lembut.
Bersamanya ada dua tetamu. Seorang darinya memang dia kenal. Doktor Haikal . Anak kawan papa.
Ika menapak turun ke meja makan. Akur dalam enggan . Kemudian Khairil Izuan sampai .Duduk bersama di meja makan. Terasa benar keperitan menjerut di hatinya.
" Ika lapang tak hujung minggu ni? " Haikal bersuara memecah kesunyian meja makan . Datin Maria tersenyum kecil.
" Ika selalunya tak ada kuliah hari minggu kan? " Datin Maria membuka jalan .Sofea Kartika terasa menelan nasi seperti menelan duri .
" Ika tengok jadual nanti. Ika beritahu kemudian ." Sofea Kartika cuba mengelak. Perasaan yang semestinya sukar dilafazkan .
" Minta maaf , Ika naik dulu.Nak mandi dan solat. " Sofea Kartika meminta diri .

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

" Abang Ril ??? " Suara Ika tertahan-tahan.
" Apa abang buat kat sini ? " Soala Ika resah.Tiba-tiba lelaki itu tercegat dalam biliknya.
" Kita mesti buat keputusan. Kita beritahu mama malam ni." Kata Khairil Izuan lagi.
" Abang Ril….tidak..Ika tak boleh buat semua ni. Ika tak boleh ….." Serentak Ika telah pun teresak-esak dalam pelukan Khairil Izuan .

" Ika cintakan Abang Ril.Ika tak boleh hidup tanpa abang! Tapi Ika tak boleh hidup dengan melukakan hati ma dan pa ." Suara Ika tersekat-sekat. Pelukan dileraikan.
" Ika….Abang Ril faham.Ika tak buat salah.Kita hanya bercinta.Kita beritahu mama dan papa dan kita kahwin. " Khairil memujuk lagi.

" Lupaka kan Ika bang.Lupakan Ika." Ika menggagahi hatinya.
" Ika akan terima Haikal dan Abang terima Nia Fadila. Ini lah suratan hidup kita bang! " Tambah Sofea Kartika kembali.
Khairil Izuan terduduk di hujung pintu. Memegang kepalanya dan menarik nafas dalam-dalam .
" Ika menghukum cinta kita "
" Cinta yang terlarang beginilah kesudahannya Abang Ril."
Khairil Izuan keluar dari bilik Sofea Kartika .Menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Petang menjelma menjemput malam menggantikan siang .

" Abang tengok lah Ika dan Khairil . Tak bertegur sapa sejak mereka ambil keputusan untuk berkahwin serentak." Kata datin Maria semasa mereka sedang makan .
" Eh..biasalah orang dah nak kahwin..Takut barangkali. " Datuk Hamdan menjawab tenang .
" Mak Jah nampak tak .Lain macam mereka berdua. " Kata Datin Maria ketika mencuci pinggan di dapur.
" Mak Jah nampak Datin..Mak Jah nampak kedukaan mereka. Kepedihan mereka! "Mak Jah bersuara lambat-lambat.
" Kenapa ?"
" Mereka bercinta tetapi berkahwin dengan orang lain . " Kata Mak Jah lagi.Tenang tetapi sarat dengan sebak dan pedih.
" Saya silap dengar ke Mak Jah ?"
" Anak-anak datin mencintai antara satu sama lain.Itu mungkin kesilapan mereka.Maafkan Mak Jah.Ada kerja di atas." Mak Jah menyeka air mata dan berlalu pergi. Malam semakin tua .

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

" Mama tak sangka Ika nak kahwin hari ni . Bersama Abang Ril. Mama dapat dua menantu sekaligus. " Ujar Datin Maria lembut .
" Ika gembira ke sayang? " Tanya datin Maria lembut.
" Ika tak pernah rasa gembira seperti hari ini mama" Ika menjawab lembut.

Datin Maria keluar melihat anak terunanya .

" Ril..mama gembira tengok Ril nak kahwin."
" Ril tak pernah gembira seperti hari ni mama.Sehingga Ril rasa nak menangis." Ujar Khairil sambil tersenyum sinis.

Datin Maria hilang punca. Dia kah yang meruntun kebahagiaan dan percintaan yang suci itu. Datin Maria bergegas turun. Dia pasti, dia perlu perbaiki keadaan yang kusut ini. Sebelum terlambat. Sebelum dua dua hati itu terbelah.

" Hello! " Suara Ika di talian. Khairil Izuan bertelefon dari biliknya ke bilik gadis itu.
" Tahniah Ika .Untuk perkahwinan kita pada hari yang sama.Dan untuk kehancuran cinta kita ." Ujar Khairil Izuan di hujung talian.

" Ika akan tetap mencintai Abang Ril .Sampai Ika mati. Itu janji Ika.Kalau Tuhan izinkan. Biarkan cinta yang terlarang ini berakhir di sini." Kata Ika .Kemudian talian diputuskan .
Ika menangis di bahu katil.Menahan keperitan di hati.

Majlis akad nikah hampir bermula. Ika di bawa turun oleh Datin Maria .Haikal dan Nia Fadila juga ada bersama .Nia Fadila dan Doktor Haikal telah pun tahu kedudukan yang sebenar . Malah keluarga dua belah pihak juga merelakan hubungan yang baru terjalin itu diputuskan demi menjaga hati Khairil dan Sofea dan demi menyelamatkan cinta yang hampir terlerai di kaki pelamin itu. Dan ribuan penonton setia rumah agam itu seperti berdebar-debar menunggu pengantin turun . Mereka dihujani persoalan kerana pengantin akan bertukar tempat.

" Ika duduk sini sayang !! . ' Kata Datin Maria.

Ika tidak memandang sekeliling melainkan tunduk menahan air mata .

" Ika tengok lah sayang ! Abang Ril sebelah Ika." Kata Datin Maria lagi.

Ika mengangkat wajah .Melihat Khairil Izuan sedang menghulurkan tangan menyarungkan cincin ke jarinya. Majlis akad nikah selesai.

Ika memeluk erat Khairil Izuan.

Terima kasih mama.

Terima kasih papa.

Cinta Ika sudah terhajat .

" Terima kasih mama.Terimalah menantu mama .Sofea Kartika . "
Khairil Izuan mengucup mesra dahi Ika.


Cinta sejati tidak akan pergi jauh, sekali pun ia hilang , ia akan tetap kembali kepada mereka yang sepatutnya.

3 comments:

qy said...

haha..best la..best nye kalu ada org fhm yg cinta tu xleh d paksa..gud job k..thankz!!

rusheight said...

best

Azlin197 said...

THANKS A LOT ..........