Tuesday, May 5, 2009

CERITERA SEKEPING HATI

Cerita Sekeping Hati .

Barangkali, telah aku bertemu sekeping hati
barangkali telah aku bertemu sehiris perasaan
barangkali baru semalam aku ketemu denganmu
barangkali semalam kita bertemu di sini

duduk –duduk di bangku hari
hilai tawa di lipatan sanubari
mendukung kenangan bersama impian
yang tak pernah terluput

Barangkali sudah terpadam lampu kenangan
yang kau nyalakan
barangkali sudah terhapus pohon impian
yang kita suburkan bersama
Mengapa mesti ada perpisahan di ambang perkasihan

Bukankah sejak azali kehidupan kupantulkan seribu kemanisan
namun , masihkah ada esok menerangi kanvas kesepian
Barangkali sekeping hati yang tertanam semalam
telah dilupakan ditimbus pepasir putih
dan jurai air mata hiba

Sudah subuhkah sejak kau bangun mencari pelangi??
sedang aku ,
masih di sini mencantum hati

warkah luka yang tak mungkin sembuh
walau ubatnya sebuah pilau
biarkan kemboja itu gugur bersama malam
cerita sekeping hati takkan pudar ditelan hari .
Terima kasih
kerana menghadiahkan
aku sebuah luka dari sekeping hati.

Cikgu Azlina
SMK SIS 2008

1 comment:

Azlina Binti Haron said...
This comment has been removed by the author.