Tuesday, May 5, 2009

GENG CIKGU BARU 2008

















GENG BILIK GURU SM SIS

Dari Kelantan asal gerangan,
Orangnya lawa menawan pula,
Subjek Sejarah jadi pilihan,
Cikgu Mazidah diberi jolokan,

Kes disiplin dia yang jaga,
Andaman rapi guru ceria,
Orangnya bergaya senang ketawa,
Azura Azudin dialah orangnya.

Mengajar BM itu opsyennya,
Orangnya prihatin bijak bestari,
Senyuman manis pekerti berbudi,
Pn. Noraini tegas sekali .

Marzita Sahidin empunya nama,
Sahabat baik cikgu Azlina ,
Mudah tersenyum mencairkan hati,
Mengajar BM hebat sekali,

Penyelaras RK tugas rasmi,
Mengajar BM dia menguasai,
Selalu bergaya wajah berseri,
Cikgu Rozaini nama diberi,

Maizatul Shima usah dikacau,
Tegas orangnya masa mengajar,
Slim comel dialah juarai,
Nampak ’single’, sudah bersuami.

Matematik tamb. opsyen utama,
Cikgu Azni ’glamour’ sekali,
Kalau berkawan dialah kakinya,
Sikap peramah itulah orangnya,

Ustazah Zariani empunya cerita,
Baik hati, berbudi pula,
Waktu mengajar tidak alpa,
Jadi contoh kami semua.

Kawan baik mengajar ‘form six’
Mudah mesra bual bicara,
Orang Kelantan sudah pasti ,
Dialah gerangan Cikgu Muji.

Berjiwa periang mudah ketawa,
Mudah berkawan dialah gerangan,
Cikgu Hashimah diberi nama,
Subjek Seni itulah bidangnya,

Sebelah Marzita dialah orangnya,
Gerangan berasal dari Bersia,
Cikgu Salmiza mesra orangnya,
Mengajar PJ juga opsyennya.

Manis orangnya rakan gerangan,
Dari Kelantan asal negerinya,
Subjek Kimia menjadi pilihan,
Cikgu Tini nama panggilan.

Diri hamba insan biasa,
Dagang berasal dari Kelantan,
Bukan niat membuat onar,
hamba digelar, Cikgu Azlina

Nukilan hamba sekadar jenaka,
Semoga tidak membawa duka,
Buat hiburan tawa seloka,
Tiada niat mengena sesiapa.

Kencana With Love

No comments: