Friday, October 2, 2015

Dalam Tangisan Oktober !




 Bahagian I –  Prolog 

Ketika Oktober datang dulu,
Hadir  bersama sejuta rasa
Hadir bersama tawa dan bahagia
Hadir bersama  keindahan yang tidak tergambar

Ketika Oktober datang dulu,
Berkirim salam bahagia dalam pawana yang berlagu
Menjadi pamitan rakan dan teman
Meniti di bibir lantunan bicara
Seindah bunga yang  mewangi di taman kasih sayang

Bahagian II – Monolog Duka

Kini, Oktober menjenguk kembali
Pamit bersama sejuta wajah kesal
Bersama debur ombak memecah pintu hati
Mengintai  jendela hati yang dilanda kebobrokan
Pamit  bersama tangan-tangan dari neraka
Yang mencakar seantero daerah rasa .

Kini Oktober tiba lagi ,
Tiada apa yang boleh dibanggakan
Tiada senyuman dapat digariskan
Tiada rasa yang boleh dipanjatkan
Lantaran sebuah penyesalan yang tidak berpenghujung
Sedikit demi sedikit  kian menggigit  dinding rasa
Menghukum atma dan jiwa dalam matra tidak bernoktah 

Bahagian III-  Epilog 
 
Pada setiap kali kau tiba, Oktober ! 
Tanpa notasi,
Aku pantas terpundak di sini
Bersama sepi,
Bersama duka,
Bersama luka
Bersama garis  masa  dalam arus fata morgana

Pada Oktober ini,
Serelung hati telah menjadi gering
Tidak terpujuk dengan bahasa
Tidak terbangkit dengan bicara 
Hanya air mata menjadi teman setia 
Lalu  terdengar  kalbu berbisik
Hati mati ! hati mati !

No comments: