Monday, September 14, 2015

Dia, Lelaki Bertangan Kidal

Dia,
Lelaki bertangan kidal,
Berwajah polos menunduk ke bumi 

Dia, 
Lelaki bertangan kidal
Berkaca mata tersenyum manis

Dia, 
Lelaki bertangan kidal
Meneguk arus waktu dari gelas kekecewaan
Meniti kedewasaan  di ranjau perjalanan
terpundak di bahunya harapan seorang ayah 
terpikul di dadanya kasih seorang ibu

Dia,
Lelaki bertangan kidal
Berwajah kacak tersenyum lawa
Mengatur  langkah penuh iltizam
Dia membina segunung harapan
buat meraih sebuah  impian

Dia yang kukenal
Lelaki bertangan kidal 
Tidak pernah lupa kewajipan
Saban hari siang malam
Bersujud sembah di atas sejadah

Dia yang kukenal,
Lelaki bertangan kidal 
Pencuri mimpi mencari realiti
Dia tidak tewas dalam arus kehidupan
Menongkah gelombang  meredah badai
Walau galau menghimpit hati
Walau pilu menerjah pasti  

Kulihat dari kejauhan lelaki bertangan kidal,
Sedang  mengatur derap langkah 
Meninggalkan sebuah memori 
Satu jiwa, satu hati, satu mimpi . 

No comments: