Monday, September 24, 2012


UNSUR  KONFLIK , TEKNIK PENCERITAAN, UNSUR DRAMATIK

Secara umum, konflik ialah perselisihan atau pertentangan antara individu, idea,  dan kepentingan . Dalam cereka, konflik adalah salah satu unsur penting dalam menggerakkan plot, kerana harus dingat bahawa plot ialah jalinan cerita yang  berasaskan sebab dan akibat. Justeru, untuk menjalinkan sebuah cerita yang baik, pengarang mesti menciptakan konflik untuk mengembangkan plot ceritanya.

Manakala teknik plot pula ialah atau lebih tepat teknik penceritaan ialah elemen-elemen yang membantu pengarang dalam membina ceritanya. Teknik penceritaan ini ialah yang dapat menunjukkan kreativiti pengarang dalam mempelbagaikan gaya dalam menyampaikan ceritanya.

Antara teknik penceritaan ialah dialog, monolog, monolog dalaman, pemerian, imbas kembali, imbas muka dan sebagainya. Elemen-elemen ini teknk penceritaan ini juga menyebabkan konflik sessuatu cerita itu akan lebih menarik dan pelbagai. Oleh itu, konflik adalah asas penting yang menggerakkan sesebuah cerita yang akan diikuti dengan suspens dan kejutan. Konflik, suspens dan kejutan akan digunakan oleh pengarang (cerpen, novel dan drama)  untuk menggerakkan plot ceritanya dengan dibantu oleh teknik penceritaaan.

Unsur dramatik bermaksud diksi atau ungkapan yang boleh membangunkan konflik dalam drama seperti dialog yang menimbulkan perasaan marah, gembira, lucu, dan seumpamanya. Sebuah drama yang baik juga harus mempunyai unsur saspens dan ketegangan.