Saturday, February 4, 2012

Kesusasteraan Hikayat Zaman Pra-Islam(Berunsur Hindu)


Kesusasteraan Hikayat
Zaman Pra-Islam(Berunsur Hindu)

Unsur-unsur pengaruh hindu yang terdapat dalam Hikayat Pandawa Lima.

1    1.     Unsur pemujaan [2m]
Dalam Hikayat Pendawa Lima masih terdapat unsur pemujaan yang diamalkan oleh watak-watak. Contohnya, Sang Bimanyu menjalankan upacara pemujaan yang bernama “Pertitis” di hadapan batu (patung) untuk memudahkan pencarian mereka.[3m]

2.      Penggunaan mantera [2m]
Unsur penggunaan mentera jelas digunakan oleh watak-watak dalam Hikayat ini . Contohnya, Sang Bimanyu membaca mentera untuk menidurkan semua dayang yang mendampingi Dewi Satya Sundari.[3m]


3.    Pertapaan [2m]
Unsur-unsur pertapaan turut diamalkan oleh watak-watak tertentu. Sebagai contoh, sepanjang berlakunya konflik antara Maharaja Gatotkaca dan Sang Bimanyu dengan Maharaja Duryudana dan raja-raja Korawa, Betara Krishna sedang melakukan pertapaan.[3m]

4.     Penyamaran [2m]
Unsur penyamaran turut digunakan dalam Hikayat ini.  Misalnya Maharaja Gatotkaca dan Sang Centaka Sudarsa telah menyamarkan diri (menukar rupa) sebagai Dewi Satya Sundari dan Si Darapanah dalam peristiwa penculikan Dewi Satya Sundari.[3m]

 5. Kesaktian [2m]
Kebanyakan watak dalam hikayat ini mempunyai pelbagai kesaktian. Contohnya, Maharaja Gatotkaca yang miliki pelbagai kesaktian antaranya semua senjata yang mengenai tubuhnya hancur menjadi tepung.[3m]

 6.      Kewujudan pelbagai makhluk [2m]
Kewujudan pelbagai makhluk turut diselitkan dalam Hikayat Pendawa Lima ini.  Dalam hal ini, terdapat makhluk seperti bota (raksasa), hantu syaitan, dan sebagainya yang mendiami sesebuah negeri. [3m]

7.      Konsep kesucian watak [2]
Dalam hikayat ini terdapat konsep kesucian watak yang diguna pakai Dalam kepercayaan Hindu, “betara” merupakan dewa (tuhan) yang dipercayai berkuasa terhadap alam dan manusia. Dalam cerita ini terdapat beberapa betara, antaranya termasuklah Betara Krishna dan Betara Durga. [3m
8.      Nama-nama Watak [2m]
Dalam hikayat ini nama-nama watak turut dipengaruhi oleh unsur Hindu contohnya penggunaan nama watak  seperti Satya Sundari, Kalaputra, Laksamana Kumara dan lain-lain.[3m]

 9.      Nama-nama tempat [2m]
Hikayat ini juga jelas mengunakan nama-nama tempat yang berunsur Hindu, misalnya Purabaya, Gunung UgraBajra, dan lain-lain.[3m]


No comments: