Monday, September 24, 2012


UNSUR  KONFLIK , TEKNIK PENCERITAAN, UNSUR DRAMATIK

Secara umum, konflik ialah perselisihan atau pertentangan antara individu, idea,  dan kepentingan . Dalam cereka, konflik adalah salah satu unsur penting dalam menggerakkan plot, kerana harus dingat bahawa plot ialah jalinan cerita yang  berasaskan sebab dan akibat. Justeru, untuk menjalinkan sebuah cerita yang baik, pengarang mesti menciptakan konflik untuk mengembangkan plot ceritanya.

Manakala teknik plot pula ialah atau lebih tepat teknik penceritaan ialah elemen-elemen yang membantu pengarang dalam membina ceritanya. Teknik penceritaan ini ialah yang dapat menunjukkan kreativiti pengarang dalam mempelbagaikan gaya dalam menyampaikan ceritanya.

Antara teknik penceritaan ialah dialog, monolog, monolog dalaman, pemerian, imbas kembali, imbas muka dan sebagainya. Elemen-elemen ini teknk penceritaan ini juga menyebabkan konflik sessuatu cerita itu akan lebih menarik dan pelbagai. Oleh itu, konflik adalah asas penting yang menggerakkan sesebuah cerita yang akan diikuti dengan suspens dan kejutan. Konflik, suspens dan kejutan akan digunakan oleh pengarang (cerpen, novel dan drama)  untuk menggerakkan plot ceritanya dengan dibantu oleh teknik penceritaaan.

Unsur dramatik bermaksud diksi atau ungkapan yang boleh membangunkan konflik dalam drama seperti dialog yang menimbulkan perasaan marah, gembira, lucu, dan seumpamanya. Sebuah drama yang baik juga harus mempunyai unsur saspens dan ketegangan.

Saturday, March 3, 2012

JURAI PEMERINTAHAN MELAKA


Jurai Pemerintahan Melaka

1. Pemerintahan  Raja Iskandar Syah -  ms 71   ( 3 tahun atas takhta )
Anak : Raja Muda .
Raja Muda dpt anak : Raden Bagus, Raja Tengah, Raden Anum .
Raja Tengah naik takhta : anaknya – Raja Kecil Besar .

2. Pemerintahan  Raja Kecil Besar –Sultan Muhammad Syah  ms 72 – 83
 (67 tahun atas takhta )
Anak : Raja Kecil Lambang , Raja Mahkota
Kahwin lagi (Tun Ratna Wati) dpt anak – Raja Kassim
Kahwin anak Raja Rekan – dpat anak Raja Ibrahim (Sultan Abu Syahid)

3. Raja Ibrahim (naik takhta ) Sultan Abu Syahid – ms  83-86  .
Atas takhta 1 tahun 3 bulan .

4. Raja Kassim ( Sultan Muzaffar Syah )  ms 85 – 96
. ( 42 thn memerintah)
Anak : ( Raja Abdullah - Sultan Mansur  Syah ) naik takhta umur 27 .

5. Sultan Mansur Syah . (Raja Abdullah )  Ms  96 – 172
Kahwin dgn Tun Putih –iaitu anak Seri Nara Diraja  - dpt anak iaitu Raja Mahadewi dan Raja Cendera ( Peremupuan)
Dapat anak dgn gundik – Puteri Bakal
Kahwin dgn Puteri Onang  Sari (anak Maharaja Dewa Sura- Indera Pura )
Dpt anak : Raja Ahmad (nama timangan Raja Hussain)  , dan Raja Muhammad .
Kahwin dgn Raden Galuh Cendera Kirana – dapat anak iait Raden Dikelang
Kahwin dgn saudara Bendahara Paduka Raja dpt anak – Raja Hussain
Kahwin dgn Puteri Hang Liu – Paduka Hamimat ( anak)

6. Raja Ahmad /Raja Hussain / Sultan Alau’d-Din Riayat Syah – ms 172 – 186
Kahwin sama anak raja - Dapat anak Raja Menawar  dan Raja Zainal .
Kahwin dgn Tun Naja – dpt anak Raja Hitam, Raja Muhammad, Raja Fatimah
Kahwin – dpt anak Raja Mamad / Sultan Mahmud .

7. Sultan Mahmud Syah – ms 187 -  288           Bendahara Paduka Raja mati ( ms 191)
S.Mahmud  kahwin dgn anak Sultan Muhammad Syah ( Pahang)  dpt anak – Raja Ahmad dan 2 perempuan.
Meminang PGL
Hang Tuah meninggal – 220
Kahwin Tun Teja – Puteri  Adma Dewi
Tun Fatimah – dpt anak Raja Putih , Raja Khadijah ,  Raja Ali ( Timangan Raja Kecil Besar ) – Gelaran Sultan Muda .


Saturday, February 4, 2012

Kesusasteraan Hikayat Zaman Pra-Islam(Berunsur Hindu)


Kesusasteraan Hikayat
Zaman Pra-Islam(Berunsur Hindu)

Unsur-unsur pengaruh hindu yang terdapat dalam Hikayat Pandawa Lima.

1    1.     Unsur pemujaan [2m]
Dalam Hikayat Pendawa Lima masih terdapat unsur pemujaan yang diamalkan oleh watak-watak. Contohnya, Sang Bimanyu menjalankan upacara pemujaan yang bernama “Pertitis” di hadapan batu (patung) untuk memudahkan pencarian mereka.[3m]

2.      Penggunaan mantera [2m]
Unsur penggunaan mentera jelas digunakan oleh watak-watak dalam Hikayat ini . Contohnya, Sang Bimanyu membaca mentera untuk menidurkan semua dayang yang mendampingi Dewi Satya Sundari.[3m]


3.    Pertapaan [2m]
Unsur-unsur pertapaan turut diamalkan oleh watak-watak tertentu. Sebagai contoh, sepanjang berlakunya konflik antara Maharaja Gatotkaca dan Sang Bimanyu dengan Maharaja Duryudana dan raja-raja Korawa, Betara Krishna sedang melakukan pertapaan.[3m]

4.     Penyamaran [2m]
Unsur penyamaran turut digunakan dalam Hikayat ini.  Misalnya Maharaja Gatotkaca dan Sang Centaka Sudarsa telah menyamarkan diri (menukar rupa) sebagai Dewi Satya Sundari dan Si Darapanah dalam peristiwa penculikan Dewi Satya Sundari.[3m]

 5. Kesaktian [2m]
Kebanyakan watak dalam hikayat ini mempunyai pelbagai kesaktian. Contohnya, Maharaja Gatotkaca yang miliki pelbagai kesaktian antaranya semua senjata yang mengenai tubuhnya hancur menjadi tepung.[3m]

 6.      Kewujudan pelbagai makhluk [2m]
Kewujudan pelbagai makhluk turut diselitkan dalam Hikayat Pendawa Lima ini.  Dalam hal ini, terdapat makhluk seperti bota (raksasa), hantu syaitan, dan sebagainya yang mendiami sesebuah negeri. [3m]

7.      Konsep kesucian watak [2]
Dalam hikayat ini terdapat konsep kesucian watak yang diguna pakai Dalam kepercayaan Hindu, “betara” merupakan dewa (tuhan) yang dipercayai berkuasa terhadap alam dan manusia. Dalam cerita ini terdapat beberapa betara, antaranya termasuklah Betara Krishna dan Betara Durga. [3m
8.      Nama-nama Watak [2m]
Dalam hikayat ini nama-nama watak turut dipengaruhi oleh unsur Hindu contohnya penggunaan nama watak  seperti Satya Sundari, Kalaputra, Laksamana Kumara dan lain-lain.[3m]

 9.      Nama-nama tempat [2m]
Hikayat ini juga jelas mengunakan nama-nama tempat yang berunsur Hindu, misalnya Purabaya, Gunung UgraBajra, dan lain-lain.[3m]