Followers

Thursday, February 17, 2011

KRITIKAN SOSIAL DALAM SULALATUS SALATIN


1. Mengkritik/kritikan terhadap kezaliman pihak pemerintah atau golongan raja.

Contoh cerita: Singapura Dilanggar Todak.

Dari cerita ini kekejaman raja yang dipaparkan ialah;

- Raja menjatuhkan hukuman bunuh pada Tuan Jana Khatib kerana cemburu melihat keistimewaan ilmu menilikTuan Jana Khatib ->• tilik batang pinang hingga terbelah dua di hadapan raja perempuan.

- Kekejaman raja menyebabkan negeri Singapura mendapat bala -> iaitu huru hara, kematian kejam akibat serangan todak.

- kezaliman lain dilakukan pihak raja seperti;

membunuh budak cerdik yang telah memberi idea agar hulubalang Singapura berkubukan batang pisang.


2. Kritikan terhadap kejahilan raja/pemerintah.

- Cerita Singapura di langgar todak.

- Raja Singapura digambarkan sebagai seorang raja yang kurang cerdik, tidak mempunyai fikiran dan tidak berpandangan jauh.

- Idea atau cadangan yang dikemukakan raja membawa kemusnahan kepada rakyat bukannya membawa kebaikan.

- Raja mencadangkan "rakyat berkubukan betis masing-masing untuk menahan serangan todak".

- Akibatnya ramai rakyat/hulubalang mati, cedera parah, menanggung kesakitan akibat terkena tikaman jongor todak.


3. Kritikan terhadap amalan diskrimanasi dan ketidakdilan golongan raja/pemerintah.

Cerita Singapura dilanggar todak.

- Raja Singapura tidak memberi penghargaan sewajarnya kepada budak cerdik yang telah menyelamatkan Singapura. Golongan pembesar negeri merasa dengki dan bimbing kedudukan mereka akan terancam apabila budak cerdik dari keturunan rakyat biasa ini dewasa nanti kerana dia sangat cerdik dan pintar.

. - Pembesar mencadangkan agar budak cerdik segera "dihapuskan" (dihukum bunuh).

- Jelas menunjukkan golongan raja mengguna-kan kuasa mutlak yang dimiliki untuk menjaga kepentingan golongan mereka sahaja.

- rakyat tidak mempunyai hak dan tidak boleh samasekali menentang rajawalaupunternyata rakyat berada di pihak yang benar.


4. Kritikan terhadap sifat keangkuhan (ego) raja ingin menunjukkan kehebatan diri dan ingin sesuatu yang luar biasa/berbeza dengan orang lain.

- Cerita peminangan Puteri Gunung Ledang ->• kritikan terhadap sikap Sultan Mahmud Syah yang ingin seorang wanita yang sangat cantik dan istimewa bukan dari golongan manusia biasa.

- Gambaran keangkuhan Sultan Mahmud Syah ->• bersedia memenuhi syarat-syarat peminangan iaitu menyediakan barang-barang hantaran yang diminta seperti hati nyamuk, air mata, air pinang muda dan lain-lain. Barang-barang ini sukar diperolehi dan agak luar biasa tetapi kerana keegoannya yang tinggi Sultan Mahmud Syah sanggup menyediakan barang-barang tersebut.

5. Kritikan terhadap kekejaman dan penindasan golongan raja terhadap rakyat jelata.

- Contoh: cerita peminangan Puteri Gunung Ledang.

- Gambaran kekejaman -> Sultan Mahmud Syah sanggup menyediakan jambatan emas dan perak merentangi dari istana Melaka ke Gunung Ledang.

- Menunjukkan sultan sanggup memeras harta benda rakyat demi kepentingan dirinya.

- Raja sanggup "mendera" rakyat jelata menyediakan sesuatu yang amat sukar dicari seperti hati nyamuk, air mata dan air pinang muda.

- Cerita Singapura dilanggar todak ->• raja tidak menilai/menghargai nyawa rakyatjelata hingga sanggup menitahkan rakyat berkubukan betis masing-masing (sanggup memperalatkan nyawa rakyatjelata demi kepentingan diri).

6. Kritikan terhadap raja yang memiliki moral/akhlak yang rendah seperti sifat pilih kasih, pendendam, berkepentingan diri, tidak bertanggungjawab, gila perempuan dan sebagainya.

- Cerita peminangan Puteri Gunung Ledang.

- Gambaran Sultan Mahmud tidak sanggup menyediakan darah Raja Ahmad semangkuk (salah satu syarat peminangan).

- Sultan Mahmud Syah tidak sampai hati membunuh putera sendiri demi untuk dirinya (tetapi sanggup menyiksa rakyat) demi memuaskan nafsu serakahnya.



3 comments:

afifah afdila said...

sangat membantu saya dalam membuat tugasan. terima kasih (;

afifah afdila said...

sangat membantu saya dalam membuat tugasan. terima kasih (;

Zarith Akmar Kinison said...

thanks kak Azlin...nota ringkas ini juga dapat membantu saya dalam pelajaran STPM .... :)