Sunday, March 28, 2010



Semalam,

Aku melihat dia pergi

Hati yang terbuku tidak bersuara

Hati yang membeku enggan berkata-kata

Hanya melihat sehingga bayangnya menghilang

Sedetik pun dia tidak lagi menoleh


Semalam,

Aku menghukum diri

Membenci kepada dia

Merajuk kepada hati

Membiarkan duka bersarang di kalbu


Semalam,

Aku dan dia begitu jauh

Walau dulu terlalu dekat

Aku bagai tidak mengenali dirinya

Yang ada di hadapan kini

Mungkin ini ilusi dalam diri

Lantaran aku telah pun melihat dia berlalu


Semalam,

Aku masih di sini

Mengutip bilah-bilah kenangan

Yang jatuh berguguran

Bersama ranting-ranting cahaya

Yang menjauh pergi


Hari ini,

Aku ketemu dia di sini

Hanya dengan cebisan senyum

Aku dan dia bertaut rindu

Namun, tak mampu dikota lagi

Hanya kerana semalam yang telah pergi .



2 Responses so far.

  1. salam....cikgu mengajar kat sana lagi ke....hujungni balik kampung kot

  2. Azlin197 says:

    Masih lagi mengajar di sini...
    Balik kg juga ujung2 bulan...

- Copyright © Duka Lara Ialah Sebuah Perjalanan Yang Indah - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -