Sunday, March 28, 2010

Puisi Buat Dia



Semalam,

Aku melihat dia pergi

Hati yang terbuku tidak bersuara

Hati yang membeku enggan berkata-kata

Hanya melihat sehingga bayangnya menghilang

Sedetik pun dia tidak lagi menoleh


Semalam,

Aku menghukum diri

Membenci kepada dia

Merajuk kepada hati

Membiarkan duka bersarang di kalbu


Semalam,

Aku dan dia begitu jauh

Walau dulu terlalu dekat

Aku bagai tidak mengenali dirinya

Yang ada di hadapan kini

Mungkin ini ilusi dalam diri

Lantaran aku telah pun melihat dia berlalu


Semalam,

Aku masih di sini

Mengutip bilah-bilah kenangan

Yang jatuh berguguran

Bersama ranting-ranting cahaya

Yang menjauh pergi


Hari ini,

Aku ketemu dia di sini

Hanya dengan cebisan senyum

Aku dan dia bertaut rindu

Namun, tak mampu dikota lagi

Hanya kerana semalam yang telah pergi .



Wednesday, March 10, 2010

Coretan Masa Senggang ....


Hmm... dah lama tak mencoretkan kata-kata di dada blog ini. Komitmen pada kerja dan keluarga memang cukup besar ... banyak benda lah nak kena buat kebelakangan ni.

Menjelang cuti pertengahan penggal ni, sibukpeperiksaan , dan sudah tentu tugas yang menyusul ialah menanda kertas pelajar dengan teliti dan tekun.

Dekat nak cuti pun bezz jugak... banyak masa boleh 'mark paper' budak2 dan dan bersantai pulang kampung.

Selepas cuti pula ada lagi kisahnya........
sekolah akan mengadakan AGM PIBG kali ke -36 sesi 2010/2011.

Nampak gayanya sebuk lagi la selepas ni...
Pelajar kelas PMR dan SPM bersedia lah datang dengan ibu bapa ambil 'result' P.P. 1 nanti pada 27 Mac 2010 .

Nak wish selamat bercuti lah kat semua yang akan bercuti khasnya warga SMK SIS II , Gerik.
dan amnya kepada semua warga pendidik dan warga pelajar ....tapi, jangan lupa banyak kerja sekolah kena buat time cuti, bukan cuti-cuti suka-suka ja....

Sekian......