Saturday, February 27, 2010

EXAM !!

Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar SMK SIS II, yang sedang berhempas pulas dengan peperiksaan penilaian 1 bulan Mac ini.

Semoga mencapai keputusan yang cemerlang .

Friday, February 19, 2010

FILEM MY NAME IS KHAN


MY NAME IS KHAN ...






Filem My Name Is Khan kembali jalinkan kasih Kajol dan Shah Rukh Khan

SEKIAN lama, gandingan Kajol Devgan (dulunya dikenali dengan Kajol Mukherjee) dan Shah Rukh Khan (SRK) antara yang dinanti-nanti peminat setia filem Bollywood. Mereka antara pasangan yang dilihat begitu serasi di layar perak. Filem Dilwale Dulhania Le Jayenge dan Kuch Kuch Hota Hai antara contoh yang mencetuskan fenomena dan kegilaan peminat terhadap mereka.

Kali terakhir mereka bergandingan ialah pada 2001 menerusi filem Kabhi Khushi Kabhie Gham. Tahun ini, kerinduan pasti terubat apabila pengarah filem, Karan Johar sekali lagi menyatukan mereka dalam filem penuh kontroversi, My Name Is Khan (MNIK).
Ia mula ditayangkan serentak di beberapa negara termasuk Malaysia sejak 12 Februari lalu.



Monday, February 1, 2010

Peranan Acheh Dalam Perkembangan Sastera Tradisional

SOALAN SASTERA TRADISIONAL BAHAGIAN A :

[i] Jelaskan tiga peranan kerajaan Acheh dalam menggalakkan penulisan karya sastera ketika itu [13m]

1. Fakta : Galakan dan minat daripada pemerintah terhadap hasil-hasil karya kesusasteraan Islam. [2m]

Huraian +Cth : Istana Acheh menjadi tempat kegiatan pengumpulan dan penyebaran hasil-hasil karya sastera. Dengan galakan daripada pemerintah ia memberi peluang untuk karya –karya itu berkembang.. Sultan Iskandar Muda telah menyertai hal-hal yang berkaitan dengan penulisan ini serta memberi ganjaran kepada tokoh penulisnya.[2m]

2. Fakta : Acheh menjadi pusat dan tumpuan para ulama’ , pujangga dan sasterawan.
[2m]
Huraian +Cth : Dengan kedatangan para ulama’ dan sasterawan dari luar dan dalam Negara dengan membawa ajaran tasauf serta ilmu pengetahuan agama , telah menjadikan Acheh pusat terulung dalam ajaran itu. Mereka telah menghasilkan karya yang bermutu. Umpamanya , tokoh tempatan seperti Nuruddin Al-Raniri, Syeikh Mohd Jalani,Abdul Rauf Sengkel,Samsudin Al-Sumatrani, Hamzah Fansuri dan tokoh luar seperti Abu Khair Ibn Syeikh Ibn Al-Hajar. [2m]

3. Fakta : Pelindungan dan kerjasama yang diberikan oleh pemerintah kepada para ulama’,pujangga dan sasterawan. [2m]

Huraian + Cth : Para pemerintah Acheh telah memberikan pelindungan kepada para ulama’ , pujangga dan sasterawan itu hingga menyebabkan mereka sangat bergiat aktif dalam menghasilkan sesuatu karya kerana karya itu mudah tersebar dan tiada kekangan daripada pemerintah. [2m]


[ii] Empat corak karya penulisan pada zaman itu [12m]

1 Fakta :sastera Ketatanegaraan [1m]
Huraian +CTh : merupakan karya yang mengandungi petunjuk atau panduan kepada raja dan para pemerintah dalam menjalankan pentadbiran Negara. Contohnya , Tajus Salatin[Mahkota raja-raja] dan Bustanus Salatin [Taman Raja-raja] [3m]

2. Fakta : Kitab-kitab Agama Islam [1m]
Huraian + Cth : Iaitu karya-karya yang mengupas tentang bidang tafsir,tauhid,tajwid,rukun iman dan fikah. Serta Rukun Islam bagi memantapkan lagi kefahaman Islam kepada penganutnya.Contohnya kitan Al-Saif Al –Kati[pedang tajam] karangan Abu Khair Ibn Syeikh Al-Hajar.


3.Fakta : Kitab-kitab tasauf,Falsafah dan metafizik. [1m]
Huraian + Cth : Ia merupakan karya yang membicara ilmu yang berkaitan tentang kewujudan tuhan serta hubungannya dengan manusia. Ia lebih menekankan konsep falsafah dan dipelopori oleh ulama’ yang mempunyai pengetahuan agama yang mendalam. Contohnya , Umdat Al-Muhtajin, Daqait Al – Huruf , Bayan Al-Tajjali, syair burung pingai,syair perahu. [3m]

4. Fakta :Puisi Keagamaan [1m]
Huraian +Cth : Penghasilan karya karya puisi agama bertemakan hubungan tuhan dengan manusia , karya-karya ini adalah bersifat metafizik dan mistik iaitu mengaitkan unsur-unsur alam dengan konsep ketuhanan. Contohnya , Syair perahu[Hamzah Fansuri] melambangkan perahu sebagai tubuh manusia, alatan perahu sebagai bekalan amal ibadat bagi bekalan ke akhirat. [3m]

5. Fakta : sastera Sejarah [1m]
Huraian + Cth : Karya yang membicarakan tentang Negara kota iaitu Acheh Ianya mengandungi kisah latar belakang raja Acheh,ketokohan mereka,kemajuan dan kemakmuran Acheh terutama sewaktu pemerintan Sultan Iskandar Muda. Contohnya , Hikayat Acheh. [3m]