Wednesday, January 27, 2010

PROSA KLASIK KATAK MEMBUNUH GERGASI ( STPM SASTERA 1 )

CERITA BINATANG .

KAJIAN TEKS :

KATAK MEMBUNUH GERGASI .

SINOPSIS:

1.GERGASI KELUAR DR RUMAHNYA APABILA KAYU DAN DAHAN DIPUKUL RIBUT.
2.GERGASI KELUAR DAN LARI TANPA ARAH LALU MELANGGAR BANYAK BINATANG TERMASUK ANAK HARIMAU.
3.APBILA HUJAN REDA, DIA PULANG KE RUMAHNYA .RUMAHNYA TIDAK ROSAK
4.APBILA HUJAN REDA, KATAK BERBUNYI DAN GERGASI MARAH. DIA KELUAR RUMAH DAN MEMIJAK ANAK-ANAK KATAK KECUALI KATAK BETINA.
5.KATAK BETINA MAHU BALAS DENDAM LALU IA MENGADU KPD SANG SEMUT, ULAR SAWA,ULAR SENDUK, SANG PIKAU,SANG GAJAH, DAN HARIMAU.SEMUA BINATANG ITU TERANIAYA AKIBAT PERBUATAN GERGASI.SEMUANYA BERPAKAT HENDAK MEMBALAS DENDAM.
6.APBILA SAMPAI DI TMPAT GERGASI, SEMUT API MASUK DLM TELINGA,SANG PIKAU MEMASUKKAN ABU DLM MATA GERGASI,ULAR SENDUK MEMATUK TGN GERGASI, GAJAH MEREMPUH RUMAH GERGASI,HARIMAU MENERKAM GERGASI SAMPAI JATUH KE SUNGAI DAN GERGASI MATI DIBAWA ARUS.
7.SEMUA BINATANG GEMBIRA DAN HIDUP TANPA GANGGUAN.

TEKNIK PENCERITAAN
- TEKNIK imbas muka
- Gergasi membayangkan jika rumahnya dipukul ribut, dia akan terhumban ke bawah bukit.

- TEKNIK DIALOG
Perbualan antara watak sama ada 2 @ lebih.
Cthnya= dialog Sang Katak dgn Sang Semut ttg kezaliman gergasi hlm 33, baris 30 .
.
- TEKNIK monolog.
Sang katak menyuruh semua binatang mendengar bunyi gergasi yg meraung kesakitan dan pergi ke tempat masing-masing utk bertindak.Ms: 40 baris 33.

Latar Tempat
- Contohnya hutan, bawah pokok, rumah gergasi , sungai,
Latar Masa
- Zaman Nabi Allah Sulaiman, masa itu semua binatang boleh bercakap.

Latar masyarakat.
Masy binatang yg tinggal di hutan, dan hidup kerjasam antara satu sama lain.
Pelbagai saiz binatang kecil dan besar .
Hidup tidak aman kerana binatang yg besar menindas binatang kecil.

TEMA
- Kejahatan yg dibalas dgn kejahatan.Kezaliman gergasi membunuh binatang di hutan, akhirnya membawa kesan buruk apbila semua binatang berpakat membunuhnya.
-
PERSOALAN
- Kepintaran sang katak dan binatang mengatasi masalah yg dibuat oleh gergasi.
- Kerjasama sesama binatang utk membunuh gergasi
- Binatang lemah menjadi mangsa binatang kuat.



AMANAT / PENGAJARAN
- Pentingnya sikap kerjasam dlm melakukan sesuatu kerja yg sukar. Binatang berpakat membunuh gergasi.
- Tidak boleh bersikap zalim pd binatang yg lemah .Gergasi x patut memijak bintang lain,

kita hendaklah menggunakan akal fikiran bagi menyelesaikan semua masalah.
Binatang di hutan berpakat membunuh gergasi dgn akal yg bernas. Sang katak bijak merancang dan membunuh gergasi.

WATAK PERWATAKAN :
1. Gergasi
- Berbadan besar dan kuat,
- Zalim- membunuh katak
- Kasar – bergerak dgn kasar dan menyebabkan haiwan kecil terbunuh.

2. Sang Katak Betina
- Watak protagonis ,
- Kecil dan teraniaya
- Bijak- mengatur strategi utk membunuh katak
penyayang – sayangkan keturunannya yg mati dan telah membalas dendam.
- Betanggungjawab- menjaga keamanan hutan

NILAI
 Kerjasama- binatang di hutan saling kerjasama
 Kasih sayang ‘sesama binatang yg dianiaya gergasi

 Simpati sesama binatang yg ditindas

GAYA BAHASA
- Diksi mudah : katak, binatang, gergasi, pokok, dlll
- Simile,
- Bagaikan dunia akan kiamat lakunya- ms 31
- Simpulan bahasa
- Menyapu arang di muka aku.ms 36

PLOT :

PERMULAAN
GERGASI KELUAR DR RUMAH APBILA BERLAKU RIBUT.

PERKEMBANGAN
-GERGASI MEMBUNUH KATAK YG MENGANGGU KETENTERAMANNYA, BYK BINATANG LAIN TERCEDERA.
-KATAK BERBINCANG DGN BINATANG LAIN CARA UTK MENGHAPUSKAN KATAK

PUNCAK
-KATAK, TEDUNG, HARIMAU, PIKAU,SEMUT API DAN GAJAH SERANG GERGASI.GERGASI MATI DIBAWA ARUS.

PELERAIAN
-BINATANG DI HUTAN HIDUP AMAN.

TAJUK TUGASAN TINGKATAN 6 ( KMT ) SASTERA 1

TAJUK-TAJUK R&D KESUSASTERAAN MELAYU 1 STPM SMK SIS II, GERIK .

  1. SASTERA MEMBENTUK AKAL BUDI
  2. FAKTOR- FAKTOR KEJATUHAN MELAKA
  3. FALSAFAH DAN LOJIKA PENDERHAKAAN HANG JEBAT
  4. FALSAFAH DALAM BAWANG PUTIH BAWANG MERAH
  5. PUISI MELAYU LAMA CERMINAN KETINGGIAN AKAL BUDI
  6. WAJAR KAH HANG TUAH DIANGKAT SEBAGAI WIRA BANGSA MELAYU
  7. FALSAFAH KONSEP KESETIAAN HAMBA MELAYU DALAM SS
  8. BERCERITA TENTANG PUISI
  9. IMPAK MORAL POSITIF DALAM KARYA SASTERA TRADISIONAL
  10. WATAK UNGGUL DALAM CITRA MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL
  11. PERANAN PUISI DALAM MASYARAKAT MELAYU LAMA
  12. KESUSASTERAAN TRADISIONAL SEBAGAI SATU DISIPLIN ILMU
  13. PENERAPAN NILAI DARIPADA KARYA SASTERA DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT
  14. RELEVANKAH SULALATUS – SALATIN DALAM MEMARTABATKAN BANGSA MELAYU

Monday, January 18, 2010

UNSUR ANAKRONISMA DALAM SS


UNSUR ANAKRONISMA

1. Pengertian:

- perletakan peristiwa dan watak-watak bersalahan dengan masa atau zaman yang sebenarnya.


2. Peristiwa Anakronisma dalam Sulalatus Salatin.

"Zaman kegemilangan dan keagungan kerajaan Majapahit (diJawa) disamakan atau berlangsung sezaman dengan kegemilangan kerajaan Melaka."

3. Fakta sejarah sebenar:

(a) Zaman kegemilangan dan keagungan Majapahit (Jawa) ->• abad ke 14 (1331 -1364).

(b) Zaman kegemilangan dan keagungan Melaka (Melayu) -> abad ke 15 (1456 -1511)


4. Peristiwa/cerita

- Diceritakan Melaka menjalin hubungan dengan Majapahit (Bab 6).

- Hubungan melaiui ikatan perkahwinan.

Sultan Mansur Syah dan rombongan berangkat ke Majapahit untuk berkahwin dengan puteri Majapahit yang terkenal jelita iaitu Raden Galuh Cendera Kirana.


Watak-watak seperti Puteri Galuh Cendera Kirana, adalahwatak popular dalam cerita-cerita Panji terkenal abad ke 12 disamakan zaman hidupnya sezaman dengan Sultan Mansur Syah.


Betara Majapahit yang terkenal dalam sejarah Jawa abad ke 14 itu disamakan hayatnya sezaman dengan Sultan Mansur Syah.


Watak-watak lain seperti Bendahara Paduka Raja, Hang Tuah, Tun Bijaya Sura dikatakan hidup sezaman dengan Patih Gajah Mada.


Peristiwa-peristiwa yang berlaku di Majapahit sewaktu rombongan Melaka berada di Majapahit melibatkan watak-watak hulubalang Melaka. Peristiwa-peristiwa tersebut antaranya;


a. Tun Bijaya Sura Menyelamatkan Keris.

b. Tun Bijaya Sura Berlayam/Menggertak Anjing.

c. Hang Jebat dan HangKasturi Memasuki Taman Larangan.

d. Hang Tuah Mendapat Perhatian Orang-orang Jawa.

e. Tun Bijaya Sura Bermain Sapu-sapu Rengit.

f. Tun Bijaya Sura Memakai Cara Jawa.


Kepentingan Unsur Anakronisma;

1. Bertujuan merakamkan kebesaran, ketinggian dan kegemilangan kerajaan Melayu Melaka.

Dengan itu ada bahagian-bahagian tertentu dipalsukan dengan sengaja .

Iaitu dengan menyamakan zaman kegemilangan kerajaan Melaka dengan zaman keagungan kerajaan Majapahit sungguhpun masa atau zaman pemerintahan itu berbeza hampir 100 tahun jaraknya.




Mengenang Kampung Halaman





Suasana banjir di area Kubang Kerian , Kota Bharu,
Penghujung tahun 2009 .





Wednesday, January 6, 2010

Salam Dua Puluh Sepuluh ...


Salam pertemuan dalam tahun indah dua puluh sepuluh (2010)



Sungguh manis dan cantik nyer terukir angka ini. Selamat tahun baru buat semua rakan blogger

Bina lah kekuatan jasmani, emosi, rohani dan intelek ke arah satu hala tuju yang jitu dan dan mencapai mercu .

Sungguh 'busy' di awal permulaan 2010 ini hingga tak sempat nak 'berblog' dan 'update' kisah From Kelantan With Love ni.

Bukan melupakan , cuma menunggu waktu senggang untuk meneruskan sambungannya . Maklum lah, di samping 'berblog' tugas utama meraih rezeki di muka bumi ini tetap menjadi destinasi utama.

Salam 2010 buat 1 Malaysia....

Bertemu kembali di lain episod....