Monday, December 7, 2009

From Kelantan With Love 7


Pengumuman keputusan baru saja dibuat. Ternyata kemenangan berpihak kepada SMK SIS II . Sebanyak 6 buah sekolah berentap merebut kejohanan bahas tersebut. Seramai 15 orang hakim yang bertugas mengikut susunan yang dibuat untuk mengelakkan hakim tersebut menjadi juri bagi pasukan sekolah sendiri. Rata-rata hakim yang dijemput datangnya dari Gerik, Lenggong, Bersia, dan Pengkalan Hulu.


” Tahniah. Hebat betul persembahan Fatin tadi.” Puji Erina pada ketua pasukan bahas sekolah , Fatin Najwa.


Dia tak menyangka Fatin Najwa itu lah anak Cikgu Razlan. Semasa berkumpul di sekolah pagi tadi, Cikgu Razlan memperkenalkan anaknya kepada Erina. Sungguh cantik dan ayu, mungkin mewarisi kecantikan ibunya dahulu. Malah anak itu bukan sahaja petah berbicara, mudah mesra , hormat orang tua dan periang.


” Terima kasih Cikgu . Bukan saya sorang, kan kami satu ’team’ .” Kata Fatin Najwa lagi. Merujuk kepada rakannya yang lain iaitu Natrah, Shafiq, Atikah , dan Atirah .


” Jom. Kita makan dulu. Sila kan cikgu. ” Seorang guru sekolah menengah Bersia Felda menjemput mereka makan di kantin.


” Cikgu nampak papa tak?” Tanya Fatin tiba-tiba.


“ Cikgu Rasa dia makan kat bilik lain bersama para hakim. Nanti siap kan kita tunggu kat kereta lah.” Kata Erina lanjut.


” Jemput masuk. Silakan. ” Mereka dialu-alukan oleh pihak penganjur .


” Cikgu suka kat sekolah kat sini?” Ujar Fatin semasa sedang makan.


” Suka . Setakat ni tak ada masalah sangat.” Kata Erina jujur.


Atikah, Atirah, Shafiq dan Natrah hanya tersenyum dan sekali-sekala menyampuk perbualan mereka.


” Tak sangka Fatin jadi pembahas terbaik. Lantang betul tadi.” Kata Erina memuji lagi.


” Cikgu. Tengok bapa dia lah. Bapa dia dulu bekas pemidato universiti cikgu.” Atikah mencelah. Fatin Najwa hanya senyum malu-malu.


”Tak adalah. Biasa jer. Dah rezeki kita.” Ujar Fatin merendah diri. Erina juga turut tersenyum.

” Lepas ni kita balik terus ker?” Tanya Shafiq mewakili yang lain.


“ Ikut ‘driver’ nanti.” Fatin Najwa berujar .


” Balik terus lagi bagus. Tak penat ker nak singgah-singgah lagi.” Natrah pula menyampuk. Erina angguk bersetuju.


” Penat jugak kan. Korang yang berlawan lagi lah penat. Cikgu yang tunggu jer dan tengok jer pun penat. ” Erina menambah.


”Dah siap. Jom tunggu papa kat tepi kantin. Ada kerusi kat sana. Nanti Fatin SMS papa bagitau kita tunggu sini.” Ujar Fatin lagi.


Mereka menarik kerusi dan berangkat keluar selepas mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan pasukan tuan rumah dan peserta lain.


” Papa kata 5 minit lagi dia datang.” Beritahu Fatin Najwa kembali.


” Dah sampai tu,” Shafiq bersuara.


“ Dah habis makan?”: Soal Cikgu Razlan yang sudah membuka kot hitam nya. Kini dia kelihatan santai dengan tali leher yang dilonggarkan , dan lengan kemeja yang dilipat ke paras siku. Masih nampak ’smart’ walaupun ’simple’ macam tu.


” Papa. ” Panggil Fatin Najwa dan mendekati Cikgu Razlan. Gadis bertudung putih itu nampak begitu mesra dengan bapanya. Anak bongsu kata kan.


” Dah lah. Sambung kat rumah pulak. Malu dekat cikgu Erina tu.” Kata Cikgu Razlan seraya tersenyum menatap wajah Erina .


Dia terasa begitu indah dan bahagia kerana seharian dapat bersama gadis itu walaupun dia tahu perasaan itu tidak akan menjadi nyata. Mana mungkin Erina akan menyukainya. Dia akan cuba menjaga perasaannya agar tidak hanyut. Dia akan belajar menganggap Erina seperti anaknya sahaja.


Fatin Najwa tersengeh manja. Kemudian mengekori Cikgu Razlan ke kereta. Naza Ria bergerak laju meninggalkan Bersia Felda , pulang ke Gerik. Hampir jam 2, mereka sampai di Gerik.


” Kita singgah minum dulu boleh ker Erina?”


” Eh. Tak apa lah. Saya turun dulu. Cikgu Lan dengan yang lain teruskan jer. Masih kenyang ni.” Kata Erina lagi. Menolak dengan sopan perlawaan Cikgu Razlan.


” Cikgu ’please’ . Jom lah minum kejap. Nanti kat sekolah dah susah nak jumpa macam ni. Cikgu bukan ajar kelas kami pun.” Fatin Najwa memujuk.


Dia telah pun jatuh sayang pada guru muda itu sedari awal perkenalan mereka. Baginya Erina sungguh cantik, baik, dan ’easy going’ . Malah jiwa remajanya seperti merasakan Erina bagaikan seorang kakak yang baik buatnya.


” Fatin. Jangan macam tu, cikgu Erina penat kot.Tak apa lah.” Cikgu Razlan pulak bersuara.


“ Alah cikgu. Minum sama lah. Kalau cikgu tak ikut, kami pun tak nak.” Atikah pula bersuara mewakili yang lain. Kali ini Syafiq hanya tersenyum. Manja betul budak perempuan ni dengan Cikgu Erina.


” Ya lah. Cikgu ikut. Jangan buat muka ’sposen’ . Minta perhatian lah tu. Manja betul.” Gumam Erina melihat muka Atikah, Atirah dan Natrah.


”Yess ! ” Serentak 4 anak gadis itu bersuara gembira.


Mereka singgah minum di KFC Gerik. Kereta diparkir di sebelah kompleks Wisma Mokhtaruddin. Semua pelajar bergegas turun mendapatkan KFC kerana sekejap tadi Cikgu Razlan siap buat pengumuman nak belanja mereka KFC sebab menang hari ni.


Erina paling akhir turun dari kereta. Dia bergerak perlahan sambil memandang kepada Fatin Najwa yang siap melambai supaya dia cepat ke depan. Erina tidak sedar dia berada di tengah lorong jalan sehala. Sebuah motosikal yang agak laju keluar dari situ.


” Rin! Motor tu.” Suara Cikgu Razlan menangkap pendengaran Erina. Kedengaran brek ditekan, Berdecit bunyinya. Erina kaget di situ.


” Rin . Awak tak apa-apa.? ” Cikgu Razlan mendapatkan Erina. Tidak sedar dia telah menarik lengan gadis itu ketika melihat Erina lambat bertindak tadi.


” Dik, akak minta maaf. Tak tengok jalan tadi. ” Ujar Erina, dan penunggang motosikal sudah pun berlalu selepas menerima kata maaf dari gadis itu. Keadaan menjadi tenang semula.


” Eh. Cikgu Lan. Tak apa. Saya boleh jalan sendiri.” Ujar Erina.


Terkejut kerana baru sedar lengannya dipegang oleh guru lelaki itu . Malunya ! Macam mana jadi gini. Nasib baik berlapik. Cikgu Razlan juga tersedar. Di luar kawalan dia bimbang dan cemas dengan guru muda itu.


” Papa.Kenapa tadi tu?” Fatin Najwa datang dengan cemas.


” Eh. Tak ada aper. Sikit jer. Terkejut tadi, lintas jalan tak tengok betul-betul.” Erina malu-malu memberitahu anak Cikgu Razlan.


” Jom cikgu. Biar Fatin yang pimpin cikgu ! “ Kata Fatin tersenyum –senyum.


Gulp! Erina telah liur. Terasa kesat. Malu nya! Darah merah menyerbu ke muka. Tentu Fatin nampak tadi ! Macam mana boleh kantoi dengan bapa dia tadi. Erina! Erina! Dia duda , kau tu anak dara. Kalau apa-apa kes, haru-biru satu Gerik ni nanti. Mereka masuk ke KFC . Cikgu Razlan juga tiba-tiba jadi ’blur’.


Jam 3 petang mereka sampai di Taman Intan, Erina turun dari kereta cikgu Razlan. Melambai tangan kepada Fatin Najwa. Kemudian masuk ke dalam rumah.


” Amboi!! Lamanya pergi bawa budak bahas. ” Najiha menegur sebaik sahaja Erina siap mandi dan solat . Gadis itu sedang duduk di sofa menonton TV.


Najiha duduk dengan meletakkan dua ’mug’ berisi air kopi putih Ipoh yang semerbak harumnya.

” Nak sindir aku lah tu.” Kata Erina lanjut. Kemudian , laju mengambil salah satu ’mug’ kopi atas meja.


” Ya la. Siap ’babai’ lagi tadi. Aku nampak lah ’beb’. Jangan nak temberang.” Kata Najiha pula.


” Aku lambai kat anak dia Jiha. Rupanya anak dia yang masuk bahas . Menang . Pembahas terbaik lagi. Bijak betul anak dia .” Kata Erina memuji.


” Anak. Selain kisah anak ’pakcik’ tu, ada tak benda lain kau nak ’share’?” Tanya Najiha lanjut.


” Orait. Ada jugak lah. Tapi janji. Jangan ketawa kan aku.” Tambah Erina.


” Cepat la. Aku tak sabar ni.” Ujar Najiha.


Erina bercerita dari awal sampai akhir. Termasuk status sebenar lelaki yang mereka panggil ’pakcik koop’ tu . Terlopong Najiha mendengar cerita. Kemudian melepaskan ketawa tak henti-henti.


”Ni malas ni. Tak nak lah ’share’ apa –apa lagi.”


” Tak lah. Aku bukan apa! Kau dengan ’pakcik’ tu kan, selalu jer jadi macam ni. Jadi bahan ketawa aku. Kalau Kak Laila tahu, lagi lah pecah perut dia. Kau macam nampak lain jer ’lately’ ni. Tak kan kau suka dia kot ?” Najiha menyambung.


” Kalau suka naper??”


”Kau ?? ” Mulut Najiha ternganga kembali.


” Hoi !! Aku ni waras lagi lah. Mengamuk mak bapa aku nanti.” Erina menambah.


Najiha menutup mulut. Sedar dia kaget sangat dengan sikap anak gadis ini. Tak mustahil. Zaman sekarang , anak dara suka lelaki tua. Lagi pun Cikgu Razlan, umur jer tua, orangnya nampak muda. Dan, lelaki itu duda, tidak ada isteri. Tapi, tak kan Erina yang cantik jelita ni nak dekat duda anak 3.Musykil lah ! Desis hati Najiha.


” Haa... Jiha. Kau tak payah nak serabut dengan kes aku dan ’pakcik’ tu. Aku tak kan nyer jatuh cinta kat duda anak 3 tu. Baik aku ambik Nazarul, sah-sah anak teruna. ” Sambung Erina setelah melihat muka Najiha berkerut-kerut. Kesian pulak!


” Pandai pun! Tapi kan . Kalau nak kat Nazarul, kau kena lawan dengan Nisya lah kan. Perang lah nanti .” Usik Najiha pulak.


”Silap-silap, aku gaduh dengan Nisya, kau pulak yang kahwin dengan ’mamat kayu’ tu. Siapa tahu kan! ” Usik Erina lagi. Terhambur tawa mereka berdua.


Pagi Ahad itu, Erina bangun awal. Sibuk dia masak nasi lemak sebab malam tadi, Mak Su Ida, mak saudara Najiha kata nak datang ’breakfast’ kat rumah mereka . Ada hal nak sembang. Seronok jugak makan nasi lemak ramai-ramai. Fikir Erina.


Dekat pukul 8 suku, Mak Su Ida sampai. Kecoh satu rumah, mereka bertiga berjumpa.


“ Mak Su kata ada benda nak cakap?” Najiha bersuara . Sambil mencedok sambal bilis ke dalam pinggan. Sedap pulak ’member” aku ni masak nasi lemak rupenyer.


” Kawan Mak Su kat tempat kerja bagi tau. Pasal Rin.” Dia memulakan cerita.


“ Pasal Rin Mak Su?” Gadis itu terkejut .


” Kawan Mak Su ada adik kat SM SIS tu. Dia ni dah lama ’plan’ dan memujuk adik dia berkahwin dengan Cikgu Razlan. Semalam. Kawan Mak Su ni nampak Rin dan Razlan nak pergi KFC . Siap Razlan tu pegang-pegang lengan lagi nak lintas jalan.


Tersedak Erina tiba-tiba. Terbatuk kecil. Gelas air teh ’O’ diletakkan kembali. Najiha dan Erina saling berpandangan. ‘Gulp’ . Masing-masing menelan liur . Parah lah kali ni. Desis hati kecil Erina.


” Dia balik ofis, jumpa Mak Su. Dia dari pekan, beli barang. Dia marah Mak Su. Sebab dia tahu, Erina kawan Jiha. Mak Su pernah cerita dengan dia dulu. ” Terang Mak Su Ida lanjut.


” Kenapa dia nak marah pulak.” Najiha bertanya kembali.


” Dia bukan marah Mak Su sangat lah. Dia naik marah sebab takut Razlan tu dirampas oleh Erina ni. Takut terlepas pulak adik dia. ” Tambah Mak Su Ida.


” Mak Su. Rin minta maaf. Ada salah faham tu. Mak Su pulak yang kena.” Sambung Erina.Kemudian, dia menceritakan apa yang berlaku.


” Hurmmm..Patut lah. Jangan sedih Rin. Kawan Mak Su tu Rin, memang ’mulut murai’ sikit. Dah tu, angin satu badan. Kat tempat kerja ramai dah tahu jenis dia macam tu. Apa-apa hal, serang dulu, bukan nak selidik dulu. Mak Su yakin dan Mak Su percaya pada Rin. Jangan risau lah. Ni pun, bagi tau ni supaya Rin tak terkejut sangat kalau-kalau ada orang bercerita. Risau jugak. Mak Su kan janji dengan mama papa Rin nak jaga korang berdua dulu.” Panjang lebar Mak Su Ida memberitahu.


” Mak Su, terima kasih sebab percaya dengan Rin. Takut jugak . Nanti tak sedap dengar pulak. Cerita macam ni cepat sampai kan. Harap-harap tak panjang . Habis kat sini jer. ” Sambung Erina kembali.


” Mak Su, Cikgu Razlan tahu ker rancangan kawan Mak Su tu?” Najiha tiba-tiba bersuara. Erina juga tekun mendengar .


” Tahu. Tapi kata Razlan , dia belum bersedia. Razlan macam biasa jer. Tak pernah nampak kekok depan cikgu tu. Boleh berkawan lagi kat sekolah. Razlan memang ’open minded’. Tak macam orang muda, dia kan orang dewasa yang berpengalaman lebih. Maklumlah. Korang pun tahu kan,” Terang Mak Su lanjut.


”Rin tanya boleh? Siapa adik kawan Mak Su tu? Usul Erina lagi. Tiba-tiba jer hatinya berdebar kuat.


No comments: