Monday, November 2, 2009

Novel Melayu ' Tak Lapuk Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas'

Salam pertemuan.

Saya sungguh gembira dan bersyukur dengan era perkembangan novel Melayu masa kini. Betapa kita berbangga sebagai anak Melayu dengan terciptanya hasil-hasil novel Melayu yang unggul dan pelbagai tema.


Sekalung tahniah dan syabas kepada warga Alaf 21 khasnya dan masyarakat umum amnya kerana menerima baik perkembangan dan arus ledakan novel Melayu ini.


Tidak dinafikan, novel Melayu masa kini, sesuai dikatakan ’tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas’ . Betapa tingginya kedudukan novel Melayu di mata masyarakat masa kini. Novel Melayu telah pun lahir sejak tahun awal 20-an lagi . Jadi, tidak hairanlah kekuasaan dan kemapanan novel Melayu berkembang hingga kini.


Berbalik pada barisan penulis novel Melayu, sedari zaman penulis tanah air tersohor seperti Shahnon Ahmad, Othman Puteh, A.Samad Said, Khadijah Hashim, Ahadiat Akashah, Sri Diah, Ramlee Awang Murshid, Aisya Sofea malahan ramai lagi penulis tanah air yang baru dan yang telah lama mendapat nama telah memberi hasil terbaik daripada mereka sebagai santapan minda dan jiwa dalam kalangan warga pembaca.


Sesungguhnya, novel Melayu diangkat sebagai elemen teks dalam KOMSAS sukatan Bahasa Melayu sekolah menengah sehingga kini. Ia , tidak lain bertujuan memartabatkan hasil khazanah sastera Melayu kita. Siapa lagi , kalau bukan kita untuk menghargai dan memartabatkan hasil penulis tanah air. Novel Badai Semalam, Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, Julia, Perlumbaan Kedua , malah banyak lagi yang telah menjadi nadi dalam sukatan pelajaran BM di sekolah menengah.


Justeru, kepada para penggemar novel-novel Melayu, anda berada di landasan yang betul. Sokonglah novel Melayu kita, dan terima kasih istimewa buat warga Alaf 21 memperjuangkan wadah bingkisan novel Melayu tanah air. Syabas!

1 comment:

Leena said...

emmm,... tq jeje ...dah ble buat komentar ...