Followers

Sunday, November 22, 2009

DRAF BAHAS : INSTITUSI KELUARGA PUNCA MASALAH SOSIAL REMAJA

Pihak Kerajaan : Perdana Menteri .


Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, barisan pembangkang yang digeruni dan para hadirin yang dimuliakan. Sebelum kaki mengorak langkah, sebelum bibir mengatur kata, salam sejahtera dan selamat petang saya ucapkan.

Bunga cempaka tumbuh melata,
Burung berkicau di balik pohonan,
Lafaz Bismillah pembuka kata
Gelanggang debat saya mulakan.

Sidang hadirin dan hadirat yang dimuliakan.

Sebagai pencadang pertama, saya tetap menegaskan institusi keluarga dapat menyelesaikan masalah sosial remaja. Institusi keluarga dalam erti kata sebenar ialah kumpulan yang terdiri daripada ibu, bapa, dan anak-anak. Remaja ialah golongan individu yang berumur antara 13 hingga 21 tahun. Masalah sosial pula didefinisikan sebagai hal-hal negatif atau tidak baik yang sering terjadi seperti vandalisme, budaya lepak, lari dari rumah, merokok, menagih dadah dan sebagainya.

Wahai pembangkang yang budiman, hujah saya yang pertama ialah di bawah indikator institusi keluarga membentuk masa depan remaja.

Hal ini saya perhalusi melalui kenyataan bahawa institusi keluarga mampu menjadi ’role model’ kapada anak-anak. Ibu bapa yang berjaya sememangnya menjadi pendorong kepada anak-anak untuk berjaya dalam kehidupan mereka.

Kelakuan ibu bapa menjadi perhatian dan tarikan anak-anak.Hal ini seperti kata pepatah Melayu ’Bagaimana Kuih Begitulah Acuannya’. Anak-anak yang baik dan berjaya datang dari sebuah institusi keluarga yang mapan.Ibu bapa mampu membentuk anak-anak ke jalan yang benar dan mengelak mereka daripada terjerumus dalam gejala sosial yang tidak baik. Oleh itu jelaslah, bahawa institusi keluarga dapat menyelesaikan masalah sosial remaja.
Sekian, terima kasih.



Pihak Kerajaan : Menteri Kedua.

Sidang hadirin dan hadirat yang dimuliakan.

Sebagai Menteri Kedua, saya juga ingin menegaskan bahawa institusi keluarga dapat menyelesaikan masalah sosial remaja. Hujah yang kedua ini, saya bawa atas kata mustajab institusi keluarga melahirkan remaja penyayang.

Wahai pihak pembangkang, seperti kita maklum, salah satu cabaran wawasan 2020 ialah melahirkan masyarakat penyayang. Justeru, untuk melahirkan masyarakat penyayang, bermula dari rumah dengan melahirkan keluarga penyayang. Anak-anak yang penyayang datang daripada sikap ibu bapa dan ahli keluarga yang saling sayang-menyayangi dan seterusnya menghindar para remaja daripada berkeliaran di luar rumah dan melakukan gejala yang tidak baik.

keluarga mampu membentuk kasih sayang, kerana ibu dan bapa lebih mengenali anak-anak merea, tahu perangai dan kehendak mereka, dan boleh berkongsi masalah dengan mereka, sama ada masalah material atau peribadi.Manakala, hubungan ibu bapa yang baik akan juga melunaskan hubungan yang jernih antara adi-beradik. Justeru, apabila berada di luar merea juga aan membawa sikap toleransi dan hormat-menghormati sesama mereka, maka gejala sosial tidak akan timbul. Remaja penyayang merangumi remaja yang menyayangi diri sendiri dan menghargai diri serta orang lain, jadi mereka tidak akan merosakkan masa depan sendiri. Sekian, terima kasih.


Pihak Kerajaan : Menteri Ketiga.

Sidang hadirin dan hadirat yang dimuliakan.

Selaku Menteri Ketiga, saya sekali lagi mempertahankan tunjang kami iaitu institusi keluarga dapat menyelesaikan masalah sosial remaja.
Justeru, suka saya melaungkan hujah kami yang ketiga atas aksara kata institusi keluarga membentuk peribadi mulia remaja.

Wahai pihak pembangkang yang tidak kami gentar, peribadi mulia remaja merupakan benteng yang kukuh menghalang remaja melakukan gejala sosial. Peribadi mulia ini tidak lain dicorakkan oleh sebuah institusi keluarga yang mapan, jitu dan berjiwa murni. Ibu bapa menjadi pembentuk agama kepada anak-anak, ibu bapa yang mencorakkan dan mewarnai masa depan anak-anak. Pegangan agama ibu bapa juga menjadi nadi pegangan anak-anak.

, pegangan agama yang kukuh warisan ibu bapa mereka, merupakan benteng kepada remaja bertindak liar. Kesejahteraan di bawah naungan keluarga menjadikan remaja sentiasa bersiap sedia melawan arus gejala sosial. Ibu bapa menjadi nadi dalam membentuk sahsiah remaja kerana anak-anak yang baik itu lahir dari keluarga yang baik.Anak-ana yang cemerlang peribadi, lahir daripada keluarga yang cemerlang sahsiahnya. Tuntasnya, peribadi mulia remaja terbentuk daripada peribadi cemerlang keluarga. Justeru jelaslah, institusi keluarga dapat menyelesaikan masalah sosial remaja.
Sekian, terima kasih.

Penggulung.

Menteri Kedua

Selaku Menteri Kedua, sekali lagi saya berdiri untuk menegakkan panji-panji pihak kerajaan bahawa institusi keluarga dapat menyelesaikan masalah sosial remaja.
Suka saya merumuskan hujah kami kepada tiga ujana iaitu institusi keluarga membentuk peribadi mulia remaja, institusi keluarga melahirkan remaja penyayang dan institusi keluarga membentuk peribadi mulia remaja. Sekian, terima kasih.



Ketua Pembangkang :

Tembikai susu kelapa muda,
Pembasuh mulut jadi hidangan,
Salam sejahtera pembuka bicara,
Gelanggang debat saya mulakan.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, barisan kerajaan yang digeruni dan para hadirin yang dimuliakan. Sebelum kaki mengorak langkah, sebelum bibir mengatur kata, salam sejahtera dan selamat petang saya ucapkan.

Hujah pihak pembangkang yang pertama saya bawa, atas kata kunci institusi keluarga menyumbang kepada jenayah remaja.

Masalah jenayah sosial semakin meningkat pada masa ini. Ini terbukti dengan bertambahnya kes memeras ugut, mencuri, merogol, menagih dadah, dan menelan pil khayal yang dilakukan oleh remaja. Jenayah juvana merupakan masalah negara dan berlaku disebabkan oleh faktor
kelemahan institusi kekeluargaan. Kurangnya perhatian kepada anak-anak menyebabkan gejala ini berlaku.

Ibu bapa sibuk bekerja sehingga tidak ada masa memberikan perhatian kepada anak-anak. Ada ibu bapa yang tidak berjumpa dengan anak-anak kerana kesukaran mereka bekerja. Anak-anak dibiarkan bebas tanpa kawalan. Kerenggangan ini menyebabkan institusi keluarga runtuh dan remaja menjerumuskan diri kepada kegiatan-kegiatan jenayah.
Jadi, pihak kerajaan tentu sudah goyah dengan hujah ini. Sekian, terima kasih.

Pembangkang Kedua

Saya mewakili pihak pembangkang kedua membawa hujah atas aksara masalah rumah tangga membawa kepincangan institusi keluarga . Hal ini lebih jelas kalau dilihat kepada Institusi keluarga yang porak- peranda , tidak ada keharmonian dalam rumah tangga juga merupakan punca masalah remaja.

Apabila keluarga porak peranda, maka tidak ada ketenangan dalam sesebuah institusi keluarga juga menyebabkan anak-anak berasa benci duduk di rumah. Mereka ini terdorong untuk melakukan jenayah.

Justeru jelaslah bahawa institusi keluarga tidak dapat menyelesaikan masalah sosial remaja. Sekian terima kasih.

Pembangkang Ketiga

Saya seterusnya mewakili pembangang ketiga, akan membawakan hujah tekanan kewangan keluarga mendatangkan kesan remaja melakukan jenayah sosial.
Tekanan kewangan juga menyebabkan remaja melakukan jenayah. Lazimnya golongan remaja gemar akan sesuatu yang berunsurkan keseronokan seperti pakaian yang berjenama, berbelanja besar, ingin memiliki telefon bimbit yang terkini, dan memiliki motosikal berkuasa tinggi.

Semua keinginan ini memerlukan wang yang banyak, sedangkan mereka tidak berupaya untuk
mencari wang. Faktor ini menyebabkan remaja mencuri dan menipu untuk mendapatkan wang. Bayangkan, sesebuah institusi keluarga akan gagal jika anak-anak terlalu dimewahkan dengan material. Langsung hal ini menjurus kepada jenayah sosial dalam kalangan remaja. Jadi, wahai pihak kerajaan yang budiman, sedarlah bahawa institusi keluarga tidak dapat menyelsaikan masalah sosial remaja.


Penggulungan :

Saya pembangkang kedua akan menggulung hujah kami ,Masalah jenayah juvana semakin meningkat disebabkan oleh faktor utama institusi kekeluargaan yang gagal. Institusi keluarga sememangnya tidak dapat menyelesaikan masalah sosial kerana dalam institusi keluarga sendiri berlakunya porak peranda, kacau-bilau, dan pincang.
Sekian, terima kasih.


Semoga boleh dijadikan panduan atau asas untuk menulis skrip perbahasan anda. Skrip ini tidak lengkap. Sila lengkapkan berdasarkan rangka yang diberi. TQ ...

3 comments:

qyqa said...

adakah ini panduan untuk pembahas2 SMKSIS????
wa...bravo.......

Leena said...

Pembahas SMK SIS bijak-bijak dah ...macam 'orang tu' .. ni just nak bagi asas kat geng-geng yg baru nak berjinak-jinak dgn bahas dan juga geng2 RIMUP tahun depan... he he he....kaedahnyer lah...

Anonymous said...

not bad,cuma nak kena kukuhkan hujah pembangkang