Wednesday, November 25, 2009

From Kelantan With Love 3

Selepas hampir 20 minit dalam bilik PK 1 , Erina dan Najiha dibawa berjumpa Ketua Panitia Bahasa Melayu , Cikgu Laila , seorang guru bujang berusia 37 tahun.

“ Duduk lah. Akak nak ambilkan bahan rujukan dan sukatan pelajaran.” Ujar Cikgu Laila, gadis genit , rendah dan berkulit hitam manis.

“ Siapa ni Laila? “ Tegur seorang guru yang berbadan agak berisi dan tinggi. Orangnya nampak serius dengan memakai cermin mata.

” Jiha , Erina, kenalkan Cikgu Fadila, guru Matematik.Orang Perak ni jugak.”

” Saya Erina, ini Najiha. Kami baru datang hari ni. Guru sandaran ” Kata Erina mendahului . Cikgu Fadila senyum. Wajah tegang tadi beransur hilang.

” Patut lah, tadi Nazarul kecoh bercerita ada awet baru sampai. Panggil Kak Dila jer . Duduk lah, akak ada kelas jap lagi ni.” Ujar Cikgu Fadila yang mula menunjukkan keramahan.

” Terima kasih kak.” Serentak Najiha dan Erina bersuara.
” Orang mana? ” Cikgu Laila bersoal kembali.

“ Saya dari Kelantan, KB. “

“Saya dari Ipoh kak.” Najiha menambah .

“ Patut lah Nazarul kecoh-kecoh tadi. Ada awet Kelantan rupanya. “ Cikgu Laila mengomel lagi. Najiha yang belum kenal Cikgu Nazarul hanya diam sahaja.

Erina teringat sesuatu bila nama Nazarul disebut tadi. Itu lah cikgu yang dia terlanggar depan koperasi . Cikgu yang dingin seperti ais. Cikgu yang begitu mahal nak senyum.

” Jadual dah ada tadi kan. Ni , untuk Erina. Dan bahan ni untuk Najiha. Kalau nak apa-apa jumpa lah akak . Kalau tak pun, rujuk Guru Kanan Bahasa, Cikgu Lan. ” Kata Cikgu Laila sambil tersenyum lagi.

Teringat peristiwa lucu yang berlaku di koperasi pagi tadi. Kalau Cikgu Lan tak bagi tau tentu dia dah ketinggalan cerita yang lucu itu. Erina dan Najiha yang memahami maksud senyuman itu juga turut tersenyum.

” Saya malu betul lah Kak Laila . Saya tak tahu pulak Cikgu Razlan tu Guru Kanan . Macam mana saya boleh tersilap orang . ” Erina bersuara lagi.


” Tak apa Erina. Cikgu Lan tu baik. Suka bergurau. ” Tambah Laila lanjut.

“ Terima kasih kak. Kami masuk bilik guru dulu lah.” Najiha pulak mendahului mereka.

Mereka keluar dari bilik ketua panitia, dan masuk ke bilik guru . Bertemu dan bersembang dengan beberapa orang lagi guru lama di situ.

” Aku malu sangat Jiha.”

” Tu lah... dah terlajak. Orang tu punyer lah ’smart’ . Kau kata pak cik koperasi.” Najiha mengusul lanjut.

” Aku tak tahan nak ketawa kat bilik Cikgu Hanafi tadi. Tengok muka kau sekejap pucat, sekejap merah. Sekejap tu biru.” Tambah Najiha sambil menggelengkan kepala. Tak dapat ingat kelucuan yang berlaku pada Erina.

” Aku ni . Malu sangat-sangat kau tau. Tu yang aku kaget tak bersuara. Habis ayat dah. Aku siap ’sound’ dia lagi kat koperasi tu. Aku kata dia nak jual minyak kat aku. Malu nyer Jiha. Tak sanggup nak tengok muka dia.” Erina menambah lagi.

”Alah... tak per. Cikgu Lan tu nampak baik sangat. Bertanggungjawab, nampak lelaki yang sungguh maskulin.” Najiha pula bersuara.

“Hish … jaga sikit mulut tu Jiha. Dengar kat cikgu lain kan. Silap-silap isteri dia pun mengajar kat sini. Tak ker susah! ” Tambah Erina lagi.

” Dia tak marah. Tadi kan dia ada cakap, dia tolong pelajar tu beli buku, masa tu kau datang minta beli air . Dia tolong kau sekali . Bukan salah kau pun. Kes tersilap faham jer. Kan? Kau tak rasa ker dia baik sangat?” Najiha mengusik lagi. Erina hanya mencebik tanda tak mahu panjangkan kisah itu.

” Tengok jadual kau Jiha. Kelas mana kau dapat ?”

“ Kelas 3S3 dan 3 V5 . Kau pulak??”

” Aku dapat 3S2 dan 3V 4 .”

” Buku teks ambil kat bawah kan. Jom kita ambik buku teks dulu. Esok baru masuk mengajar kan.” Erina bersuara kembali.

Puan Dahlia selaku Ketua Bilik SPBT, sedang menanda buku pelajar ketika mereka mengetuk pintu .

” Masuk lah . Cikgu baru kan?” Puan Dahlia menegur ramah.Orang nya mungkin sebaya mama fikir Erina.

” Apa khabar kak?” Mereka bersalam tanda hormat .

” Panggil Kak Lia jer. Yang ni nama apa?”

” Saya Erina. Panggil Rin jer. ”

” Saya Najiha. Boleh panggil Jiha.”

” Dari mana?” Tanya Kak Lia lagi.

” Rin dari KB kak, Jiha ni orang Ipoh.” Erina mendahului dia dan Najiha.

” Mari lah. Nak ambil buku aper?”

”BM Tingkatan 3 .”

Kak Dahlia bergerak ke bahagian rak buku teks tingkatan 3 . Najiha dan Erina duduk di kerusi yang tersedia.

”Assalamualaikum. Kak Lia ! ” Satu suara menegur dari luar pintu.


” Waalaikumussalam. Eh, Rul . Kenapa? Masuk lah dulu. Kak Lia nak cari kan buku kat cikgu baru ni.” Kata Kak Lia dari dalam. Wajahnya tersembul sekejap di sebalik rak kemudian menghilang.

Nazarul masuk dan memandang seketika ke arah dua cikgu baru itu.

” Ajar apa?” Tanya Nazarul serius. Masih enggan mengukir senyuman.

“ BM.” Najiha menjawab kerana dia yang paling dekat.

” Rul dah kenal ker cikgu ni?” Kak Lia datang membawa buku teks BM dan juga buku KOMSAS tingkatan 3 .


” Tak der sapa nak ’introduce’ kak .” Nazarul bersuara lanjut. Saje lah tu! Fikir Erina.

Seketika dia memandang Erina. Hatinya berdetik kecil. Cantik ! Najiha dan Erina menjeling sekilas. Nazarul nampak kemas dan segak memakai slek hitam dengan kemeja warna ’peach’ . Sesuai dengan kulitnya . Orangnya tinggi dan memakai tali leher serta tanda nama dengan teratur. Rambutnya yang kemas dan pendek kelihatan tersisir rapi.


” Mari.... Yang ni Rin, dari Kelantan. Ini Jiha, dari Ipoh.” Kata Kak Lia.

” Ni ... Nazarul. Panggil Rul jer. Belum kahwin . Muda lagi ni. ” Giliran Kak Lia megusik mereka.


Erina dan Najiha menguntum senyum, namun seperti biasa lelaki itu hanya buat biasa. Belum ada lekukan senyuman yang bergayut pada bibirnya. Mahal sungguh ! .


Kak Lia kemudian menulis sesuatu dalam buku log pinjaman. Kemudian meminta dua gadis itu menandatangani ruang yang disediakan.


”Nama pendek jer? Nama panjang tak ader?” Nazarul cuba untuk bergurau. Namun masih berwajah serius.


” Nak nama panjang tanya lah tuan dia.” Tambah Kak Lia dan tersenyum ke arah Najiha dan Erina.


” Kak Lia. Saya datang nak bagi borang ni. Dah ’setel’ . Kak Lia tanda tangan ya ! ” Kata Nazarul kemudian.


Najiha dan Erina meminta diri. Meninggalkan Nazarul dan Cikgu Dahlia.

” Ckgu Nazarul tu lah, yang aku terlanggar pagi tadi. ” Erina memulakan bicara.
” Kacak!” Sepatah kata keluar dari mulut Najiha.

”Eh...apa kau cakap Jiha? ” Erina mengusik.

” Aku cakap aper tadi. Dah lupa. ”

”Kacak .” Erina mengulangi.

” Kacak. Ader aku cakap dia kacak ker? Sombong ader lah. ” Najiha mengomel.

”Ishhh... budak ni. Tadi dia kata kacak.” Omel Erina lagi dan terdengar Najiha ketawa pendek. Saje nak kenakan orang! .

” Kalau dia baik hati dan mesra macam Cikgu Razlan tu, baru lah kacak.” Tambah Najiha lanjut. Erina menggeleng-geleng. Jiha ni ! Ntah apa-apa ! .


Pukul 1.30 tengah hari persekolahan telah pun berakhir. Mereka pulang menaiki kereta Myvi S.E Najiha . Kata Najiha dulu, kereta Myvi tu dia pinjam dari abangnya yang kerja di Sabah. Esok , akan bermula hari baru bagi Erina dan Najiha sebagai guru sandaran di sekolah itu.

Jam menunjukkan pukul 7.20 pagi ketika mereka sampai di sekolah. Sudah ramai guru dan pelajar yang sampai. Erina dan Najiha seperti biasa naik ke tingkat atas menuju ke bilik guru.

” Nak ikut aku tak?” Tanya Erina tiba-tiba.

” Kau nak pegi mana? Kau bukan tahu pun sekolah ni.”

”Sebab tu aku nak jalan-jalan ikut pelan bangunan ni. Jom lah.” Ajak erina lagi.

”Malas lah. Nak baca buku ni dulu. ” Kata Najiha sambil mengambil buku KOMSAS atas mejanya.

” Aku pergi sorang . Kelas kau pukul berapa? ” Tanya Erina.

” Lepas rehat baru ada.”

”Okay lah. Lepas tu kita makan. Boleh?” Pinta Erina . Najiha hanya angguk dan terus membuka buku di tangan.


Erina sudah pun bergerak turun. Melintasi koperasi sekolah, hati Erina diterpa rasa ingin tahu melihat sebuah Bilik Gerakan yang pintunya sedikit terbuka. Dia berkira-kira untuk mengetuk pintu dan masuk, tetapi tidak jadi. Dia memusingkan badan serta-merta. Sekaligus !

” Maaf !” Hampir-hampir sahaja gadis itu terlanggar dengan Nazarul yang berdiri tegak di belakangnya.

” Awak ni kan, kalau jumpa orang mesti ’eksiden’ ker?” Ujar Nazarul .

Matanya jatuh ke wajah Erina. Memandang gadis itu tidak berkelip. Cantik sungguh Erina. Berkulit putih , muka bujur dan mempunyai senyuman yang manis. Semanis nama pemiliknya. Tadi, di pejabat dia ada merisik-risik daripada kerani fail tentang guru sandaran baru itu. Hatinya tertarik ketika dia bertembung dengan Erina depan koperasi sekolah semalam.

Perasaan itu semakin kuat bila mengetahui Nik Erina bt Nik Mustafa berasal dari Kelantan. Lubuk yang sama dengannya . Cuma berlainan jajahan. Namun, dek sikap kedinginannya dengan kaum Hawa menjadikan dia kekok dan tidak berapa pandai mengambil hati gadis itu. Malah, dia tak salahkan dua cikgu baru itu kalau mengatakan dirinya agak dingin. Memang sikapnya begitu. Jenis yang kurang peramah.

” Saya minta maaf ! Untuk semalam dan hari ini. Saya agak kelam-kabut. Tu yang ‘eksiden’ ” . Ujar Erina sedikit gugup kerana ditenung oleh cikgu lelaki itu.

” Kalau awak selalu kelam-kabut , macam mana awak nak ‘handle’ pelajar Ingat jadi cikgu ni kerja mudah ker? Jadi guru sandaran ni bukan senang tau ! Keselamatan pelajar di tangan kita . ” Nazarul tanpa diminta memberi ulasan yang lebih berbetuk kritikan. Erina cuba bertahan dengan sikap tenang dan bersahaja. Tidak mahu nampak ’gabra’ .

” Saya ! Saya ! Maksud saya ...” Dia gagal berbicara. Entah kenapa , wajah tegang Nazarul menjadikan dia agak takut untuk bertentang mata dengan lelaki itu.

” Sir ! Petang ni latihan macam biasa jam 3 kan?” Satu suara mengejutkan perbualan mereka. Pelajar yang bernama Amalina keluar dari Bilik Gerakan bersama 4 pelajar lain.

” Kumpul kat sini jam 3 .” Nazarul membalas tanpa segarit senyum.


Lima pelajar tadi menapak pergi selepas mengucapkan ‘Thank you Sir.” Tahulah Erina, Nazarul itu guru Bahasa Inggeris. Dia juga sedang ‘incharge’ ‘debate’ sekolah .

” Saya pergi dulu. Ada kelas lepas rehat .” Erina meminta diri.

Nazarul hanya diam tanpa kata. Melihat dengan ekor mata gadis itu berlalu. Garang sangat ker aku tadi ! Mesti dia kata aku sombong ! Hati kecil Nazarul bersuara. Dia tidak tahu kenapa sukar untuk berkomunikasi dengan Erina.

Erina diterpa rasa bersalah dan gugup. Hairan dengan sikap Nazarul yang seperti tidak suka kepadanya . Atau apa kah sebenarnya sedang terjadi antara mereka. Tak kan lah sebab terlanggar pun nak gaduh macam tu sekali. Pelik lah Nazarul ni. Erina berfikir sendiri sambil naik ke bilik guru .


Najiha dan Erina bergerak ke kelas masing-masing. Najiha meneruskan langkah ke Blok C . Erina masuk kelas. Serentak semua pelajar berdiri memberi hormat.


Kelas dimulakan dengan sesi berkenalan lebih kurang 5 minit. Selepas itu pembelajaran dimulakan. Hampir setengah jam mengajar, Erina meminta pelajar membina ayat daripada kelompok golongan Kata Adjektif . Dia pergi dari meja ke meja melihat pelajar membuat kerja.

” Cikgu ! Wati pengsan ! ” Aminah menjerit dari meja hadapan.

Erina terkejut . Menapak pantas ke meja Wati dan Aminah .

” Macam mana boleh pengsan ni? .Panggilkan guru bertugas. ” Kata Erina lagi. Dadanya berdegup kencang. Macam mana nak ’handle’ ni.


” Siapa guru bertugas minggu ni ? ” Aminah bersuara cemas.


” Cikgu Nazarul ! ” kata Saripudin . Kelas menjadi gamat. Dahi Erina mula berkeringat.

From Kelantan With Love 2

Erina membaca sekali lagi nama yang tertera pada sampul surat yang dipegang .


Nik Erina Bt. Nik Mustafa,
Casa Indah, Lot 2241,
Hadapan Sek.Keb. Tiong,
15100, Kota Bharu, Kelantan.

” Kenapa nampak macam sedih jer ni? ” Soal Nik Faridah tiba-tiba.

Memandang Erina yang agak senyap pada pagi itu. Pagi Khamis , Nik Faridah dan Nik Mustafa sengaja mengambil cuti rehat untuk menghantar Erina ke Perak.

” Tak lah Ma. Rin rasa sayu pula nak tinggalkan mama dan papa kat rumah. Tentu rasa sunyi kan .”

” Kami dah biasa Rin. Masa Rin dan Fazli keluar belajar dulu, macam ni lah kami. Berdua jer. Kalau bosan tu, ajak Mak Su dan anak saudara papa dari Langgar dan Bunut Payung tu datang . ” Nik Faridah berujar tenang.


Dia dapat merasakan suatu hari nanti detik ini pasti tiba. Lambat-laun anak gadis itu akan dibawa pergi juga oleh bakal suaminya kelak.


” Rin. Dah siap semua kan.Kita bertolak sekarang.” Nik Mustafa mencelah perbualan dua beranak itu.


“ Kan Rin juga kata. Perak – Kelantan kan tak jauh. Dah lah. Tak elok bersedih. Mari. ” Giliran Nik Faridah memujuk perasaan hiba anak gadis itu.


” Rin ! Rin ! Ni baru nak pergi kerja. Bukan nak pergi rumah mentua! ” Nik Mustafa mengusik diikuti gelak tawa bersahaja. Nik Faridah hanya tersenyum . Erina juga menggamit senyuman ringkas.



Kereta Honda CRV Nik Mustafa meninggalkan perkarangan banglo Casa Indah. Meninggalkan S.K Tiong sehingga ke Batu 4 . Perjalanan dirasakan sekejap sahaja. Mereka tidak banyak bercerita . Nik Mustafa lebih suka memusatkan perhatian pada pemanduan. Sekali-sekala kedengaran Nik Faridah dan Erina berbual-bual. Sesekali Nik Mustafa menyampuk dengan iringan gelak ketawa.



” Rin ! Jom turun minum dulu. ” Nik Faridah mengejutkan Erina yang terlena.

” Kat Puncak Titiwangsa ni. Papa nak masuk tandas dulu. Pesan lah minuman panas. ” Ujar Nik Mustafa dan menapak pergi.

” Dah bagi tau Najiha nak datang ni kan”. Nik Faridah bersuara selepas minuman diletakkan atas meja batu.

” Dah Ma. Najiha dengan mak saudara dia dah siap cari rumah sewa . “

“ Senang lah kalau dah tahu sekolah mana nak pergi. Rumah sewa dekat. Mama tak adalah risau sangat nanti.” Tambah Nik Faridah lagi.

Erina membawa cawan Teh O panas ke mulut. Menyisip penuh perasaan lantaran cuaca sejuk dan dingin di kawasan puncak tersebut mencengkam kulit. Fikirannya menerawang . Teringat kata-kata Nik Mustafa tempoh hari.

“ Rin ! .” Bibir Nik Mustafa membuahkan senyuman .

” Papa! ” Erina sudah pun memeluk Nik Mustafa.

” Thanks Pa! Thanks Ma! ” Seru anak gadis itu lagi. Bersama senyuman kegembiraan.

“ Teringat kat siapa ni ?” Teguran Nik Mustafa mengejutkan lamunan Erina. Gadis itu hanya tersenyum manja.

” Dah siap minum? Jom ” Giliran Erina bersuara.

” Tak sabar-sabar nampak” Nik Faridah menggiat lagi. Baru anak gadis itu nampak ceria selepas menerima mesej daripada Najiha teman rapat di UPM dulu.

Kereta bergerak laju. Perjalanan kemudiannya melintasi kawsan Tasik Banding . Hampir 4 jam dalam perjalanan, mereka menjejaki Pekan Gerik. Dari situ, bertemu dengan Najiha dan mak saudaranya di hadapan Petronas Gerik.

Akhirnya mereka sampai di Taman Intan. Rumah Sewa yang dicarikan oleh Najiha.

“ Apa khabar Auntie ! Uncle ! “ Najiha menyapa mesra. Bersalaman dengan keluarga Erina yang telah dikenali sebelum ini.

” Ni lah mak saudara Jiha . Mak Su Ida. ” Kata Najiha memperkenalkan kepada ibu bapa Erina. Mak Su Ida menurutnya kerja di PPD Hulu Perak. Dia yang banyak membantu urusan permohonan GSTT dulu.

Mak Su Ida bersalaman dengan keluarga Erina.

” Jangan risau lah auntie, uncle, budak-budak ni, biar saya tolong tengok- tengokkan. Bukan jauh pun Kelantan-Gerik ni. Tiap-tiap minggu boleh balik kan. Kalau rindu kat Rin , datang jer sini selalu.” Kata Mak Su Ida ramah.

” Petang ni kami bertolak balik. ” Kata Nik Mustafa mewakili dia dan isterinya. Sepetang mereka berkemas.

” Terima kasih Ma , Papa. ” Erina berujar sebelum mereka berpisah.

” Jaga diri baik-baik .” Nik Mustafa bersuara.

Erina memeluk Nik Faridah dan Nik Mustafa bergilir-gilir. Kemudian menyalami tangan orang tua nya. Sekali lagi Honda CRV itu bergerak meninggalkan perumahan Taman Intan. Erina melambai-lambai tangan sehingga kereta hilang dari pandangan.

” Jom masuk. Tak payah sedih-sedih ya tuan puteri. Macam tak biasa pulak. Kan dulu, kau yang nak sangat bebas dari mak bapa kan!” Najiha mengusik Erina yang nampak resah sahaja.

” Biasalah tu. Lama-lama nanti Mak Su takut Rin tak nak tinggal Gerik pulak. Kat sini orang baik-baik . Jangan risau. Esok kita pergi lawat sekolah ya.

Kunjungan kali ini bukan yang pertama buat Erina. Dia pernah menjejaki Pekan Gerik tahun lepas bersama Najiha. Bezanya waktu itu dia tidak terikat dengan mana-mana pihak. Datangnya Cuma bercuti di Ipoh , rumah Najiha dan melawat Mak Su Ida di Gerik .

Hari Isnin. Hari pertama Erina dan Najiha menjejakkan kaki dan lapor diri di Sekolah Menengah Sultan Idris Shah II, Gerik. Mereka dibawa masuk ke bilik pengetua sekolah. Mereka berdua hanya duduk di bilik guru sebelum diberikan apa-apa tugasan mengajar.

” Cikgu baru pindah ker ? ” Seorang guru yang memakai tanda nama Rozaini menegur mereka dengan mesra . Mereka bersalaman.

” GSTT. Saya Erina , panggil Rin. Saya Najiha. Panggil Jiha jer.” Kata Erina mendahului Najiha .

” Opsyen aper ? ”

” Pengajian Melayu ”. Tambah Erina.

” Cikgu dari mana?” Najiha pula bertanya.

“ Panggil Kak Ros. Akak dari Penang.” Tambah cikgu wanita berumur lingkungan 30 –an itu lagi. Orangnya manis dan lemah-lembut berbahasa.

” Kat mana ada jual air mineral? “ Erina bersuara tiba-tiba.

“ Koperasi ada. Turun tangga. Kat bawah.” Kak Ros memberitahu.

” Nak gi sorang ker?” Najiha bertanya.

Erina angguk dan menapak pergi.

” Pak cik !! Nak air mineral satu ! Berapa sebotol?” Erina bersuara kea rah seorang lelaki yang sedang sibuk melayan tiga orang pelajar yang membeli buku.

“ Yang kecil ker besar?” Tanya lelaki itu. Kemudian tersenyum memandang Erina yang bertudung dan berbaju kurung biru cerah. Nampak macam baru habis belajar walaupun gadis itu sudah mencecah umur 26 tahun. Raut muka yang bersih, dan berkulit cerah.

” Kecil.”

” Cikgu baru ker?” tanya lelaki itu lagi.

” Hurmm. Saya guru sandaran . Pak Cik ada jual makanan tak kat sini? ”

” Dari mana cikgu? Bila sampai?” Pak Cik koperasi pulak banyak tanya.

” Pak Cik nak jual air ker nak jual ’minyak’ ni?,” Erina menggiat sambil menghadiahkan senyuman pendek. Terlepas ketawa PakCik koperasi dengan sindiran nakal Erina.

” Saya gurau jer ! Roti ada.” Katanya lagi.

Lelaki berkulit sedikit cerah dan tinggi itu tersenyum. Barang dan duit bertukar tangan. Boleh tahan jugak Pak Cik koperasi ni. Fikir Erina sendiri. Panggil abang pun boleh lagi ni .

Erina memusingkan badan selepas mengucapkan terima kasih . Belum tiga langkah dia menapak. Badannya terdorong ke hadapan kerana ditolak dari belakang. Serta –merta buku-buku latihan yang dipegang oleh Cikgu Nazarul jatuh ke lantai.

” Saya minta maaf cikgu! Saya minta maaf .! “ Erina bersuara kaget dan cemas kerana terlanggar seorang guru muda kat sekolah tu.

Orangnya nampak segak dan tegap. Tangan Erina menggeletar ketika hendak memberikan buku yang dikutip.

” Cikgu baru ker?” Soal guru yang memakai tanda nama Nazarul . Wajahnya serius sahaja.

” Guru Sandaran . Baru lapor diri hari ni. ”

” Patut lah . Kelam kabut semacam jer ! “ Giat Cikgu Nazarul bersahaja . Namun, tak bermaksud untuk menyindir.

Erina rasa cuak tiba-tiba. Cikgu ni, nak menyindir ker nak aper! Kalau ya pun, tak kan tak boleh senyum sikit . Kedekut sangat ! Erina naik ke tingkat atas selepas guru muda yang kelihatan kurang mesra itu berlalu.

” Lama nyer kau pergi? Beli air ker buat air ni?” Usul Najiha.

” Aku kena ’ushar’ dengan Abang Pak Cik koperasi lah.”

”Abang Pak Cik.?? Abang ker Pak Cik yang jaga kat koperasi tu?”

” Ntah ... macam Pak Cik tapi dua kali pandang macam abang pulak”

“ Nik Erina. Tak sampai sehari kita kat sekolah ni, kau dah tak betul dah? Tak boleh beza abang dengan pak cik pulak?” Najiha berujar lagi.

” Aku tahu lah Jiha. ’konpius’ sikit lah .Lupa kan jer la. Tapi kan, tadi aku ’eksiden’ dengan Cikgu lelaki nama Nazarul. Garang lah . Siap perli aku lagi.” Erina berceriat lanjut. Najiha hanya tersenyum. Macam-macam lah!

” Cikgu berdua ker yang baru lapor diri pagi tadi? Penolong Kanan panggil kat bilik dia sekarang.” Kata seorang kerani yang datang memanggil kami.

” Ya kak. Kami lah.” Najiha menjawab bagi pihak mereka. Erina Cuma memberikan senyuman sambil mengangguk tanda hormat.

” Ikut akak sekarang lah.”

Mereka masuk ke bilik Penolong Kanan Pentadbiran , nama Tn. Hj. Ahmad Hanafi bin Ibrahim tertulis pada pintu bilik.

” Duduk Erina, Najiha.” Beritahu lelaki yang membiasakan diri dengan panggilan Cikgu Hanafi itu.

”Terima kasih ” Erina mendahului dia dan Najiha.

” Kenal kan . Ni Guru Kanan Bahasa. Cikgu Mohd. Razlan Ismail. ” Seru Cikgu Hanafi lanjut.

Erina dan Najiha berpaling serentak.


” Cikgu ??? ”

Tuesday, November 24, 2009

From Kelantan With Love 1

“ Ma … pujuk lah papa.” Kata Erina lagi. Mendekati Nik Faridah yang duduk menjahit labuci dan manik di ruang tamu.

” Mana yang cantik Rin, warna oren ni ker , atau warna perak ni? ” Nik Faridah menyoal kembali.

”Ma... orang cakap dengan dia, dia tanya kita balik. Warna perak lah Ma. Baru nampak menyerlah. Baju mama ker ni? ” Tanya Erina kembali.

Nik Faridah senyum meleret. Sekilas memandang muka anak gadisnya .

” Baju kawan mama . Dia minta jahitkan manik . Katanya nak pakai pergi majlis sekolah nanti. ” Terang Nik Faridah .

” Kawan mana? Rin kenal tak? ”

“ Cikgu Rosmini. Cikgu Geografi Rin dulu. Ingat?” Sela Nik Faridah lagi.


Erina mengerutkan dahi sekejap. Mengingati bekas gurunya semasa dia belajar di Sek.Men.Kota , Kota Bharu. Kini hampir enam tahun dia meninggalkan sekolah itu selepas tamat pengajian di UPM. Dua tahun ini dia masih menganggur kerana belum mendapat pekerjaan yang sesuai.

Erina pernah memohon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) , dan Diploma Pendidikan , namun masih belum dapat peluang menyambung pelajaran. Terbaru dia dan rakannya dari Ipoh, secara senyap-senyap memohon kekosongan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di bahagian Hulu Perak dan ternyata rezekinya ada di situ.

” Ma, cakap dengan papa nanti ya !! Rin nak sangat pergi sana. Bosan lah goyang kaki kat rumah.
Mama dan papa hari-hari pergi kerja. Rin kat rumah ni sorang-sorang.” Tambah Erina lagi.

Nik Faridah , Guru Kanan di S.M.K Kota, manakala Nik Mustafa pula, sebagai Penolong Pengarah Bahasa Melayu, di JPN Kelantan. Keadaan ini menjadikan rumah banglo itu sunyi pada hari kerja dan Erina menjadi penunggu sepi saban hari menantikan ibu bapa nya pulang .

” Rin kan tahu kami kerja. Kalau bosan, Rin pergi lah rumah Abang Fazli. ” Ujar Nik Fraidah merujuk kepada anak sulungnya Nik Fazli Nik Mustafa yang berkerja sebagai pensyarah Kesusasteraan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM, Pulau Pinang.

” Mama ni. Rin dah bosan lah. Tahun lepas pun dah dua kali pergi sana. ”

” Rin kan tahu. Papa tak bagi Rin kerja jauh-jauh . Setakat makan-minum, nak ’shopping’ tu semua , mama dan papa boleh tanggung lagi. Rin dan Fazli jer anak mama dan papa. Kalau dua-dua pergi, sunyi sepi lah banglo papa ni.” Nik Faridah berujar kembali.

” Mama. Kami dah susah payah hantar permohonan. Najiha tu, dari Ipoh sanggup turun Gerik minta tolong mak saudara dia uruskan permohonan kami dulu. Kesian lah Ma. Orang dah susah-susah tolong, tak baik kalau Rin menolak. “ Erina berujar lagi.

Dia sangat mengharapkan Nik Faridah memujuk Nik Mustafa membenarkan dia berhijrah untuk kerja. Erina masih ingat tahun lepas dia berkunjung ke Ipoh dan Najiha mengajaknya ke PPD Hulu Perak . Di situ lah segala-galanya bermula.

“ Mama bincang dengan papa malam ni. Tapi Rin pun kena ada sekali.” Kata Nik Faridah lagi.

” Kalau papa tak bagi juga?” Soal Erina balik.

” Nak merajuk lah tu? Haa...jangan nak pergi rumah Mak Su kat Langgar tu. Mak Su tu, dah banyak masalah. Jangan Rin pergi ’top up ’ lagi ’problema’ dia. ” Tambah Nik Faridah berjenaka.

” Hurmm... mama ni. Mak Su tu bujang lagi kan. Kalau Rin duduk sana pun tak ada orang marah lah . Papa tu, tak sayang dengan Rin. Kalau sayang, mesti papa bagi Rin buat apa yang Rin nak. ” Tambah Erina lagi.

” Rin nak apa lagi? Tak cukup lagi dalam rumah ni?”

” B.E.B.A.S ” Jawab Erina sepatah .Malah perkataan itu siap dieja.

” Tu lah... anak dara zaman sekarang. Duduk senang-lenang dengan orang tua pun tak cukup lagi. Nak juga keluar . Kat luar tu, Rin tak tahu apa yang menunggu. ” Nik Faridah mula bersyarah .


” Sayanggg mama.” Erina tidak mahu memanjangkan hal itu. Dengan segera dia memeluk bahu wanita 49 tahun itu dengan manja.


” Eh ! Eh ! Eh... nanti habis lah manik ni. ” Nik Faridah mengomel. Seraya menarik baju yang sedang diperkemas jahitan manik itu.


” Cantik la ma... kalau Rin kahwin nanti, mama jahitkan labuci dan manik yang ’vouge’ tahu. Yang ’merelip-merelip’ kata orang.” Erina bergurau lagi.


” Haa... ada hati nak kahwin nampak. Kena ’interview’ dengan papa dulu. Papa tu, kalau bukan orang Kelantan, payah sikit nak lepas anak dara dia ni. Tengok Abang Fazli. Lekat dengan ’anak mami’ , jauh lah dengan keluarga.” Nik Faridah menambah kembali.


Erina ketawa melihat emosi Nik Faridah yang cemas. Risau sangat anak gadis kesayangan itu berkahwin dengan orang luar.


” Mama ni. Nanti Rin kahwin dengan orang jauh baru tahu. Baru mama dengan papa hari-hari jadi ’pungguk merindui bulan’ .”

” Hurmmm... tuu... bunyi kereta masuk. Papa dah balik tu,” Kata Nik Faridah . Bangun ke muka pintu rumah dua tingkat bertema klasik itu.


Erina juga mengekori Nik Faridah ke muka pintu. Mengharap ’mood’ Nik Mustafa baik hari itu.

“ Abang dah makan?” Soal Nik Faridah selepas Nik Mustafa melabuhkan punggung di sofa . Erina mengambil posisi yang berhadapan.

“ Ada mesyuarat aper ni. Nampak ada benda jer?” Ujar Nik Mustafa yang berteka-teki melihat muka Erina yang senyum semacam. Isterinya pula senyum sampai ke telinga .

” Bang! Erina ni lah. Biar lah dia pergi bang. Ubah angin. Kerja pun bagus. Bukan lama. Kontrak jer kan.” Nik Faridah berujar selepas duduk di sebelah Nik Mustafa.

” Papa nak minum. Rin buat kan air nak?” Erina bermanja-manja untuk mendapatkan perhatian.

” Papa kenyang. Tadi, singgah kat New Horizon Garden dulu sebelum balik. Ada orang belanja makan.” Kata Nik Mustafa. Perjalanan dari New Horizon Garden di Batu 4 , mengambil masa tidak sampai 15 minit ke banglo mereka yang terletak di hadapan Sek.Keb. Tiong .

” Laki ke perempuan Pa?” Usik Erina .

” Kalau perempuan pun kenapa?”

” Ha ha ha... mama ’jeles’ nanti.”

” Siapa lah nak megurat papa Rin ni, dah masuk 49 tahun .” Nik Faridah pula menambah.

” Jangan Mama. Zaman sekarang, stail anak dara nak kat suami orang.

’Trend’ ma. Papa ni, jangan kata tua. Kacak. Segak. Rambut putih sikit tak apa, tapi tegap lagi ma. Ada karier lagi. ’Taste’ perempuan zaman moden tu. ” Erina mengusik Nik Faridah lagi. Nik Mustafa tersenyum pendek. Erina ni! Macam-macam idea !

” Anak dara mana lah ada ’taste’ kat orang tua Rin. ”

”Hishh... mama ni. Yang tua la banyak pengalaman. Nanti Rin kawin lelaki tua kang, terkejut mama.” Erina berujar sambil ketawa manja.

” Kalau ’handsome’ macam papa , nak juga Rin. Ada ‘taste’ orang kata.”

“ Hishh… cakap tu berlapik sikit. Nanti ’masin mulut’ tu, haa.... berperang lah dengan Nik Mustafa tu.” Nik Faridah pula berjenaka.

Tidak sanggup dia bayangkan anak gadis kesayangannya kalau berkahwin dengan lelaki sebaya Nik Mustafa. Zaman sekarang ! Macam-macam boleh jadi. Mintak jauh lah. Kalau boleh biar muda sama muda. Bujang sama bujang. Dara sama teruna. Fikirannya melayang sejenak.

” Macam mana bang? ” Nik Faridah mengujar lagi.

” Rin betul-betul dah fikir habis. Jadi guru sandaran ni bukan senang Rin. Kalau dah masuk kontrak, susah nak keluar. Tak takut kena hantar jauh-jauh. Hulu Perak bukan kecil Rin. Luas. Lenggong, Gerik, Pengkalan Hulu. Belum tahu dapat daerah mana.” Nik Mustafa bersuara selepas lama menyepi.

”Papa. Rin nak sangat pergi sana Pa. Najiha kan ada. Rin duduk sama-sama dia nanti ” Erina memujuk lagi.

Kali ini anak gadis itu sudah pun bertenggek di sebelah Nik Mustafa. Mohon diberi restu meninggalkan keluarga. Nik Mustafa menarik nafas pendek. Menggosok-gosok bahu Erina.


Anak itu tiada dua . Erina lah satu-satu anak peremuannya. Fazli sudah kerja jauh-jauh. Kalau boleh hatinya berat melepaskan Erina pergi. Tapi sampai bila dia boleh merantai anak itu. Suatu masa nanti, anak gadis itu terpaksa juga dilepaskan kepada suaminya.


Nik Faridah merenung suaminya. Menunggu bilah-bilah bicara dari mulut lelaki itu.

” Boleh lah papa. Rin janji. Rin akan selalu pulang. Bukan jauh Pa. Perak dengan Kelantan. Rin akan fon papa dan mama setiap hari. Boleh ya Pa!!”

Erina merenung Nik Faridah sekali lagi minta simpati.

Nik Mustafa sekali lagi menghela nafas pendek sebelum memberi kata putus.

” Rin !”

Monday, November 23, 2009

Semalam Yang Pergi ....

Tahun 2009 bakal berakhir tak lama lagi .
Bersama iringan doa dan restu
buat semua anak didik SMK SIS II, yang menduduki SPM dan STPM tahun 2009 ..........




Slot Jalan-Jalan Sambil Main .......



Anak Kucing Yang Ditinggalkan Kesepian dan Kekosongan
bersama ruang masa yang tidak bertepi.....


Lepas makan KFC , kita main ni pulak.......



Sunday, November 22, 2009

DRAF BAHAS : INSTITUSI KELUARGA PUNCA MASALAH SOSIAL REMAJA

Pihak Kerajaan : Perdana Menteri .


Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, barisan pembangkang yang digeruni dan para hadirin yang dimuliakan. Sebelum kaki mengorak langkah, sebelum bibir mengatur kata, salam sejahtera dan selamat petang saya ucapkan.

Bunga cempaka tumbuh melata,
Burung berkicau di balik pohonan,
Lafaz Bismillah pembuka kata
Gelanggang debat saya mulakan.

Sidang hadirin dan hadirat yang dimuliakan.

Sebagai pencadang pertama, saya tetap menegaskan institusi keluarga dapat menyelesaikan masalah sosial remaja. Institusi keluarga dalam erti kata sebenar ialah kumpulan yang terdiri daripada ibu, bapa, dan anak-anak. Remaja ialah golongan individu yang berumur antara 13 hingga 21 tahun. Masalah sosial pula didefinisikan sebagai hal-hal negatif atau tidak baik yang sering terjadi seperti vandalisme, budaya lepak, lari dari rumah, merokok, menagih dadah dan sebagainya.

Wahai pembangkang yang budiman, hujah saya yang pertama ialah di bawah indikator institusi keluarga membentuk masa depan remaja.

Hal ini saya perhalusi melalui kenyataan bahawa institusi keluarga mampu menjadi ’role model’ kapada anak-anak. Ibu bapa yang berjaya sememangnya menjadi pendorong kepada anak-anak untuk berjaya dalam kehidupan mereka.

Kelakuan ibu bapa menjadi perhatian dan tarikan anak-anak.Hal ini seperti kata pepatah Melayu ’Bagaimana Kuih Begitulah Acuannya’. Anak-anak yang baik dan berjaya datang dari sebuah institusi keluarga yang mapan.Ibu bapa mampu membentuk anak-anak ke jalan yang benar dan mengelak mereka daripada terjerumus dalam gejala sosial yang tidak baik. Oleh itu jelaslah, bahawa institusi keluarga dapat menyelesaikan masalah sosial remaja.
Sekian, terima kasih.



Pihak Kerajaan : Menteri Kedua.

Sidang hadirin dan hadirat yang dimuliakan.

Sebagai Menteri Kedua, saya juga ingin menegaskan bahawa institusi keluarga dapat menyelesaikan masalah sosial remaja. Hujah yang kedua ini, saya bawa atas kata mustajab institusi keluarga melahirkan remaja penyayang.

Wahai pihak pembangkang, seperti kita maklum, salah satu cabaran wawasan 2020 ialah melahirkan masyarakat penyayang. Justeru, untuk melahirkan masyarakat penyayang, bermula dari rumah dengan melahirkan keluarga penyayang. Anak-anak yang penyayang datang daripada sikap ibu bapa dan ahli keluarga yang saling sayang-menyayangi dan seterusnya menghindar para remaja daripada berkeliaran di luar rumah dan melakukan gejala yang tidak baik.

keluarga mampu membentuk kasih sayang, kerana ibu dan bapa lebih mengenali anak-anak merea, tahu perangai dan kehendak mereka, dan boleh berkongsi masalah dengan mereka, sama ada masalah material atau peribadi.Manakala, hubungan ibu bapa yang baik akan juga melunaskan hubungan yang jernih antara adi-beradik. Justeru, apabila berada di luar merea juga aan membawa sikap toleransi dan hormat-menghormati sesama mereka, maka gejala sosial tidak akan timbul. Remaja penyayang merangumi remaja yang menyayangi diri sendiri dan menghargai diri serta orang lain, jadi mereka tidak akan merosakkan masa depan sendiri. Sekian, terima kasih.


Pihak Kerajaan : Menteri Ketiga.

Sidang hadirin dan hadirat yang dimuliakan.

Selaku Menteri Ketiga, saya sekali lagi mempertahankan tunjang kami iaitu institusi keluarga dapat menyelesaikan masalah sosial remaja.
Justeru, suka saya melaungkan hujah kami yang ketiga atas aksara kata institusi keluarga membentuk peribadi mulia remaja.

Wahai pihak pembangkang yang tidak kami gentar, peribadi mulia remaja merupakan benteng yang kukuh menghalang remaja melakukan gejala sosial. Peribadi mulia ini tidak lain dicorakkan oleh sebuah institusi keluarga yang mapan, jitu dan berjiwa murni. Ibu bapa menjadi pembentuk agama kepada anak-anak, ibu bapa yang mencorakkan dan mewarnai masa depan anak-anak. Pegangan agama ibu bapa juga menjadi nadi pegangan anak-anak.

, pegangan agama yang kukuh warisan ibu bapa mereka, merupakan benteng kepada remaja bertindak liar. Kesejahteraan di bawah naungan keluarga menjadikan remaja sentiasa bersiap sedia melawan arus gejala sosial. Ibu bapa menjadi nadi dalam membentuk sahsiah remaja kerana anak-anak yang baik itu lahir dari keluarga yang baik.Anak-ana yang cemerlang peribadi, lahir daripada keluarga yang cemerlang sahsiahnya. Tuntasnya, peribadi mulia remaja terbentuk daripada peribadi cemerlang keluarga. Justeru jelaslah, institusi keluarga dapat menyelesaikan masalah sosial remaja.
Sekian, terima kasih.

Penggulung.

Menteri Kedua

Selaku Menteri Kedua, sekali lagi saya berdiri untuk menegakkan panji-panji pihak kerajaan bahawa institusi keluarga dapat menyelesaikan masalah sosial remaja.
Suka saya merumuskan hujah kami kepada tiga ujana iaitu institusi keluarga membentuk peribadi mulia remaja, institusi keluarga melahirkan remaja penyayang dan institusi keluarga membentuk peribadi mulia remaja. Sekian, terima kasih.



Ketua Pembangkang :

Tembikai susu kelapa muda,
Pembasuh mulut jadi hidangan,
Salam sejahtera pembuka bicara,
Gelanggang debat saya mulakan.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, barisan kerajaan yang digeruni dan para hadirin yang dimuliakan. Sebelum kaki mengorak langkah, sebelum bibir mengatur kata, salam sejahtera dan selamat petang saya ucapkan.

Hujah pihak pembangkang yang pertama saya bawa, atas kata kunci institusi keluarga menyumbang kepada jenayah remaja.

Masalah jenayah sosial semakin meningkat pada masa ini. Ini terbukti dengan bertambahnya kes memeras ugut, mencuri, merogol, menagih dadah, dan menelan pil khayal yang dilakukan oleh remaja. Jenayah juvana merupakan masalah negara dan berlaku disebabkan oleh faktor
kelemahan institusi kekeluargaan. Kurangnya perhatian kepada anak-anak menyebabkan gejala ini berlaku.

Ibu bapa sibuk bekerja sehingga tidak ada masa memberikan perhatian kepada anak-anak. Ada ibu bapa yang tidak berjumpa dengan anak-anak kerana kesukaran mereka bekerja. Anak-anak dibiarkan bebas tanpa kawalan. Kerenggangan ini menyebabkan institusi keluarga runtuh dan remaja menjerumuskan diri kepada kegiatan-kegiatan jenayah.
Jadi, pihak kerajaan tentu sudah goyah dengan hujah ini. Sekian, terima kasih.

Pembangkang Kedua

Saya mewakili pihak pembangkang kedua membawa hujah atas aksara masalah rumah tangga membawa kepincangan institusi keluarga . Hal ini lebih jelas kalau dilihat kepada Institusi keluarga yang porak- peranda , tidak ada keharmonian dalam rumah tangga juga merupakan punca masalah remaja.

Apabila keluarga porak peranda, maka tidak ada ketenangan dalam sesebuah institusi keluarga juga menyebabkan anak-anak berasa benci duduk di rumah. Mereka ini terdorong untuk melakukan jenayah.

Justeru jelaslah bahawa institusi keluarga tidak dapat menyelesaikan masalah sosial remaja. Sekian terima kasih.

Pembangkang Ketiga

Saya seterusnya mewakili pembangang ketiga, akan membawakan hujah tekanan kewangan keluarga mendatangkan kesan remaja melakukan jenayah sosial.
Tekanan kewangan juga menyebabkan remaja melakukan jenayah. Lazimnya golongan remaja gemar akan sesuatu yang berunsurkan keseronokan seperti pakaian yang berjenama, berbelanja besar, ingin memiliki telefon bimbit yang terkini, dan memiliki motosikal berkuasa tinggi.

Semua keinginan ini memerlukan wang yang banyak, sedangkan mereka tidak berupaya untuk
mencari wang. Faktor ini menyebabkan remaja mencuri dan menipu untuk mendapatkan wang. Bayangkan, sesebuah institusi keluarga akan gagal jika anak-anak terlalu dimewahkan dengan material. Langsung hal ini menjurus kepada jenayah sosial dalam kalangan remaja. Jadi, wahai pihak kerajaan yang budiman, sedarlah bahawa institusi keluarga tidak dapat menyelsaikan masalah sosial remaja.


Penggulungan :

Saya pembangkang kedua akan menggulung hujah kami ,Masalah jenayah juvana semakin meningkat disebabkan oleh faktor utama institusi kekeluargaan yang gagal. Institusi keluarga sememangnya tidak dapat menyelesaikan masalah sosial kerana dalam institusi keluarga sendiri berlakunya porak peranda, kacau-bilau, dan pincang.
Sekian, terima kasih.


Semoga boleh dijadikan panduan atau asas untuk menulis skrip perbahasan anda. Skrip ini tidak lengkap. Sila lengkapkan berdasarkan rangka yang diberi. TQ ...

Saturday, November 21, 2009

Anak Mak Cik Kantin VS Anak Pengetua .

” Hoii.... nak buat kerja ker aper ni??” Satu suara tiba-tiba menderu keras setelah kakinya disimbahi air dari baldi biru yang dipegang.

” Hei ! Tak nampak ker aku tengah buat kerja ni? Jalan pakai mata, bukan pakai lutut ! ” Dia menjawab balik.

” Patut lah, kau jalan pakai mata kau buat kerja tak pakai mata ! Pakai lutut ?? Tengok habis basah kain aku ni. Aku ’report’ dengan cikgu nanti!” Ujar Ria sambil memegang kain baju kurung yang basah di hujung.

” Kalau kau dah habis cakap, boleh ’blah’. Aku nak mop lantai ni.” Kata lelaki itu lagi.

” Tak guna betul budak ni. Hoi budak kantin! Kalau aku mengadu dengan cikgu, kau boleh kena buang kerja tau. Sebab mengganggu pelajar sekolah.” Ria berujar dengan lebih berani.

” Aku tak takut . Setakat kain basah kena simbah air pun nak mengadu, apa kes. Anak manja lah tu. Tak padan dah besar panjang. Manja kalah budak sekolah rendah.” Kata lelaki itu lagi.

” Aper kau cakap? Hoi... budak tak sekolah! Padan lah kau kerja macam ni, tak sekolah , tak ada budi bahasa betul!! Siap lah kau. Aku bagi tau dengan bos kau nanti. ” Ria mengugut lagi kerana panas hati dengan kata-kata lelaki itu.

” Ria , kenapa ni? Kau gaduh ek? ” Rina dan Miza datang menggamit.

” Tu lah... Tuuu... budak kantin tak reti bahasa tu. Budak tak sekolah tuu. Habis kain aku basah.” Kata Ria lagi.

” Sudah lah. Jom balik asrama. Dah petang ni. Lepas ni nak bersiap. Kan malam ni ada kelas malam. ” Miza memujuk aku yang jenis mudah ’naik hangin’ .

Ria memandang ke arah kantin. Budak tadi dah pun masuk ke dalam. Dia akan memberitahu hal itu pada cikgu nanti. Dia tak akan bagi muka.

Kelas malam berjalan lancar. Ria Amira dan rakan-rakannya masuk dalam kumpulan A kelas Bahasa Melayu di bawah seliaan Cikgu Aini. Mereka tengah belajar di Blok F .

” Baik lah, cikgu nak kamu semua cari 5 isi untuk tajuk ni.” Suara tegas Cikgu Aini kedengaran .

” Susah tajuk ni cikgu , bagi satu isi lah cikgu! ” Suara nakal Fizi, budak paling nakal dalam kelas kedengaran. Cikgu Aini yang terlebih maklum hal itu hanya senyum meleret.

” Cikgu, boleh ker kalau kita bagi kesan baik dan kesan buruk sekali atau macam mana?” Tanya Rina merujuk kepada tajuk soalan itu , Implikasi Pembangunan Kepada Masyarakat .

” Buuuu....” Satu sorakan kecil berbunyi . Sengaja dibuat oleh pelajar lelaki yang nakal kerana Rina budak pintar , yang selalu mendapat perhatian cikgu.

” Kelas, jangan bising. Boleh Rina. Awak boleh bagi kedua-duanya sekali.” Kata Cikgu Aini lagi.

” Cikgu nak contoh sekali ker?” Fizi bersuara lagi.

” Fizi, kalau kamu tak buat sekarang, saya tak akan lepas kamu semua pulang pukul 9 . Saya akan tambah masa.” Cikgu Aini bersuara lagi.

” Baik cikgu! Baik cikgu! Saya buat.” Fizi menjawab balik dan bergerak kepada kumpulannya.

” Ni.... cuba baca, sesuai tak?” Ria memberi kertas yang sudah ditulis sebentar tadi kepada Rina, yang digelar budak bijak dalan kelas itu.


” Emmm...aku rasa ’okay’ ... hmmm... pandai jugak kau yer! ” Kata Rina .Miza tersenyum pandang Ria.

“Tengok orang lah beb! “ Ria bersahaja. Kemudian mengangkat kening dua kali.

”Aku ingat kau pandai gaduh jer!” Kata Miza lanjut. Mereka berdua ketawa tiba-tiba terkenangkan peristiwa Ria dengan budak kantin petang tadi.

”Hei Ria!! Budak kantin tadi ’smart’ jugak kan! Tapi sayang tak sekolah!” Kata Miza . Rina dan Asni hanya diam sambil menulis isi karangan dengan contoh.

” Hoii... tak der maknanya ’smart’ ... bagi ’free’ pun aku tak nak. Dah lah panjang kalah kan aper... perangai tak senonoh. Sombong . Berlagak dengan kerja mop lantai dia tu.” Tambah Ria lagi.

”Hisshh... Tak baik Ria kau kata dia macam tu. Dah lah... kita sambung karangan ni. Marah pulak cikgu nanti kalau tak siap.” Rina menghentikan perbualan kami.

” Baik. Bagus Rina. Tahniah untuk kumpulan Rina kerana hasil karangan terbaik malam ni. ” Cikgu Aini berujar selepas karangan terakhir dari kumpulan Rina dibacakan. Ria, Miza, dan Asni bertepuk tangan.

” Alah cikgu.... mana aci !!! .. kumpula diorang duduk geng ’terer’ semua. Kumpulan saya geng tak ’terer’ cikgu.” Fizi bersuara tak puas hati.

” Bukan tu hal nya Fizi. Pokok nyer kamu kena bincang dan fikir kan isi-isi yang sesuai. Kan ada buku rujukan. Pandai-pandai lah guna.” Kata Cikgu Aini.

” Mana ader cikgu! Pokok nya kelapa lah cikgu ... “ Tambah Fizi bergurau.

“Ha ha ha ha ha ha………” Gamat kelas itu dengan ketawa geng budak nakal.

Laungan terima kasih cikgu bergema lanjut selepas pukul 9.05 minit malam. Pelajar keluar dari kelas untuk pulang kerana kelas BI yang sepatutnya berlangsung selepas itu dibatalkan kerana cikgu berkursus di luar daerah .

******************

Waktu rehat telah tiba. Kumpulan Ria Amira juga bergerak ke kantin sekolah. Ramai pelajar yang berbaris membeli makanan. Mereka juga tak ketinggalan.

” Mana air? ” Tanya Rina.

” Aku pergi beli lah, kau nak air aper ? Miza ? ”

” Macam biasa lah beb ! Senang kira ” Miza mendahului dia dan Rina.

Ria memegang tiga gelas air di tangannya. Selepas membayar harga minuman, dia bergerak melulu . Matanya lebih menumpukan Rina dan Miza yang sudah melambai-lambai.

Tanpa disangka-sangka dia terlanggar seseorang dan air telah tumpah membasahi baju seragamnya.

“ Ngeee… aper ni? Main langgar orang ni?” Ria meninggikan suara. Pelajar lain yang melihat kejadian itu segera memanggil pengawas yang bertugas jaga kantin.

” Tak sengaja! Tak sengaja ” kata pelajar itu . Dia tersilap langkah. Kerana nak cepat dia juga tidak pandang hadapan dengan cermat.

“ Ni tak sengaja jugak ni . Amik kau ! ” Ria Amira sudah pun menjirus pelajar itu dengan setengah gelas air sirap yang ada di tepi meja .

”Kau ?”

” Kau?? budak tak sekolah??”

* * * * * * *

” Selamat Datang ke SM SIS II, kamu boleh duduk sebelah dengan Fizi.” Kata Cikgu Rohana, guru kelas 5 Sains 1 .

” Terima kasih cikgu ” Jawab Nazarul berbahasa . Dia meleretkan senyuman kepada rakan sekelasnya dan melabuhkan punggung di sebelah Fizi .


Kelas berjalan seperti biasa . Nazarul tidak sedar akan sepasang mata yang sedang menyorotinya dengan perasaan marah dan benci yang membara.

Hari Isnin menjelma. Nazarul belajar di sekolah baru selepas berpindah dari Kelantan mengikut keluarganya. Pagi itu , kumpulan Ria Amira sedang kusyuk menjalankan ujikaji dalam makmal . Cikgu Rohana sedang menerangkan sesuatu kepada tiga orang pelajar yang sedang bertanya kepadanya di meja guru.

” Dah tulis formula tu betul-betul? ” Rina budak bijak minta kepastian.

“ Dah ‘mem’ “ Ria mengusik manja.
” Hmmm.... sambil tu, kau tengok cikgu jugak ya , aku nak ’bergosip’ sikit ni.” Kata Miza tiba-tiba. Asni dan Farah yang tunduk menulis , tiba-tiba bengah kepala.

”Miza, kau ni bab ’gosip’ nombor satu ya! ” Ria tiba-tiba ketuk belakang tangan Miza dengan pen.

” Kau tau kan budak kantin tu , dia sekarang tengah ’hot’ dengan budak 4 Sains 1 . Budak comel tu, saper ker namanyer? Haa.. Siti Syuhada , pustakawan tu. Aku nampak minggu lepas, diorang buat ’study group’ kat kantin. Budak tu yang belanja makan dan minum. Maklum lah anak tauke kantin katakan.” Lancar mulut Miza berceloteh.

” Malas aku dengar cerita budak tu. Nak muntah . Uwekkk..” Ria memberi isyarat marah dan benci. Dia tiba-tiba teringat peristiwa di bilik disiplin , selepas kes tertumpah air di kantin hari itu. Tak sangka , budak kantin tu pelajar baru kat sekolah tu, anak mak cik kantin pulak.

“ Kamu tak boleh buat macam tu Ria. Nazarul tak bersalah. Dia pelajar baru di sini. Patutnya kamu menunjukkan identiti yang baik untuk sekolah ni.” Panjang lebar Ria Amira kena basuh dengan Cikgu Hazim, guru disiplin paling garang kat sekolah.


Yang tak boleh lupa ialah masa tu juga, Haji Nazman , pengetua sekolah masuk ke situ. Jatuh ditimpa tangga ! .


” Minta maaf dengan Nazarul.” Haji Nazman bersuara. Pandangannya tegas.

” Cikgu. Saya pun minta maaf. Nazarul baru masuk sekolah ni. Saya baru nak bawa dia ke pejabat lepas rehat. Tak sangka jadi macam ni,” Kata maknya, selaku bos kantin sekolah.

” Tak per. Anak saya yang salah. Ria Amira !! “ Suara Haji Nazman sekali lagi kedengaran.

” Saya minta maaf.”

”Saya juga minta maaf” Nazarul berujar .

“Kes ditutup” Kata cikgu disiplin itu dan mereka bersurai. Kecuali Haji Nazman dan Ria Amira.

” Apa dah jadi ni sayang? Anak papa ni , kenapa suka cari gaduh?” Haji Nazman bertanya lembut. Tiada lagi suara keras dan tegas berbaur.

” Dia yang salah Pa. Dah dua kali dia buat salah kat Ria. Benci ahhh budak tu.” Ria Amira memintal-mintal hujung tudung sekolah yang dipakainya.

” Papa tak nak anak papa terkenal dengan kes-kes macam ni tau! Ni ’last warning’ . Kalau jadi lagi kes disiplin, papa hantar Ria duduk dengan nenek .” Haji Nazarul bersuara keras sedikit daripada tadi.

” Masuk kelas .” Arah Haji Nazman. Ria bergerak ke kelas 5 Sains 1 .

“ Hoi …. Minah ? Angau ker? “ Sergah Miza. Rina dan yang lain dah ke depan menunjukkan hasil kajian kepada cikgu. Ria tersedar dari lamunan. Dia bangun mengekori Miza.

Tiba-tiba pen yang dipegang terlepas dari tangan. Ria Amira tunduk . Nazarul yang hendak ke depan juga tunduk untuk mengambil pen itu yang jatuh di hujung kakinya. Ketika kedua-dua bangun, dahi mereka berlaga.

” Hei... bagi ..pen aku lah...” Ria Amira berkata keras dan marah.

” Aku tolong ambil jer .” Kata Nazarul masih tertib.

” Aku tak suka kau tolong aku .Letak balik pen tu . Jangan perasan ek!! ”

” Sombong ! Hipokrit! Anak manja ! ” Balas Nazarul dan bergerak pergi selepas pen ditinggalkan atas meja.

Ria Amira tetap tak puas hati. Dia melangkah ke depan.

”Ria.!! Kau ni jangan buat hal. Nanti papa kau tahu, Susah pulak. ” Miza tiba-tiba menahan.

” Aku geram lah budak tu, Sakit hati betul. Siap dia nanti. Aku nak kau tolong aku boleh?”

” Tolong aper?”

” Kau giler?”

* * * * * * *

Pasukan bola sepak sekolah telah muncul Johan Peringkat Daerah Hulu Perak Bawah 18 dan Bawah 15 . Mohd. Nazarul Bin Mohd. Noor anak mak cik kantin sekolah menyandang pemain terbaik Bawah 18 , peringkat daerah .


Satu sekolah bersorak bangga . Nama Nazarul semakin hari makin meniti di bibir pelajar SM SIS II. Malah, peminatnya semakin bertambah dengan kehebatannya bermain bola sepak dan kepintarannya dalam peperiksaan.

” Rul . Mari makan dulu. ” Kata mak cik kantin selaku emaknya. Petang itu selepas latihan sukan, dia dan rakan-rakannya berehat di kantin sekolah.


” Mak cik , bagi teh ais ’cow- cow ’ punyer 5 ya ! Cucur udang satu pinggan! “ Fizi teman rapat Nazarul di kelas membuat pesanan.

“ Hoi… nak aku bankrap ker?” Nazarul mengusik. Mak cik kantin ketawa pendek. Datang bersama makanan dan minuman.

” Sekali-sekala Rul. Biar lah. ” Kata emaknya mesra melayan rakan-rakan anaknya .

Kumpulan Ria Amira , Miza , Rina dan Asni masuk ke kantin. Mereka beratur di bahagian tempat membeli minuman.

” Ria . Apa khabar?” Tegur mak cik kantin mesra.

”Baik mak cik. ” Balasnya berbahasa dan menghormati orang tua. Biar lah, aku cuma bermusuhan dengan anaknya bukan emaknya. Hati Ria berdetik.

Kumpulan Nazarul dan Fizi memandang sahaja ke arah mereka.

” Ria tu macam mana Rul? Betul ker kau rapat dengan Siti Syuhada tingkatan 4 ?” Fizi bersoal. Matanya melirik ke aras Ria Amira , pelajar paling ’giler-giler’ kat sekolah tapi cantik dan bijak.

” Hissh... aku tolong dia ajar Kimia . Tu jer. Dah nak SPM. Tak nak lah main cinta-cinta ni. Nak masuk ’U ’ dulu. Nak bela nasib keluarga.” Kata Nazarul lagi.

Serius dan tenang. Sesekali matanya menangkap wajah Ria Amira. Hatinya berdetik kecil. Ria cukup cantik tapi ’pedas’ .Orangnya garang macam bapanya.

” Tau .. tak per... kita belajar dulu . ” Tambah Fikri rakan sekelas. Yang lain juga tetawa dengan gaya Fikri meniru lagak cikgu disiplin .


Mereka berjalan pulang sehingga hampir ke asrama. Jam menujukkan pukul 5.30 petang.

” Alamak! Beg kasut aku ! Kat kantin lah! ” Ria teringat beg itu tertinggal.

” Adoi ... minah ni...aku malas nak patah balik. Nak mandi. Malam ni ada kelas. ” Rina mewakili Miza dan yang lain bersuara.

” No hal... korang pergi dulu. Nanti aku datang.” Ria berujar dan berpatah balik ke kantin sekolah.

Ria berlari ke arah meja yang mereka duduk tadi dengan pantas dan terburu-buru waktu. Dia tidak tahu lantai itu baru lepas mop dan masih licin.

”Ria !! ” Serentak , Ria jatuh terjelepok di tepi meja kerana cuai dan nak cepat.

” Aduhh...Tak boleh gerak kaki.” Ria mengaduh kesakitan.

Masa tu badannya sudah diangkat oleh Nazarul . Dia yang baru hendak mengambil motosikal untuk pulang terkejut kerana kedua-dua tayar motor nya telah pancit . Dia tidak tahu siapa yang berdendam dengannya. Masa tu lah, dia melihat anak pengetua itu jatuh.

” Ria ... kau ’okay’ tak?? ” Nazarul bersuara cemas.

” Kau jahat lah... jangan pegang aku. Pergi....aku benci ! Aku benci kau! ” Ria menjerit kuat . Nazarul tetap bertenang dan memegang peajar itu yang menahan sakit tapi tetap berdegil.

” Kaki kau ni terseliuh. Aku panggil cikgu ya . Mari aku bawa kau duduk dulu,” Kata Nazarul lagi.

” Tak nak lah.... budak jahat . Tak sedar diri. Pergi.” Kali ini Ria Amira menolak Nazarul dengan sekuat hati. Dek kerana lantai yang licin, Nazarul hilang imbangan . Dia terhenyak ke belakang dan kepalanya terhantuk pada kerusi kayu yang panjang . Pandangan Nazarul kelam serta-merta.

” Rul.............” Ria berteriak..

” Cikgu ! Tolonggg......”

* * * * * * * *

” Ria. Mari makan dulu.” Papa memujuk lagi.

Ria Amira masih menangis. Haji Nazman datang menghampiri katil anak kesayangannya.

” Ria sayang ! … papa faham. Mari makan dulu.”
” Papa. Papa benci Ria tak?”

Haji Nazman memeluk Ria Amira . Anak manja itu menangis di bahunya. Masuk kali ni, tak tahu berapa kali anak itu menangis. Menangis dan menangis.


”Papa sayang sangat kat Ria. Papa tak boleh hidup tanpa Ria. Ria kena kuat . Ria nak ambil SPM tahun ni kan? Papa nak Ria berjaya. Ria kan nak masuk UITM, nak jadi akauntan. Ria kena tabah.” Kata Haji Nazman lagi.

Haji Nazman turut sedih, Kalau lah isterinya masih ada, tentu Ria tak jadi macam ni. Ria tentu akan jadi gadis lemah-lembut, pemalu dan ayu seperti ibunya. Kini, Ria seorang gadis yang lasak, garang dan agak kasar tapi, hatinya baik.

Kadangkala Ria manja berlebihan. Sejak 10 tahun lalu hingga kini umurnya 49 tahun, dia belum terbuka hati untuk mencari pengganti isterinya. Dia merasakan kasihnya hanya milik Ria. Dia tak mahu kasihnya dibahagia dua.

” Papa. Ria minta maaf.”

” Ria. Masuk kali ni, dah lebih 10 kali Ria minta maaf. Papa tak salah kan Ria. Anggap ini pengajaran buat Ria ! ”

” Ria yang suruh Miza pancit kan tayar motor dia, Ria nak balas dendam. Ria jahat kan papa,”

“Tak lah… Ria tak jahat, Cuma Ria terlalu emosi . Kadangkala sampai terlupa baik- buruk.

Dah.Sapu air mata. Esok, kita pergi rumah mak cik kantin. ” Kata Haji Nazman lagi.

* * * * * * * *

” Rul. Maaf kan aku Rul . ”

” Aku dah lama maaf kan kau Ria. Aku pun nak minta maaf jugak.”

” Aku yang salah . Aku tak tahu kenapa kita tak boleh berkawan.Tak ada sebab kita nak gaduh kan.” Kata Ria Amira lagi.

” Ria Amira yang aku kenal tak mudah mengalah kan. Jangan risau. Aku boleh masuk sekolah minggu depan. Doktor kata dah kering luka. Jahitan pun dah baik.

” Aku yang suruh Miza pancitkan tayar motor kau dulu.” Kata Ria lagi.

” Aku dah maafkan semua nyer Ria. Lepas ni kita buka buku baru .” Tambah Nazarul lanjut. Mata mereka bertaut seketika. Bersama senyuman bermakna.

Thursday, November 19, 2009

AKU PUNYER CERITE !....

AKU PUNYER CERITE !! ….

“ Hurmm… ya la mak ! orang tahu lah…mak ni tak sabar-sabar …dah tiga kali mak pesan . Okay lah mak, nanti orang telefon balik ya mak....” Talian kuputuskan.


Aku menguap lagi. Masuk ni dah kali ke 7 . Baik punyer menguap ! Nak terkehel mulut rasanya. Mengantuk yang bagai disorongkan bantal segera aku tepis. Aku bangkit dari katil tingkat atas. Perlahan menuruni tangga. Kemudian duduk bersandar di katil teman sebilik yang sudah keluar tutorial pagi tadi.


Aku termenung lagi. Teringat pesan mak dan arahan abah . Arahan mandatori lagi. Naik biul kepala otak aku dengan kehendak mak dan abah. Tahun ni umur aku baru 23 tahun. Tahun depan 24 tahun. Tapi, perancangan mak dan abah seperti membantutkan hasrat aku untuk menjejakkan kaki ke negeri bawah bayu untuk mendidik anak bangsa.

” Hah ... dah bangun anak dara ni?” Kak Hajrah teman sebilikku kelahiran Johor tiba-tiba masuk membawa satu jag kecil kopi.

Aroma kopi yang berkepul-kepul terus sahaja membuka selera. Segar- bugar mata aku, dengan bau yang semerbak.

” Kak Hajrah dari mana?”

” Akak baru habis kelas lah Min. Naik tadi, nampak Min tidur . Akak pergi buat air kejap, haa, Min dah bangun. Tu haa... telefon dari tadi berbunyi” Terang Kak Hajrah lagi.

” Mak orang telefon lah akak. ” Aku menjawab malas.

Muka Kak Hajrah kupandang seketika. Dia belum buka tudung lagi. Dia nampak santai dengan jeans biru lembut, baju T putih lengan panjang yang tertulis UNISAINS .

” Cam ner?? Min jadi balik tak? Kan cuti seminggu. Tiket dah beli kan? ”

” Kak Hajrah ni, nak ngusik orang lah tu!! Malas lah akak. Orang ni, tak suka tahu mak dan abah buat cam gitu. Macam lah orang ni tak laku. Orang ni, gadis yang kalis cinta kak . Tak percaya pada cinta. ” Aku bersuara lagi. Sambil bangun mengambil tuala untuk mandi.

” Hmmm... presiden aper tu Min? Haa... Pengerusi Kelab Kalis Cinta kan?? Tengok sekarang , cinta datang menyerah diri , Min nak lari kat mana ’mek’ ? ” Kata Kak Hajrah mengusik dengan panggilan ’mek’ untuk awet Kelantan.

” Akak ni!! ”

Aku baling bantal empat segi ’SMILE” kat muka Kak Hajrah. Gadis dari Johor tu pantas sahaja menyambutnya. Maklum lah , G.S bola jaring wakil USM kata kan. Kak Hajrah ketawa mengekek. Aku dah blah pergi bilik air.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Pagi tu, lebih kurang jam 9 aku bersiap nak balik Kelantan. Miza dan Kak hajrah akan hantar aku kat Bayan Lepas.

” Fulamak !!! cantik la beb ! Aku dah cair ni tengok kau pakai macam ni. Mesti pengsan bakal suami kau tengok nanti.” Miza budak Kelantan, kelahiran Bachok teman sebilikku juga , tiba-tiba mengusik.

” Woii... mulut tu jaga ... jangan sampai tak lepas insuran tau!! Siapa? Siapa cakap pasal bakal suami ha?? Nak kena ni Miza. Aku ni Pengerusi Kelab Kalis Cinta tau. Kau tu jer Pengerusi Kelab Hamba Cinta. Hari-hari dok ’skodeng’ mamat Sains Kom. ” Aku membalas usikan Miza.



Miza ketawa besar. Kak Hajrah yang dah siap untuk turun hanya senyum meleret. Senyum ada makna tu. Dah dekat sebulan mereka mengusik aku dengan kes ’bakal suami’ . Mak dan abah telefon tiga minggu lepas bagi tau aku kena balik sebab nak kenal kan aku dengan bakal suami.


Mak dan abah takut sangat aku kena hantar ’posting’ mengajar kat Sabah atau Sarawak. Aku pula memang dah menanam azam dan mengajar kat tempat jauh-jauh. Dah lah mengaji dari darjah 1 sampai tingkatan 6 kat Kelantan, mau nyer aku nak kerja kat sana jugak. Aku pun nak jugak kenal tempat orang . Jauh berjalan luas pandangan ! .


” Okay lah... ’mek-mek Kelate’ . Jom lah kita bergerak. Nanti terlepas kapal terbang ’ minah ’ ni pulak. Berchenta mak abah Min ni kat kampung menunggu. Silap-silap banjir Jalan Langgar mak awak menangis nanti.” Kak Hajrah pula bersuara mengajak kami bergerak .

Teksi membawa kami dari pintu besar USM Jalan Sungai Dua menuju ke Bayan Lepas.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Selepas hampir 50 minit dalam perut kapal MAS , aku selamat mendarat di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Mak dan abah sah-sah dah siap siaga menunggu kat muka pintu besar . Siap lambai-lambai tangan lagi kat aku ni.

” Mak , abah .” Aku bersalam .

Mak dan abah memeluk anak kesayangan mereka. Habis sesi peluk cium. Aku mengikuti mak dan abah masuk kereta. Berkilat kereta Proton Perdana abah tentu baru lepas cuci.

” Esok petang pergi lah keluar dengan dia ya . ” Mak memulakan bicara .

”Esok mak ? Abah bagi ker bah?”

” Kalau nak mak ikut sama pun boleh. Kita pergi jumpa kat tepi pantai nak? Macam mak dan abah dulu-dulu.”

” Mak ni. Mak....orang ni zaman bila, mak tu zaman bila. Ada ker nak pergi kenal bakal suami tepi pantai. Mak dan abah tak per ah. Tangkap lentok tepi pantai. ” Aku menghambur kan kata-kata geram. Boleh pulak mak dan abah ketawa besar . Aku dah mula ’stress’ ni.

Kereta memasuki Jalan Kubang Kerian. Rumah kami kat Jalan Langgar depan pasaraya besar Billion , Kota Bharu .

Akhirnya sampai. ’Home Sweet Home’ . Lama dah tak balik kampung ni.

’Port’ biasa aku dengan geng, kalau tak kat Billion, kat KB Mall, tak pun kat Padang Tembak, P.Chepa cari ilham. Tak main lah tepi pantai . Jiwang karat tu beb . Malu lah dengan status Pengerusi Kelab Kalis Cinta .


Selesai makan malam. Kami duduk tengok TV . Mak dan abah masuk dekat . Aku tahu dah tu... nak ’psiko’ aku lah tu.

” Min, budak tu baik Min, ’handsome’ , keluarga pun kaya ,” Kata Mak buka cerita.

” Iyer mak? ” Aku kipas mak lagi . Saja nak menyakat bagi mak ’naik hangin’ sikit nak terima ‘future’ ’son in law’ .

” Anak kawan abah Min. Kuat agama budak tu. Sembahyang tak tinggal.” Tambah abah lagi memancing hati ku.

” Mak , abah, ” Aku terdiam seketika mengumpul kekuatan.

” Orang ni, tak bersedia nak kawin lagi lah....” Sambung ku.
” Kenal dulu Min, lepas tu, berkawan. Hujung tahun ni, berkahwin. Tahun depan senang . Tak payah kena hantar mengajar jauh-jauh . Mak dan abah ni, dah tua. Tak der orang nak tengokkan . Abang dan kakak Min tu, sibuk memanjang. Kat Johor lah, kat Perak lah. Bila nak pindah Kelantan tak tahu lah. Balik pun ’time’ lapang. Tu pun tak lama. ” Panjang lebar mak bagi kuliah. Amik kau . Siapa ’naik hangin’ sekarang? Mak ker aku?!! ...

Aku tersengih macam kerang busuk. Kering akal ni. Mak bersyarah kalah prof aku kat USM. Kalah Dr. Suhaimi ni, kalah Dr dari Belanda ni.

” Mak. Abah. Orang jumpa dulu budak tu, tapi orang tak janji ya. Kalau jadi, jadi lah. Kalau tak jadi, tak jadi. Orang tak nak paksa diri ya mak.” Aku menambah lagi. Mak dan abah saling berpandangan.

” Ngantuk !!! ” Aku menguap banyak kali . Aku masuk tidur lepas bagi isyarat kat mak dan abah yang tak puas hati lagi .

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


” Okay lah Jiha. Kau tunggu aku kat depan Pizza Hut tau ! ”
Aku meletakkan gagang telefon. Aku bersiap santai .

Mak dan abah dah ’ready’ nak bagi markah kat aku depan pintu. ‘Sporting’ jer diorang dua main isyarat mata dan bahu, ingat aku tak nampak lah tu.

“ Cantik nyer anak mak ! Macam nil ah, baru sesuai jadi bakal isteri’ Kata mak lagi. Abah senyum panjang. Suker lah tengok aku yang selalu berseluar panjang ni pekena baju kurung tradisional lagi.

Selalu tu, pakaian aku menutup aurat dan bertudung litup tapi mak selalu tak suka tengok anak dara dia ni pakai seluar . Alih-alih baju T lengan panjang dengan seluar. Alih-alih baju dengan seluar, seluar jean lah , seluar slek lah , seluar panjang lah.! . Tapi aku ni pandai juga beb masuk majlis. Time-time nak kena ’observed’ dengan pensyarah ker, kena buat mikro teaching ker , aku pakailah baju kurung. Nanti tak lulus pulak amik kos cikgu ...


“ Sapa teman nanti Min? ‘ Abah bertanya lagi. Takut sangat aku keluar berdua jer dengan mamat tu. Abah ni, pantang anak dara dia keluar berdua jer dengan laki.

” Dengan Jiha bah, dah janji tadi, Dia tak der buat apa pun. Dia tak masuk kedai hari ni. ” Aku memberitahu merujuk kawan ku Najiha yang kerja di bangunan baru dekat stadium.

Teksi sampai depan rumah . Kereta bergerak ke KB Mall.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

” Min . Kau ker ni ? Sharifah Yasmin binti Syed Mustafa ? Adoiii...adoii.... “ Jiha ketawa tersembur-sembur . Beberapa orang kat depan MC’D tengok pelik jer kat kami. Dah lah tak bagi salam. Main sembur-sembur pulak.


Tak ingat dunia ala-ala lupa diri sekejap. Lepas tu, boleh dia buat-buat ayu semula. Ala-ala gadis solehah gitu. Tadi ketawa bagai nak tercabut gigi kapak tu. Aku diam sekejap. Bagi muka kat member sekolah tingkatan 6 ni pekena aku.

” Aku lah ni Jiha. Apa? Ingat aku tak lawa pakai macam ni? Ingat apa? ”

” Kau tu kan Presiden Kelab Kalis Cinta . Ker , dah tukar jadi Setiausaha Kelab Cari Cinta beb? ”

Kurang asam punya ’member’ . Bukan nak tolong aku .Pekena aku lagi ada lah. Baik punyer , dia bagi aku. Sakit jugak lah telinga aku dalam tudung ayu ni.

” Heh,... minah , banyak kau punya sengal . Sedap-sedap jer ketawa aku bagai nak runtuh KB Mall ni. Ingat aku aper?? Ingat aku jiwa kacau sangat ?? Aku tak akan berpaling.

Ini Yasmin lah. Sharifah Yasmin yang tak akan jatuh cinta !! KALIS CINTA . Kalimah itu aku eja sepatah-sepatah dengan terang dan jelas. Biar minah karan sambal pedas ni ingat dunia sikit.

” Fuhh... kau ni Min. Sama lah macam zaman kita tingkatan 6 kat Sekolah Menengah Kota dulu tu. Tak berubah kau ya . Prinsip kalis cinta kau ni sampai ke mana Min? Kau tu minah ’mek’ . Kau kena juga ada ’mamat’ dalam kamus hidup kau nanti. Kan Tuhan dah buat elok, lelaki pasangannya perempuan. ’minah’ dengan ’mamat’ macam kau lah ni. ” Panjang pulak akal budak ni. Aku terdiam . Bukan kalah. Nak ambil nafas.


” Hei... dah lah. Kau jangan nak jadi mak abah aku, nak ’psiko’ aku ya. Jom. Kita tunggu mamat tu kat Pizza Hut . Abah aku dah bagi tau. Dia kenal aku. Dia ada gambar aku.” Ujar ku lagi menarik lengan Jiha . Kami bergerak .

” Aku kata tunggu depan Pizza Hut ni. Jap lagi datang lah tu .”

” Mana?? Yang tu kot? ” Jiha buat serkap jarang.

” Assalamualaikum ! Sharifah Yasmin ker? Maaf kalau silap orang .”

” Waa....” Aku tergagap –gagap hendak menjawab. Pandangan kami bersatu seketika.

Kena pulak baju kami dua ni. Masuk lah dengan baju kurung biru putih aku dengan tudung biru laut, dan baju kemeja lengan panjang dia biru polos , slek hitam. Skema ker mamat ni ? Muka nampak macam mamat skema jer .

” Waalaikumussalam!. Ya lah ni, Ni Sharifah Yasmin, saya ni Jiha , ’bes prend’ dia . Najiha yang dulu-dulu potoong jalan aku.

Fuhh... terer ah mak abah aku. Memang ’smart’ lah. Ada ’taste’ jugak mak abah aku ni. Jurutera lah kata kan. Muka pun nampak bijak dah. Belum sembang lagi. Kalau sembang tak tahu lah . Habis lah biul kepala otak aku kalau dia sembur dengan formula fizik dan kimia dia yang terkenal seantero dunia tu.

” Duduk lah. Nak makan apa ni Min? ” Dia dengan ramah memanggil aku Min. Aku pula kekok. Sabar. Pengerusi Kelab Kalis Cinta kena kuat .... jangan mudah cair .

” Saya nak spageti ya ! dan udang tempura, air oren., dan kentang.” Fuhh...Minah senget ni . Nasib baik member kamcing. Sesedap hati mak bapak mentua dia jer minta ’oder’ . Ingat ni bakal laki dia pulak. Eh... minah ni belum kawin. Mana ada mak bapak mentua . Patut lah tak ’hengat dunia’ .

Tiba-tiba mamat skema ni ketawa besar , Pandai pulak mat skema ni gelak yer. Tadi muka seruis giler . Macam doktor gigi nak cabut gigi geraham atas . Dan, sedap pulak aku dengan ketawa dia. Oittt... masyukkkk... apa ni? Kata kalis cinta. Ni kena pakai jaket kalis peluru dah ni.

” Tak per Jiha, pesan jer . ” Mamat skema ni baik pulak dengan member aku. Pandai mengayat jugak lah kiranya mamat ni.

” Saya nak spageti dan oren jer .”

” Cukup ker?” Tanya mat skema tu. Kirim salam lah. Ingat aku makan banyak ker? Tengok pinggang la bro!!! ....

” Saya gurau jer Min. ” Dia menambah lepas tengok muka aku ala-ala’toyer’ semacam jer . Macam lempeng hangit pun ada .
” So ... kita berkenalan semula lah ya. Kita pun bukan kenal betul-betul lagi kan ? Mak abah Min ada bagi gambar kat saya . ” Kata mat skema tu selepas makanan dipesan.

” Haa... betul ! betul ! Mesti kenal dulu , kalau tak kenal macam mana nak jatuh ... adoiiii.........” Jiha yang banyak mulut tiba-tiba menjerit lepas aku cubit paha dia. Ambik kau Jiha. Pandai nak kena kan aku ya! Jiha merah muka tapi buat-buat ayu pada hal tersakit lah yang amat sangat .

“ Jiha kenapa? “ Mat skema tu menunjukkan rasa prhatin.

” Tak ... tak... saya tersasul tadi...” Jiha bulat mata pandang aku.

” Ni kawan baik saya Najiha. Panggil Jiha. Saya , awak pun tahu panggil Min jer lah.”

” Awak panggil saya Zek ajer lah. Nama sebenar saya panjang. Takut awak tak ingat . Nanti ada pen baru kita tulis. ” Mamat skema tu sesedap perut pedal dia jer pekena aku. Boleh tahan nak main kasar ker!

” Zek?? Macam cerita Azura la pulak. “ Aku mengomel. Dia senyum pendek.

” Suka hati la... kita pun baru kenal. Saya pun tak ingin nak tulis nama awak yang panjang berjela tu. Cukup lah tertulis dalam I.C awak jer Zek.” Ulas ku laju. Jiha hanya sengeh jer. Kalau menyampuk, siap lah dia.

” Makan lah”

Kami menikmati makanan seketika. Zek melipat lengan kemeja sehingga ke siku . Kemudian melonggarkan tali leher. Teratur kerja Zek nampaknya. Kemas. Aku membuat penilaian sendiri. Muka Zek lawa. Sedap mata memandang. Tak lah ’tampan gila’ tapi kacak jugak lah. Hidung Zek mancung lagi dari hidung budak hantar pizza tadi. Zek pun tinggi ala-ala model.

” Kalau tak puas tengok saya, Min bawa lah gambar saya sekali balik U nanti! ” Kata Zek tersengeh-sengeh . Aittt... bila pula aku boleh tersasar dari jalan yang benar ni. Aku tak sedar diri dah. Dah tak ’hengat ’ mak bapak leka pandang muka Zek yang licin. Ada sedikit berkumis menambahkan segak nya.

” Tak . Tak payah.... nanti tak boleh tidur malam minah ni.” Jiha menambah, Puas hati dia. Dari tadi nak balas dendam kat aku.

” Jiha...pandai kau bergurau ya.” Aku senggol badan Jiha. Zek dan Jiha ketawa sama-sama. Macam dah pakat lah. Tak . Tak mungkin. Jiha tak akan khianati kawan dia a.k.a Pengerusi Kelab Kalis Cinta yang dihormati kat sekolah sampai lah kat USM.

” Saya nak bagi tau sesuatu. Tapi awak jangan terkejut ya Zek.”

Jiha pandang aku. Zek juga pandang aku. Aku buat salah ker?.

“ Saya datang ni kerana mak dan abah. Bukan kerana saya. Saya tak nak bagi harapan Zek. Saya ni perempuan yang tak percaya pada cinta. “

“ Jadi, awak percaya apa?”

“ Saya kalis cinta . Tak percaya pada cinta sejati.”

“Awak benci lelaki?”

“ Tak. Abah saya lelaki. Saya tak benci siapa-siapa. “


“Awak pernah terluka?” Soalan bisa –berbisa. Memang aku pernah terluka. Zek tak pernah tahu Pengerusi Kelab Kalis Cinta ni pernah ’tangkap cintan’ bagai nak rak ’tak hengat muka bumi’ Allah Taala ni dulu zaman sekolah. Bila dah jutuh terjelepuk tak boleh bangun, patah hati patah segala-gala, baru lah aku jadi macam ni. Aku takut nak bercinta lagi. Takut dikejar bayangan silam.


Tiba-tiba jer Pizza Hut yang bising tu jadi sunyi dan sedih. Jiha pun meneguk air menenangkan hati sendiri.


’Saya faham. Saya bukan nak paksa Min terima saya.”

” Min kan masih belajar. Kita serah jer semua ni pada Tuhan. Saya pun kerja tak sampai 10 tahun lagi. Kita bagi masa untuk kita .”

” Saya kerja dengan JKR . Selalu juga ’out station’ kat KL , Penang, Ipoh. Kalau saya pergi Penang, saya cari awak lah nanti.” Zek tukar topik perbualan.

” Haa,,,,, jangan . Awak tak boleh cari saya kat USM tau. ”

”Kenapa? ”

” Nanti apa orang akan kata. Pengerusi Kelab Kalis Cinta keluar ’dating’ dengan lelaki. Malu lah saya.”

” Bukan ’date’ . Kita kawan jer kan.” Zek membela diri.

Jiha tiba-tiba ketawa . Aku pandang Jiha sejenak. Minah ni apa kes pulak.

” Beb. Kau ni nak ke tak dengan Zek ni? Payah betul lah nak paham. Putar-putar cakap. “ Adoi… bias nyer mulut minah ni. Tak ada insurans langsung.

” Maaf yer. Jiha ni minah kelakar sikit. Kadang-kadang bercakap dia pandai hilang ingatan .” Aku balas balik. Zek ketawa lagi. Tak tahan tengok aku dan Jiha bercakaran tapi kawan baik. Macam maner tu!! .

” Saya tak nak bantah cakap mak dan abah. Saya nak cari kan gadis lain untuk awak Zek. Saya nak bebas dari janji mak dan abah. Saya nak terbang bebas. Nak kerja jauh-jauh dulu. Nak kenal tempat orang dulu. Kahwin tu, agenda terakhir dalam hidup saya. Tak kahwin tak boleh , nanti jadi minah senget jiwa kacau pulak. ” Aku bersahaja bagi kuliah kat mat skema ni.

” Awak nak cari perempuan lain untuk saya?” Soal Zek semula.

“ Ya . Saya ramai kawan. Saya akan cari kan pengganti untuk awak. Lepas tu, saya bebas lah. Saya tak perlu ikut cakap mak dan abah lagi kalau awak tak suka saya sebab awak dah ada pilihan hati. Tapi jangan bagi tau sapa-sapa ’plan ’ ni. Bila dah ’setel’ baru kita bawa jumpa mak dan abah.” Ujar ku lanjut.


Zek hampir ternganga seketika. Idea apa pulak minah ni ‘plan’. Ni maknanya dia ’reject’ aku. Pantang aku ni. Mana ada perempuan tolak aku mentah-mentah selama ni. Ingat dia cantik sangat! Lawa lagi budak pejabat yang sapu sampah kat ofis kau tu. Tapi dia ’cun’ . Cun dan kelakar . Lawak dia , perangai dia yang tak pandai ’cover line’ langsung tu menjadikan dia bukan gadis hipokrit yang pernah aku kenal yang material semata-mata.


” Zek??? Awak tak apa-apa ker? ” Mat skema ni terkejut bagai nak rak.

” Tak. Saya tak apa-apa. Baiklah . Saya setuju. Tapi kalau awak gagal cari pasangan yang sesuai buat saya. Kita kahwin . ” Lancar dia memberi arahan.

Gulppp... aku telan liur , Terasa kesat dan berpasir. Kahwin? Dengan Mamat skema ni? Tanpa rasa cinta ? . Hishh... macam mana nak ada rasa cinta. Aku ni kan kalis cinta. Macam mana ni?

“ Baik. ‘Deal’ “ Aku membalas. Tak mahu kalah. Bukan susah nak ‘jual’ mamat ni. Rupa ada, kerja ada. Tentu ramai terpikat.

” Nak ke mana lepas ni? ” Tanya Zek bila kami selesai makan.

” Saya dan Jiha nak ’shopping’ dulu. “

“ Baik lah. Saya nak pergi tengok ‘site’ kat Pengkalan Chepa. ” Dia memberitahu lagi.
Kalau dah kerja jurutera . Kerja nya tengok ’site’ jer ker gamaknya. Aku tak tahu-menahu kerja ’ mat spanar ’ macam dia ni .

Aku tahu sikit-sikit bab kerja ’minah karan’ jer. Tu pun, sebab pernah ’part time’ kat P.Chepa dulu, kerja kilang. Kami berpisah di situ, selepas bertukar-tukar nombor telefon.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



” Hello ’makcik’ . Kau dah habis pikir ker buat macam ni?” Suara Jiha dari talian sebelah sana menendang telinga aku.

Aku membetulkan telefon bimbit yang kupegang. Mengepit dengan bahu sekejap kerana tangan tengah bancuh ’oat’ dengan milo.

”Hurmmm....sedap! ”

” Woiitt !! Sedap mendenyer beb ! Tak kahwin lagi.” Jiha nak mula buat lawak antarabangsa.

” Hoi ’makcik Jiha’ . Sedap air milo ni ha. Aku dah tekad. Aku nak ’adjust’ Zek tu dengan kawan aku. Dia nak punya lah. Gerenti beres. ”

” Saper? Kawan mana lagi yang ada kat Kelantan ni. Ramai geng kita dah hijrah kat kolumpo lah, Perlis , Ipoh, Terengganu. Nak panggil pulang yang mana?” Jiha gamat bertanya .

Aku bawa ’mug’ milo ke luar. Duduk atas sofa empuk. Menghirup milo sekejap. Enak.
” ’mek’ mana kau ni?” Jiha berkumandang lagi.

” Ader la ’makcik’ ” Aku menjawab lembut . Merangka pelan yang baik.

”Siapa?” . Talian diputuskan. Lega. Selesai satu kerja.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Mak dan abah sibuk kalah kan anak dia yang nak kahwin. Pada hal Zek dan Jiha yang nak berkahwin.

Miza dan Kak Hajrah pun dah puas nasihatkan aku. Dek kepala batu aku buat pelan yang ’power rangers’ giler, akhirnya Jiha dan Zek dah sepakat nak mendirikan rumah tangga. Kerja Tuhan. ’Kun Fayakun’ ’ kalau Tuhan kata jadi, maka jadi lah’ .

Siapa aku nak halang semua ni. Dah terlambat, walau pun aku tersangat lah sakit hati , sakit pankreas, semua , perut pedal menyaksikan aksi-aksi romantis antara Jiha dan Zek. Mamat skema ni pula, boleh buat tak layan dengan aku sejak ’couple’ dengan Jiha. Jiha pun sama. Dapat jer ’offer’ aku, terus tak ingat member baik zaman sekolah lagi tu.

Aku??? Ya . Aku dah tewas. Aku kalah. Di saat Zek dan Jiha mengaku sudah saling jatuh cinta dan nak kahwin, masa tu, aku rasa bumi ditimpa raksasa. Ditimpa ’tirex’ yang besar atas kepala aku. Aku cemburu, aku iri hati dan aku mula jatuh sayang pada Zek.

Aneh nyer perasaan !! Masa ada tak layan. Bila dah tak der, baru nak tergila bayang. Aku yang jual mahal. Kalis cinta bagai lah, ambik muka aku. Padan muka aku. Pengerusi Kelab Kalis Cinta dan jatuh cinta. Jatuh cinta tersungkur ke bumi.


Tiap kali balik cuti semester atau cuti hujung minggu yang panjang, aku lah saksi cinta mereka. Jiha pandai pula paksa aku jadi ’mak guard’ dia takut kena ’spedo’ nanti tangkap basah pulak. Aku lah yang kempunan tengok Zek terlepas ke tangan Jiha. Bukan salah Jiha. Salah aku.
” Min. Kau macam sedih jer aku nak kahwin ni.” Jiha bersuara.

”Ishhh... mana ader . Kau ni ’makcik’ , agak-agak lah. Kan dah nak kahwin. Jaga sikit cakap tu. Nanti mak mentua dengar kang susah! ”

”Kau suka kad kahwin yang aku bagi tu?” Tanya Jiha.

Alamak. Kantoi aku. Aku lupa nak baca kad kahwin Jiha. Dek kerana rasa sedih dan ngilu pilu segala, aku letak jer kad kahwin Jiha atas meja solek. Tak mahu nyer aku baca nama Jiha dan Zek yang nak kahwin. Aku ’jeles’ tahap gaban dengan kawan baik sendiri. Jahat nyer aku ni.

Jiha bersiap-siap . Mak saudara Jiha yang biasa mengandam orang kahwin tolong anak buah dia pula berdandan. Dengan aku sekali siap berdandan. Macam aku pun nak kena nikah malam ni jugak.

Pihak pengantin sudah sampai kat Kampung Panji, rumah Jiha. Mak dan abah pula senyum memanjang macam anak dia jer yang nak nikah malam ni. Pandai pulak mak cik Jiha ni cari baju kat aku. Lawa semacam. Satu set dengan pengantin pulak tu.

Kami berdua duduk di tempat yang dikhaskan . Ada satu bidai yang terukir indah , memisahkan kami dengan pihak pengantin lelaki.


Aku dengar Tok Kadi membaca lafaz akad nikah. Kemudian aku terkesan sesuatu. Bukan nama Jiha yang Tok Kadi sebut tadi. Ya Allah !!! .... aku pengsan tiba-tiba.


” Min !! Min !.. ” Suara Zek memanggil nama aku.

” Zek?” Aku ambil kad yang Zek hulurkan. Aku baca kad tu betul-betul .

Perkahwinan anak kami.... Muhammad Fakrul Ramzi Ajmain bin Haji Muhammad Adha dengan Sharifah Yasmin binti Syed Mustafa.


” Min sudi tak jadi isteri saya?” Zek merenung dalam ke wajahku.
Aku tersenyum malu. Jahatnya Zek, Jiha , Mak dan Abah. Termasuk Miza dan Kak Hajrah sekali. Macam mana aku yang ’kaki auta’ ni, boleh jadi mangsa ’wakenabeb ’ dengan mereka semua.


Mereka berdua pun akan sampai esok menyaksikan majlis persandingan aku dan Zek. Baru hari ni aku tahu siapa nama sebenar Zek! Jahatnyer aku. Tapi.... kerana pelan Jiha lah, akhirnya aku dan Zek bersatu. Pengerusi Kelab Kalis Cinta dah turun takhta. Kelab itu dibubarkan serta-merta.


Suara Zek menusuk ke ulu hati ku.

Aku terima nikahnya Sharifah Yasmin binti Syed Mustafa
dengan mas kawin 120.00 tunai. ”


Selesai . ........

Wednesday, November 18, 2009

Jamuan Kelas Cikgu Arora Fom 4

Ni ... gambar jamuan kelas member aku ...
Cikgu Arora@ Azura @ Rara .....
Budak fom 4 ...



'Gojes' nyer....
cikgu makan ala ala kontrol ayu ......


dalam memori .... gud bai 2009 ....


cuba teka....? yang mana cikgu arora the 'gojes' ....


Satu-satunya geng laki yang menyertai parti ni....




Bye -bye.............C U .........


Sunday, November 15, 2009

Jamuan K.P.P Di Ressort Tasik Raban

View indah dari Kafe Ressort Tasik Raban.....

Jamuan akhir tahun KPP 2009 , geng kami buat kat Ressort Tasik Raban....
15 hb 11 2009 - Ahad 11 - 2.30 ptg ...


aweks -aweks maintain chun la beb.............

ha ha ha........... cabutan bertuah...aku dapat hamper ...horeyyy!!!
banyak hadiah dan makanan hari ni.... bezzz..........





Saturday, November 7, 2009

CINTA ITU MILIKNYA .




ADILA DARLINA melangkah masuk ke rumah agam itu. Dia memusatkan pandangannya. Rumah itu besar,namun sepi dan sunyi.Dia dibawa oleh pemandu yang digelar Pak Mail berjumpa dengan Datin Sofea di ruang dapur .Adila bersalaman dengan wanita yang pada pandangannya berumur lewat 40-an.Mungkin sebaya dengan ibu, desis hati nuraninya.

‘Pak Mail boleh keluar dulu.’ Kata Datin Sofea dengan sopan.

Pada pandangannya, Datin Sofea baik hati dan merendah diri walaupun bergelar datin, bukan macam sesetengah orang kaya.Dia tidak tahu bagaimana dia boleh berada di situ, dan tidak pasti keputusan yang diambil betul atau salah.


Lantaran lamaran kerja daripada Izani temannya yang berkerja di Kuala Lumpur, dia setuju berkerja di rumah Datin Sofea sebagai pembantu rumah, sedangkan dia baru keluar universiti dan sedang memohon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah. Izani kawan kepada Mimi, anak buah Datin Sofea.

”Baik. Tinggal kat rumah saudara. Dia kerja kat Bangsar.’ Kata Adila selepas diajukan beberapa soalan.

Dia masih ingat pesanan Izani, supaya merahsiakan identitinya.Katakan saja kau sudah 2 tahun tamat STPM, dan sangat memerlukan kerja ini kerana nak bantu keluarga. Bohong sunatlah kiranya. Mampus kalau diketahui majikannya suatu hari nanti.

’ Begini, Dila tinggal jer kat bilik sebelah dapur ni. Tugas Dila mudah saja, menguruskan keperluan anak saya , Sarah. Dia masih belajar , darjah dua.’ Kata Datin Sofea terang.
Adila mengangguk-angguk tanda faham. Dila masuk ke bilik dan berehat selepas disuruh.


Pagi yang tenang memulakan harinya. Adila termenung di meja dapur. Teringatkan musim buah yang sedang melanda seluruh kampung halaman. Teringatkan manis dan ranumnya buah rambutan kampung, terkenangkan manisnya manggis di belakang rumah nenek.

’Mama!! Mama!!’ Satu suara kasar mengejutkan lamunannya, serentak kedengaran bunyi kaca dihempaskan ke lantai.Berterabur gamaknya.Adila bangun tiba-tiba.Dia bergegas ke ruang makan di bahagian tengah rumah agam itu.

”Kenapa ni Pian?? ’ Suara Datin terlebih dahulu menangkap gegendang telinganya ketika dia berdiri betul-betul di belakang seorang pemuda yang duduk di kerusi roda.

”Mama!! Siapa yang alihkan barang-barang Pian kat sini?? Lukisan Pian semalam mana?? ” Lelaki yang membahasakan dirinya Pian bersuara keras.

Longgar kepala lutut Adila serta-merta.Ya!! Dia ingat semua lukisan itu, dan perkakasan melukis dia simpan di stor di belakang dapur.Dia tidak tahu hendak letak di mana.Padanya mungkin itu tempat yang betul.

‘ Dila nampak barang-barang melukis Pian? “ Datin bertanya tiba-tiba memecahkan lamunannya.

“Di…Di..Dila simpan di stor Da..Datin” Dila bersuara perlahan.

Lelaki bernama Pian berpaling memusingkan kerusi rodanya.Matanya tertancap ke wajah Adila. Merah matanya seperti biji saga. Sekali lagi Adila terasa lututnya longgar.Mukanya terasa pucat lesi.Lelaki bernama Pian itu benar-benar marah.

“Lain kali jangan pandai-pandai .Beritahu dia, Pian tak suka dia usik barang-barang Pian. Faham ?? ‘ Tambah Pian dan matanya sekali lagi mencerlung marah.

Adila tunduk tatkala anak mata itu menikam kejernihan bola matanya. Dia takut. Dia benar-benar takut pada lelaki bernama Pian itu. Dia tidak tahu, Datin Sofea ada anak bujang . Pian masuk ke biliknya, sementara Datin Sofea dan Datuk Maliki makan bersama Sarah anak mereka.

Sejak peristiwa itu berlaku, Adila cuba untuk tidak terlibat dengan Pian lagi . Dia cuba seboleh mungkin mengelak bertembung anak bujang Datin Sofea yang kacak dan segak itu. Namun adakala hatinya dilanda pertanyaan hebat kenapa lelaki sekacak itu dan sekaya itu perlu berada di kerusi roda? Apa yang berlaku dalam sejarah hidupnya masa lalu.

Petang menjelma. Adila melipat kain dan mengemas almari di bilik Sarah di tingkat atas.

” Cuba teka??” Sarah bersuara manja dengan menutup mata Adila.

’ Sarah ek...” Kata Adila .

Dia menangkap anak comel itu dan memeluknya manja.Selepas sebulan anak itu begitu manja dengannya.Datin Sofea pula terlalu baik, begitu juga Datuk Maliki dan Pak Mail. Cuma lelaki bernama Pian itu yang masih dingin. Dia juga cuba untuk tidak memecahkan tembok kedinginan lelaki yang diketahuinya berumur 28 tahun itu.

”Kak Dila, Abang Pian suruh turun. Dia nak cakap.” Petah bilah-bilah bicara dari mulut Sarah. Sebiji-sebiji perkataan itu ditelannya kelat.

Apa maunya Pian dengan dia, Fikir Adila.

‘Akak ada kerja ni Sarah .’Gumam Adila lagi.

’Abang cakap kalau kakak tak turun, dia akan mengamuk.Sarah tak tahu.Nanti Abang Pian pecahkan pasu-pasu tembikar mama.” Kata Sarah mengugut.

Mungkin ini idea gila lelaki bergelar Pian itu, desis Adila .Apa barang mahunya lelaki itu. Dahlah garang tak bertempat! Nak mengarahkan orang sesuka hati. Datin Sofea tak pernah pula pesan supaya menguruskan Pian, orang dah besar tahulah jaga diri, kata Datin Sofea dulu.

’Encik panggil Dila? ” Adila bersuara perlahan.

Sarah cepat-cepat datang dan memeluk abang kesayangannya .Dia duduk di kerusi berdekatan. Adila resah. Ada persoalan berlegar di benaknya. Lelaki itu merenungnya atas dan bawah, dengan tajam.Mujur Sarah ada di situ, dan Pak Mail sedang mengerjakan taman mini di halaman rumah .Dia tahu Datin Sofea tak pernah tinggalkan mereka berdua.Kalau dia ada hal, pasti Pak Mail diamanahkan berada di rumah.

’Duduk!!” Kata Pian tegas.

’Terima kasih. Encik , nak makan?’ Tanya Adila lagi.

Dia tahu, Datin Sofea keluar ke butiknya tengah hari tadi. Dia dan Datuk makan di luar. Datin Sofea menjenguk butiknya sekali-sekala. Dia mengupah orang lain menguruskan butik itu, yang berada berdekatan pejabat Datuk Maliki .

’Pertama, Saya tak suka awak panggil saya encik! Saya arahkan awak panggil saya Pian sahaja. Kedua, jangan sombong kalau duduk dalam rumah ni, awak tak pandai ketawa ker? Ketiga, saya nak makan ikan merah masak asam pedas, Pak Mail dah beli barang-barang, ada kat dapur.” Bersahaja Pian memberi arahan. Adila tunduk dan mengangguk. Lalu bergerak ke dapur.

Sepetang dia menyiapkan asam pedas, nasi dan sayur.Lauk kegemaran Sarah lain lagi. Berhabis-habisan lelaki muda itu menikmati masakannya. Mengidam ker mamat ni! Adila berkira-kira dalam hati. Selepas mandi, dia ke ruang depan dan bermain-main dengan Sarah di halaman.

Mereka bermain seperti anak-anak kecil. Berkejaran ke sana ke mari, melompat girang, ketawa riang dan tiada prasangka. Pian memerhati semuanya dari jendela biliknya .

Dia tahu gadis itu tidak sedar dia diperhatikan. Gadis bernama Adila Darlina itu cukup istimewa.Sejak sebulan yang lalu, ada sesuatu mengusik hatinya setiap kali memandang wajah mulus Adila. Wajah yang putih bersih, tanpa sebarang helah solekan, wajah yang polos, wajah yang istimewa, mata yang bersinar-sinar bila ketawa riang.Wajah yang mendamaikan siang dan malamnya yang sepi.

’ Anak Datin tu, bukan lumpuh. Dia akan pulih selepas sebulan dua lagi. Dia kemalangan jalan raya dengan tunangnya dua bulan lepas. Tunangnya selamat tetapi, minta putus sebab dia fikir Pian akan lumpuh. Perempuan hipokrit. ” Cerita Datin Sofea suatu petang ketika mereka sedang minum di ruang makan.

” Dia kecewa Dila. Selepas putus tunang, dia banyak berubah. Dia pendiam, cepat marah, memberontak, orang patah hati kan! ‘ Tambah Datin.

“ Tapi, kita manusia Datin, kita mesti menerima apa yang telah ditakdirkan.Bukan menghukum diri atas semua kejadian yang berlaku.Bukankah ini sebahagian dari dugaan hidup?” Kata Adila memberi komen tanpa dipinta.
Datin Sofea mengangguk-angguk tanda setuju tanpa menyedari Pian berdiri di belakang mereka.

”Betul kata awak Dila.” Dia melontarkan suaranya.Adila hilang punca .Malu menerpa bila renungan tajam dan menusuk kalbu singgah di matanya. Renungan itu bukan seperti selalu. Redup, bersahaja dan memukau .Lama-lama nanti, boleh cair! Detik hati kecilnya.

“Maaf! Dila minta diri.Ada kerja.” Kata Adila dan menolak kerusi ke belakang sedikit untuk bangun.

”Temankan Pian minum boleh ? Boleh Ma? ’ Tanya Pian bersahaja.Memandang muka Datin Sofea, kemudian singgah di wajah Adila.

“Boleh!!...Duduklah Pian, mama nak panggil Sarah kejap.” Kata Datin sofea yang memberi ruang anaknya itu mendera Adila. Dia tahu, dan dia nampak dari mata tuanya, Anak bujang itu kian berubah sejak Adila kerja di rumah itu.

Dia tidak tahu kuasa apa yang Adila ada, tapi cukup kalau dia mengerti anak lelakinya itu ada hati pada Adila.Dia tak pernah kisah siapa pilihan Pian, asalkan sopan dan sedar diri. Bukan kemewahan ukuran kebahagiaan kerana dia juga berasal dari kampung sebelum berkahwin dengan Datuk Maliki.

“ Dila masih marah?’ Tanya Pian lembut.

Adila terasa di awangan setiap kali renungan lelaki itu singgah di matanya. Sukmanya berlagu rindu.

“Tak…Pian tak buat salah. Kenapa Dila nak marah.” Kata Adila lembut. Wajahnya tenang kini, setenang air di kali.

Dia sudah boleh mengawal debarnya bila bertemu lelaki ini. Pian kini sudah lebih selesa dengan sebelah topang ketiak sebelah kanan dan tidak perlu berkerusi roda lagi. Baru dia nampak jelas, lelaki ini begitu tinggi berbanding lelaki Melayu biasa.Wajahnya juga. Wajahnya juga begitu. Orang kata wajah golongan kelas atasan.Dia bermain dengan perasaan sendiri.

“Pian nak minta tolong. “ Pian bersuara semula.Sepi mengepung. Adila Cuma diam.Menanti bilah-bilah suara lelaki itu.

“ Jadi teman wanita Pian untuk sehari ! “ Kata Pian tiba-tiba.

Terangkat wajah Adila. Memandang buntang ke mata lelaki itu. Ini lah kali pertama mereka bersua begitu dekat. Dia nampak jelas wajah kacak Pian, dan mata redupnya yang memukau. Pian, nama penuhnya Sufian Iskandar Bin Mohzani. Baru dia tahu Pian ialah anak Datin Sofea dengan suami dahulu, Sarah dan Mimi anaknya dengan Datuk Maliki. Sufian lepasan luar negara, kerja dengan bapa tirinya , Datuk Maliki.

Genap 3 bulan dia membanting tenaga mudanya menguruskan rumah agam itu.Pian kini sudah boleh berjalan. Petang itu, mereka keluar bersama buat pertama kali. Dila dibawa ke Midvalley . Kata Sufian, esok Adila akan diuji. Dia akan berlakon sebagai kekasih Sufian di hadapan bekas tunangnya Shakira. Dia tidak tahu, apa alasan Pian berbuat begitu. Ego kah Sufian kerana mahu tunjuk kuasa di hadapan Shakira sedangkan hatinya berduka lara.

Adila bersetuju selepas berjanji merahsiakan hal itu daripada Datin Sofea. Dia tidak tahu kenapa dia bersetuju. Akalnya mengutuk rasa hatinya yang tidak waras.Mungkinkah natijah hati yang menyuruh dia menerima tawaran Sufian. Dan, pada masa itu, kasihnya mekar.Mekar buat lelaki bernama Sufian Iskandar itu. Dia tidak tahu, bolehkan cinta itu menjadi hak mutlaknya.

” Pian!! ” Satu suara memanggil Pian.

Pian berdiri. Terkejut. Seorang gadis cantik, tinggi, persis model dalam majalah menerpa kepadanya. Memeluk Sufian tanpa segan silu, lalu pipi bertemu pipi lagak pertemuan sepasang kekasih orang putih.

” Ira minta maaf. Kalau boleh Ira nak kita jadi seperti dulu ” Kata gadis itu . Menangis dan memeluk Pian.

Sufian hilang punca. Lemas dengan rayuan dan tangis Shakira. Ah….Lelaki !! .

“ Dila tunggu Pak Mail di sini. Pian ada hal dengan Ira, ” Kata Sufian tiba-tiba. Hilang renungan redupnya selama ini. Ini kah lelaki yang cuba berdiri selepas hatinya patah dan selepas 3 bulan Adila mengubati luka itu perlahan-lahan.Adila sedar, dirinya melukut di tepi gantang.

Seminggu, hanya seminggu keluar bersama dan menjadi pasangan kekasih semula, hati Sufian terubat dengan 3 bulan kelukaan yang Shakira tinggalkan. Murahnya lelaki itu menilai cinta. Mudahnya definisi kasih sayang pada mata Sufian.

Datin Sofea dan Datuk Maliki sibuk menguruskan majlis perkahwinan Sufian dengan Shakira. Adila tidak tahu, kiranya itulah takdirnya. Itulah jodoh Pian, pujaan hatinya dalam diam.Dia melepaskan Sufian dalam rela . Mujurlah jawapan kepada permohonan KPLI yang dinantikan selama ini positif .

” Dila nak berhenti??Kenapa? Tak cukup gaji? Tunggu sampai lepas Pian kahwin ya!!. ” Kata Datin Sofea. Hairan melihat Dila hanya membisu.


” Datin pun tak faham. Pian ni berubah-ubah . Datin ni ikut saja demi kebahagiaan anak.” Kata Datin Sofea bersahaja namun dalam maknanya.

” Tolong ya Dila! Lepas Pian kahwin, Dila boleh berhenti, Kesian Sarah. Susah nak cari orang baru.” Tambah Datin Sofea. Baik budi Datin dan Datuk mengheret Adila untuk tidak berhenti serta-merta. Masih ada masa lagi, fikir Dila.

” Masuklah ....Tak beritahu nak datang ? ” Kata Datin kepada seorang lelaki muda.

” Sepupu Pian, dari Pahang.” Kata Datin Sofea.

Adila bersalaman . Berbual ringkas dengan Fakrul Razi, anak buah Datuk Maliki. Sifat baik dan mudah mesra lelaki itu membuatkan mereka senang berkawan. Kegembiraan itu merentap kebahagiaan Sufian.Dia hairan, tiba-tiba dia cemburu melihat kemesraan itu.

Dia cemburu melihat Adila berbual mesra dengan sepupunya itu, walhal tak lama lagi dia akan berkahwin dengan Shakira. Dia pening dengan perasaan sendiri.

” Mama tak tanya diorang pergi mana??” Kata Sufian yang ke hulu ke hilir tak senang duduk. Jam sudah memaut angka 11 malam.Malam semakin tua dan kelibat Adila dan Fakrul Razi belum nampak.

“ Kamu susah hati kenapa?? Fakrul tu, kata nak ajak Dila keluar makan kat Putrajaya. Tu yang lama tuu...mungkin pergi shopping sekali kot.” Tambah Datin Sofea kehairanan. Anak bujangnya ini panas punggung semenjak Fakrul berada di rumah agam itu, walhal dia yang mengajak lelaki itu bertandang menemaninya sebelum akad nikah.Apa yang merasuk jiwa anak itu? Gumam hatinya.

“ Datin? Maafkan Dila, lambat sikit, kereta Fakrul rosak tengah jalan tadi.” Kata Adila selepas bersalam dan menutup pintu. Bajunya basah gara-gara hujan lebat. Dia kelihatan dengan pakaian yang kebasahan, blaus lengan panjang putih dan berskirt labuh juga warna sedondon. Sufian melihat atas dan bawah , seperti berbau curiga.

” Tak apa, masuklah. Dah jauh malam. “ Katanya memandang Fakrul dan Adila berganti-ganti.
” Bateri habis, tak boleh call tadi” Kata Fakrul Razi sambil menunjukkan telefonnya yang basah.

Sufian benar-benar cemburu. Darahnya terasa menyirap ke muka. Dia benar-benar dirasuk marah.

” Kalau dasar orang kampung memang begitu. Ikut saja ke mana-mana dibawa. Yang penting poket penuh, gadai maruah pun tak kisah.” Kata Sufian tiba-tiba dengan wajah membara. Tajam matanya mencerlung ke wajah Adila Darlina.

Adila tersentak. Tidak diduga itu ramalan dan tomahan Sufian padanya kerana kejadian itu. Hati Adila hancur. Benar-benar hancur. Terasa kolam matanya basah.
“ Kau cakap apa ni Pian? “ Fakrul Razi membela gadis yang mula diminatinya itu.

“ Salah aku cakap? Kau dengan Dila ni, kalau tak ada niat lain, tak kan lambat macam ni? ”

” Pian cukup. Cukup.....” Fakrul Razi mula mendidih.

Dia tahu dan hati lelakinya benar mengatakan Sufian ada hati pada Adila tetapi egonya tinggi. Dia ingin memiliki Shakira kerana egonya. Dan , dia tidak sedar hatinya terikat pada Adila.
Adila menahan sebak. Memeluk Datin Sofea yang juga kaget dengan perilaku Sufian.

” Kalau Pian tak suka Dila, tak apa, Esok Dila boleh keluar, jangan tuduh Dila gadis murahan. Dila bukan gadis kampung yang mudah lupa diri .” Kata Adila lalu berlari ke biliknya.Melepaskan rasa sedih dan air mata yang bertakung.

Adila keluar rumah sesudah subuh. Pak Mail dan Fakrul menghantarnya ke Stesen Bas di Jalan Pudu. Selepas bertemu Sarah, Datin dan Datuk, dia tak sanggup terus berada di situ. Dia sempat memberitahu datin, siapa dirinya dan meminta maaf kerana berbohong untuk kerja di situ. Dia tak sanggup dihina oleh Sufian.

Adila terasa bahagia di kampung. Masih ada sebulan, untuk dia bersiap sedia sebelum menyambung KPLI . Wajah Sufian berganti-ganti di benaknya. Rindunya kepada lelaki itu membuak. Semakin dibenci , makin kuat bayangan itu datang menjenguk.

“ Mama! Kita ke rumah Adila.” Kata Sufian suatu pagi. Lelaki itu berubah 360 darjah selepas pemergian Adila. Dia tahu anak bujangnya itu telah membuat pilihan yang betul.
Fakrul Razi juga sudah pulang ke rumahnya di Damansara selepas yakin Pian dan Adila memang layak bersama. Sejauh soal Shakira, datin tidak kisah. Gadis itu kembali juga kerana wang. Bukan kerana cinta!

Mereka berkereta ke negeri Perlis . Sampai di sebuah kampung .

” Jemputlah naik, rumah kami ni biasa saja, sila lah. ” Ibu bersuara berganti-ganti dengan ayah. Dan kedengaran suara tiga atau empat orang lain. Termasuk suara Izani dan Mimi. Adila berdebar kuat.Dia yakin suara yang baru menusuk ke hatinya itu milik Pian! Ya milik Sufian Iskandar! .

”Dila! Dila! Bawa air keluar kalau dah siap! “ Kata Ibu dari ruang depan. Adila berhempas –pulas dengan perasaan sendiri.Marah dan rindu bercampur baur.

Akhirnya dia keluar membawa minuman dan kuih. Dia meletakkan hidangan. Bersalaman dengan tetamu yang hadir, memeluk erat Sarah yang lama dirinduinya. Kemudian meminta diri untuk ke dapur.

” Dila....dengan Pian, tak nak cakap? “ Pian bersuara tanpa segan- silu.
Datuk dan Datin tersenyum. Ibu dan ayah juga tersenyum. Mereka dah berpakat kot! Fikir Adila.

” Pian minta maaf Dila ! Pian tak berniat nak mengguris hati Dila. Maafkan Pian. Pian tahu siapa Dila. Pian tahu semua kisah hidup Dila,Pian tak marah dan Pian nak minta maaf sekali lagi. ” Kata-kata Sufian menggetarkan sukma Adila. Sedang cairkah aku dengan pujuk rayu lelaki yang tak tahu malu ini. Mencanangkan cintanya di hadapan tetamu yang ramai.Adila diam membungkam.

” Pian cintakan Dila. Ini. Cincin. Mama hantar untuk pertunangan kita.” Kata Sufian lancar.

“ Budak zaman moden. “ Kata Datuk Maliki. Serentak ketawa memecah suasana yang hening.

” Adila berlari ke ruang tamu. Menahan getar di hati. Benarkah?? Benarkah cinta itu datang bersujud kepadanya. Benarkah cinta itu datang menyerah diri padanya dengan ikhlas.

” Dila..” .Basah kolam mata Adila. Adila hilang punca ditenung sebegitu . Dia menundukkan wajahnya yang ayu. Menahan debar kian memuncak.

” Pian cintakan Dila. Sudi terima Pian sebagai tunang Dila? Lepas Dila habis belajar kita kahwin. Pian tahu kita menyimpan rasa yang sama. Izinkan Pian menjadi sebahagian dari kisah hidup Dila.” Kata Sufian lembut.Menusuk ke ulu hatinya dan getaran itu berlari-lari tanpa notasi. Cinta itu memang miliknya. Adila mengangkat wajahnya. Tersenyum manja.