Followers

Sunday, October 25, 2009

PENERAPAN NILAI DALAM KEHIDUPAN ….

Nilai merupakan simbolik kepada unsur budaya. Pembudayaan amat penting untuk mencorakkan perkembangan moral, akhlak, tingkah laku,hubungan sosial, tindakan dan peranan tertentu yang perlu dilakukan oleh individu dalam masayarakat amnya, dan para guru khasnya. Konsep sosialisasi, amat sesuai dijadikan langkah meningkatkan kefahaman guru tentang nilai tradisional, nilai masa kini dan nilai agama supaya dapat dikuasai dengan baik dan seterusnya para pelajar boleh menerima sesuatu nilai yang dibincangkan dan diterima dengan baik berdasarkan aspek penghayatan dan aplikasi atau amalan.

Semua institusi sosial yang wujud dalam sesebuah masyarakat termasuklah institusi keluarga, sekolah iaitu merujuk kepada peranan guru-guru, pihak kerajaan dan sebagainya. Pihak-pihak berkenaan terutamanya para guru di sekolah merupakan agen penting untuk mensosialisasikan anggota masyarakat amnya dan para pelajar khasnya.

Hal ini memberi penekanan kepada nilai-nilai sosial dan moral termasuklah nilai tradisional, nilai masa kini dan nilai agama yang menjadi gabungjalin kepada kepercayaan dan amalan masyarakat yang pelbagai kaum akan dititikberatkan bagi membentuk dan melahirkan individu khasnya pelajar sekolah yang dapat mempertahankan cara hidup yang berhemah, bersopan dan berakhlak mulia. Pemberatan guru di sekolah kepada nilai agama dan moral merupakan peranan penting untuk meningkatkan kefahaman dan pegangan nilai dalam kalangan pelajar menjadi lebih mutlak.

Oleh itu para pelajar akan medapat kesedaran meningkatkan kepentingan nilai agama dan berpegang teguh kepada gabungjalin nilai-nilai ini untuk mencapai kesejahteraan hidup.Justeru itu, kita sedar masyarakat sangat menuntut peranan guru-guru sekolah agar lebih efektif memberi kefahaman nilai ini kepada pelajar dan seterusnya mampu mengukuhkan perkembangan akhlak dan moral pelajar.Tradisional , dianggapkan sebagai "the past living on in the present" manakala pemodenan ditakrifkan sebagai "historical discontinuity". Hal ini jelas mengambarkan keadaan bahawa kita akan hilang nilai-nilai tradisi dan kebudayaan dalam proses pemodenan arus pembangunan bandar.


Dalam lain perkataan, cara hidup masa silam akan berubah dan tidak diteruskan lagi. Sebagai contohnya, pertalian antara ahli-ahli komuniti telah berubah menjadi jauh dan tidak lagi rapat dalam arus pembangunan bandar. Pada masa dahulu, penduduk di Malaysia adalah rapat di antara satu sama lain. Perkara Ini boleh dilihat dalam kehidupan penduduk yang suka melawat kepada jiran-jiran yang sudah lama dikenali dengan mengetuk pintu rumah jiran dan bertegur-sapa sambil menlaungkan kalimah "Assamualaikum".

Manusia kini lebih mementingkan diri dan tidak mengenali jiran-jiran secara amnya. Ini lebih ketara berlaku di bandar yang amat maju .Jadi pemupukan nilai oleh guru-guru dalam kalangan pelajar sangat perlu untuk membudayakan semula budaya mesra sesama jiran dan berhemah ini.

Institusi pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam pembinaan insan yang beretika dan bertanggungjawab, selain berperanan menyediakan sumber manusia yang berpengetahuan, berkemahiran dan cekap. Komponen kesihatan, rekreasi dan sukan pula menyumbang kepada pembinaan kesihatan, kecergasan, keceriaan, dan produktiviti individu.

Komponen lain sosiobudaya seperti media massa, seni, sastera dan warisan membentuk sikap serta pandangan mengenai dunia dan kehidupan masyarakat dan negara. Kesemua komponen tersebut juga menyemai nilai-nilai bagi pembinaan insan dan pembentukan identiti.



Oleh itu, sikap saling menghormati, saling memahami dan sikap toleransi sesama penganut dari pelbagai agama hendaklah ditingkatkan lagi. Nilai-nilai murni yang sejagat sifatnya daripada pelbagai agama perlu diketengahkan serta dimanfaatkan untuk meningkatkan perpaduan dan saling kefahaman antara penganut mereka.

No comments: