Followers

Saturday, October 3, 2009

Faktor- Faktor Kejatuhan Melaka Dalam Teks Sulalatus Salatin



a) Terangkan faktor-faktor kejatuhan Melaka ke tangan Portugis

i) Kelemahan pemerintahan Sultan Mahmud Syah

- Sultan Mahmud mementingkan diri sendiri, mementingkan hawa nafsu
daripada hidup rakyat
- contoh: mengadakan hubungan sulit dengan isteri Tun Biajid dan Tun Dewi

ii) Sultan Mahmud bernafsu besar

- Baginda sanggup menyusahkan rakyat kerana mengikut nafsunya. Hal ini telah menimbulkan kebencian di hati rakyat.
- Contoh: selepas permaisuri mangkat berhasrat untuk berkahwin dengan
Puteri Gunung Ledang
Terpikat dengan kecantikan Tun Teja tunangan sultan Abdul
Jamal, menyuruh pembesar melarikan Tun Teja
Tergoda dengan kejelitaan Tun Fatimah, anak bendahara Seri
Maharaja

iii) Musuh dalam Negara

- Fitnah oleh penghulu saudagar Nina Sura Dewana dan raja Mandaliar
berhubung dengan Kitul yang berhutang membawa kepada pembunuhan
bendahara
- contoh: Terbunuhnya keluarga bendahara Seri Maharaja (hilangnya
bendahara yang bijak


iv) Tidak bijak memerintah

- Baginda telah melantik bendahara yang tua dan tidak tahu memerintah serta cacat sebagai bendahara Melaka
- Contoh: Bendahara Lubuk Batu – tepok

v) Portugis Menyerang Melaka

- Angkatan Portugis lengkap dengan kapal-kapal yang besar dan lengkap dengan kelengkapan perang
- Contoh: Portugis datang dengan empat buah kapal besar,dan lima buah ghali panjang.


vi) Fitnah

- Fitnah berleluasa menyebabkan rakyat berpecah-belah dan Raja menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa.
- Cth : Fitnah ke atas Hang Tuah, Fitnah ke atas Bendahara Tun Mutahir ( Keluarga Tun Fatimah )

1 comment:

Public opinion said...

Melaka jatuh kerana golongan seperti Panglima Awang, Panglima Hitam dan Raja Abdullah bersekongkol dengan Portugis. Banyak negeri-negeri Melayu yang membiarkan sahaja Portugis menyerang Melaka tanpa memberikan bantuan langsung seperti Pasai dan Pedir. Malah Pedir juga memberi bantuan berupa makanan dan bekalan kepada angkatan perang Portugis.

Angkatan Portugis lengkap dengan kapal-kapal besar dan lengkap dengan kelengkapan perang tidak tepat. Ini kerana Alfonso de Albuquerque datang dengan hanya sekitar 15 buah kapal dengan 1600 soldadu. Puak-puak Panglima Awang, Panglima Hitam dan Raja Abdullah membantu Portugis dengan menyediakan kapal-kapal perang dan anggota tentera. Apabila Portugis menang, mereka membawa pulang 3000 pucuk meriam. Kualiti meriam yang dibawa pulang ini diakui lebih bermutu daripada meriam buatan Jerman pada masa itu.