Wednesday, October 28, 2009

KUIZ SULALATUS SALATIN

Nama Merah Silu selepas Islam

Nama Sultan Muhammad Syah sebelum Islam

3 perkara yg berlaku kpd Sultan Muhammad Syah selepas bermimpi bertemu Rasulullah

Nama asal Singapura

Nama 3 org anak Raja Suran

Puteri yang lahir dari buih dikenali sebagai

Selepas Melaka kalah pd Peringgi , Sultan Mahmud buka negeri di

Anak Tun Fatimah dengan suaminya Tun Ali

Nama anak Raja Muhammad Pahang

Dua pembesar yg bersengketa di Melaka

Anak Bendahara Pahang yang dibawa lari ke Melaka

Nyatakan 2 bukti pengaruh Islam dalam teks SS

2 bukti pengaruh Jawa dlm teks SS

2 unsur sastera tempatan dalam SS

Raja yg berhasrat menyerang China

Negeri bawah laut dinamakan negeri

Nama sebenar Hang Tuah

Melaka gemilang di bawah Sultan

Kejatuhan Melaka di bawah Sultan

Peristiwa badang makan muntah hantu dikenali sbg unsur

Nyatakan 6 tokoh lagenda dlm SS

Nyatakan 4 jenis mitos dlm teks SS

Nama sebenar Paduka Seri Maharaja di Singapura

Gundik kesayangan Raja Iskandar Syah yg dihukum sula digelar

Penderhakaan Sang Rajuna Tapa dianggap unsur

2 ciri wasiat

Sebuah pantun yg dikaitkan dengan kematian Tuan Jana Khatib

3 org anak Tun Fatimah dengan Sultan Mahmud Syah

Saudara kandung Sultan Mahmud yg dibunuh dgn kejam bernama
Waadat dimeterai oleh ?

2 isi waadat

Singapura dilanggar todak dan kematian budak cerdik berlaku di mana dan di bawah pentadbiran siapa?

Lelaki yg bertanggungjwab melarikan Tun Teja dari Pahang

Lelaki yg sanggup meleraikan ikatan persahabatan di hujung mata keris bernama?

Lelaki Melayu yg dikaitkan dgn simbol setia dipanggil

2 orang utusan ke Gunung Ledang untuk meminang bernama

Anak betara Majapahit yg menjadi isteri Sultan Mansur Syah bernama

Anak Maharaja China yg juga menjadi isteri Sultan Mansur Syah digelar

3 helah Maharaja China utk elakkan serangan Raja Suran

2 helah Tun Perak elakkan serangan Siam

Konflik rampasan kuasa yg berlaku di bawah pengaruh Raja Rekan melibatkan Raja dan pembesar . Nama mereka ialah

Bendahara yg menyembunyikan Hang Tuah daripada hukuman bunuh Sultan Mansur Syah bernama

Kemtian Tun Besar anak Tun Perak semasa pemerintahan Raja?

Sultan yg ingin mengahwini wanita yg bukan dari golongan org biasa?

Nama saudagar Keling di Melaka yg berkaitan dgn kematian keluarga Bendahara Tun Mutahir.

Melaka dibuka oleh ?

1 contoh unsur anakronisma dlm SS

2 contoh unsur berulang-ulang dlm teks SS

Sebutkan 2 negeri yg terlibat dlm hubungan luar Melaka

Teks SS terbahagi 3 peringkat utama . Nyatakan.


Ini ialah soalan kuiz untuk latih tubi... boleh lah cuba jawab ya bagi calon-calon sastera 1 STPM .

Monday, October 26, 2009

ANALISIS SOALAN KMT 1

Analisis Kesusasteraan Melayu STPM Kertas 1. 922/1 Tahun 2004 – 2008 .

Bahagian A : Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional

2004
1. Sastera Hikayat 2. Persoalan Dan Latar Masyarakat

2005
1.Kesusasteraan Undang-undang 2. Cerita binatang.

2006
1.Maksud dan ciri sastera sejarah 2.Sastera zaman Hindu-Islam

2007
1.Sastera Kitab 2. Raja Ali Haji

2008
1.Cerita mitos (jenis-jenis) 2.Tokoh Bukhari al-Jauhari


Bahagian B : Sulalatus Salatin

2004
3. Soalan petikan wasiat ms 171-172 4. Watak Perwatakan Tun Perak


2005
3.Petikan ms 132.( Muslihat T.P.Putih) 4.Nilai kem. dan Keruntuhannya

2006
3.5 peristiwa berulang-ulang 4. petikan ms 244-245


2007
3.Petikan 193-194 (Sultan Mahmud) 4.Petikan ms 133 (episod dramatik)


2008
3.Bendahara T.Perak (Kebijaksanaan) 4.Susun lapis masyarakat Melayu
Melaka


Bahagian C : Prosa Melayu Tradisional

2004
5. Bustan al-Salatin- 218-220 6.Hik. Misa Taman Jayeng Kusuma


2005
5.Hikayat Hang Tuah ms 162 . 6.Hik.Raja Donan ms 64-65


2006
5.Asal-usul Kejadian Dunia 6.Kejenakaan Pak Pandir


2007
5.Pend Moral (Katak M.Gergasi) 6. Persoalan (Undang2 Laut Melaka )


2008
5.Hik. Raja Donan 6. Hik. Hang Tuah


Bahagian D : Puisi Melayu Tradisional

2004
7.Barzanji Kelahiran Junjungan 8.Seloka Pak Balung


2005
7. Mantera Pagar Rumah ms 366-367 8. Syair Perahu,ms 285-286


2006

7. Pantun berkait 8.Rubai Kemuliaan Insan


2007
7.Gurindam ms 300-301 8. Masnawi Budi ms 331


2008
7. Pantun 4 kerat ms 243 8. Qit’ah 339-340


Ori by : azlin773@yahoo.com 7.7.09

Sunday, October 25, 2009

UNSUR PATHOS

CONTOH SOALAN SULALATUS SALATIN

Rasa kedukaan, kesedihan dan dukacita turut dikenali sebagai pathos. Pathos juga menggambarkan sifat-sifat berserah, perihal penderitaan yang tidak tertanggung atau kesengsaraan kerana menanggung dukacita yang amat mendalam. Antara peristiwa yang mengandungi unsur pathos dalam Sejarah Melayu ialah;


Peristiwa 1
Perceraian Tun Kudu oleh Sultan Muzaffar Shah
Perceraian Tun Kudu adalah disebabkan perbalahan antara Tun Perak dengan Seri Nara Diraja. Sultan Muzaffar terpaksa menceraikan Tun Kudu demi mendamaikan persengketaan antara Tun Perak dengan Seri Nara Diraja. Sebagai seorang wanita yang masih muda Tun Kudu turut menanggung penderitaan diceraikan demi kepentingan Melaka dan terpaksa berkahwin dengan Seri Nara Diraja Tun Ali yang telah tua. Namun Tun Kudu tidak mempunyai pilihan lain kerana ketentuan hidupnya terserah kepada ketentuan kuasa dipihak lelaki lebih-lebih lagi atas titah sultan.

Peristiwa 2
Pembunuhan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir
Bendahara Tun Mutahir telah difitnah hendak merampas kuasa. Hal ini menyebabkan beliau dan semua ahli keluarganya dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah, kecuali Tun Fatimah


Peristiwa 3
Pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat
Kesedihan dirasai apabila Hang Jebat telah menjadi korban demi membela penganiayaan keatas sahabat baiknya Hang Tuah. Tindakan Hang Jebat melakukan amuk dan membunuh demi membela ‘kematian’ sahabatnya telah membawa kecelakaan kepada dirinya. Ini kerana pantang Melayu menderhaka kepada raja. Sebagai seorang hamba yang setia kepada tuannya, Hang Tuah telah mengenepikan rasa persahabatan dan persaudaraan terhadap Hang Jebat. Hang Tuah tetap menurut titah raja, membunuh Hang Jebat yang dikatakan menderhaka kepada raja. Pembunuhan Hang Jebat menggambarkan kesetiaan Hang Tuah yang tidak berbelah bagi terhadap raja Melaka.

Peristiwa 4
Pembunuhan Budak Cerdik
Nasib malang yang menimpa seorang budak yang mencadangkan agar serangan todak ditepi pantai Singapura yang berkubukan betis manusia digantikan dengan batang pisang. Kepintaran budak cerdik ini telah dicemburui oleh pembesar-pembesar dan mula dicurigai. Lantas atas fitnah pembesar, budak itu telah dihukum bunuh kerana bimbang apabila dia besar kelak cuba merampas kerajaan pula.

Peristiwa 5
Pembunuhan Tun Jana Khatib
Nasib yang menimpa Tun Jana Khatib iaitu orang Pasai yang dihukum bunuh oleh raja Singapura iaitu Paduka Seri Maharaja. Dia telah dituduh cuba menunjuk-nunjukkan kesaktiannya dihadapan permaisuri iaitu isteri Paduka Seri Maharaja dengan menilik sebatang pinang dekat istana raja hingga terbelah. Raja mencemburui keistimewaan Tun Jana Khatib lalu menitahkan hukuman bunuh.

Peristiwa 6
Pembunuhan Anak Sang Rajuna Tapa
Nasib anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang merupakan gundik Raja Iskandar Syah amat malang apabila dia telah dihukum bunuh dengan cara disula dan mayatnya telah diletakkan dihujung pasar. Hukuman ini dianggap sebagai satu penganiayaan kerana dia telah difitnah

Peristiwa 7
Kematian Tun Besar Anak Tun Perak
Tun Besar anak Bendahara Paduka Raja Tun Perak telah dibunuh oleh Raja Muhammad kerana kesilapan kecil ketika bermain sepak raga.

Peristiwa 8
Pembunuhan Raja Zainal
Atas titah perintah Sultan Mahmud, Hang Berkat telah membunuh Raja Zainal dengan alasan menggugat keamanan Melaka. Namun hakikat sebenarnya, baginda bimbang Raja Zainal akan merampas kuasa kerajaannya.


Peristiwa 9
Pembunuhan Tun Ali Sandang
Tun Ali Sandang iaitu keluarga Seri Dewa Raja telah dibunuh oleh Tun Isap atas titah perintah Sultan Mahmud. Pembunuhan ini dianngap sebagai satu babak pilu kerana ia membabitkan seorang perempuan iaitu Tun Dewi.

Peristiwa 10
Pembunuhan Seri Bija Diraja
Pembunuhan ke atas Seri Bija Diraja berpunca dari kelewatan beliau mengadap Sultan Mahmud Syah. Namun sebaliknya, Sultan mengesyaki sikap Seri Bija Diraja mengandungi unsur mahu menderhaka.

PENERAPAN NILAI DALAM KEHIDUPAN ….

Nilai merupakan simbolik kepada unsur budaya. Pembudayaan amat penting untuk mencorakkan perkembangan moral, akhlak, tingkah laku,hubungan sosial, tindakan dan peranan tertentu yang perlu dilakukan oleh individu dalam masayarakat amnya, dan para guru khasnya. Konsep sosialisasi, amat sesuai dijadikan langkah meningkatkan kefahaman guru tentang nilai tradisional, nilai masa kini dan nilai agama supaya dapat dikuasai dengan baik dan seterusnya para pelajar boleh menerima sesuatu nilai yang dibincangkan dan diterima dengan baik berdasarkan aspek penghayatan dan aplikasi atau amalan.

Semua institusi sosial yang wujud dalam sesebuah masyarakat termasuklah institusi keluarga, sekolah iaitu merujuk kepada peranan guru-guru, pihak kerajaan dan sebagainya. Pihak-pihak berkenaan terutamanya para guru di sekolah merupakan agen penting untuk mensosialisasikan anggota masyarakat amnya dan para pelajar khasnya.

Hal ini memberi penekanan kepada nilai-nilai sosial dan moral termasuklah nilai tradisional, nilai masa kini dan nilai agama yang menjadi gabungjalin kepada kepercayaan dan amalan masyarakat yang pelbagai kaum akan dititikberatkan bagi membentuk dan melahirkan individu khasnya pelajar sekolah yang dapat mempertahankan cara hidup yang berhemah, bersopan dan berakhlak mulia. Pemberatan guru di sekolah kepada nilai agama dan moral merupakan peranan penting untuk meningkatkan kefahaman dan pegangan nilai dalam kalangan pelajar menjadi lebih mutlak.

Oleh itu para pelajar akan medapat kesedaran meningkatkan kepentingan nilai agama dan berpegang teguh kepada gabungjalin nilai-nilai ini untuk mencapai kesejahteraan hidup.Justeru itu, kita sedar masyarakat sangat menuntut peranan guru-guru sekolah agar lebih efektif memberi kefahaman nilai ini kepada pelajar dan seterusnya mampu mengukuhkan perkembangan akhlak dan moral pelajar.Tradisional , dianggapkan sebagai "the past living on in the present" manakala pemodenan ditakrifkan sebagai "historical discontinuity". Hal ini jelas mengambarkan keadaan bahawa kita akan hilang nilai-nilai tradisi dan kebudayaan dalam proses pemodenan arus pembangunan bandar.


Dalam lain perkataan, cara hidup masa silam akan berubah dan tidak diteruskan lagi. Sebagai contohnya, pertalian antara ahli-ahli komuniti telah berubah menjadi jauh dan tidak lagi rapat dalam arus pembangunan bandar. Pada masa dahulu, penduduk di Malaysia adalah rapat di antara satu sama lain. Perkara Ini boleh dilihat dalam kehidupan penduduk yang suka melawat kepada jiran-jiran yang sudah lama dikenali dengan mengetuk pintu rumah jiran dan bertegur-sapa sambil menlaungkan kalimah "Assamualaikum".

Manusia kini lebih mementingkan diri dan tidak mengenali jiran-jiran secara amnya. Ini lebih ketara berlaku di bandar yang amat maju .Jadi pemupukan nilai oleh guru-guru dalam kalangan pelajar sangat perlu untuk membudayakan semula budaya mesra sesama jiran dan berhemah ini.

Institusi pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam pembinaan insan yang beretika dan bertanggungjawab, selain berperanan menyediakan sumber manusia yang berpengetahuan, berkemahiran dan cekap. Komponen kesihatan, rekreasi dan sukan pula menyumbang kepada pembinaan kesihatan, kecergasan, keceriaan, dan produktiviti individu.

Komponen lain sosiobudaya seperti media massa, seni, sastera dan warisan membentuk sikap serta pandangan mengenai dunia dan kehidupan masyarakat dan negara. Kesemua komponen tersebut juga menyemai nilai-nilai bagi pembinaan insan dan pembentukan identiti.



Oleh itu, sikap saling menghormati, saling memahami dan sikap toleransi sesama penganut dari pelbagai agama hendaklah ditingkatkan lagi. Nilai-nilai murni yang sejagat sifatnya daripada pelbagai agama perlu diketengahkan serta dimanfaatkan untuk meningkatkan perpaduan dan saling kefahaman antara penganut mereka.

Pengaruh Internet Kepada Masyarakat

Masyarakat berilmu dapat diwujudkan dengan adanya Internet. Melaluinya, ungkapan “katak di bawah tempurung” tidak timbul lagi. Pengguna komputer hanya perlu menggunakan hujung jari bagi menjengah maklumat terkini dalam semua bidang. Peristiwa yang berlaku di mana-mana sahaja dapat kita ikuti dengan serta-merta. Hal ini membolehkan kita membina satu masyarakat yang berilmu.

Internet merupakan rangkaian komputer komunikasi yang terbesar di dunia. Rangkaian induk ini menggabungkan ratusan ribu sistem komputer lain. Lebuh raya maklumat antarabangsa ini tidak dimiliki sesiapa dan tidak ada pihak yang mampu mencegahnya di bawah konsep langit terbuka. Justeru, internet ini mendatangkan pelbagai implikasi.


Internet bagaikan pisau tajam. Pisau dapat mengukir sesuatu yang indah, dan juga dapat membunuh. Pihak yang tidak bertanggungjawab boleh menyalurkan maklumat yang berunsur pornografi, propaganda, ajaran sesat, dan sebagainya melalui Internet. Adalah sukar bagi kita menghalang, menyaring, dan menyekat penggunaan dan pengaliran bahan negatif daripada meresapi minda kita. Hal ini memang membimbangkan kita. Pemuda pemudi kita mungkin terdedah kepada nilai yang bercanggah dengan nilai murni kita. Akibatnya, keruntuhan sosial mungkin berlaku.

Internet juga akan merevolusikan dunia pendidikan. Pendidikan jarak jauh dapat dijalankan. Pelajar dapat memilih kursus-kursus kesukaannya bila-bila sahaja. Pelajar juga tidak perlu menghadiri kuliah dan tinggal di kampus. Latihtubi dapat dijalankan dan kelemahan pelajar mudah di betulkan. Hal ini mendatangkan kesan yang berlipatganda. Para pengajar dan pelajar juga dapat memperoleh maklumat dan dari universiti di seluruh dunia.

Ketagihan Internet juga akan mengubah hidup dan peribadi seseorang. Ibu bapa akan mengabaikan anak-anaknya. Manusia mungkin memencilkan diri semata-mata hendak menyelami maklumat dalam Internet yang tanpa batasannya. Amalan hidup berkelompok, bagai aur dengan tebing, akan terhakis. Sebaliknya, akan muncul amalan enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Justeru, Internet mampu merenggangkan hubungan sesama manusia.


Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi banyak mengubah kehidupan manusa. Kemajuan ini membukajendela kepada kemungkinan, kegilaan, dan malapetaka baru, bergantung pada cara-cara kita memanfaatkannya atau menyalahgunakannya. Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka ketika mereka melayari Internet. Ketahanan diri itulah yang menjamin kita tidak diracuni unsur negatif melalui Internet.

Album Perpisahan 6AK 2 Tahun 2009

LOKASI : 6 AK 2 , BLOG SRI DIDIK , SMK SIS II .
MASA : 12 PM.



GENG GURLZ DALAM KELAS YG SPORTING!!!


BERGAMBAR KENAGAN LAH NI KONON-KONON!! ESEH ...


EMM... NI HALF DARI JUADAH...
TEMA UTAMA IALAH LONTONG, KFC , DAN NASI GORENG CINA


NI... BAIK PUNYER ... MAKAN DAN BORAK BORAK !!! ...

GENG BUDAK NAKAL TAPI BAIK....
DALAM KELAS... TAK DA DEPE NI.. SUNYI BANGAT....





Sunday, October 18, 2009

SEBUAH KEHIDUPAN ....

LIKU- LIKU SEBUAH KEHIDUPAN.....





Assalamualaikum.... Salam Kuntum Kedamaian ... Salam Sejahtera ....
Lama tak update blog ni... Banyak keje... hujung tahun, busy sangat di sekolah.... mesyuarat tok sah kata ah.... tanpa mesyuarat tak sempurna jadi cikgu.....laporan?? Ehmmm... tetap....
Nak fokus budak-budak nak exam lagi.... tingkatan 3 dah lepas.... sekarang nak hadap tingkatan 6 pulak... kami , cikgu ni turut sama macam nak g berperang juga.... bukan lepas jer kat anak murid.... cikgu pun macam nak masuk pereksa ... risau akan anak murid....
sebenarnya balik kampung hari tu kat KB. Dari hari Khamis, 15 Oktober 2009 sampailah hari ni 18 Oktober . Baru sampai tadi , kira-kira jam 2 petang .



Hari Rabu lepas, 14 Oktober 2009 , ialah hari ulang tahun aku .... tahun ni ada kelainan sikit... lain dari tahun dulu-dulu,... Tahun ni, geng kat sekolah sambut besday kat bilik guru, kami sama-sama bawa makanan dan kongsi sama-sama.... rasa macam kanak-kanak riang ria ribena pulak... rasa dunia ini indah jer ... ada kawan- kawan sayang kat kita ... TQ to my friends kat SMK Sultan Idris Shah II.



Bila direnung kembali... begitu pantas masa berlalu.... tak sangka .... umur dah makin meningkat.... ha ha haaa.... Satu soalan ??? apa benda yg akan naik tapi tak pernah turun?? jawabnya .... Usia ...... Kita soal, kita jawab...




Apa yang bez kat kg hari tu??? Bez .... berkumpul bersama ahli keluarga yang lama tak jumpa kan. Masak-masak ... makan-makan... berkongsi cerita semasa dan cerita zaman kecik-kecik...Hmmm.... macam tak cukup mulut nak bersembang... . Berlaga-laga story nak citer ..... Time citer lawak... tak cukup perut nak ketawa ......



Dekat kampung, Budak-budak satu hal... main kejar-kejar , lari-lari, lompat-lompat, tempik-tempik... macam tak cukup tanah nak lari... dunia kanak-kanak ni tak tercemar .. Pada mata mereka dunia ini indah, suci, dan meriangkan... kita pun suka tengok budak-budak riang-ria .



Tu lah..... sejak sebulan dua ni... lepas raya dulu.... memang dah kurang masa ah... nak layan internet .... agaknya lepas exam akhir tahun budak sekolah ni, baru lega sikit kot....
Kat sume budak SM SIS , tingkatan 1, 2, 4, dan 6 Rendah, depa ada exam 23 hb 10 nanti.... beware ... bersiap siaga lah u guys sume ..... . Selamat maju jaya daripada Cikgu ya!!!
Buat yang terbaik...



Akhir Kalam....
Hidup ini indah , jika kita pandai menghargainya ..... .

Tuesday, October 6, 2009

KETERASINGAN

Aku pantas begini,

Hidup dalam keterasingan, dilambung puing-puing kesepian
aku rela begini,
hidup dalam zarah-zarah kelukaan, bersama
gugusan atom kekecewaan

Andai kau ingin tahu,
aku pantas begini,
meneruskan kehidupan di sebuah lembah tak bernama
terasing dalam mimpi, terasing dalam sepi, terasing dalam cinta

Aku pantas begini
mencari jalan pulang walau tak tahu mana jalannya
mengekori matahari dan bulan ,
walau tak nampak sinarnya
mengejar bintang di langit malam
walau cahayanya sirna,

Mungkin kau ingin tahu,
aku masih lagi di sini
berteleku menadah tangan
merendahkan hati menggapai nur Ilahi
lantaran hati ini telah remuk di tangan insani.



SASTERA KETATANEGARAAN (SASTERA ADAB)

Definisi :

Karya yang menjadi petunjuk kapada golongan raja-raja dari segi mentadbirkan negara.Kandungan kitab ketatanegaraan merupakan penerangan secara naratif (cerita) cara mentadbirkan sesuatu negeri dengan berdasarkan contoh raja-raja zaman dahulu kala khususnya raja-raja dari Timur Tengah.

Contoh karya :
1. Taj al Salatin – Bukhari al-Jauhari

2. Bustan al-Salatin – Nuruddin al-Raniri

3. Nasihat Segala Raja-raja – Syeikh Abdul Kadir

Ciri-ciri Isi Sastera Ketatanegaraan

1. Membicarakan tentang tanggungjawab raja-raja, menteri, hulubalang dan rakyat sekalian. Contoh Fasal yang pertama dalam Kitab Nasihat Segala Raja-raja.

2. Mengenai persoalan agama.

3. Menyentuh sejarah kerajaan-kerajaan Islam di Asia Barat dan Alam Melayu.

4. Berkisar pada undang-undang perlembagaan yang diambil daripada sumber Islam (tidak bercampur aduk daripada sumber lain).

5. Contoh-contoh yang diberikan adalah daripada raja-raja yang berasal dari Timur Tengah, termasuk contoh nabi-nabi dan tokoh-tokoh Islam terkenal dalam sejarah.

6. Menjadi panduan kepada raja-raja dan pembesar-pembesar untuk mentadbir negeri.

7. Kaya dengan unsur-unsur nasihat, petunjuk, panduan, dan pengajaran berharga kepada pemerintah.

8. Mengandngi filsafat pemikiran yang tinggi. Banyak dimasukkan petikanpetkan dari ayat al-quran dan hadis-hadis nabi.

Fungsi Sastera Ketatanegaraan :

1. Sebagai panduan kepada golongan raja dan pemerintah- Dalam menjalankan pntadbiran dan pemerintahan negeri, misalnya dalam soal hubungan antara rakyat dengan pemerintah, tanggungjawab pembesar-pembesar negeri dalam mentadbirkan negeri.- Panduan kepada seluruh masyarakat dalam hal-hal seperti cara mendidik anak, mengenai budi bahasa, pekerti yang baik dan tanggungjawab hubungan sesama manusia.

2. Sebagai alat pendidikan – unsur pengajaran dan pendidikan serta amalan hidup Islam yang tinggi dapat dijadikan contoh.- Contoh teladan daripada sifat tokoh-tokoh Islam, kisah nabi-nabi dari segi kelakuan, sifat, tindak-tanduk, dalam hubungan sesama insan demi keharmonian hidup bermasyarakat.

SASTERA UNDANG-UNDANG

Satu kumpulan hasil penulisan tradisional Melayu yang menjadi bahan kajian tentang sistem pemerintahan, sistem pentadbiran dan susun lapis masyarakat lama.

Sejenis peraturan hidup orang Melayu yang didasarkan kepada adapt resam yang turun-temurun digunakan untuk menjaga negeri dan kedudukan raja-raja Melayu.

Ia merupakan karangan sastera, tetapi isi kandungannya mempunyai corak undang-undangIa tidak disama ertikan dengan pengertian undang-undang pada masa sekarang ini, kerana ia ditulis oleh penulis istana, atas perintah oleh penulis utama, atas perintah pihak istana, menggubal dan meminda dari adapt tradisi yang sedia ada. Sesiapa yang melanggar dikenakan hukuman


Tergolong dalam dua kumpulan :
(i) Kumpulan Adat Temenggung (ii) Kumpulan Adat Perpatih

Contoh karya sastera undang-undang

:a. Hukum Kanun Melaka
b. Undang-undang Laut Melaka
c. Undang-undang Pelabuhan Pahang
d. Undang-undang Pelabuhan Acheh
e. Undang Pelabuhan Kedah
f. Undang-undang Negeri Perak
g. Adat Perpatih
h. Undang-undang Negeri Johor
i. Undang-undang Brunei

Ciri-ciri Umum Sastera Undang-undang :

1. Tidak diketahui nama pengarang asalnya dan yang diketahui ialah penyusunnya

.2. Penyusun daripada kalangan istana iaitu golongan bangsawan. Corak isi mengagung-agungkan dan mementingkan golongan bangsawan.

3. Bercampur dengan unsur mitos atau unsur-unsur luarbiasa.

4. Dituliskan dalam bentuk prosa serta disulami perumpamaan

5. Terdapat unsur-unsur Hindu dan Islam.

6. Ketentuan Undang-undang bercampur dengan adapt istiadat

7. Hukuman yang dikenakan tidak tegas dan boleh dipinda atau diubah.

8. Dapat menggambarkan corak hidup masyarakat Melayu tradisi terutamanya mengenai susunlapis masyarakat, adat istiadat Melayu dan peraturan-peraturan hidup.


Fungsi Sastera Undang-undang :

1. Sebagai panduan dalam hal pelayaran dan peraturan di kapal

2. Sebagai alat kawalan sosial

3. Alat menjaga keamanan masyarakat dan negara

4. Sebagai bahan untuk melihat gambaran masyarakat

SASTERA EPIK

Definisi Sastera Epik:

Sastera epik dikenali juga sebagai sastera
pahlawan. Karya-karya sastera epik mengisahkan seorang tokoh wira yang menjadi kebanggaan sesuatu bangsa.

Tokoh wira tersebut diceritakan penuh keistimewaan dan luar biasa. Tokoh wira merupakan tokoh pahlawan yang istimewa dan menjadi kebanggaan bagi bangsa itu. Keistimewaan tokoh dari segi kepahlawanan dicampuraduk dengan unsur-unsur mitos, lagenda,cerita rakyat dan sejarah.

Tokoh pahlawan bersifat superhuman.Beliau juga mempunyai sifay keberanian, kesetiaan,kesaktian dan sebagainya.

Ciri-ciri Sastera Epik

Dari segi bentuk ia merupakan puisi naratif yang panjang.Walaupun begitu karya epik Melayu (Epik Kebangsaan) ditulis dalam prosa naratif yang panjang

Latar Tempat – Latar tempat sastera epik meliputi ruang yang amat luas,latar dewa kayangan, bawah laut dan latarmasa amat panjang meliputi beberapa generasi.

Gambaran bersifat objektif – sastera epik bersifat objektif di mana ceritanya tidak menyebelahi manamana pihak sewaktu menceritakan sesuatu peristiwa atau watak.

Penceritaan mengenai tokoh wira – Tokoh wira diberi kedudukan tinggi dalam sejarah bangsa. Watak tokoh wira epik mempunyai sifat kepahlawanan yang tinggi seperti gagah, berani, setia dan bersemangat tinggi. Tokoh wira juga memiliki sifat superhuman

Peranan watak wira dalam cerita melibatkan – Peranan wira semasa kecil, unsur-unsur kepahlawanan yang dimilki oleh wira, sifat negarawan wira.diplomatik dan mistik.

Jenis dan Penggolongan Sastera Epik

Epik kebangsaan – Hikayat Hang Tuah

Epik bersumber Islam – Hikayat Hang Tuah Hikayat Amir Hamzah, Muhammad Hanafiah

Sifat kepahlawanan pada Wira Epik Mistik-ilmu agamaba -bantuan jibrail/Nabi Semangat pahlawan berani

Sabar,pemurah, adil. Mempunyai nilai-nilai moral positif Kesetiaan tidak berbelah bagi



Wira Epik

Keberanian, gagah – sejak kecil menentang musuh-musuh Pintar jahat akal/muslih at. Strategi peperangan Ilmu kesaktian – senjata ajaib/sakti

Bijaksana/pintar dalam berbagai ilmu perang dan ilmu dunia


Fungsi Karya Sastera Epik

1. Mengagungkan seseorang tokoh Karya sastera epik kebangsaan bertujuan mengagungkan pahlawan Melayu. Karya epik berunsur Islampula bertujuan mengagungkan pahlawan Islam yang terbilang

2. Sebagai lambang keagungan sesuatu bangsa dan negara Tokoh epik merupakan lambang kebanggaan dan keagungan sesuatu bangsa. Tuah adalah lambang kebanggaan dan keagungan Kesultanan melayu Melaka. Manakala tokoh epik Amir Hamzah lambang keagungan kerajaan pemerintahan Islam ketika mencapai kemuncak kecemerlangan.

3. Menanamkan semangat cintakan bangsa, negara dan agama Keperibadian yang dimiliki oleh tokoh-tokoh epik dapat membangkitkan semangat juang yang tinggi bagi mempertahankan maruah bangsa dan agama. Contohnya sifat yang dimiliki oleh Hang Tuah dapat menanam semangat kepada generasi kini tehadap bangsa, tanah air dan agama.

4. Sebagai alat pengekalan dan pemantapan nilainilai dan norma masyarakat Sifat-sifat kepahlawanan tokoh-tokoh epik dapat memantapkan lagi nilai-nilai dan norama kehidupan masyarakat tersebut. Contohnya sifat kepahlawanan dan negarawan yang ada pada Hang Tuah boleh dijadikan contoh atau model kepada masyarakat melayu 5.Memperkenalkan identiti bangsa dan negara kepada generasi akan datang. Sifat-sifat yang ada pada tokoh epik ini dapat memberi gambaran kepada generasi akan datang tentang bangsa itu sendiri.

SASTERA AGAMA

Cerita-cerita Nabi Muhammad dan tokoh-tokoh Islam. Tergolong dalam hikayat-hikayat sumber Islam atau lagenda Islam.

Definisi :

- karya bercorak cereka (naratif)

- mengisahkan tokoh-tokoh Islam yang terdapat dalam sejarah perkembangan Islam- watak terdiri daripada tokoh-tokoh Islam dalam sejarah

- perwatakan diadun dengan berbagai-bagai unsure fiksyen

- cerita tentang tokoh Islam bersifat karya sastera.

Ciri-ciri isi karya :

1. Cerita tentang tokoh Islam dan kisah-kisah Nabi Muhammad yang berlatarkan sejarah Islam serta diolah kembali dengan dimasukkan unsur mitos dan legenda, memperkenalkan tokoh-tokoh Islam untuk menggantikan tokoh-tokoh kesusasteraan Hindu di kalngan rakyat jelata.

2. Cerita tentang tokoh Islam berunsur legenda dan bercampukaduk dengan bahan fiksyen. Isinya memperkenalkan dan mengagung-agungkan tokoh-tokoh dan kebesaran Islam.

3. Ciri-ciri kekitaban – format penulisan naratif dan pengajian Islam

4. Diselitkan unsur khutbah dan fatwa pada bahagian awal dan akhir cerita

5. Memakai format ‘doksologi’ pada permulaan hikayat dan akhir cerita, dimasukkan :
Permulaan : didahulukan dengan bacaan – ‘Bismillah-ir-Rahman…..’
Akhir : ayat ringkas ‘Wal-lahu ‘alamu bis sawab’.
Penutup : doa panjang – puji-pujian kepada Allah dan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
R.O Winstedt menggolongkannya ke dalam cerita-cerita yang bercorak legenda Islam.


Tokoh-tokoh :

a. Sebelum Islam- Hikayat ZulkarnainHikayat Amir Hamzah

b. Sezaman dengan Nabi Muhammad - Hikayat Muhammad Ali Hanafiah

c. Tokoh Tempatan – Cerita yang disadurkan dengan keadaan tempatHikayat Raja Khandak

d. Kisah Nabi Muhammad- Hikayat Nur MuhammadHikayat Bulan BerbelahHikayat Nabi BercukurHikayat Nabi WafatHikayat Nur MuhammadKisah bahawa Nur diciptakan oleh Tuhan mendahului ciptaan segala benda. Dari Nur, Tuhan mencipta nabi, malaikat, bulan, angina, air dan api. Nur kemudiannya mengislamkan api, angina, air dan tanah.

Saturday, October 3, 2009

Faktor- Faktor Kejatuhan Melaka Dalam Teks Sulalatus Salatin



a) Terangkan faktor-faktor kejatuhan Melaka ke tangan Portugis

i) Kelemahan pemerintahan Sultan Mahmud Syah

- Sultan Mahmud mementingkan diri sendiri, mementingkan hawa nafsu
daripada hidup rakyat
- contoh: mengadakan hubungan sulit dengan isteri Tun Biajid dan Tun Dewi

ii) Sultan Mahmud bernafsu besar

- Baginda sanggup menyusahkan rakyat kerana mengikut nafsunya. Hal ini telah menimbulkan kebencian di hati rakyat.
- Contoh: selepas permaisuri mangkat berhasrat untuk berkahwin dengan
Puteri Gunung Ledang
Terpikat dengan kecantikan Tun Teja tunangan sultan Abdul
Jamal, menyuruh pembesar melarikan Tun Teja
Tergoda dengan kejelitaan Tun Fatimah, anak bendahara Seri
Maharaja

iii) Musuh dalam Negara

- Fitnah oleh penghulu saudagar Nina Sura Dewana dan raja Mandaliar
berhubung dengan Kitul yang berhutang membawa kepada pembunuhan
bendahara
- contoh: Terbunuhnya keluarga bendahara Seri Maharaja (hilangnya
bendahara yang bijak


iv) Tidak bijak memerintah

- Baginda telah melantik bendahara yang tua dan tidak tahu memerintah serta cacat sebagai bendahara Melaka
- Contoh: Bendahara Lubuk Batu – tepok

v) Portugis Menyerang Melaka

- Angkatan Portugis lengkap dengan kapal-kapal yang besar dan lengkap dengan kelengkapan perang
- Contoh: Portugis datang dengan empat buah kapal besar,dan lima buah ghali panjang.


vi) Fitnah

- Fitnah berleluasa menyebabkan rakyat berpecah-belah dan Raja menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa.
- Cth : Fitnah ke atas Hang Tuah, Fitnah ke atas Bendahara Tun Mutahir ( Keluarga Tun Fatimah )

Nikmat Di Pagi Syawal

SALAM LEBARAN DAN SALAM SYAWAL ...
KAT BAWAH NI MENU MASA BUAT RUMAH TERBUKA HARI RAYA KE- 2


Kek Keladi kegemaran tetamu ....
Behun Goreng Pagi Syawal....

Full aksesori untuk Nasi Dagang Raya .....

Kek Coklat Smarties Versi Raya .....

Roti Jala Bez .....
Kini kami sume beraya ngan kawan-kawan kat Gerik ....
Raya, raya jugak... tak lupa puasa sunat Syawal ya... ingatan bersama....



Sastera Epik Dan Cerita Berbingkai

1. [i] Jelaskan ciri-ciri sastera Epik. [5 markah]

Fakta 1. Karya sastera epik ditulis dalam bentuk prosa dan puisi yang panjang.

Fakta 2. Wiranya diperlihatkan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam
Sejarah bangsanya.

Fakta 3. Latar tempat dan perkembangan ceritanya sangat luas,panjang hingga
Melibatkan beberapa generasi.

Fakta 4. Wira mempunyai sifat kepahlawanan, keberanian dan kegagahan yang
Unggul.

Fakta 5. Terdapat unsur-unsur ‘supernatural’ yang dikaitkan dengan wiranya.

[ fakta = 1 markah]


[ii] Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai, Huraikan 5 ciri pahlawan pada
Watak utama sastera epik tersebut. [20 markah]

Fakta 1. Ketangkasan bermain senjata.
Huraian + contoh ....Ketangkasan Hang Tuah bermain senjata terbukti apabila
Beliau dapat mengalahkan lanun di Pulau Besar serta
Menyelamatkan bendahara sewaktu orang mengamuk di
Melaka.

Fakta 2. Mempunyai sifat-sifat kepewiraan.
Huraian + contoh….Sewaktu di Majapahit ,Hang Tuah telah menunjukkan
Kepewiraannya dengan mengalahkan Taming Sari, seorang
Pahlawan Majapahit dan akhirnya Hang Tuah dihadiahi keris
Taming Sari.

Fakta 3. Bijak dalam tipu muslihat.
Huraian + contoh….Dalam Hik. Hang Tuah diceritakan bagaimana Hang Tuah
Mengalahkan lanun di Pulau Tinggi dengan membawa mereka
Berperang di daratan yang mana akhirnya Hang Tuah dapat
Mengalahkan lanun-lanun tersebut.

Fakta 4. mempunyai unsur-unsur “supernatural’,kuasa sakti dan ghaib
Huraian + contoh….Dalam Hik. Hang Tuah ditunjukkan bagaimana Hang Tuah
Telah bertukar menjadi harimau sewaktu berlawan dengan
Sang Wirana yang juga mempunyai ilmu kesaktian. Sawaktu
Hang Tuah hendak ke Mekah beliau telah diberikan sebuah
Cembul berisi air. Apabila air itu disapukan ke muka
Seseorang maka mereka boleh bertutur pelbagai bahasa.

Fakta 5. Mempunyai sifat jujur,taat setia dan dedikasi.
Huraian + contoh…..Banyak peristiwa dalam Hik. Hang Tuah menunjukkan
Sifat jujur dan taat setia nya kepada sultan Melaka seperti
Hang Tuah melarikan Tun Teja untuk diserahkan kepada
Sultan Melaka.

Fakta 6. Mempunyai sifat sabar,merendah diri,bertimbang rasa dan pemurah.
Huraian + contoh….Hang Tuah Tidak sombong atau bongkah kepada musuh-
Musuh yang telah dikalahkannya atau ditawannya seperti
Kemenangannya ke atas Taming Sari, Sang Wirana serta
Berjaya membunuh Hang Jebat tidak menjadikan ia seorang
Yang sombong.



2. Cerita berbingkai merupakan hasil karya Islam yang dibawa ke alam Melayu.

[i] Nyatakan 5 karya sastera berbingkai. [5 markah]

Faktra : 1. Hik Bayan Budiman.
2. Hik, 1001 malam
3. Hik. Bakthiar
4. Hik. Khalila Wa Daminah
5. Hik. Ghulam.
6. Hik. Maharaja Ali
7. Hik. Nokhodas Muda.

[ii] Terangkan maksud Hikayat Berbingkai. [5 markah]
Faktra 1 . Karya yang mempunyai cerita dalam cerita.

Fakta 2. Terdapat satu cerita pokok/utama dan beberapa cerita sisipan.

Fakta 3. Cerita sisipan bersambung-sambung serta berkait dengan cerita pokok.

Fakta 4 . Cerita sisipan disampaikan oleh watak-watak dalam cerita pokok yang
Terdiri daripada manusia dan binatang.

Fakta 5. Cerita sisipan bertujuan mmemanjangkan cerita untuk memasukkan
Unsur pengajaran. .


Fakta 6. cerita sisipan disampaikan untuk berhujah atau menimbulkan
Kebenaran watak-watak utama dalam cerita tersebut.

Fakta 7. Cerita hiakhiri dengan ‘happy ending’ dan kembali kepada cerita
Pokok yang asal.

[fakta=1 markah]


[iii] Berdasarkan 2 contoh karya hikayat berbingkai.
Huraikan isi ceritanya. [15 markah]
Fakta 1. Hik.bayan budiman.
Huraian + Contohnya ….Cerita pokok---
Tentang kisah Khoja Maimun berlayar untuk berniaga dan beliau memelihara dua ekor burung yang pandai berkata –kata. Sewaktu Khoja Maimun berniaga Isterinya bibi Zainab merancang untuk berjumpa dengan kekasih baharunya seorang putera raja.Burung tiong telah dibunuh oleh Bibi zainab kerana melarangnya berjunpa dengan puera raja.
Cerita sisipan bermula apabila , Burung Bayan menyampaikan beberapa buah cerita bagi melengahkan atau menghalang Bibi zainab berjumpa dengan kekasihnya. Tindakkan itu berjaya sehingga Khoja Maimun pulang daripada berniaga.
Akhir cerita kembali kepada cerita pokok di mana Bibi zainab berjaya di selamatkan daripada melakukan perkara maksiat dan hidup bahagia bersama suaminya.

Fakta 2. Hik. Bakthiar.
Huraian + Contoh …..Cerita pokok---Kisah tentang Bakthiar yang telah dipelihara oleg seorang saudagar Idris, kemudian Bakthiar dijadikan oleh sultan sebagai anak angkat. Sultan tersebut amat sayang kepada Bakthiar sehingga menimbulkan perasaan dengki di kalangan para pembesarnya. Mereka telah membuat fitnah kepada Bakthiar sehingga dia dijatuhkan hukuman bunuh.
Cerita sisipan --- cerita sisipan ini disampaikan oleh Bakthiar kepada raja supaya hukuman bunuh dapat di lengah-lengahkan.Sewaktu menyampaikan beberapa cerita sisipan , akhirnya saudagar itu datang ke tempat sultan tersebut dan memceritakan kisah bakthiar yang merupakan anak angkatnya yang dijumpainya dahulu.
Akhiran ceritanya, kembali kepada plot cerita utama, sultan akhirnya tahu bahawa bakthiar adalah anaknya sewaktu sultan dan pemaisuri melarikan diri , apabila negara mereka di serang musuh.Bakthiar selamat dan hidup bahagia disamping ayah dan bondanya.

Fakta 3. Hik. 1001 malam / Alfa Laila Wa laila.
Huraian = Contoh …..Cerita pokok ---
Mengisahkan seorang raja yang telah dikianati oleh pemaisurinya yang amat dikasihi. Raja telah berdendam kepada semuya wanita , di mana setiap wanita yang dikahwininya akan di bunuh pada keesokan harinya , apabila fajar menyinsing. Perbuatan raja menyebabkab banyak abak gadis menjadi korban.Akhirnya anak menteri wazir telah bersetuju untuk berkahwin dengan raja
Cerita sisipan---- Gadis tersebut telah menyampaikan beberapa buah cerita bagi menyedarkan raja tentang sikapnya yang salah itu.Setelah 1001 , gadis itu berceritra maka akhirnya raja insaf.
Akhiran cerita kembali kepada cerita pokok atau cerita utama dan mereka hidup aman dan bahagia.
[fakta =1 markah, huraian +contoh = 4 markah]