Friday, September 4, 2009

Kebaya Biru Mama

Kebaya biru mama
Tersangkut indah di ampaian
Warna birunya cantik sekali
Warna birunya tenang sekali
Warna birunya polos sekali

Kebaya biru mama
Kelihatan lesu dan pilu
Masih tergantung dalam almari
Belum disentuh, belum dijamah
Begitu rapi begitu sepi

Kebaya biru mama
Kulihat suram sekali
Mengingatkan aku pada seorang wanita
Mengingatkan aku pada seorang mama
Mengingatkan aku pada Ramadhan dan Syawal
Mengingatkan aku pada ketupat palas dan rendang

Kebaya biru mama
Tergantung sedih dan sunyi
Tersangkut indah tidak terusik
Mengingatkan aku detik itu
Kerana mama tidak jadi memakai kebaya
Kebaya biru berganti selimut putih,
Tiada ketupat palas, tiada rendang mama
Bersilih ganti wangian kemenyan,
Tiada Syawal menggamit hati
Kerana mama pergi mengadap Ilahi

2 comments:

qyqa said...

sedih cg sajak ni..
kehilangan mak tersayang..

mula2 tgk tajuk ingatkan cerpen
cg tak mau bt cerpen ker?rindulah=)

Azleena said...

hai... nak juga ... nanti la...
belum datang geliung ilham ...

sabar dulu...