Tuesday, September 8, 2009

CONTOH SOALAN SASTERA 1 STPM


BAHAGIAN A : SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL


1. [i] Nyatakan maksud sastera ketatanegaraan. [5m]

Fakta 1. : Isinya bertujuan untuk memberi petunjuk kepada raja dan pembesar yang memerintah. [1m]

Fakta 2 : Isi diterangkan secara naratif tentang cara pentadbiran Negara. [1m]

Fakta 3 : Contoh dan teladan kepada raja dan pemerintah adalah melalui tindakan yang diambil oleh pemerintah yang terdahulu atau melalui kisah-kisah nabi. [1m]

Fakta 4 : Penulisannya membicarakan tentang ilmu pengetahuan kepada raja,pembesar dan rakyat. [1m]

Fakta 5 : Menerangkan tentang kesan yang akan diterima oleh pemerintah pada masa pemerintahannya sama ada adil balasannya syurga atau zalim balasannya neraka. [1m]


[ii]Terangkan 4 sifat sastera ketatanegaraan dengan contoh-contoh yang sesuai berdasarkan kitab-kitab :
Tajul Salatin
Bustanus Salatin. [20m]


1. fakta : Isi karya dipenuhi dengan nasihat,petunjuk,panduan dan pengajaran yang berharga kepada pemerintah [2m]

Huraian + contoh : Dalam konteks ini karya tersebut memasukkan soal atau cara hubungan antara rakyat dengan raja atau pemerintah serta tentang tanggungjawab yang harus dipikul oleh para menteri dalam menjalankan pentadbiran negara.
Dalam Bustanus Salatin fasal 3 , mengandungi huraian tentang raja yang adil serta pembesar negeri yang arif dan bijaksana.
Fasal 4 pula menceritakan Sultan Ibrahim Ibn Adham sebagai contoh dan teladan kepada raja-raja. [3m]

2. Fakta : Terdapat kisah-kisah yang berkaitan dengan para Nabi dan tokoh Islam yang terkenal sebagai contoh dan teladan. [2m]

Huraian +Cth : Tujuan cerita tersebut adalah sebagai teladan daripada kelakuan,sifat,tindak-tanduk serta soal pentadbiran negeri yang dilakukan sewaktu tokoh-tokoh itu memerintah .
Dalam Bustanus Salatin memceritakan tentang kisah nabi dan Rasul bermula daripada Nabi Adam a.s. hingga Nabi Muhammad s.a.w. serta pemerintahan Islam yang berkelibar serta bijak memerintah spt pada zaman Umaiyyah dan Abbasyiah.
[3m]

3. Fakta : Karya ini kaya dengan ilmu pengetahuan yang berguna untuk dijadikan sebagai panduan. [2m]

Huraian + cth : Ilmu pengetahuan yang terdapat dalam karya ini sangat berguna untuk dijadikan panduan bagi golongan raja,pembesar dan semua lapisan masyarakat.Dalam kandungannya terdapat hal-hal yang berkaitan dengan cara mendidik anak,tentang budi bahasa,pekerti yang baik, tanggungjawab rakyat kepada raja serta hubungan sesama manusia.
Tajus Salatin fasal 14 menerangkan cara-cara memelihara dan mendidik anak. Bustanus Salatin dalam fasal 6 menerangkan sifat-sifat yang pemurah dan mulia.
[3m]

4.Fakta : Karya ini yang penuh dengan falsafah pendidikan Islam [2m]

Huraian + Cth : Ia menerangkan bagaimana manusia harus mengenal diri dan tuhannya. Di mana dunia adalah tempat manusia hidup berkasih sayang dan sebagai perantaraan dalam perjalanannya ke akhirat.

Bustanus Salatin dalam fasal 1 hingga fasal 7 membicarakan tentang isi yang mengandungi unsur pengajaran dan pendidikan serta amalan hidup Islam yang tinggi dan tidak boleh ditandingi oleh kepercayaan yang lain. [3m]

No comments: