Monday, September 28, 2009

BACK TO SCHOOL ....

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ...
.


salam buat semua ....
LAMA tak update blog... balik kg beraya ...tak cukup tangan nak wat keje...tuu, tak kira bab main mercun, main ngan budak-budak, main ngan anak buah, buat kacau-bilau dan huru-hara kat dapur....hah hah....
indahnya suasana raya kat kg kan....

Dah lama cuti ...jadi jangan lah buat-buat muka nak cuti lagi, jom lah kembali meneruskan tugas-tugas dan rutin seperti biasa.
Minggu ni, aku 'duty' bersama 2 lagi cikgu lain. Hari ni, perhimpunan diadakan selepas sekian lama menyepi kerana peperiksaan berlangsung awal pagi.
Perhimpunan tadi macam biasa , masih meneruskan tradisi seperti biasa .
Aku dan geng cikgu bertugas, duduk di belakang ...memantau situasi dalam kawalan.
Busy sikit minggu ni, kena cek banyak benda lah....
Tak sangka tinggal lagi 8 minggu jer belajar atau 40 hari jer hari bersekolah tolak cuti . Belum tolak exam 3 minggu ....fuhhh... dah nak habis tahun 2009 . Banyak kenangan la tahun ni.....
apa pun, yang manis dikenang yang pahit tetap kena telan.....


GUD LUCK KAT BUDAK- BUDAK PMR ,SPM, DAN STPM TAHUN 2009 ..
ALL THE BEST ...


Tuesday, September 15, 2009

Kisah Lewat Ramadhan, Menjelang Syawal Di SM Sis II






Salam Ramadhan dan Salam Lebaran buat semua...

Ni hanyalah cebisan kisah di sekolah aku, tinggal lagi 2 hari jer belajar .
Pihak sekolah dah ambil cuti berganti hari Jumaat ni. Jadi , hari Khamis petang, kami dah boleh pulang kampung. Balik Kelantan....
Dalam tempoh sebulan ni, kat sekolah busy giler dengan peperiksaan. Peperiksaan Percubaan SPM dan STPM masih lagi berlangsung. Mula dari awal September atau awal Ramadhan sampailah lepas raya beb.... sebulan jugak lah budak-budak ni amik exam....

Percubaan PMR baru jer selesai last 2 weeks . Minggu ni pulak baru jer selesai juga peperiksaan Pra PMR . Fuhh...banyak betul exam kan....

Dulu, zaman sekolah, masa aku menengah rendah, selalu gak konpius naper lah cikgu- cikgu sekolah aku suker bagi periksa kat kami sume.... sekarang baru paham hakikatnya....

Tapi kan.... tengok budak-budak dok jawab exam bulan pose ni, memang mencabar juga... tapi inilah ujian . Orang lain pun tengah berperang pun ada dalam bulan pose ni....


Bulan Ramadhan ni, banyak bawa rahmat . Pelajar demam pun dah kurang . Kurang makan, jadi kurang lah budak sakit .......


Cerita kat bilik guru pulak, lain karenahnya...dekat nak raya ni, busy dengan edaran kuih raya lah... macam-macam jenis ada. Tapi, komitmen kami pada kerja tetap nombor 1 . Aku pun join gak dua kaki...he heee he.... support member lah beb kan....


Sebut pasal komitmen ni kan.... dari minggu lepas sampai minggu ni sekolah ada kan kelas tambahan PMR dari jam 2 - 4,30 kat budak-budak fom3 .
Nak bantu depan ni lulus dengan baik lah...Cikgu-cikgu turun padang buat yg terbaik kat anak murid.... Tahniah kat semua guru PMR ....heh hehh... aku pun ada dalam list gak... Cikgu BM kelas 3 RKAG 1 .
Tak pa...nak tengok anak didik sukses, kita kena banyak berjasa ... cikgu aku dulu pun wat gitu gak.... mengajar tak reti henti .... bagi latih tubi tu,.... bertubi-tubi ... kalah peluru M16 ..... baru lah .... ada berani????


Tata .......... Semoga sekolah aku melakar pencapaian cemerlang dalam PMR, SPM, STPM.....
at least ... korang doa kan ya.... Mekasih ......

Tuesday, September 8, 2009

CONTOH SOALAN SASTERA 1 STPM


BAHAGIAN A : SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL


1. [i] Nyatakan maksud sastera ketatanegaraan. [5m]

Fakta 1. : Isinya bertujuan untuk memberi petunjuk kepada raja dan pembesar yang memerintah. [1m]

Fakta 2 : Isi diterangkan secara naratif tentang cara pentadbiran Negara. [1m]

Fakta 3 : Contoh dan teladan kepada raja dan pemerintah adalah melalui tindakan yang diambil oleh pemerintah yang terdahulu atau melalui kisah-kisah nabi. [1m]

Fakta 4 : Penulisannya membicarakan tentang ilmu pengetahuan kepada raja,pembesar dan rakyat. [1m]

Fakta 5 : Menerangkan tentang kesan yang akan diterima oleh pemerintah pada masa pemerintahannya sama ada adil balasannya syurga atau zalim balasannya neraka. [1m]


[ii]Terangkan 4 sifat sastera ketatanegaraan dengan contoh-contoh yang sesuai berdasarkan kitab-kitab :
Tajul Salatin
Bustanus Salatin. [20m]


1. fakta : Isi karya dipenuhi dengan nasihat,petunjuk,panduan dan pengajaran yang berharga kepada pemerintah [2m]

Huraian + contoh : Dalam konteks ini karya tersebut memasukkan soal atau cara hubungan antara rakyat dengan raja atau pemerintah serta tentang tanggungjawab yang harus dipikul oleh para menteri dalam menjalankan pentadbiran negara.
Dalam Bustanus Salatin fasal 3 , mengandungi huraian tentang raja yang adil serta pembesar negeri yang arif dan bijaksana.
Fasal 4 pula menceritakan Sultan Ibrahim Ibn Adham sebagai contoh dan teladan kepada raja-raja. [3m]

2. Fakta : Terdapat kisah-kisah yang berkaitan dengan para Nabi dan tokoh Islam yang terkenal sebagai contoh dan teladan. [2m]

Huraian +Cth : Tujuan cerita tersebut adalah sebagai teladan daripada kelakuan,sifat,tindak-tanduk serta soal pentadbiran negeri yang dilakukan sewaktu tokoh-tokoh itu memerintah .
Dalam Bustanus Salatin memceritakan tentang kisah nabi dan Rasul bermula daripada Nabi Adam a.s. hingga Nabi Muhammad s.a.w. serta pemerintahan Islam yang berkelibar serta bijak memerintah spt pada zaman Umaiyyah dan Abbasyiah.
[3m]

3. Fakta : Karya ini kaya dengan ilmu pengetahuan yang berguna untuk dijadikan sebagai panduan. [2m]

Huraian + cth : Ilmu pengetahuan yang terdapat dalam karya ini sangat berguna untuk dijadikan panduan bagi golongan raja,pembesar dan semua lapisan masyarakat.Dalam kandungannya terdapat hal-hal yang berkaitan dengan cara mendidik anak,tentang budi bahasa,pekerti yang baik, tanggungjawab rakyat kepada raja serta hubungan sesama manusia.
Tajus Salatin fasal 14 menerangkan cara-cara memelihara dan mendidik anak. Bustanus Salatin dalam fasal 6 menerangkan sifat-sifat yang pemurah dan mulia.
[3m]

4.Fakta : Karya ini yang penuh dengan falsafah pendidikan Islam [2m]

Huraian + Cth : Ia menerangkan bagaimana manusia harus mengenal diri dan tuhannya. Di mana dunia adalah tempat manusia hidup berkasih sayang dan sebagai perantaraan dalam perjalanannya ke akhirat.

Bustanus Salatin dalam fasal 1 hingga fasal 7 membicarakan tentang isi yang mengandungi unsur pengajaran dan pendidikan serta amalan hidup Islam yang tinggi dan tidak boleh ditandingi oleh kepercayaan yang lain. [3m]

Sunday, September 6, 2009

Bazaar Raya Gerik....2

haa...menarik jugak kan...
budak-budak suke lah...banyak benda ni...






mainan pun ada jual...

rantai, gelang, keronsang... murah ... rambang mata ...


cincin ada ....keronsang budak ada ....


ni...keronsang wanita ....dewasa punya...


Bazaar Raya Gerik....

ni....aku pi snap kat bazaar raya ... area pasar besar Gerik ....
sempena raya ada lag gerai macam-macam ni...jual banyak benda...

macam-macam ada jual.....

aksesori wanita banyak....

beg ....


pilih lah...semua ni kan, RM10 satu ...




ni pun...sama lah....




Bazaar Ramadhan @ Gerik ( 3 )

Haa,,, ni episod 3 ... last ...
Gambar-gambar sekitar Bazar Ramadhan Gerik...


Tak tau nak beli per???

Ramai gak orang kat sini....cuaca baik...tak ujan, tak panas...


pusing dulu....baru pilih nak beli aper.....

ni ha....aku nak beli jap g .. cencaru masak berlada ...

menu bakar-bakar ni bez... tak da lemak....


Bazaar Ramadhan @ Gerik ( 2 )



Banyak yang aku shooting tadi....
jadi banyak episod lah ni kisah Bazar Ramadhan kat Gerik..
Bazar Raya pun ada...nanti aku post .....'waiting list ' ....


bezzz.. air kelapa muda ...menu kegemaran bulan pose ni...

emmm... banyaknyer kue... jual ke sume ni???
Jual ler...tak kan pameran????

haahhh...banyak nyer...nak beli ke sume ni???
biar betul..
tak jugak...nak tangkap hambar jer ni...buat-buat tanya lah ...

ni...aneka minuman jugak....kami beli air kelapa kat sini..
tapi yg fresh...no ice ....


ni.... penunggu setia kelapa muda segar tanpa gula, tanpa ais....




Bazaar Ramadhan @ Gerik ( 1 )

Ni... buat tatapan sume ...
aku pi snap snap kat bazar Ramadhan Gerik...
petang tadi pi shooting ni...sekitar jam 4

Lokasi : Depan Perhentian Bas dan Teksi Gerik, sebelah KFC Gerik.

ni...aneka minuman...

aneka kuih-muih ....


ni... best ...yang suka lah.....


ni... lauk-pauk yang sedap ...


Ayam percik dan ayam madu pun ada...........





MENU BUKA PUASA HARI INI

Salam sume....hai ..
ni menu kitorang berbuka hari ni...
just nak share kemeriahan Ramadhan...
sume buat sendiri...ala kadar jer ....makan berdua jer ...

ni namanye ayam goreng rangup ...

ni... daging gulai darat (Kelantan)

ni.. popia goreng sahabat...


ni....favorite sangat....berger Malaysia....
ha ha haaa...sedap....



ni.... best ... kerabu pucuk paku ala kampung ...
S elamat berbuka....

dah selamat pun...dah jam brape dah ni kan....



Friday, September 4, 2009

Kebaya Biru Mama

Kebaya biru mama
Tersangkut indah di ampaian
Warna birunya cantik sekali
Warna birunya tenang sekali
Warna birunya polos sekali

Kebaya biru mama
Kelihatan lesu dan pilu
Masih tergantung dalam almari
Belum disentuh, belum dijamah
Begitu rapi begitu sepi

Kebaya biru mama
Kulihat suram sekali
Mengingatkan aku pada seorang wanita
Mengingatkan aku pada seorang mama
Mengingatkan aku pada Ramadhan dan Syawal
Mengingatkan aku pada ketupat palas dan rendang

Kebaya biru mama
Tergantung sedih dan sunyi
Tersangkut indah tidak terusik
Mengingatkan aku detik itu
Kerana mama tidak jadi memakai kebaya
Kebaya biru berganti selimut putih,
Tiada ketupat palas, tiada rendang mama
Bersilih ganti wangian kemenyan,
Tiada Syawal menggamit hati
Kerana mama pergi mengadap Ilahi