Followers

Friday, August 7, 2009

UNSUR PATHOS DALAM TEKS SULALATUS SALATIN

Pengertian/Maksud:

- Istilah berasal dari perkataan Greek.
- Membawa maksud ->• penderitaan atau rasa kesedihan.
- Dari segi kesusasteraan, pathos merupakan unsuryang meransangkan daya rasa kasihan, kesedihan dan dukacita dalam diri pembaca.
- Menggambarkan sifat-sifat berserah, perihal penderitaan yang tidak tertanggung, atau kesengsaraan kerana menanggung dukacita yang amat mendalam.
(Glosari Istilah Kesusasteraan, DBP, 1988, him. 238)

Unsur Pathos dalam Sulalatus Salatin.

1. Rasa dukacita dan kesedihan yang amat sangat dirasai oleh Sultan Muzaffar Syah menceraikan isteri kesayangannya Tun Kudu demi menyelesaikan perbalahan antara Seri Nara Diraja Tun All dengan Tun Perak.

Sebagai seorang wanita yang masih muda, Tun Kudu turut menanggung penderitaan diceraikan demi kepentingan keamanan Melaka. Kemudian berkahwin pula dengan Seri Nara Diraja Tun Ali yang telah tua..Namun Tun Kudu tidak ada pilihan. Penentuan hidupnya terserah kepada ketentuan kuasa dipihak lelaki lebih-lebih lagi atas titah sultan.


2. Rasa kesakitan, kepedihan yang ditanggung oleh Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir ketika dihukum bunuh.

Dalam suasana hidup yang tenang, bahagia bersama keluarga, hidup mewah dan mempunyai kedudukan (diceritakan Bendahara Seri Maharaja pembesar terkaya di Melaka) tiba-tiba berhadapan dengan malapetaka dan kemusnahan diri sendiri serta ahli-ahli keluarga tentu sekali penderitaan yang dirasai tidak tertanggung.


Turut dirasai penderitaan ini ialah Tun Fatimah yang terpaksa menghadapi kehilangan suami, ayah dan keluarga secara tragis, difitnah akan menderhaka kepada raja. Kesan kesakitan dan penderitaan Tun Fatimah diceritakan dalam Sulalatus Salatin bahawaTun Fatimah tidak pernah tersenyum selama menjadi isteri Sultan Mahmud Syah.


3. Kesedihan, kepiluan dan rasa penyesalan yang bukan sahaja dirasai oleh watak-watak tetapi turut dirasai oleh kita sendiri sebagai pembaca ketika mengikuti episod pertikaman antara dua orang sahabat baik iaitu antara Hang Tuah dan Hang Jebat.

Kita merasa sedih kerana pengorbanan Hang Jebat untuk membela penganiayaan ke atas sahabat (dianggap sebagai saudara)nya akhirnya membawa kecelakaan pada dirinya kerana pada zaman itu tindakan Hang Jebat bertentangandengan sistem sosial yang menjadi amalan masyarakat Melayu .

Melayu tidak boleh sama sekali menderhaka kepada rajanya.Sebagai seorang hamba yang setia kepada tuannya, Hang Tuah menepikan rasa persahabatan/persaudaraannya terhadap Hang Jebat. Hang Tuah tetap menurut titah raja. Kesetiaan Hang Tuah tidak berbelah bagi kepada rajaMelaka. Sungguhpun Hang Jebat menderhaka kerana membela "kematian" Hang Tuah, namun kesetiaan Hang Tuah tidak ada tandingannya .

4. Kepedihan dan kesakitan yang dirasai oleh rakyat hulubalang Singapura akibat tercedera terkena tikaman jongor todak yang berbisa itu. Titah raja Singapura tidak boleh dibantah. Kisah ini berlaku dalam episod serangan todak ke atas Singapura.

- Titah rajasupaya rakyatberkubukan betis (tubuh badan) telah menyebabkan ramai rakyat terkorban dan cedera parah.

- Dalam episod ini juga, berlaku peristiwa tragis yang amat mengusik perasaan belas kasihan serta kepiluan hati apabila mendapati budak cerdik yang telah berjasa menyelamatkan Singapura daripada serangan todak itu tidak diberi penghargaan sewajarnya. Sebaliknya budak cerdik ini telah

menjadi korban fitnah akibat perasaan iri hati pembesar-pembesar negeri. Begitu juga seksakeluarga budak cerdik ini menanggung penderitaan kematian anak mereka kerana berjasa kepada negara.

- Budak cerdik ini tidak berdosa belum mengenal pancaroba dunia dihukum bunuh, mati dalam keadaan terseksa benar-benar meninggalkan kesan pada jiwa kita.

Lain-lain cerita/episod yang mengandungi unsur pathos

5. Kematian Tuan Jana Khatib , dihukum bunuh kerana cemburu raja melihat tingkah laku Tuan Jana Khatib menunjukkan kepakaran menilik batang pinang hingga terbelah dua.

6. Kematian Tun Besar gara-gara bermain sepak raga.

7. Pembunuhan Sultan Abu Syahid oleh Raja Rekan. Orang yang tidak berdosa menjadi mangsa balas dendam dan tamak kuasa.

Kesan Penerapan (Penggunaan) Unsur Pathos

1. Pembaca dapat melahirkan/meluahkan perasaan yang dirasai atau dialami setelah membaca sesebuah karya. Perasaan seperti simpati, sedih, pilu dan belas kasihan, kepada watak-watak yang teraniaya. Sebaliknya timbul rasa benci terutama kepada watak-watak yang zaiim dan kejam.

2. Dapat memberi pengajaran, teladan, keinsafan kepada pembaca setelah menghayati cerita/episod tersebut. Kita boleh mengambil iktibar di sebalik kisah-kisah yang berlaku itu.

3. Dapat menarik minat pembaca mengikuti cerita hingga akhirnya. Dengan mengikuti cerita-cerita yang mengandungi unsur sedih, kecewa, pilu dan menyayat hati, kita sentiasa rasa ingin tahu kesudahan cerita kesan tindakan watak-watak dalam cerita tersebut. Unsur suspens/tegangan ini menjadikan cerita menarik.

4. Menjadikan cerita semakin kompleks. Pembaca akan dibuai oleh berbagai-bagai perasaan ketika mengikuti episod demi episod cerita tersebut. Keadaan seperti ini merupakan suatu tarikan pada karya tersebut.

5. Member! kesan tersendiri kepada pembaca. Kita akan merasaseolah-olahturutterlibat dalam cerita kerana sama-sama dapat melahirkan perasaan seperti yang dialami watak.

Contoh Soalan: Unsur Pathos

Soalan 1

Apakah yang anda faham dengan istilah pathos dalam kesusasteraan? Huraikan tiga peristiwa yang mempunyai unsur pathos, dan jelaskan kesan-kesan penggunaan unsur pathos ini dalam Sulalatus Salatin.



No comments: