Friday, August 14, 2009

Tirai Kehidupan

Sedari tadi pawana ilmu mantik belum terjaga
Menyambut tangan puteri algebra
Kehidupan bukanlah keikhlasan kalau tak dicampur dugaan ,
Tidak ditambah deria kepahitan
Tidak didarab dengan amalan mulia

Tak tersedar tangan-tangan yang panjang
Mencari dedaun hukum karma
meniduri hati ilmu hisab
Tiba-tiba sahaja sang kupu-kupu malam
Merayap di ranjau kehidupan
Mencari lemahnya hukum sonsang arah duniawi.

Tatkala fajar sidiq membuka koordinat tirai alam
Bagaikan manusia sendiri menghalau kira-kira
Yang bukan menjadi kecerunan rumus hati nurani
Bukanlah kehendak manusia seperti ini
lemas dalam angka-angka kehidupan
Rumah tak bernombor, dan taman tak bernoktah.

Tetapi, hati yang gugur tak seperti pecahan
Menjadi titik perpuluhan yang tak ada infiniti.
Manusia yang ingin hakiki
tidak akan bertemu titik penyelesaian hidup
Kerana subset kehidupan tidak akan mencapai terminal .

Kehidupan ini bagaikan air yang mengalir tanpa pecutan
Bagaikan ombak yang menghempas tanpa nisbah
Bagaikan bicara tak berlagu tanpa pertalian

KENCANA MERANA 2005



Gambar dirakam di Taman Pertanian Lagud Seberang , Tenom, Sabah .

No comments: