Saturday, August 1, 2009

TAJUK : NOVEL MELAYU SUMBER INSPIRASI DAN MOTIVASI

Rata-rata masyarakat hari ini tidak sedar bahawa novel banyak memainkan peranan sebagai sumber inspirasi dan motivasi kepada pembaca .

Saya memandang perspektif ini bukan sahaja dari sudut pembacaan remaja, malahan orang dewasa juga. Novel-novel Melayu wajar diangkat martabatnya oleh kita bangsa Melayu, siapa lagi kalau bukan bangsa kita! .

Novel Melayu lambang inspirasi dan motivasi, semasa sedih mahupun gembira, novel menjadi santapan minda yang cukup memberansangkan mata hati dan jiwa.

Melalui penerokaan watak-watak dalam novel, sama sekali seperti mengasah minda kita membentuk sahsiah yang baik daripada perjalanan watak-watak dalam novel berkenaan.

Dalam dunia pendidikan khasnya, subjek Kesusasteraan Melayu mengangkat novel sebagai cabang aspek kajian sastera, nah ini terbukti novel Melayu itu ada jati diri. Bahkan novel-novel Melayu ada peranan tersendiri.

Novel biasa menghiburkan hati yang berduka, novel bisa mencairkan hati yang membeku, novel menjadi lambang inspirasi bagi saya, khasnya hasil tulisan Ramli Awang Murshid, Aisya Sofea, Damya Hanna, Bikash Nur Idris, Sharifah Abu Salem, Anis Ayuni, malah puluhan novelis yang lain.

Syabas buat penggemar novel Melayu, anda berada dalam landasan yang betul. Novel boleh menjadi sumber inspirasi dan motivasi yang mantap.
Tahniah juga buat para novelis tanah air kita!

No comments: