Saturday, August 1, 2009

SEGALA MACAM ALAM SASTERA

Pegun seketika saya memerhatikan dunia hari ini. Arus peredaran masa berlari tanpa henti. Arus permodenan yang ‘segala macam’ kecanggihan bergerak tanpa notasi.

Saya begitu kaku , statik , dan telus perasaan dan fikiran mencuba untuk memanifestasi kenyataan rata-rata masyarakat menunding kepada ‘segala macam ‘ sastera sebagai kelompok golongan bawahan ; sebagai anak tiri; sebagai subjek kelas dua di sekolah dan sebagai tak berpijak di bumi nyata.

Saya sedar ‘segala macam’ tanggapan telah pun lahir, bermastautin malah bermukim dalam minda masyarakat amnya , pelajar sekolah khasnya.Mereka memandang enteng kepada golongan kelas dua ini .

‘Segala macam ‘ tanggapan tentang golongan sastera yang tak berpijak di bumi nyata , suka berkhayal, hidup sendiri , pelarian realiti , dan terasing di cermin kenyataan .

Momokan mereka kepada kebobrokan ‘korpus sastera’ amat menyentuh hati saya. Anggapan mereka, karya-karya sastera kita kaya dengan air mata, penderitaan kisah cinta romantis, dan ‘segala macam’ tema persoalan yang tidak mapandan tidak relevan dengan realiti hidup.

Segala macam prasangka golongan bukan sastera kepada golongan korpus sastera ini tidak berasas , namun rata-rata masih tidak sedar tentang kekuatan ‘segala macam’ sastera sebenarnya.

Ramai yang meminati rumus-rumus dan formula Matematik dan Sains berbanding dengan rima-rima pantun .

Saya bangga mengakui diri di persada dunia lahir dalam kolumnis korpus sastera .Natijah peribadi unggul bahana sastera boleh saya rasai walaupun rata-rata tidak nampak.
Sains dan teknologi membangunkan material, tetapi karya-karya sastera membangunkan jiwa. Keadaan itu yang saya perhalusi hingga kini.

Saya menyeru, bidang sastera bukan sahaja menjamin masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang malah, menjamin juzuk-juzuk rohaniah dan sahsiah yang juga akan cemerlang, gemilang dan terbilang .
Tepuk dada Tanya selera!! …..

Panitia BM/ Sastera

Kencana Merana .

No comments: