Saturday, August 1, 2009

PERANAN NOVEL DALAM MASYARAKAT

Pernah kah kita sama-sama terfikir apakah peranan sebenar bahan bacaan khasnya novel- novel yang terjual di pasaran.

Rata-rata masyarakat Malaysia pada hari ini berbangga dengan kemajuan ekonomi sedia ada, namun alpa dengan masalah sosial yang terus meningkatkan serta menjadi semakin serius seperti kes kanak-kanak terbabit dengan jenayah masa kini dan penderaan.

Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, kes kanak-kanak yang terbabit dengan jenayah meningkat daripada 1,036 kes pada 2001 kepada 7,201 kes pada 2005, satu jumlah yang dilihat sebagai berganda dalam hanya lima tahun.
Oleh itu sampai masanya komuniti dan masyarakat seluruhnya menggembleng tenaga dalam meningkat kualiti hidup masyarakat dan melahirkan warga yang bermoral, penyayang dan bermaruah melalui usaha pemerkasaan dalam komuniti. Setiap keluarga perlu memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak.

1 comment:

hang nadim said...

suka membaca yerr...cikgu memang kena rajin membaca barulah banyak info