Followers

Thursday, August 6, 2009

PENGENALAN K.M.T

Bab 1 : Pengenalan Kesusasteraan Melayu Tradisional .


a) Definisi sastera : Umum dan Khusus.

1. Buku Glosari Istilah Kesusasteraan -
Su- indah ,baik,lebih berfaedah, berguna
Sastera – huruf atau buku
Kesusasteraan- kumpulan buku-buku yg baik isinya dan indah bahasanya .

2. Sastera berasal dpd Bahasa Sanskrit iaitu ‘ castra’ disebut ‘syastera’ yg bermakna kitab suci. Susastera bermakna seni sastera atau seni bahasa . Istilah kesusasteraan dipanggil persuratan.

3. Za’ba memberi makna kesusasteraan ialah karangan atau persuratan.

4. Hashim Awang mendefinisikan sastera sebagai ciptaan seni sama ada prosa atau puisi yg disampaikan melalui bahasa yang indah dan mengandungi isi yang baik lagi berfaedah .

5.Ismail Hussein menjelaskan KMT sebagai karya yang menggunakan Bahasa Melayu dan dihasilkan oleh pengarangnya sama ada lisan atau tulisan. Isinya mencakupi fiksyen, mistik, falsafah, agama dan percintaan.

6. Ensiklopedia Indonesia memaknakan kesusastreraan ialah segala surat,risalah, tulisan, kitab, buku, syair, dan segala macam karangan yang diciptakan dan dibukukan oleh orang pada suatu masa tertentu dan menjadi kepunyaan sesuatu bangsa.

b) UNSUR-UNSUR DALAM KESUSASTERAAN.

Hashim Awang mengelaskan unsur-unsur dalam kesusasteraan kepada empat , iaitu :

Intelek.
Menimbulkan satu-satu fikiran tertentu yang tinggi dan menarik dalam sesebuah karya sastera.

Emosi.
Membezakan di antara karya sastera dengan karya bukan sastera.

Imaginasi.
Melihatkan ketajaman daya penglihatan dan pengamatan pengarang terhadap satu-satu benda dan peristiwa.

Teknik.
- Merangkumi cara pengarang menyusun peristiwa di dalam cerita , memilih kata-kata, mengatur rangkap-rangkap dalalm sajaknya, meletakkan adengan-adengan dalam lakonannya dan lain-lain.

c.) Pengenalan ringkas/ umum Kesusasteraan Melayu Tradisional.

-sastera tertua yang disampaikan secara lisan dan diturunkan dari satu generasi ke generasai lain yang mempunyai unsur tokok -tambah.
-ia wujud sebelum adanya alat pencetak.
-di hasilkan sebelum tahun 1800.
-hasil yang masih tersimpan tidak kira dalam apa bentuk dan bagaimana corak.
-disampaikan dalam bentuk lisan dan sebahagian kecil dalam bentuk tulisan tangan.
-punya nilai dan ukuran yang tersendiri.
-terpancar ‘worldview masayarakat’
-setiap karya adalah hak cipta bersama----- tiada nama pengarang.
-khayalan dicampuradukkan dengan kenyataan----tujuan hiburan dan pengajaran.
-mempunyai unsur-unsur setempat.
-bersifat universal. ( sejagat )

Tajuk 2 : Pembahagian karya-karya KMT

1. Kesusasteraan dapat dikategorikan kepada 2 kategori yang besar Prosa dan Puisi
Prosa merujuk kepada hasil kesusteraan yang ditulis dalam ayat-ayat biasa, yakni dengan menggunakan tatabahasa mudah. Biasanya ayat-ayat dalam kesusasteraan akan disusun dalam bentuk karangan. Prosa adalah satu bentuk kesusasteraan yang lebih mudah difahami berbanding dengan puisi. Contoh bagi kesusasteraan prosa ialah: cerpen, novel, skrip drama, essei dan sebagainya.

Puisi merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dengan "tidak menuruti tatabahasa". Ia sebenarnya tidak terdiri daripada ayat-ayat yang lengkap, melainkan terdiri daripada frasa-frasa yang disusun dalam bentuk baris-barisan. Pada lazimnya, puisi merupakan bahasa yang berirama dan apabila dibaca pembaca akan berasa rentaknya. Contoh bagi kesuasteraan puisi termasuklah: Sajak, Syair, Pantun, Gurindam, Lirik, Seloka, Mantera dan sebagainya.

2. Prosa dan puisi pula terbahagi 2

Naratif Bukan Naratif

Kesusasteaan Naratif merupakan hasil sastera yang mengandungi perkembangan plot. Dengan kata lain, ia adalah bahan sastera yang menceritakan suatu peristiwa, yang mengandungi unsur watak, masa berlaku dan tempat berlaku. Kesusasteraan ini biasanya dilahirkan dalam bentuk prosa, tetapi dalam keadaan tertentu ia juga dilahirkan dalam keadaan puisi, seperti apa yang dimaksudkan sebagai syair naratif seperti: Syair Siti Zubaidah.

Kesusasteraan naratif adalah satu hiburan yang biasa terdapat dalam kehidupan manusia. Dalam masyarakat moden, kita dapat menjumpai kesusasteraan naratif dalam bentuk cerpen, komik, filem, drama dan sebagainya.


Kesusasteraan bukan Naratif merujuk kepada hasil kesusasteraan yang tidak mengandungi plot. Bahan sastera ini mengandungi lebih banyak ekspresi pengarang berbanding dengan kesusasteraan naratif. Kesusteraan ini lebih banyak dilahirkan dalam bentuk puisi.


Fungsi – Fungsi Kesusasteraan Melayu .

1. Sebagai penghibur dan penawar.
- masy melayu zaman dahulu x ada sebarang sumber hiburan.
-sastera menjadi sumber hiburan utama
-sastera , melalui tukang cerita ( Penglipur Lara –penghibur hati yg duka lara ) membawa tugas spt menghiburkan hati, menceriakan, memberi kata-kata, irama, cerita dan teladan.
- Karya2 mantera dan doa pula menjadi terapi secara psikologi utk meredakan kemurungan atau susah hati. Pendengar akan mendapat penawar melalui pantun,. Syair, dan kisah-kisah lama.
-Cth : mendengar cerita Hik Awang Sulung Merah Muda, akan dpt mengalih pandangan atau perasaan drpd negatif kpd positif. Pengalaman khalayak mendengar cerita akn mengalih jiwa dan minda mereka kpd satu dimensi baru , dan menenangkan hati .

2. Sebagai khazanah ilmu.
- Karya sastera banyak menyimpan khazanah ilmu yg boleh diterokai.
- Karya sastera sejarah banyak memebri ilmu tentang sesebuah kerajaan, raja-raja, adapt-istiadat, ketatanegaraan dan sebagainya. Misalnya melalui Sejarah Melayu, Sejarah Pasai, dll.
-Melalui Hik Hang Tuah, boleh melihat seni bina istana, hubungan politik dan dasar peluasan kuasa, penjelajahan watak wira dan wirawati ke seluruh dunia, dll.
- Sastera kitab dan pula menyajikan ilmu keagamaan, tasawuf dan tauhid.

3. Sastera sebagai contoh dan keunggulan,
- Karya KMT mementingkan ‘world view’ masyarakatnya , dan keunggulan watak wira serta wirawati.
-watak-watak spt Hang Tuah, Siti Zubaidah, Tun Fatimah, Raden Inu Kartapati, Raden Galuh Cendera Kirana, dll. Ialah watak yg perlu dicontohi.
-Hang Tuah dikaitkan dgn symbol setia bangsa melayu, Siti Zubaidah sbg isteri yg taat setia pada suami, Raden Inu sbg putera keraton dari Jawa yg tampan, gagah dan kepahlawanan yg hebat serta setia pada kekasih.
-Cerita yg memberi gambaran peribadi wira dan wirawati yg diingini oleh masy melayu , yg kaya dgn budi pekerti, kejernihan hati, kemuliaan, da sifat-sifat baik yg menjadi teladan kpd audien dan masy kita.
Cth : Setialah spt Hang Tuah setia pada rajanya.

4. Sastera sebagai sumber pengajaran:
- Pengajaran dalam KMT merangkumi konsep yg luas.
-Ia termasuklah, panduan, nasihat dan segala contoh-contoh yg baik.
- KMT mampu berfungsi sbg wadah yg bersangkut-paut dgn kehidupan masyarakat.
-Penyebaran unsure pengajaran/ mesej/ didaktik / amanat/ ialah melalui teknik pelbagai spt , kias ibarat, wasiat raja atau pembesar, nasihat yg tua kpd yg muda .dll.
-Karya KMT menyalurkan nasihat dan pengajaran melalui setiap karyanya secara tersurat dan tersirat .
-CTH Karya Sulalatus Salatin dan Hik Hang Tuah ,membawa pengajaran keadilan, ketaatan , keamanan, persahabatan, kesetiaan pada raja dan Negara, hokum karma ( balasan perbuatan baik dan jahat ).

5. Kepuasan estetik .
- Dalam KMT , audien didedahkan dgn segala macam keindahan, dan gambaran yg molek-molek.
-Membayangkan keindahan alam, keindahan taman raja, keajaiban pakaian dan perhiasan raja, kecantikan putera-puteri raja, dll.
-Khalayak dibawa mengembara dan menerokai alam emosi yg indah sehingga terlupa kehidupan reality yg membosankan dan penderitaan.
- Bahasa dalam sastera dikarang, digubah, dan disesuaikan berpaksikan hakikat pengarang , masyarakat dan bangsanya.
-Cerita yg diperdengarkan penuh dgn keseronokan dan keindahan.
-kepuasan estetik ialah kepuasan khalayak dalam merasai pengalaman drpd tukang cerita. Seta membawa audien terbang bersama-sama cerita yg dicanang.

No comments: