Thursday, August 6, 2009

NOVEL MELAYU DAN KUASA MAGISNYA

Novel Melayu Dan Kuasa Magisnya

Kesusasteraan ialah bidang yang kadangkala dianaktirikan oleh segolongan aktivis-aktivis moden. Ia merupakan bidang yang mengkaji aktiviti penggunaan lisan dan tulisan secara berseni oleh masyarakat dalam menyampaikan sesuatu . Penyampaian itu berbentuk pengetahuan, nasihat, ajaran, petua, undang-undang, perasaan, duga akal dan sebagainya.

Secara mudah, kesusasteraan ialah sesuatu yang ingin disampaikan sama ada lisan atau tulisan, malah tidak dilakukan secara terus terang tetapi secara halus, lembut dan selesa melalui diksi tersendiri , gaya bahasa, unsur bunyi, susunan bahasa, dan gerak geri kreatif yang membawa makna. Bermula di sini ,lahirlah aktiviti seni yang indah, romantis mahupun berunsur didaktif.

Begitu juga dengan membaca karay-karya fiksyen seperti novel dan cerpen. Sains dan teknologi membangunkan material, tetapi karya-karya sastera membangunkan jiwa. Melalui pembacaan novel-novel khasnya, bukan sahaja membentuk minda yang sihat bahkan boleh menenangkan jiwa yang gusar.

Setiap bulan saya pasti akan membeli sekurang-kurangnya sebuah novel untuk dibaca sebagai pengisian rohani. Amat salah tanggapan sesetengah orang kalau membaca novel itu tidak berpijak di bumi nyata.

Banyak novel Melayu yang saya baca dan terokai bukan sahaja berpaksikan realiti bahan memetik rencah kehidupan masyarakat hari ini yang boleh dijadikan panduan dan teladan . Justeru membaca novel bukanlah pekerjaan yang sia-sia. Novel Melayu pada hari ini bukan lagi naskah yang boleh dipandang enteng malah patut dimartabatkan oleh bangsa Melayu kita.

No comments: