Thursday, August 6, 2009

HIKAYAT RAJA DONAN

SINOPSIS

1.Awang Donan dilahirkan. Menurut ramalan nnjum, ada yang'mengatakah-Awang Donan membawa tuah dan ada pula mengatakan dia akan membawa' celaka

2,.Raja Madong Bongsu ingi membunuh Awang Donan tetap ditegah oleh Temenggung Bendahara

3. Awang Donan dibawa belayar dan sampai di Pulau Sembilan bersama-sama Mak Inang Tanda Pengasuh dan Temenggung Bendahara.


4. Awang Donan mendapat alamat bahawa ayaharnda dan bondanya dalam kesusahan

5. Awang Donan ke Gunung Mandi Angin tetapi ayahandanya dibunuh oleh Raja Mambang Nan Bongsu. Bagaimanapun, Raja Donan berjaya membalas dendam

6.Atas berkat doa, Raja 'Madong Bongsu dihidupkan semula

7. Raja Madong Bongsu mencari Awang Donan tetapi hanya menemui seorang pemukat. Pemukat itulah Awang Donan.

8. Kali kedua Raja Madong Bongsu mencari, baginda tidak juga berjumpa dengan Awang Donan sebaliknya menemui basung tiga kerat. Menurut puteri, basung itulah Raja Donan.


TEMA

Keistimewaan dan kepahlawanan seorang putera raja
Awang Donan memperlihatkan keistimewaan sejak dilahirkan lagi. Apabila
•meningkat remaja, beliau semakin istimewa kerana berjaya memulihkan gagak yang buta
dan menghidupkan ayahandanya yang mati Beliau juga berjaya membunuh seorang raja
Mambang.


PERSOALAN


Kepercayaan dan amalan masyarakat lama

Raja-raja zaman dahulu mempercayai ramalan nujum.Raja Madong Bongsu mempercayai ramalan nujum sehingga sanggup menyuruh supaya anaknya dibunuh.



Kasih sayang dan simpati

Temenggung Bendahara simpati terhadap Awang Donan.Beliau tak membunuh AD walaupun dititahkan .AD pula mengasihi ayahnya.Walaupun dia disuruh bunuh oleh ayahnya dia tetap menolong ayahnya bila ayahnya dalam kesusahan .



Dendam

RD mendendami Raja Mambang Nan Bongsu yg telah membunuh ayahnya.Raja Donan berjaya membunuh Raja Mambang.



MESEJ

1.Pentingnya simpati dan kasih sayag sesama manusia .
Contohnya rasa simpati Temenggung Bendahara terhadap Awang Donan. Beliau tidak membunuh Awang Donan sebaliknya dipelihara di Pulau Sembilan

Mengelak daripada melaknkan kekejaman terutamanya kepada anak
Contohnya, perlakuan Raja Madong Bongsu yang menitahkan supaya anakn dibunuh. Sikap ini harus dielakkan.


LATAR TEMPAT

Istana Raja Madong Bongsu
Tempat lahir RD. Nujum dipanggil menilik nasib RD
Gunung Mandi Angin
Tempat pertarungan Raja Madong Bongsu dan Raja Mambang Nan Tujuh
Pulau Sembilan
Tempat Awang Donan selepas diusir dari negerinya
Di tengah Laut
Tempat Raja Madong Bongsu, bertemu budak pemukat, ketika dalam perjalanan ke Pulau Sembilan.
Latar Masa
Zaman pertembungan budaya Hidu-Islam; buktinya ada unsur kesaktian (Hindu- org mati boleh dihidupkan semula-ayah RDonan) Unsur Islam ialah doa RDonan kpd Allah dimakbulkan.

Latar Masyarakat

GOLONGAN ISTANA
-Pemerintah dan pembesar serta anak Raja. Juga golongan Raja di kayangan.

Golongan binatang
-Burung gagak yg buta tetapi dipulihkan oleh Awang Donan.


PLOT .

Jenis : Bercorak kronologi , kerana semua susunan peristiwa mengikut urutan waktu.

Permulaan/Eksposisi.
-Awang Donan lahir, Banyak ramalan nujum dibuat tentang untung nasib anak itu. Akhinya Raja Madong Bongsu menitahkan anaknya itu dibunuh .

Perkembangan

- Awang Donan tidak dibunuh tetapi dipelihara di Pulau sembilan bersama Mak Inang dan Temenggung Bendahara
- Awang donan memnadapat alamat ayahnya dalam bahaya
- Raja Mambang telah dating ke Gunung Mandi Angin dan membunuh Raja Madong Bongsu

Kemuncak / Klimaks

-Raja Donan telah dating dan berjaya membunuh balas Raja Mambang .
-Raja Donan juga telah berjaya menghidupkan semula ayahnya Raja Madong.Tetapi dia menghilangkan diri apabila ayahnya ingin mencarinya semula.

Peleraian:
-Raja madong Bongsu gagal mendapatkan anaknya semula .


Gaya Bahasa :

1.Dialog: Dialog nujum dgn Raja Madong tentang untung nasib Raja Donan
2. Imbas kembali : Raja Madong menceritakan semula kepada pemukat ttg Awang Donan yg diramalkan membawa celaka sehingga diusir oleh bapa sendiri.

3.Monolog: Monolog yg diucap oleh Nenek Batu Karang setelah Awang Donan dibuang ke laut .

4.Pemerian : Pemerian/ penceritaan secara langsung kisah-kisah usaha Raja Madong mencari Awang Donan kembali.

WATAK PERWATAKAN :

Awang Donan.

- Anak kpd Raja Madong Bongsu
- Sakti: iaitu boleh menyembuhkan mata gagak yg buta dan menghidupkan semula ayahnya yg sudah mati.
- Pintar : Bijak menyamar sbg pemukat semasa ayahnya mencarinya.
- Berani: Menentang Raja Mambang yg telah membunuh ayahnya.

Raja Madong Bongsu:

-. Ayah Awang Donan
- Zalim : sanggup bunuh anak sendiri kerana aramalan nujum
- Berani : Berlawan dgn Raja Mambang sehingga ke darah terakhir.
- Insaf: Insaf dan sanggup berusaha mencari Raja Donan untuk membawanya pulang .

No comments: