Followers

Thursday, August 6, 2009

CONTOH SOALAN KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL BAHAGIAN A.

[ SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL ]
SOALAN LATIHAN BAHAGIAN A

1. Cerita jenaka, cerita lipur lara dan cerita binatang merupakan sub genre cerita rakyat .
Berdasarkan hal ini , jelaskan penggolongan watak dalam cerita jenaka jenaka Melayu.(25m)


Tulis bentuk karangan lengkap

Perenggan pertama : Pengenalan .
Penggolongan watak dalam cerita jenaka terbahagia kpda tiga.
(a) Watak pintar-bodoh
(b) Watak bodoh-sial / malang
(c) Watak pintar

Perenggan kedua :Antara beberapa'peristiwa atau cerita yang terdapat dalam kategori tersebut seperti berikut: Watak yang bermotifkan pintar-bodoh
Watak yang bermotifkan pintar-bodoh ialah watak yang dipopularkan oleh watak Pak Pandir.
Watak Pak Pandir digambarkan sebagai seorang yang berfikiran bijak dan pintar dan ada kalanya bodoh melakukan sesuatu tanpa berfikir.

Perenggan ke 3:Watak Pak Pandir bermotif pintar melalui kisah:
Pak Pandir membohongi isterinya, Mak Andeh dengan mengatakan dia hendak pergi belayar. Padahal Pak Pandir teringin makan kuih dan dia makan kuih tersebut di atas para rumahnya.
Kepintaran Pak Pandir juga terserlah melalui kisah Pak Pandir dapat mengahwini puteri raja setelah mendakwa dia berasal daripada anak Raja Mambang.
Satu lagi kisah yang menunjukkan kepintaran Pak Pandir ialah dia berjaya membunuh gergasi dengan menyuruh gergasi itu menyeberang sungai di dalam tempayan.

Perenggan ke 4 :Watak Pak Pandir bermotif bodoh:
Watak Pak Pandir ada kalanya bersikap bodoh melakukan sesuatu tanpa berfikir dan merugikan diri sendiri.
Antara kisah yang menunjukkan kebodohannya ialah kisah memandikan anaknya.
Dalam cerita tersebut. isterinya. Mak Andeh meminta Pak Pandir memandikan anaknya dengan menggunakan air panas suam kuku, akan tetapi Pak Pandir memandikan anaknya dengan menggunakan air panas yang sedang mendidih, sehingga anaknya mati.
Kebodohannya juga dapat dilihat melalui kisah dia tidak mengenali mayat anaknya sendiri.
Semasa Pak Pandir membawa mayat anaknya untuk dikebumikan. mayat tersebut terjatuh di tengah jalan.
Selepas mengebumikan mayat anaknya, Pak Pandir pun balik dari kubur. Dia bertemu dengan mayat anaknya di tepi jalan tetapi Pak Pandir tidak dapat mengecam mayat anaknya sendiri.

Perenggan ke 5: Watak yang bermotif bodoh-sial atau malang
Sifat bodoh-sial atau malang dapat kita temui dalam cerita-cerita Lebai Malang serta Pak Kadok.
Pak Kadok merupakan seorang petani yang tinggal di pinggir sebuah negeri yang bernama Chempaka Sari.
Dalam cerita Pak Kadok terdapat tiga peristiwa yang me­nunjukkan kebodohan dan nasib malang yang dialami oleh watak Pak Kadok.
Peristiwa pertama, Pak Kadok kalah bersabung ayamnya bernama Si Kunani dengan ayam raja.
Kekalahan ayamnya bukanlah kerana ayamnya tidak handal tetapi disebabkan kebodohannya mendengar pujukan raja lalu menukarkannya dengan ayam raja.
Dalam perlagaan itu ayamnya kalah tetapi ayam yang diberikan kepada raja menang.
. Dengan ini, malang menimpa Pak Kadok kerana kehilangan kampung halamannya serta kehilangan ayam jaguhnya.

Perenggan 6 :Dalam cerita Lebai Malang pula, satu perkara yang tidak disangka-sangka telah dialami oleh Lebai Malang.
Perkara tersebut ialah dia menerima undangan dan jem­putan kenduri maulud dan khatam Al-Quran.
Jemputan kenduri itu di hulu sungai serta satu lagi di hilir sungai. Oleh sebab kebodohan Lebai Malang, maka dia pergi menghadiri jemputan orang di hulu sungai ketika air sungai pasang.
Akibat daripada itu, Lebai Malang terlambat sampai ke rumah orang yang menjemputnya. Dia terlambat sampai kerana terpaksa melawan arus air sungai yang deras.

Perenggan 7 :Watak yang bermotif pintar

Watak-watak-yang-pintar-dalam cerita jenaka didokong oleh watak Si Luncai serta watak Pak Belalang.
Antara contoh-contoh watak pintar Pak Belalang ialah Pak Belalang berpura-pura menjadi ahli nujum negara Halban Condong, tanpa sebarang ilmu.
Kejayaannya itu adalah dengan menggunakan kepintaran otaknya.
Selain watak Pak Belalang,
watak Si Luncai juga tidak kurang hebat kepintaran-nya.
Antara watak pintarnya ialah dia berjaya melekakan pesuruh raja yang hendak membunuhnya dan akhirnya berjaya melepaskan diri dengan terjun ke dalam sungai.

No comments: