Monday, August 31, 2009

Variasi Biskut Raya Untuk Jualan

Kat Peringat, Kota Bharu, Kelantan....
kakak aku buat bisnes jual biskut dan kek raya...
Yang tempahan raya, dia buat selepas 15 hari puasa ...ni sikit-sikit ajer...
Aneka biskut raya ni, untuk jualan runcit kat kedai...



Ni, biskut Almond London, dan biskut kacang ...




Ni, biskut Tom Tom Bak....

Ni, biskut apa tah, tapi basic dia tepung kuaci ....
lebih kurang lah... aku tak ingat sangat nama...unik tahap dewa..
Nanti u guys ... jemputlah beraya kat kg aku, kat Peringat, Kota Bharu Kelantan.

Bazaar Ramadhan @ Kelantan ( 2 )

Dekat seminggu tak buka blog. balik kampung siot sangat ...
Nii...macam-macam kuih ada ...aku suka puding karamel...50 sen sepotong...


Pendek kata, setiap hari ada jer benda nak beli kat bazaar Ramadhan ni, ..
tapi beli ikut perlu jer bukan ikut nafsu....




ni pun aneka juadah lauk-pauk...


Ni...ayam masak merah..best makan sahur..
sebelah tu ayam percik putih ...versi Kelantan beb....
apa pun...selamat menjalani ibadah puasa ...

Bazaar Ramadhan @ Kelantan ( 1 )

Salam Ramadhan dan Salam Merdeka, buat semua pengunjung blog .
Hampir 7 hari aku balik kampung.
Menjalani ibadah puasa di Kota Bharu , Kelantan.

Suasana bazaar Ramadhan sekitar jam 4 ptg ...


Lauk - pauk, macam -macam boleh beli....

Kawasan hadapan bazar, laluan keluar-masuk kenderaan ....


Minuman pun, ada macam-macam ....emmm...nak beli air apa petang ni...



Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Berkunjung Tiba .... 2009

Salam buat semua pengunjung blog ini.
Selamat menunaikan ibadah puasa tahun 2010 .
Marilah sama-sama menjalani ibadah dengan penuh keinsafan ...

Semoga mendapat keberkatan Allah pada bulan mulia ini. Amin

Berbelanja secara berhemah. Jangan ikut hati, jangan ikut rasa, jangan ikut nafsu. Ikutlah amalan mulia ....

Ramadhan datang kembali..
Marilah bersama bersatu hati dan jiwa memohon keredaan Allah ...

Assalamualaikum.....Salam Ramadhan .....


Friday, August 21, 2009

HELAH DAN KEBIJAKSANAAN / UNSUR TIPU MUSLIHAT

Definisi :

Peristiwa atau episod yang menunjukkan kebijaksanaan akal fikiran dan muslihat bagi tujuan mengatasi sesuatu masalah seterusnya mengandungi unsur-unsur menunjukkan satu pihak mengatasi pihak (golongan) yang lain.

Di sebalik helah dan kebijaksanaan akal fikiran ini, terselit secara halus unsur-unsur humor terutama dari perlakuan dan tindakan yang agak ganjil dan pelik.

Contoh peristiwa helah /kebijaksanaan ialah;

1. Kebijaksanaan Pembesar China membuat helah mengelak serangan Raja Suran dan menyelamatkan negeri China.

2. Kebijaksanaan Tun Perpatih Putih memberitahu Maharaja China tentang kegemaran orang-orang Melaka makan sayur kangkung tanpa dikerat sebagai helah untuk melihat wajah Maharaja China,

3. Kebijaksanaan Tun Telanai membuat helah bagi mengelakkan angkatan Melaka menentang musuh disebelah ketumbukan musuh yang kuat.

4. Kebijaksanaan Tun Perak mengatur strategi peperangan iaitu dengan menambat puntung api pada pokok-pokok yang berada di sepanjang sungai sebagai helah menunjukkan angkatan Melaka mempunyai bilangan anggotayang ramai.

5. Kebijaksanaan utusan Melaka (sewaktu berada di luar negara menjawab pertanyaan seeara sepontan). Dalam usaha mempertahankan martabat dan kedudukan raja Melaka daripada dipandang rendah oleh pemerintah kerajaan lain.

Intisari Fakta

1. Kebijaksanaan pembesar China membuat helah mengelak serangan Raja Suran dan menyelamatkan negeri China.

- Pembesar China mencari helah mengelakkan angkatan Raja Suran belayar ke negeri China seterusnya menyerang dan menakluki negeri China.

- Menghantar satu rombongan dalam sebuah pilau (kapal) terdiri daripada orang-orang tua yang telah tanggal gigi, bongkok, tanaman buah-buahan yang sedang berbuah.

- Orang-orang dan tanaman bagi menunjukkan (melambangkan) betapa jauhnya jarak negeri China dari Temasik. Pelayaran ke negeri China akan memakan masa yang begitu lama untuk sampai.

- Jarak masa yang lama dan perjalanan yang jauh dilambangkan daripada;
(i) waktu mula belayar, mereka masih muda belia, umur belasan tahun, pokok buah-buahan yang kini telah berbuah, baru ditanam dari biji sewaktu mula belayar.
(ii) kini tiba diTemasik,umur kami sudah tua, gigi telah tanggal,
pokok telah berbuah.

- Raja Suran terpedaya dengan helah pembesar China. Disebabkan pelayaran jauh dan lama, Raja Suran berpendapat angkatannya tidak akan berhasil menakluki negeri China.

- Rancangan menyerang negeri China dibatalkan. Negeri China terselamat kesan kebijaksanaan akal fikiran pembesar-pembesar yang cerdik.


2.Kebijaksanaan Tun Perpatih Putih memberitahu Maharaja China tentang kegemaran orang-orang Melaka makan sayur kangkung tanpa dikerat sebagai helah untuk melihat wajah Maharaja China.

- Mengikut adat orang-orang China, rakyat tidak boleh melihat wajah Maharaja mereka. Ketika mengadap, Maharaja China duduk dalam mungkur kaca pada aras yang agak tinggi. Rakyatmengadapdimestikanberlututdansujud di hadapan Maharaja.

- Utusan-utusan Melaka diketuai oleh Tun Telanai dan Tun Perpatih Putih tersangat ingin melihat wajah Maharaja China. Peluang keemasan digunakan sebaiknya oleh Tun Perpatih Putih apabila Maharaja China bertanyakan tentang makanan kegemaran orang-orang Melaka.
- Diberitahu bahawa orang-orang Melaka gemar makan sayur kangkung yang dimasak dengan tidak dikerat-kerat.

- Apabila makanan itu dihidangkan, orang-orang Melaka terpaksa membimbit hujung sayur kangkung serta menengadah kepala untuk menyuapkan sayur ke mulut. Ketika inilah mereka dapat melihat wajah Maharaja China.

- Kebijaksanaan jelas tergambar daripada akal fikiran Tun Perpatih Putih yang 'mencuri' peluang secara tidak langsung. Helah orang-orang Melaka tidak disedari oleh orang-orang China.


3.Kebijaksanaan Tun Telanai membuat helah bagi mengelakkan angkatan Melaka menentang musuh di sebelah ketumbukan musuh yang kuat (Utusan Melaka di Negeri Siam).

- Rombongan Melaka ke negeri Siam diketuai oleh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera.
- Sewaktu di negeri Siam, raja Siam ingin menguji kekuatan dan kesetiaan rombongan Melaka dengan meminta pertolongan membantu angkatan perang Siam menentang musuh-musuh di Siam di sempadan.

- Siam sengaja mengatur agar angkatan Melaka menentang musuh di sebelah ketumbukan musuh yang kuat. Kebetulan pula kedudukan musuh berada di sebelah matahari jatuh.
- Tun Telanai tidak mahu memalukan orang-orang Melaka seterusnya menjatuhkan martabat raja Melaka sekiranya kalah dalam peperangan itu. Dari itu Tun Telanai cuba mengelak daripada berperang di sebelah matahari jatuh (musuh kuat) dengan member! alasan;

(i) orang-orang Melaka beragama Islam tidak boleh berperang mengadap matahari jatuh yang juga merupakan kiblat sembahyang penganut-penganut Islam.
- Siam bertolak ansur dan memindahkan angkatan Melaka berperang di sebelah matahari naik yang kebetulan musuhnya agak lemah.

- Angkatan Melaka berjaya mengalahkan musuh dengan jayanya. Raja Siam gembira dan mengakui kekuatan orang-orang Melaka seterusnya melambangkan kekuatan kerajaan Melaka.

4. Kebijaksanaan Tun Perak mengatur strategi peperangan iaitu dengan menambat puntung api pada pokok-pokok yang berada di sepanjang sungai sebagai helah untuk menunjukkan angkatan Melaka mempunyai bilangan anggota yang ramai. (angkatan yang besar dan kuat)

- Tun Perak telah diberi tanggungjawab mengetuai angkatan perang Melaka menyekat kemaraan angkatan perang Siam yang bertujuan menyerang Melaka. Angkatan Siam berkampung di Batu Pahat.

- Tun Perak berhasrat mengelak berlaku pertempuran (peperangan) antara kedua-dua angkatan tersebut dengan cara membuat helah seperti berikut;
"setiap pokok yang berada disepanjang tebing sungai telah ditambat puntung api. Cahaya api yang begitu banyak dapat dilihat dengan jelas di seberang sungai."

- Pada sangkaan orang-orang Siam, angkatan Melaka sangat besar, mempunyai bilangan yang ramai. Keadaan seperti ini tentu menunjukkan angkatan Melaka sangat kuat(biasanya setiap puntung api dipegang oleh seorang hulubalang).

- Siam membatalkan rancangan menyerang Melaka kerana menyangka angkatan Melaka sangat besar dan kuat berbanding dengan kemampuannya. Mereka tidak menyangka helah yang dilaksanakan Tun Perak bagi mengaburi mata orang-orang Siam itu.

- Kesannya: kebi)aksanaan akal Tun perak yang mengetuai angkatan perang Melaka dapat mengelakkan berlaku pertempuran berdarah dan menyelamatkan Melaka dari ancaman Siam.


5. Kebijaksanaan Utusan Melaka (sewaktu berada di luar negeri) menjawab pertanyaan secara sepontan dalam usaha mempertahankan martabat dan kedudukan raja Melaka daripada dipandang rendah oleh pemerintah kerajaan lain.

5.1 Utusan Melaka di Negeri Siam
- Raja Siam bertanyakan Tun Telanaimakna (maksud) nama Sultan Mansur Syah.
- Tun Telanai memberitahu maksud "Mansur Syah" ialah;
"...... raja yang dimenangi akan Al¬lah Ta'ala daripada segala seterunya." (Sulalatus Salatin, him. 109)

5.2 Utusan Melaka dalam pelayaran ke negeri China.
- Kapal angkatan Melaka ke negeri China dipukul ribut dan bias ke Brunei.

- Rombongan Melaka diketuai oleh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera membawa surat sembah raja Melaka kepada Maha¬raja China setelah raja Melaka menjadi menantu baginda.

- Raja Brunei bertanyakan kepada Tun Telanai bunyi surat kiriman raja Melaka kepada raja China. Setelah mendengar bunyi surat itu, raja Brunei bertanyakan utusan sama ada raja Melaka menghantar surat sembah kepada Maharaja China.

- Menteri Jana Putera menjawab dengan menaflkan dan memberitahu bahawa raja Melaka tidak mengirim "sembah" kepada raja China, kerana erti "sahaya" dalam surat raja Melaka itu bermaksud "hamba". Maka yang berkirim sembah itu adalah rakyat Melaka bukannya raja Melaka.

- Jawapan Menteri Jana Putera itu hanya sebagai satu alasan sahaja bagi mempertahankan ketinggian martabat raja Melaka daripada dipandang rendah oleh raja Brunei.

- menunjukkan pembesar-pembesar negeri, terutamanya utusan Melaka memiliki kepintaran akal dan kebijaksanaanterutama dalam menjaga imej baik raja dan kerajaan Melaka.




UNSUR ANAKRONISMA


1. Pengertian:
- perletakan peristiwa dan watak-watak bersalahan dengan masa atau zaman yang sebenarnya.

2. Peristiwa Anakronisma dalam Sulalatus Salatin.
"Zaman kegemilangan dan keagungan kerajaan Majapahit (diJawa) disamakan atau berlangsung sezaman dengan kegemilangan kerajaan Melaka."

3. Fakta sejarah sebenar:
(a) Zaman kegemilangan dan keagungan Majapahit (Jawa) - abad ke 14 (1331 -1364).

(b) Zaman kegemilangan dan keagungan Melaka (Melayu) -abad ke 15 (1456 -1511)

4. Peristiwa/cerita

- Diceritakan Melaka menjalin hubungan dengan Majapahit (Bab 6).
- Hubungan melaiui ikatan perkahwinan.
Sultan Mansur Syah dan rombongan berangkat ke Majapahit untuk berkahwin dengan puteri Majapahit yang terkenal jelita iaitu Raden Galuh Cendera Kirana.

Watak-watak seperti Puteri Galuh Cendera Kirana, adalahwatak popular dalam cerita-cerita Panji terkenal abad ke 12 disamakan zaman hidupnya sezaman dengan Sultan Mansur Syah.

Betara Majapahit yang terkenal dalam sejarah Jawa abad ke 14 itu disamakan hayatnya sezaman dengan Sultan Mansur Syah.

Watak-watak lain seperti Bendahara Paduka Raja, Hang Tuah, Tun Bijaya Sura dikatakan hidup sezaman dengan Patih Gajah Mada.

Peristiwa-peristiwa yang berlaku di Majapahit sewaktu rombongan Melaka berada di Majapahit melibatkan watak-watak hulubalang Melaka. Peristiwa-peristiwa tersebut antaranya;

a. Tun Bijaya Sura Menyelamatkan Keris.
b. Tun Bijaya Sura Berlayam/Menggertak Anjing.
c. Hang Jebat dan HangKasturi Memasuki Taman Larangan.
d. Hang Tuah Mendapat Perhatian Orang-orang Jawa.
e. Tun Bijaya Sura Bermain Sapu-sapu Rengit.
f. Tun Bijaya Sura Memakai Cara Jawa.

Kepentingan Unsur Anakronisma;

1. Bertujuan merakamkan kebesaran, ketinggian dan kegemilangan kerajaan Melayu Melaka.
Dengan itu ada bahagian-bahagian tertentu dipalsukan dengan sengaja .
Iaitu dengan menyamakan zaman kegemilangan kerajaan Melaka dengan zaman keagungan kerajaan Majapahit sungguhpun masa atau zaman pemerintahan itu berbeza hampir 100 tahun jaraknya.


Tuesday, August 18, 2009

SAMBUNGAN CERPEN GADIS BERTUDUNG PUTIH

ARWAH ZAMIL HAKIMI sudah dua tahun pergi. Namun, hati Sofea Ariana masih terkunci buat kehadiran lelaki lain. Dia sendiri tidak tahu kenapa memori itu merantai tasik hatinya. Padahal, semua benda yang berkait dengan Pak Lebai itu dia telah buang jauh-jauh. Cuma satu. Cuma satu menurut teman rapatnya Haryani, dia tidak membuang nama itu jauh-jauh dari hatinya.

Dia perlu menguburkan cinta tanpa nisan itu selama-lamanya. Kerana, yang sudah mati tidak akan hidup semula. Benar kata Haryani, Ariana akuinya, tetapi hati yang satu itu cuma satu, tetap satu, dan hanya ada satu, itu pun telah dibawa pergi oleh Pak Lebai.

Sofea Ariana sedang sibuk mencari beberapa buah buku rujukan untuk tugasan barunya . Perpustakaan besar Universiti Sains Malaysia itu sudah mula dibanjiri ramai penuntut. Dia dan Haryani kini sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda selepas lulus peringkat Diploma dari sebuah kolej yang diiktiraf .

Beberapa buah buku diletakkan di atas meja. Ariana duduk dan membuka beg kuliah lalu mengeluarkan beberapa barangan keperluan. Dia tekun membaca dan menulis maklumat yang diperlukan. Selepas sejam, dia bangun dan bergerak ke bahagian tepi dinding untuk meletakkan buku yang tidak dipakai.

Seketika, dia menoleh ke arah luar, ke arah ’foyer’ perpustakaan menjamu mata menyaksikan orang lalu-lalang yang tidak pernah putus. Tiba-tiba deria penglihatannya menangkap sesuatu. Sesuatu yang dia sendiri tidak percaya. Tak mungkin ! Astaghfirullah...Suara hatinya berdetik sendiri.Hatinya tidak membenarkan apa yang terlihat oleh mata. Dia melihat batang tubuh Zamil Hakimi sedang bergaduh dengan seorang mahasiswi.
Tanpa sedar, kakinya membawa dia keluar. Namun, hampa, bayangan yang dilihat tadi sudah tidak kelihatan.Ariana tersedar . Apa yang berlaku pada aku ni, Ya Allah, berilah aku kekuatan. Dia bergumam sendiri. Kemudian , menaiki bas kampus untuk balik ke Desasiswa Fajar Damai. Persoalan itu tidak terjawab.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

” Riana, bangun lah, jom kita keluar makan awal sikit. Aku lapar lah.” Haryani menggerakkan tubuh Ariana yang mengiring di atas katil.
” Emm...pukul berapa ni ?”
” 5.30 dah. Kau dah solat kan?”
”Dah. Aku ke tandas dulu lah.”
”Dah siap?” Tanya Riana yang baru datang dari tandas di hujung bangunan.
” Dah. Kita makan kat Desasiswa Kembara ya. Aku nak makan nasi ayam.” Kata Haryani lagi.
”Okay. Aku ada hal nak bagi tau kau Yani.”
” Kat sana lah kau cerita ”
Mereka duduk di meja yang lengkap dengan empat buah kerusi berwarna . Mengambil tempat berhadapan pemandangan bukit menjadikan petang mereka sangat tenang.
”Nak citer apa Riana?”
” Aku cakap kau jangan sindir aku pulak.” Ucap Riana sambil menceduk kuah sup ke dalam pinggan nasi .
” Cakap lah , aku dengar dulu.” Kata Haryani yang kelihatan laju menyuap nasi.
”Aku tak tahu lah Yani. Aku nampak Zamil. Aku nampak dia. Aku nampak Pak Lebai.” Ujar Riana perlahan tetapi mengandungi keperitan.
”Kau what? Kau nampak Pak Lebai yang dah meninggal dua tahun lepas? Kau ni angau ker apa? Dia dah pergi. Dah tak ada. Titik. Kau tu, jangan ingat sangat . Tak baik tau. Orang tu dah tak ada. Lepas kan dia pergi Riana. Nanti kau yang seksa.” Kata Haryani panjang.
”Aku tahu. Tapi aku rasa aku nampak dia. Aku rasa macam aku nak jumpa dia.”
” Haa...mula-mula kau nampak, terus kau nak jumpa, lepas ni apa? Kau nak jatuh cinta kat bayang-bayang Pak Lebai? Gitu? Orang mati mana ada hidup semula Riana. Kau ingat kita ni, dalam cerita ker??” Haryani bersuara tegas. Dia tidak mahu kawannya hanyut dalam kenangan .
” Baik lah. Aku janji. Aku tak kan ingat dia lagi.” Ariana mengalah dalam keterpaksaan. Dia tahu ini jalan terbaik.
”Hmm..maaflah tadi aku tegas sikit. Ada kawan aku kan Riana, dia ada kawan sorang . Lelaki. Mamat ni kan ambil kursus Sains Komputer . Kita jumpa diorang nak?. Dia selalu bagitau aku , suruh ajak kau keluar sama. Nak kenalkan mamat Sains Komputer ni dengan kau. Kau nak tak?”
” Kau nak cakap apa sebenarnya Yani?”
” Aku nak kau keluar dengan mamat tu lah. Aku nak kau lupa kan Zamil. Aku nak kau buka buku baru. Ramai lelaki kat luar sana suka kan kau . Tapi kau terikat dengan orang yang dah tak ada.” Perlahan Haryani memujuk. Takut hati gadis itu terasa.
” Kalau hati aku tak rela, tak guna Yani. Seribu lelaki pun, tak ada makna selagi hati aku ni belum pasti.”
” Dah tu, hati kau tu kan ada kat kau Riana. Kau buka lah hati kau tu, kat orang lain pulak. Ada lagi lelaki baik dalam dunia ni, walaupun tak macam Pak Lebai .” Pujuk Yani terus-menerus.

Selesai makan, mereka berjalan kaki pulang ke bilik. Semasa hendak melintas jalan, tiba-tiba sebuah motosikal datang dengan laju. Haryani sudah lepas ke seberang jalan. Ariana masih tertinggal di belakang. Dan, ketika itu, tanpa sempat Yani menarik tangan Ariana, motosikal itu hanya melanggarnya dengan jarak dekat kerana penunggangnya sempat menekan brek kecemasan.

Ariana sempat mengelak sedikit sahaja . Dia rebah di atas jalan. Namun, otaknya masih mampu menafsirkan apa yang berlaku. Lutut dan sikunya berdarah. Mujur dia memakai baju lengan panjang dan seluar slack longgar menutup luka tersebut. Motosikal itu berhenti. Beberapa orang pelajar lain juga berkerumun ke situ.

”Bangun Riana, kau macam mana?” Yani mula risau.
Darah merah membasahi bahagian lutut, bahagian siku, dan tangan gadis itu. Ariana bangun dipapah oleh Haryani dan seorang pelajar perempuan. Mereka berhadapan dengan penunggang motosikal yang memakai topi keledar ‘full face’ hitam.

Topi keledarnya tidak dibuka. Haryani dan Ariana tidak nampak wajah lelaki tersebut. Pelajar itu melihat Ariana yang menahan kesakitan. Hati lelakinya tiba-tiba meruntun. Dia seakan-akan kenal gadis itu . Namun, dia tidak tahu siapa gadis itu . Ariana cuba bangun dibantu oleh Haryani dan dua orang pelajar yang ada di situ. Tiba-tiba badannya terasa ringan , dia tidak sedarkan diri . Haryani mengucap panjang. Lelaki yang menunggang motosikal itu berlalu tanpa rasa bersalah.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Doktor Klinik USM memberikan cuti sakit untuk Sofea Ariana. Haryani juga terpaksa cuti menemani sahabat baiknya itu. Selepas sedarkan diri semalam, gadis itu tidak banyak berbicara . Mungkin sehari dua lagi, gadis itu boleh ke kelas seperti biasa.
” Kau dah bangun? Aku bawa nasi ni.” Yani mula mengatur bicara.
”Siapa dia Yani? Siapa yang langgar aku dulu ?”
” Jangan fikir sangat lah. Dia tu, mamat motor yang membahayakan keselamatan orang lain tau. Aku dengar-dengar , ada pelajar buat ’report’ . Dia kena panggil dengan Unit Hal Ehwal Pelajar. ” Kata Yani merujuk kepada dia yang mereka sedang perkatakan.
” Makan dulu Riana. Kau sakit nanti susah aku beb! Dah masuk dua hari aku ponteng kuliah ni.”
” Thanks Yani. Kalau kau tak der , aku tak tahu lah.”
” No hal lah beb! Aku kawan kau sampai bila-bila.Susah dan senang .Orait. Tapi, makan dulu tau.” Yani berceloteh.
Ariana mampu tersenyum dan mula menjamah makanan. Hari beransur malam.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sudah seminggu kejadian itu berlalu. Ariana tidak mahu fikirannya dibejat lagi. Dia tidak pernah jumpa dengan lelaki yang pernah melanggarnya dahulu. Dia juga tidak jumpa lagi dengan bayangan wajah Zamil Hakimi. Mungkin benar telahan Yani, itu sekadar ilusi mindanya sahaja.

Ariana beratur membeli makanan di kafeteria hadapan ’foyer’ dewan kuliah. Hajatnya nak mengisi perut sedikit. Lepas kuliah tadi, dia rasa lapar pula. Haryani keluar ke KOMTAR dengan Erin untuk membeli-belah . Ariana tidak mahu ikut, lagi pun, dia bercadang untuk terus ke perpustakaan selepas ini.
Ariana membawa secawan kopi dan sebungkus ’sandwich’ sardin. Dia duduk di meja paling belakang. Meja yang kosong dan agak tersorok . Ramai yang mula membanjiri kafe itu untuk makan.
” Boleh saya duduk?” Satu suara menggamit lamunannya.
” Awak?” Ariana terkejut . Berdiri di hadapannya kini, seperti orang mati hidup semula. Wajah itu yang dia nampak di luar perpustakaan dulu. Jadi, itu bukan ilusi mindanya. Pelajar itu nampak agak serabut . Rambutnya agak panjang mencecah bahu. Kulit mukanya cerah dan bersih. Penampilannya yang tidak kemas membuatkan dia nampak tidak terurus. Tambahan lagi, dia memakai baju T lusuh, dengan seluar ’jean’ yang lebih lusuh warnanya . Mungkin dia berpakaian mengikut ’trend’ masa kini.
” Kenapa pandang saya macam tu. Saya tahu saya salah. Saya datang nak minta maaf .” Ujar pelajar yang sudah pun duduk berhadapan dengannya.
“ Saya tak faham. Minta maaf apa??” Ariana mengawal perasaan yang berkecamuk. Sekian lama, dia cuba melupakan wajah itu, tapi kini, wajah itu hadir semula walau dalam jasad orang lain.
“ Saya langgar awak dengan motosikal dahulu.” Lelaki itu tenang bercerita.
”Jadi, awaklah lelaki tu?? ” Ariana berkira-kira sendiri. Kejadian itu, dah berlalu. Dia pun sudah sembuh. Malas hendak panjangkan cerita. Bagaimana aku hendak buang bayangan Zamil, kalau wajah ini hadir di hadapan mata ku Ya Allah.
” Saya terpaksa pergi. ” Kata Riana tiba-tiba, selepas beberapa detik menyepi.
” Awak dah maafkan saya??.”
“ Baiklah. Lagi pun, saya dah tak apa-apa.” Ariana menjawab lembut. Dia menghela nafas pendek.
” Kenapa awak seperti terkejut tengok saya tadi? Kita pernah jumpa sebelum ni?” Tanya pelajar itu semula. Lelaki itu juga terasa sesuatu. Terasa kelainan berhadapan dengan gadis ini. Dia tidak tahu, tetapi dia membuang perasaan aneh itu jauh-jauh. Dia pernah terluka dengan seorang gadis. Dia tidak mahu terluka lagi.
” Tak ada apa-apa. Saya yakin kita tak pernah kenal. ” Ariana menuturkan kata-kata dengan tenang. Ariana menolak kerusi untuk bangun. Belum sempat dia melangkah jauh.
” Hei perempuan!! ....banyak-banyak lelaki dalam kampus ni, Affendi jugak kau nak pikat ya!!” Suara tajam gadis yang baru sampai itu mengejutkan Yana.
” Maaf kan saya, awak silap orang. Saya tak kenal pun lelaki ni.” Ariana menjawab perlahan.
” Tak kenal kau kata. Ni, makan sekali ni apa? Patutlah tadi kata nak ke kelas. Kelas kat sini pulak.” Gadis yang bernama Alia itu mencerlung marah. Memandang ke wajah Luqman Affendi dengan tajam.
“Alia, jaga mulut tu sikit. Aku dengan dia tak ada apa-apa.Jangan buat hal kat sini. Mari balik.” Fendi menarik lengan gadis itu dengan kasar.
Gadis bernama Alia tertolak ke depan. Cengkamannya kuat, Alia meronta-ronta minta dilepaskan. Akhirnya terlepas. Alia berlari laju ke meja Ariana. Dia mengambil segelas air di atas meja lalu menyimbah ke muka Ariana. Basah tudung kepala gadis itu. Fendi sampai ketika Ariana meraup wajahnya dan tudungnya yang basah.
” Jangan muncul depan saya. Saya tak nak menjadi sebahagian dari kisah hidup kamu berdua . ” Ariana bersuara tiba-tiba.
Luqman Affendi menatap wajah itu seketika, perasaan aneh itu bertandang kembali. Kemudian dia menapak pergi bersama Alia.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

” Hai!! ”
” Kau ni kan.... Terkejut aku.”
Haryani duduk di sebelah Ariana. Memandang lepas ke arah Tasik Aman yang tenang. Cuma dibanjiri pelajar yang sedang ’berjogging’ dan berjalan kaki mengelilingi tasik.
” Dah pandai termenung ker?” Tanya Yani.
” Malam ni ikut aku ya. Keluar makan kat Gelugor . Ada orang nak belanja kita. ”
”Siapa?”
” Mamat yang aku cerita kan dulu tu.”
” Mamat mana ni? Tak der nama ker?” Ujar Yana sambil membetulkan lipatan tudung yang ditiup angin. Sejak kehadiran Zamil yang merubah penampilan dirinya dari seorang gadis yang bebas berpakaian, dia kini menjadi seperti Yani. Gadis manis bertudung litup yang menawan. Penuh kesopanan dan menutup aurat.

” Nama dia Zikri. Budak Sains Komputer .Budak ICT . Senior daripada kita. ”
” Kau ambik jer lah susah-susah.” Ariana menokok pantas.
”Hishh...aku dah ada, dalam proses. ” Yani gelak kecil. Malu-malu.
” Aku dengan Farid sebenarnya. Erin yang kenalkan. Zikri kawan baik Farid. Zikri tu suka kat kau. Dia selalu nampak kau ’study’ kat ’library’ . Dia kata kau rajin, baik, cantik, sopan.” Tambah Yani lagi.
“Adoi…sakit ahh…” Yani mengaduh manja. Cepat saja tangan Riana hinggap di lengannya.
” Berapa dia bayar kau ni. Baik punya ayat kau pekena kat aku ni.”
” Dia tak bayar pun. Dia belanja makan malam ni. Boleh??”
”Aku tanya ni jangan marah ya!” Yani mula berubah serius.
” Sejak bila pandai minta izin ni?” Riana memandang wajah Yani. Menunggu butir bicara gadis manis itu.
” Kau ada gaduh kat kafe depan ’foyer’ dewan kuliah ker ?? Ada member aku nampak.”
” Aku tak kenal pelajar tu. Betul Yani. Dia kata dia yang langgar aku dulu. Dia jumpa aku sebab nak minta maaf. Kau ingat kan mamat tu ?? ”
”Haa...yang pakai topi ’full face’ tu, sampai tak nampak batang hidung.Macam mana nak kenal kan.” Yani bersetuju dengan kawannya itu.
“Aku tak tahu apa-apa, tiba-tiba jer awet dia yang ala-ala seksi tu, dengan rambut karat gitu , datang serang aku. Tak sempat bagi salam, dia jirus aku dengan air.” Riana memberitahu.
“ Tengok, kau dah jadi ancaman buat dia lah tu. Dia jeles lah tu.”
“ Aku tak nak cari gaduh lah Yani. Aku nak jadi orang baik. Dulu aku kaki gaduh kan, aku nak berubah. Aku janji dengan arwah dulu, aku nak jadi Sofea Ariana yang baru.”
“Sorry beb! Aku minta maaf ya!”. Yana memohon simpati.
“ Tapi, ada satu hal yang kau tak tahu tentang pelajar tu.” Ariana cuba berteka-teki.
“ Yang aku tak tahu? Aku patut tahu tak?”
“ Memang patut. Kalau kau nak tahu, dia lah pelajar yang aku ceritakan dulu, yang aku ingatkan Zamil datang kat depan perpustakaan.” Kata Ariana serius tetapi perlahan.
“ Haahhh…dah mula balik dah. Kau ni kan, semua lelaki kau nampak macam Zamil. Kau kena lepaskan dia Riana. Kau lepaskan lah . Roh dia tak tenang kalau kau asyik ingat kat dia.” Haryani pula mula berkuliah. Geram sesekali dengan sikap Ariana.
” Kau ni kan, marah-marah macam ni, lagi cantik lah Yani .” Ariana tiba-tiba mengusik .Biar lah kalau Yani tak nak percaya. Suatu hari, mungkin dia akan percaya.Tapi , siapa pelajar tu sebenarnya??
Haryani ketawa manja.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Malam menjelma. Mereka makan di sebuah restoran yang sederhana besar. Lima orang semuanya. Zikri dan Farid, berserta Ariana, Haryani dan Erin, rakan tutorial Haryani.

” Riana selalu kat perpustakaan ker. Selalu I nampak U kat sana.” Kata Zikri cuba beramah mesra. Dia memandang Yana, gadis itu melarikan anak matanya . Riana nampak sangat cantik. Sopan dan memikat. Bertudung litup, tapi nampak kemas dan moden.
Lelaki itu pula pada Riana, peramah. Tidak kekok, dan mudah mesra.

” Kalau ada tugasan, melekat lah kat situ.” Ariana bergurau . Cuba menimbulkan suasana ceria.
“ Makan lah.Banyak makanan ni.” Kata Zikri lagi. Lelaki itu berbadan tegap. Agak berisi sedikit tetapi tidak nampak gemuk, kerana dia tinggi. Kulitnya sawo matang seperti kebanyakan kulit lelaki Melayu.
”Makan banyak-banyak. Jangan malu.” Farid pula berbasa-basi. Farid dan Haryani dalam proses mengenali hati budi. Keadaan sunyi sejenak semasa mereka menikmati makanan.
Suasana tiba-tiba kecoh di luar restoran. Seorang lelaki dikerumuni tiga orang lelaki lain. Mereka bergelut tanpa mempedulikan orang awam.
”Eh...tengok Yani. Itu lah pelajar yang langgar aku dulu. Dia kena pukul lah.” Ariana bersuara cemas.
“ Betul ker Riana.Kau pasti. “
“U kenal lelaki tu?” Zikri pula bersuara. Ada nada cemburu dalam pertanyaan itu. Dia sebenarnya kenal lelaki yang mereka sedang perhatikan itu. Lelaki yang terkenal kat Unit Hal Ehwal Pelajar gara-gara masalah disiplin dengan pihak universiti. Ariana hanya angguk. Memohon simpati.
“ Dia kan yang selalu naik-turun kat Unit HEP, banyak masalah dia tu. Dah pernah kena gantung dengan pihak universiti . Memang budak tu, tak sayang masa depan dia.” Kata Farid pula .
” Jap! Jap! Dia nampak macam Pak Lebai . Arwah Zamil Hakimi. Dia lah yang kau nampak kan Riana?” Haryani pula bersuara cemas. Gugup dan gementar sekaligus. Masih menafikan apa yang mata sedang melihat. Tak mungkin !
” Siapa Zamil Hakimi? Siapa Pak Lebai? Dia budak ’course’ apa?” Giliran Zikri pula bertanya. Haryani dan Ariana berpandangan. Tak ada masa nak buat ’flash back’.
” Zikri !! ’Please’ , tolong selamatkan dia. I pohon dari U ” Tambah Ariana lagi.
Zikri dan Farid saling berpandangan. Yani dan Erin juga terkedu. Ariana menarik nafas panjang. Perlahan-lahan menghela nafas itu.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Zikri dan Riana sudah mula berkawan baik sejak pertemuan pertama di Gelugor dulu. Namun, Riana tidak pernah memberi apa-apa harapan pada lelaki itu. Dia pernah berbicara , dia senang berkawan dengan lelaki itu . Zikri pula, tidak mahu terburu-buru. Baginya Ariana pasti akan terima dia kelak.

Yang dia risau ialah kemunculan Luqman Affendi dalam hidup Ariana dan masih tertanya-tanya tentang Zamil Hakimi dan Pak Lebai. Bila bertanya kepada Ariana, gadis itu enggan mengulas lanjut. Banyak rahsia Ariana dia tidak tahu. Gadis itu seolah-olah ada kisah silam yang dia tidak mahu berkongsi dengan orang lain.

Ariana naik ke bilik. Dia baru habis tutorial . Dia membuka pintu yang tidak berkunci .Yakin Haryani ada di bilik. Dia memberi salam. Tapi, anak telinganya sempat mendengar suara perempuan menangis.
” Awak??”
” Maafkan saya. Saya Alia. Awak saja boleh tolong saya sekarang.” Alia berhenti menangis. Dia memeluk Riana erat. Haryani yang duduk di kerusi melihat sahaja tanpa bersuara.
” Kenapa? Saya boleh tolong apa?” Ariana tidak faham situasi sebenar. Dia masih ingat ini lah gadis yang menjirus air ke mukanya dahulu kerana salah faham.
“ Saya mengandung anak Luqman Affendi! “
“ Apa??” Riana dan Yani saling berpandangan.
”Siapa Luqman Affendi? ” Haryani dan Ariana serentak bertanya. Bingung dengan kedatangan Alia.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

” Saya nak jumpa awak . Penting sangat. Kita bincang kat bawah ya.” Talian diputuskan.
” Assalamualaikum Riana!” Suara itu mengingatkan dia pada Pak Lebai. Suara itu saling tak tumpah macam Zamil Hakimi. Cuma, gaya saja berbeza. Lelaki di hadapannya kini memakai baju T lengan pendek, warna gelap, dengan seluar ‘jean’ lusuh. Mukanya kelihatan bersih. Masih kelihatan segak.Hidung mancungnya, dan teduh matanya sangat mirip seperi arwah Zamil. Riana tiba-tiba digamit rindu.

“ Awak tahu kan, kenapa saya nak jumpa ni. Fasal Alia.Saya tak tahu macam mana saya boleh berkait dengan kehidupan awak dan kekasih awak tu. Dia minta tolong dengan saya.”
“ Kalau awak tak ada kaitan, kenapa awak datang?? Kenapa awak nak bela dia??”
“ Sebab saya dan dia sama-sama perempuan. Saya tak nak dia diperlakukan sebegitu. Dan selebihnya saya tidak tahu kenapa saya harus datang menemui lelaki seperti awak yang tidak bertanggungjawab, yang merosakkan masa depan orang lain. Awak dah hancurkan masa depan awak. Dan sekarang awak nak hancurkan masa depan Alia. Begitu? ”
” Awak buat kesimpulan terlalu awal Riana. Awak kan tak kenal saya. Bagaimana awak boleh menuduh saya. Saya tahu Alia mengandung. Saya tahu ini taktik kotor dia untuk perangkap lelaki jahat macam saya . ” Luqman Affendi berbicara laju. Merenung ke dalam mata Ariana. Cantik. Mata itu kini menjadi pujaan hatinya . Perasaan aneh yang dia rasakan dulu menerpa lagi. Siapa gadis ini sebenarnya. Kenapa dia harus berperasaan demikian tiap kali mata mereka bertemu.

Wajah mulus bertudung litup tetapi sungguh menawan . Sedetik, dua detik, tiga detik, dan belum empat saat dia mengira, wajah itu tunduk seketika. Berubah warna muka gadis itu. Luqman Affendi seronok melihat Ariana yang jadi pemalu.

” Awak tahu? Dan awak tak nak bertanggungjawab?” Ariana mengangkat wajah. Memaksa dirinya bertentang mata dengan pelajar itu.
” Awak percaya saya buat? Awak ada bukti? Awak ingat saya jahat sangat kan? Sampai sanggup rosakkan hidup anak dara orang. Saya mengaku, saya jahat. Saya kaki gaduh, saya lumba motor, saya ada masalah disiplin dengan pihak universiti. Saya pernah digantung kuliah . Saya juga dalam perhatian pihak universiti . Tapi, saya orang Islam. Saya tahu yang mana haram dan halal. Saya masih waras Riana. ” Panjang lebar Luqman Affendi memberi jawapan.
“ Jadi? Apa yang berlaku?”
“ Awak Tanya Alia. Dia bekas kekasih saya . Kami dah berpisah secara aman tahun lepas. Kebelakangan ni, dia asyik kejar saya. Dia nak kembali pada saya. Dia akan buat apa saja. “
“ Habis tu… awak terima lah dia. Habis cerita. Kan dia bekas kekasih awak.”
” Awak terima Zikri dalam hidup awak Riana?? Dia dah lama suka kan awak. Kasihan dia . ” Affendi meguji kesabaran Ariana. Apa kehendak lelaki itu , Yana tidak faham.
“ Jadi awak kenal Zikri juga? Kita bincang soal awak dan Alia, Fendi!! Bukan soal saya.Bukan juga soal Zikri ”
“ Awak percaya atau tidak, terpulang. Saya tidak takut . Bawa Alia buat pemeriksaan doktor kalau betul dia mengandung anak saya.” Affendi bangun. Memberi salam dan berlalu pergi. Meninggalkan Ariana dengan kata-kata akhir yang sungguh menyakitkan hati. ’Betulkan hidup awak dulu, baru baiki hidup orang lain Ariana .’

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

“ Sanggup awak tipu kami?” Haryani mula naik marah.
“ Sabar Yani. Dia pasti ada sebab buat macam tu.”
“ Dia tipu kita Riana. Dia malu kan kau depan Luqman Affendi. Dia malukan kita depan Farid dan Zikri.Kita percaya dia bulat-bulat.” Haryani marah lagi.
Alia menangis di satu sudut. Selepas dia diugut untuk dibawa berjumpa doktor dan berjumpa pihak atasan universiti, gadis itu mengakui dia berbohong.

“ Saya dan Luqman Affendi bercinta setahun lepas. Kami berpisah selepas saya tidak tahan dengan sikap Fendi yang selalu cari masalah luar.Bergaduh, samseng, masalah disiplin. Saya curang dengan dia. Saya menduakan dia. Bila dia tahu, dia minta putus. Masa tu, baru saya sedar, hanya dia yang faham jiwa saya. Tapi dah terlambat. Dia terluka dan dia tidak dapat terima saya, walaupun dia dah maafkan saya.” Alia memberitahu cerita sebenar.

“ Lepas saya nampak Riana kat kafe dulu, saya sangka Riana ni, kekasih baru dia. Tapi ternyata saya silap. Dia tak ada pengganti saya pun. Saya cuba nak masuk balik dalam hidup dia. Tapi, dia buat pengakuan yang mengejutkan. Katanya dia jatuh cinta dengan awak Riana. Saya pasti, dia tak pernah bersikap demikian. Dia benar-benar mencintai awak. Walaupun dia dan awak baru kenal.” Alia menarik nafas. Menyapu air mata yang tersisa.
” Apa??” Riana terkejut. Yani juga sama-sama terkejut.
” Jadi, awak reka cerita kata awak mengandung? Kerana nak dapatkan Luqman Affendi.” Ariana membuat kesimpulan.
“ Saya fikir helah ni menjadi sebab Fendi pelajar bermasalah disiplin dan ada rekod buruk , jadi orang senang percaya. Tapi, saya silap. Sejahat-jahat dia, masih ada kebaikan dalam dirinya.
Ariana dan Haryani pula menarik nafas. Ariana sedar dia silap buat percaturan. Menghukum Luqman Affendi tanpa bukti. Dia harus memohon kemaafan lelaki itu.
” Maafkan saya, susahkan semua orang , saya tahu, Luqman Affendi bukan tercipta untuk saya.” Serentak dia merenung ke wajah Ariana. Berhenti di situ. Ariana diam tak berkesudahan.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Pagi itu, Ariana dan Haryani ke kuliah seperti biasa.Segala-gala sudah terang dan bersuluh. Alia juga kembali sedar bahawa cinta tidak boleh dipaksa lagi. Bagi Zikri, sama seperti Alia. Mungkin Riana bukan tercipta untuknya. Zikri akan belajar menerima Riana sebagai kawan baiknya sahaja. Sejauh persoalan Zamil dan Pak Lebai, Zikri tidak mahu ambil tahu. Biar lah, suatu hari cerita itu datang dari mulut Ariana.

Hidup Ariana pula, kembali kosong. Selepas sekian lama, hatinya berkocak rindu. Dia mula menepis perasaan yang datang. Bukan kerinduan pada orang yang sudah pergi. Tapi, kerinduan pada yang masih hidup. Ariana tidak mahu mengakuinya. Walaupun Haryani selalu mengusik dan membuat serkap jarang. Dia sedar Haryani boleh merasai bahawa perlahan-lahan, dia mula jatuh cinta dengan lelaki yang bergelar Luqman Affendi itu. Dia pasti, dia cintakan lelaki itu, bukan kenangan arwah Zamil.

Lepas kuliah jam 3 , Ariana menjejakkan kaki ke klinik USM. Dia menjalani pemeriksaan rutin seperti biasa . Haryani juga ada bersama. Gadis itu setia menemani sahabatnya.
” Kau nampak tak ? ” Tanya Riana.
Haryani memandang ke arah yang sama. Pandangannya menangkap sesuatu. Kali ini, dia nampak seseorang yang dia cukup kenal. Sekian lama dia tak jumpa lelaki itu. Rizal ? Sahabat baik Pak Lebai. Apa dia buat kat sini? Dia kenal Luqman Affendi?

Haryani dan Ariana keliru. Kedatangan Rizal tanpa mereka ketahui dan bagaimana Rizal boleh mengenali Luqman Affendi. Adakah Luqman Affendi juga sakit seperti Zamil Hakimi dulu?? Kenapa semua lelaki yang hadir dalam hidup Riana akan berakhir begini. Oh Tuhan. Aku tak mahu kehilangan buat kali kedua. Riana gagahkan kakinya, mengejar Rizal dan Luqman Affendi yang sudah ke tempat mengambil ubat. Haryani juga mengikut. Tidak mahu ketinggalan kisah sebenar .
” Luqman Affendi”. Riana merenung pelajar itu dengan serius . Dia seperti sudah berubah. Tidak memakai seluar jean koyak, dan baju lusuh seperti samseng. Lelaki itu lebih kemas, lebih kacak, lebih sopan seperti mahasiswa sebenar.
” Riana? Sofea Ariana? Dan awak Haryani kan? ” Rizal menegur mereka terlebih dahulu.
” Oh Tuhan!! Jadi kau ni betul Rizal kan. Kawan Zamil Hakimi?” Ariana bersuara.
“Kau buat apa kat sini Rizal? “
“ Aku datang nak jumpa Fendi. Kami memang dah kenal . Aku pernah datang sebelum ni, kita jer tak pernah jumpa. ” Beritahu Rizal, menghilangkan persoalan yang sedang melanda.
”Macam mana awak kenal Zamil Hakimi?” Tiba-tiba Luqman Affendi pula bertanya.
“ Jadi kau berdua tak tahu lagi? ” Rizal pula bertanya pada Ariana dan Haryani.
“ Ini kembar Zamil. Luqman Affendi.” Rizal membuat penjelasan.
“ Dan ini, gadis bertudung putih yang kau pernah ceritakan dulu.” Giliran Luqman Affendi pula bersuara. Rizal mengangguk laju. Haryani dan Ariana seperti tidak percaya. Namun, kenyataan sudah terbentang di dada hakikat.

Luqman Affendi berfikir-fikir. Patutlah , dia rasa macam pernah mengenali Ariana. Malah, berperasaan aneh dengan Ariana. Rupanya, gadis itu ialah insan yang istimewa dalam hidup abang kembarnya dahulu.

Mereka bertemu mata. Melepaskan rindu setelah sekian lama.
” Awak kenapa? Awak juga nak tinggalkan saya, ? Senang-senang awak masuk dalam hidup saya, sekarang awak nak pergi. Luqman Affendi,... Awak....saya, saya rasa....saya....” Ariana tidak jadi menghabiskan ayatnya. Air matanya lebih dahulu bergenang di birai mata. Dia menyeka air mata itu. Dia menarik nafas panjang. Kalau benar ini ujian Tuhan, dia akan terima.

” Duduk Riana. Duduk dulu, awak nampak pucat. Awak sakit ker?” Luqman Affendi mengambil berat. Haryani dan Rizal melihat sahaja. Mereka simpati dengan Ariana. Tuhan yang menentukan pertemuan ini. Begitu pendapat Haryani. Tuhan menghantar Affendi untuk menggantikan Zamil. Tuhan Maha Kaya.

” Awak sakit apa? Jangan rahsiakan dari saya kalau awak sakit . ”
” Saya tak sakit. Saya jumpa doktor untuk pemeriksaan rutin. Saya bebas dari jangkitan barah . Tuhan telah menghantar saya untuk awak ! Saya sayang kan awak. Saya jatuh cinta pada awak masa saya terlanggar awak dengan motosikal dahulu. Saya tak kenal awak, tapi perasaan halus itu datang sendiri. Tapi, saya dah rasakan sebahagian jiwa awak ada bersama saya. ” Luqman Affendi menambah lagi.

” Kenapa awak tak bagi tau? Saya fikir saya bertepuk sebelah tangan lepas kes Alia dulu. Saya bersalah pada awak. Menuduh awak jahat. Lepas awak pergi dulu, saya dah mula rasa lain. Saya tak tahu dan saya tak pasti. Awak pula menghilang dan saya jumpa awak kat sini. “ Ujar Sofea Ariana lagi.
“ Saya dah maafkan awak dan Alia. Saya faham. Saya tak salahkan Alia juga.”
“ Riana, awak gadis yang saya cari , Gadis Bertudung Putih!”
“ Fendi, saya terima awak kerana awak Luqman Affendi. Bukan kerana Zamil Hakimi.” Tambah Ariana lanjut. Sejenak, Mereka bertukar senyuman.
“ Jom!! Kita pergi makan. Semua dah jelas kan” Rizal membuka bicara. Haryani juga gembira. Gembira kerana cinta Yana sudah kesampaian.

TAMAT SEBUAH KISAH CINTA SUCI.
12.40 minit malam. 9 Ogos 2009.

Monday, August 17, 2009

ENAKNYA RASA ..... 2


masakan biasa sahaja ni, tapi dibuat
dengan penuh kasih sayang ......

Kek Coklat cinta 100 per cent



Cinta puding karamel ...

puding jagung mahligai impian

Kek Marble penghujung rindu ....


Semua hasil air tangan sendiri...
sesuai buat juadah bulan Ramadhan atau Hari Raya kan....
Tapi, jangan lupa, puasa dan amal ibadah bulan Ramadhan yang utama...

SELAMAT MENYAMBUT AWAL RAMADHAN,
BERAMAL IBADAT LAH DENGAN IKHLAS...
BUAT INGATAN KITA BERSAMA....

ENAKNYA RASA ..... 1

Ini, antara masakan dan makanan kegemaran ....
Masa kat Sabah, selalu masak ni.... kat sini ada juga...jarang-jarang....
Nasi goreng kampung jauh di mata dekat di hati ....

ulaman kasih-sayang

puding milo manisnya cinta ...

behun goreng halaman asmara ....




Saturday, August 15, 2009

UNSUR PENGEMBARAAN DALAM SULALATUS SALATIN

UNSUR PENGEMBARAAN

I. Episod/Peristiwa Pengembaraan
Perbincangan Dari Segi;
1. Watak Terlibat
2. Sebab-sebab Mengembara
3. Tempat yang Dituju
4. Peristiwa-peristiwa
5. Kesan



Antara beberapa peristiwa pengembaraan dalam Sulalatus Salatin ialah;

1. Pengembaraan Raja Iskandar Zul-Karnain ke negeri matahari terbit.
2. Pengembaraan Raja Suran ke Temasik dan ke negeri bawah laut.
3. Pengembaraan ketiga-tiga putera Raja Suran dari negeri bawah laut ke Bukit Si Guntang Mahamiru.
4. Pengembaraan Seri Teri Buana ke Tanjung Bemban dan Temasik.
5. Pengembaraan Raja Iskandar Syah dari Singapura ke Muar terus ke Bertam.
6. Pengembaraan Tun Perpatih Putih (sebagai utusan) ke negeri China.
7. Pengembaraan Tun Mamad ke Puncak Gunung Ledang. '
8. Pengembaraan Hang Nadim ke Benua Keling (sebagai utusan Melaka).


Contoh Huraian Peristiwa Pengembaraan.

1. Raja Iskandar Zul-Karnain dari Makaduniah mengembarakeTimur (Negeri Matahari Terbit).
- Dalam pengembaraan berjaya menakluki negeri Hindi dan mengislamkan Raja Kida Hindi. Berkahwin dengan Puteri Syahrul-Bariyah dengan diwalikan oleh Nabi Khidir.
- Keturunan Raja Iskandar Zul-Karnain mewarisi kerajaan Kida Hindi.
- daripada keturunan ini juga terus kepada beberapa keturunan hinggalah sampai kepada Raja Suran.


2. Pengembaraan Raja Suran ke Temasik dan ke Negeri Bawah Laut.
- Raja Suran telah mengembara daripada negeri-negeri di utara terus ke Langgiu dan sampai ke Temasik. Kemudian meneruskan perjalanan/ pelayaran untuk menyerang negeri China. Rancangan dibatalkan setelah mendapat tahu bahawa negeri China terlalu jauh (helah pembesar China).
- Raja Suran bercadang mengembara turun ke dalam laut.
- Turun ke dalam laut melalui peti kaca, berpesawat dari dalam. Dapat melihat pemandangan di alam lautan.
- Sampai ke negeri Dika. Raja negeri DiKa bernamaAktabu'l-Ard.Berkahwindenganputeri Mahtabu'l-Bahri. Hasil perkahwinan dapattiga orang putera:
- Nila Pahlawan
- Krisyna Pandita
- Nila Utama
- Sebelum Raja Suran balik ke Benua Keling berpesan kepada isterinya agar hantar ketiga-tiga putera ke dunia apabila mereka dewasa. Dari sinilah asalnya disusur galur keturunan Raja-raja Melayu Melaka.

3. Pengembaraan ketiga-tiga putera Raja Suran ke Bukit Si Guntang Mahamiru.
- Putera-putera Raja Suran iaitu Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama menaiki lembu putih daripada dalam laut ke kawasan perhumaan Wan Empuk dan Wan Malini. Ketibaan ketiga-tiga orang putera Raja Suran menjadikan padi bertukarjadi emas, batangnya jadi perak dan daunnya jadi tembaga suasa.
- Wan Empuk dan Wan Malini dua beradik itu jadi kaya raya.
- Lembu kenaikan mereka muntah, keluar seorang budak lelaki, diberi nama Batala. Seri Teri Buana kahwin dengan ramai gadis, kesemua jadi kedal. Kahwin dengan Raden Ratna Cendera Puri, puteri Raja Palembang tidak kedal dan dilantik jadi Raja Palembang.


4. Pengembaraan Seri Teri Buana ke Tanjung Bemban dan Temasik.
- Semua menyeberang ke Temasik, kapal Seri Teri Buana dipukul ribut taufan. Anak-anak kapal telah berusaha membuang muatan dalam kapal termasuk harta benda tapi tidak berhasil.
- Apabila dibuang mahkota ke dalam laut, barulah ribut berhenti.
- Sampai di daratan, jumpa binatang seperti singa. Besar sedikit daripada kambing randuk.
- Bulu warna perang. Sifatnya tangkas. Dikenali dengan nama singa. Seri Teri Buana buka Singapura ->• beri namasempena nama binatang ->• Singapura.


5. Pengembaraan Raja Iskandar Syah dari Singapura ke Muar terus ke Bertam-
- Raja Iskandar Syah (Raja Singapura) terpaksa lari dari Singapura menyelamatkan diri daripada ditawan angkatan Majapahit.
- Sepanjang perjalanan baginda dari satu tempat ke satu tempat berlaku kejadian ajaib dan aneh.
- Sampai ke satu tempat, menemui timbunan bangkai biawak -> dinamakan sebagai biawak busuk.
- Sampai di satu kota, mendapati kota itu bertukar menjadi buruk apabila tiba waktu malam ->• dinamakan sebagai Kota Buruk.
- Sampai di suatu anak sungai, Raja Iskandar Syah berehat di bawah sebatang pokok. Ketika ini baginda melihat kejadian aneh iaitu anjing perburuan ditendang oleh seekorpelandukputlft hinggajatuh ke sungai.
- Raja Iskandar Syah kagum melihat keberanian pelanduk putih. Baginda membuat tafsiran tentang kejadian aneh itu sebagai suatu petanda baik jika sekiranya tempat berlaku kejadian itu dibuka dan dijadikan negeri.
- Tempat berlaku kejadian aneh dibuka, diberi nama "Melaka" sempena pohon tempat baginda bersandar ketika meihat kejadian ajaib itu.


6. Pengembaraan Tun Perpatih Putih ke negeri China dan pengembaraan Menteri Jana Putera dan Tun Telanai ke negeri China.
- Tun Perpatih Putih dilantik sebagai utusan kerajaan Melaka ke negeri China.
- PerjalananTun Perpatih Putih tidak menghadapi sebarang masalah. Rombongan Melaka selamat sampai ke negeri China dengan membawa sagu rendang sarat sebuah pilau.
- Beberapa peristiwa "lucu" berlaku sewaktu rombongan berada di negeri tersebut yang menunjukkan kelebihan serta kebijaksanaan orang-orang Melaka mengatasi rakyat China.

- Rombongan Melaka diketuai oleh Menteri Jana Putera dan Tun Telanai bertujuan membawa surat sembah Raja Melaka kepada Maharaja China.
- Sultan Melaka bersetuju menghantar surat sembah kepada Maharaja China setelah menjadi menantu Maharaja China.
- Pelayaran ke negeri China mengalami sedikit masalah. Kapal angkatan Melaka bias ke Brunei. Raja Brunei bertanyakan Menteri Jana Putera -
• sama ada raja Melaka mengirim sembah kepada Maharaja China?
- Utusan Melaka memberi alasan mengatakan bahawa yang berkirim salam itu ialah rakyat jelata bukannya baginda sultan.
- Maharaja China menerima sembah sultan Melaka -
mendapat penyakit kedal (gatal-gatal) - tabib memberitahu ubatnya "dengan meminum airbasuh kaki raja Melaka dan disapu di muka."

7. PengernbaraanTunMamadkePuncakGunung Ledang.
- Tujuannya untuk meminang Puteri Gunung Ledang seperti mana yang diinginkan oleh Sultan Mahmud Syah.
- Sultan Mahmud Syah inginkan seorang isteri yang mempunyai keistimewaan luar biasa, kecantikan yang tidak ada tolok bandingnya.
- Perjalanan Tun Mamad mendaki Gunung Ledang membawanya sampai ke suatu taman ajaib.

Tun Mamad menemui;
- pokok-pokok kayu sedang berlagu.
- bunga tanjung biru dan bunga-bunga menyanyi, berseloka dan berpantun.
- Menemui seorang tua bongkok tiga ->• memberitahu dirinya sebagai wakil Tuan Puteri Gunung Ledang untuk menyampaikan hasrat Tuan Puteri iaitu;

- Syarat-syarat menerima pinangan. Sultan Mahmud Syah hendaklah menyediakan barang-barang hantaran seperti berikut;
(i) tujuh dulang hati kuman (ii) tujuh dulang hati nyamuk (iii) satu jembatan emas (iv) satu jambatan perak merentasi dari istana Melaka ke Gunung Ledang
(v) darah raja semangkuk (vi) darah anak raja (RajaAhmad) semangkuk.
- Tun Mamad dan rombongan kembali ke Melaka membawa berita tentang permintaan Tuan Puteri Gunung Ledang sebagai syarat peminangan diterima.
- Kisah pengembaraan ini merupakan sebuah episod yang digolongkan sebagai kisah mitos alegori (atau mitos sindiran).
- Sindiran ditujukan kepada Sultan Mahmud Syah kerana sifat-sifat buruknya iaitu tergila-gilakan wanita cantik/mementingkan kepuasan hawa nafsu diri sendiri.

8. Pengembaraan Hang Nadim dari Melaka ke Benua Keling.
- Hang Nadim dan rombongan diutuskan untuk membeli kain serasah.
- Kain yang dikehendaki -*• kain serasah 40 bagai, pada 40 helai, sehelai 40 perkara bunga.
- Hang Nadim dipilih kerana beliau mempunyai kepakaran dalam tulis menulis dan menulis corak.
- Pelayaran Hang Nadim ke benua Keling dengan menumpang kapal Hang Isap sebagai pedagang Melaka.
- Sewaktu di benua Keling, Hang Nadim berjaya melukiskan corak kain yang dikehendaki sultan Melaka.
- Pelayaran pulang dari benua Keling ke Melaka menghadapi masalah. Kapal Hang Isap dipukul ribut dan tenggelam.
- Hang Nadim berjaya meyelamatkan diri beserta beberapa helai kain sahaja. Kesan daripada kegagalan memenuhi kehendak Sultan Mahmud Syah itu, maka Hang Nadim telah dimurkai sultan.


Kepentingan Peristiwa Pengembaraan
1. Menunjukkan keturunan raja-raja Melaka adalah;
- agung dan mulia
- berasal dari raja yang terkenal, gagah dan hebat.
- asal dari keturunan yang ternama, handal dan bijaksana.

2. Memperlihatkan kelainan dan keluarbiasaan keturunan raja.
- luar biasa dari segi keturunan (ajaib).
- Retainan siTaT-sifaT ciaripaQa manusia biasa.
- zuriat terpilih, bijak, baik dan mulia.
Contoh:
Pengembaraan Raja Suran turun ke negeri dalam laut berkahwin dan berputera ->• dari sini disusurgalurkan keturunan raja-raja Melayu.
(Lihat huraian peristiwa dan fakta 2 di atas).


3. Menunjukkan unsur kesaktian yang tidak dimiliki rakyat biasa dikenali keturunan raja-raja Melaka.
- kesaktian pada raja/bukan sembarangan.
- sifat-sifat agung.
Contoh:
Episod pengembaraan ketiga-tiga putera Raja Suran dari negeri bawah laut ke Bukit Si . Guntang-'-naiklembu putih->-ketibaanmereka menyebabkan nasib baik kepada Wan Empuk dan Wan Malini ->• kaya raya.
Padi bertukarjadi -'• emas, daun -'• perak, batang ->• suasa.

4. Berkaitan dengan mitos pembukaan sesebuah negeri.
- Cara pembukaan luar biasa, berkait dengan sifat luar biasa watak-watak dari Tanjung Bemban untuk membuka Temasik ->• binatang singa.
- Pengembaraan dari Singapura akhirnya membawa kepada pembukaan Melaka ->• pelanduk putih yang berani menendang anjing perburuan hingga jatuh ke sungai.


5. Menunjukkan pakaian raja/perhiasan/senjata dan peralatan milik raja mempunyai unsur kesaktian/hikmat.
Contoh 1:
Pengembaraan Seri Teri Buana ke Tanjung ' Bemban dan Temasik ->• sewaktu belayar ke Temasik perahu dipukul ribut dan gelombang -> buang mahkota untuk selamatkan pelayaran.
Contoh 2:
Pengembaraan Seri Teri Buana dari Palembang
ke Bintan. Dalam pelayaran sampai ke kuala Inderagiri mereka kekurangan air ->• Seri Teri Buana membuat lingkaran rotan, dicampakkan ke dalam air, dicelupkan ibu kaki ke dalam lingkaran rotan ->• air masin dalam lingkaran rotan menjadi tawar.

6. Memperlihatkan kepintaran pembesar dan raKyat IVlelaKa.
- melambangkan kewibawaan raja Melaka.
- raja Melaka lebih mulia dan hebat.
Contoh:
Pengembaraan Tun Perpatih Putih ke China sebagai perutusan raja Melaka.
- bijaksana - makan kangkung yang dimasak tanpa dikerat.
- ubat kedal raja China ->• minum air basuh kaki raja Melaka.



Friday, August 14, 2009

Tirai Kehidupan

Sedari tadi pawana ilmu mantik belum terjaga
Menyambut tangan puteri algebra
Kehidupan bukanlah keikhlasan kalau tak dicampur dugaan ,
Tidak ditambah deria kepahitan
Tidak didarab dengan amalan mulia

Tak tersedar tangan-tangan yang panjang
Mencari dedaun hukum karma
meniduri hati ilmu hisab
Tiba-tiba sahaja sang kupu-kupu malam
Merayap di ranjau kehidupan
Mencari lemahnya hukum sonsang arah duniawi.

Tatkala fajar sidiq membuka koordinat tirai alam
Bagaikan manusia sendiri menghalau kira-kira
Yang bukan menjadi kecerunan rumus hati nurani
Bukanlah kehendak manusia seperti ini
lemas dalam angka-angka kehidupan
Rumah tak bernombor, dan taman tak bernoktah.

Tetapi, hati yang gugur tak seperti pecahan
Menjadi titik perpuluhan yang tak ada infiniti.
Manusia yang ingin hakiki
tidak akan bertemu titik penyelesaian hidup
Kerana subset kehidupan tidak akan mencapai terminal .

Kehidupan ini bagaikan air yang mengalir tanpa pecutan
Bagaikan ombak yang menghempas tanpa nisbah
Bagaikan bicara tak berlagu tanpa pertalian

KENCANA MERANA 2005



Gambar dirakam di Taman Pertanian Lagud Seberang , Tenom, Sabah .

SMK TAMBUNAN, SABAH, EPISOD 2

Ni...pun sambungan kisah kenangan aku kat Tambunan, Sabah...
Dari Jun 2000 sampai lah November 2007 aku mengajar sini...

Best lepak sini petang-petang , ambil angin....


View kat sini cantik, bertemankan bukit-bukau dan udara sejuk yang belum tercemar ....



Hu hu hu....possing ni, time cuti...tak der budak sekolah musim ni....
AHHH.... rindunya kat member-member lama....pertemuan dan perpisahan adat dunia....


SMK TAMBUNAN, SABAH, EPISOD 1

MERISIK KENANGAN !!
Dulu, aku ni mengajar kat Sabah. SMK Tambunan...

sesi bergambar depan sekolah ...


ni area depan, pintu masuk....


Ni, kanan bangunan sekolah, depan Dewan Dato' Anthony Gibun



Ni...all out kawasan depan sekolah....
Siot habis....
Go Go ! Sementa !!
Sementarian I MIZ U MUCH .....

Tuesday, August 11, 2009

Aku, Dia Dan Anak Nelayan

Kelmarin,
Anak nelayan itu datang
membawa sekeping kertas
mencurah seribu wajah

semalam ,
anak nelayan itu tetap datang
membawa sebakul ikan
berkirim selaut harapan

Hari ini ,
anak nelayan itu datang lagi
masih menunggu di hujung tanjung
melihat sang pawana yang berarak lalu
memanggil sukma rindu bertaut sendu
kata orang ,
mana mungkin
rimba menjadi lautan .

anak nelayan tetap menanti

Saat ini , anak nelayan datang kembali
membawa warkah tersembunyi
tertutup rapi di dalam hati
Hati mati menyerah diri

Semalam , aku, dia dan anak nelayan itu
bertemu kembali ,
di alam nurani bukannya mimpi
aku, dia dan anak nelayan
mencuri hati menabur mimpi .

Kisah Aku dan Dia ....Memori 1996 .

Monday, August 10, 2009

Memartabatkan Kesusasteraan Melayu

Arkib Berita

NUTP syor kaji semula Kesusasteraan Melayu

Subjek jana modal insan, terap nilai murni tangani gejala sosial

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Kementerian Pelajaran mengkaji semula subjek Kesusasteraan Melayu di sekolah menengah untuk menerapkan nilai murni kepada pelajar dalam menangani gejala sosial.

Presiden NUTP, Anuar Ibrahim, berkata subjek ini berupaya menjana modal insan seperti dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berdaya saing serta berfikiran matang.

"Ia satu resolusi seminar Kesusasteraan Melayu dalam Pendidikan yang diadakan pada 4 dan 5 Jun yang lalu di sini. Seminar itu anjuran bersama NUTP serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)," katanya pada sidang media di Wisma NUTP di sini, semalam.

Beliau berkata, NUTP akan membentangkan resolusi seminar itu kepada Kementerian Pelajaran secepat mungkin.

Dalam pada itu, Dr Lim Swee Tin selaku Penyelaras Memorandum Seminar Kesusasteraan Melayu dalam Pendidikan berharap kerajaan memastikan pemilihan karya yang akan dijadikan teks pembelajaran Kesusasteraan Melayu kelak menggunakan karya ciptaan Sasterawan Negara dan penerima S.E.A Write Award.

"Dalam resolusi ini, kami turut mencadangkan Kesusasteraan Melayu dijadikan mata pelajaran elektif (pilihan) kepada semua pelajar sekolah menengah mulai Tingkatan Satu lagi. Pada awalnya, kami mahu subjek ini diajar kepada murid sekolah rendah tetapi mungkin timbul kerumitan kepada kerajaan melaksanakannya.

"Kokurikulum Kesusasteraan Melayu perlu memasukkan unsur sastera daripada pelbagai etnik seperti suku kaum Sabah dan Sarawak serta etnik lain kerana jalan ceritanya lebih menarik dan tidak ramai yang mengetahuinya," katanya.

Lim berkata, bilangan kelas yang menawarkan subjek Kesusasteraan Melayu bagi peringkat menengah atas, iaitu Tingkatan empat, lima dan enam semakin berkurangan.
Katanya pada 2006, sebanyak 1,059 kelas saja yang menawarkan subjek itu, namun untuk tahun ini bilangan kelas berkurangan kepada 982.

"Perkara ini serius dan kami berharap kerajaan mengkaji semula subjek Kesusasteraan Melayu agar menjadi satu mata pelajaran yang mampu menarik minat pelajar dan tidak terpinggir," katanya. ? Bernama

Saturday, August 8, 2009

ALBUM PERPISAHAN 6 AK 2 - SAMBUNGAN

HAI SUME.... SELAMAT MENJAMU SELERA




GAMBAR -GAMBAR NI TAK KAN DILUPA KAN...
MASIH SEGAR DALAM INGATAN...

ALBUM PERPISAHAN 2008 - 6 AK 2

DALAM KENANGAN...
GAMBAR JAMUAN AKHIR TAHUN 6 AK 2
MASA NI TAHUN PERTAMA MENGAJAR KAT SM SIS NI....

SIAP BAWA ANAK-ANAK LAGI NI....

TIME NI, TAK RAMAI LAGI CIKGU DATANG...

MAKAN JE LA DULU....


NI GENG CIKGU FORM 6 YG NGAJAR KELAS NI........


ALBUM PERPISAHAN 2008 - 3A1- SAMBUNGAN

GAMBAR KENANGAN TAHUN 2008 .....
RAMAI JUGA GURU DATANG MENJAMU SELERA




NASI AYAM ....

PEMANIS KELAS 3 A 1


GENG KUAT KERJA NI....




ALBUM PERPISAHAN 2008 - 3 A 1

SEKITAR MAJLIS PERPISAHAN 3 A 1 TAHUN 2008..
TETAP KUKUH DALAM INGATAN..

SUKA RIA....KAWAN-KAWAN JER...

MAKANAN BEST TAU.....NASI AYAM SPECIAL


NICE CAKE!!! YUMMYYY!!!!!




HAI...GENG KAMI....3 A 1