Wednesday, July 15, 2009

Luka Di Celahan Rindu : 9

“ Kamal ? ? “ Lia bagaikan terkejut melihat Kamal Adli.
“ Bukan aku seorang ….” Kamal Adli bergerak setapak , di belakangnya ialah Iskandar . Lia terasa hendak tumbang . Segera dia teringatkan Irwan .Irwan yang mengajaknya ke mari. Sekarang dia hilang entah ke mana .
“ Jauh mengelamun ….” Kamal Adli memulakan bicara .
“ Saja datang tengok-tengok…” Lia cuba bersahaja sedangkan resah sudah mula membalut wajahnya . Tak senang dia direnung tajam oleh Iskandar . Iskandar ni pun satu, macam tak pernah nampak orang .
“ Lama tak jumpa kan…kau di USM kan?? “ Kamal Adli duduk di sebuah bangku.Iskandar masih berdiri .
“ Lia macam biasa jer …” Ujar Lia tanpa rasa kekok.
“ Apa yang biasa …Lia yang menjauhkan diri dari kami dan Villa Budi Bersemi ….” Tambah Kamal Adli lagi .
“ Emm, semua tu dah berlalu. Lia tak boleh lama. Lia minta diri …” Balas Lia dan bangun sambil menepuk-nepuk punggung seluarnya .

Irwan muncul menamatkan resah Lia.
“ Abang …pergi mana??Jom…Lia nak beli barang sikit kat pekan nanti ,” Lia cuba berselindung.
Sebenarnya dia sungguh takut menghadapi Iskandar . Dia bimbang tertewas dalam perasaan sendiri .
Ok .bye.” Lia cepat-cepat menarik Irwan tanpa sempat dia berbual panjang dengan dua jejaka itu. Tanpa Lia tahu, mereka sebenarnya sudah berbual sebelum bertemu Lia tadi .
“ Kamal Adli dah bertunang tau! “ Irwan membuka bicara selepas melihat Lia terdiam beberapa ketikan selepas pertemuan tadi .
“ Abang tak main-main?” Lia menduga .
“ Ila….Ila tunang dia. Habis belajar mereka nak kawin .” Balas Irwan lagi .
“ Ila dan Kamal …”
“ Lia…kalau Lia sayangkan Is…janganlah degil. Jangan ikutkan rajuk Lia tuuu…” Tukas Irwan lagi .
“ Abang …cinta yang sejati tak akan hilang begitu sahaja, kalau cinta kami kukuh, ia akan kembali untuk kami . “ Ujar Lia tenang .
Lia tidak tahu sejauhmana hubungan Iskandar dengan Fatin .Benarkah antara mereka hanya kawan atau Fatin telah pun menaruh harapan buat Iskandar .

Irwan memberhentikan kereta di depan rumah . Papa dan mama nampak sibuk , bersama beberapa pembantu . Lia masuk ke bilik dan Irwan terus pulang lepas berjumpa papa dan mama.
“ Mama….bila masuk?” Tanya Lia tiba- tiba .
Sedikit terkejut melihat Datin Maria masuk tanpa disedari .
“ Lia yang menegelamun ….nak salahkan mama…” Datin Maria meneka .
“ Iskandar pun ada datang malam ni …Lia tahu bukan. “ Ujar mama tenang dan melabuhkan punggung di birai katil Lia.
“ Emm…..kenapa mama tak beritahu Lia dulu.” Lia pula menduga hati ibunya .
“ Mama tahu anak mama ni , tahan orangnya . Apa juga salah Iskandar jika Lia menerima dia kembali . “ Ujar mama memberikan nasihat .
Dia mengelus lembut rambut Lia. Kemudian mencium dahi Lia memberi harapan yang murni . Lia bagaikan anak kecil didodoi ibunya. Dia benar-benar keliru memikirkan Iskandar .
“ Lia…call for you . “ Papa memanggil dari bawah .
Lia bergegas turun selepas mama keluar ke dapur sebentar tadi .
“ Abang ambil Lia jam 4 nanti ya. Rumah Ila buat kenduri doa selamat .Abang lupa beritahu tadi . “ Gumam Irwan dari corong telefon .

Lalu talian diputuskan .Lia tak sempat pun membuka bicara. Dia naik ke atas dan bersiap secara ringkas.
“ Mum….I have to go….” Panggil Lia.
“ Ma tengok lah …okay ker ni ….”
“ Ke rumah Ila? ..Cantiknya anak mama ni..kalau Is tengok tentu tak lepas pandang.” Usik Datin Maria dan senyum manja.Lia menarik muncung .
“ Mama…..kenapa tak cakap Ila buat kenduri . Abang Irwan tuu, tiba-tiba baru nak cakap …” Gumam Lia dan masih sibuk membetulkan bajunya , dan rambutnya .
“ Dah cantik pun…tuu…Irwan dah sampai.” Ujar Datin Maria lagi .
“ Kami pergi dulu …bye . “ Ucap Lia dan Irwan .
Mereka masuk ke kereta , dan meluncur laju menuju ke Taman Mewa Satu .
“ Abang tak cakap awal….Lia rasa macam tak kena jer baju ni…baju lama Lia ni…dah lama tak pakai, macam tak kena jer…” Ujar Lia masih rasa kekok.

Irwan Cuma tersenyum melihat ketidakpuasan hati Lia. Semuanya cukup cantik pada mata Irwan. Lia sungguh menawan memakai baju kurung kain kain sutera warna pinang masak dan sehelai selendang kain sutera Thai. Kereta membelok ke Jalan Pertama dan bergerak perlahan menuju ke sebuah rumah mewah dua tingkat dengan halaman yang luas .Banyak kereta di luar , barangkalai sudah ramai yang datang fikir Lia.
“ Jom…abang nak kenalkan Lia dengan kawan lama. “ Kata Irwan lagi .
“ Nantilah…Lia nak jumpa Ila dulu .” Kata Lia dan membawa buah tangannya lalu naik ke rumah , di ruang utama.
“ Lia??? “ Ila memanggil .
“ Ila !! “
Mereka berpelukan buat beberapa ketika. Ada air mata meniti pertemuan yang sekian lama itu .
“ Aku minta maaf Lia atas apa yang berlaku padamu . Aku sungguh terseksa dengan apa yang terjadi . Memang aku suka pada Iskandar dulu, tapi dia bukan untukku Lia. Masa kau nampak aku kat rumah dia, kami tak buat apa-apa pun. Aku datang sekadar nak bertemu Iskandar. Masa tu, kau dah salah faham. Aku rasa sungguh bersalah. Pada kau dan Is.“ Ucap Ila penuh makna dan sungguh merendah diri .

Lia merasa sungguh simpati. Keikhlasan Ila serasa membuatkan dia lupa atas segala perbuatan Ila padanya , walaupun luka itu masih berdarah .
“ Aku dah lupa semua tu Ila…tapi bagaimana kau dan Kamal Adli….aku tak tahu ..” Lia keliru sekali lagi .
“ Kamal yang banyak menasihati aku dan membantu aku selepas kau pergi . Aku terseksa dengan bayangmu. Lalu , inilah suratan aku dan dia Lia. “ Ujar Ila tenang dan menginsafi diri .
“ Kamal Adli tuu..baik Ila, kau bertuah .” Ujar Lia lagi .
“ Mari kita makan dulu.” Ajak Ila.
“ Lia…cepatlah…” Panggil Irwan pula tiba-tiba.
“ Pengacau betul sepupu kau ni …kita orang baru nak makan ….” Kata Ila tiba-tiba.
“ Ada orang nak jumpa Lia ni…. “ Kata Irwan lagi .
“ Nantilah Ila ,…aku datang balik ya….” Kata Lia dan mengekori Irwan sementara Ila terus melayan kesibukan menyambut tetamu . Ila sungguh gembira kerana majlis itu untuk dia dan Kamal .Majlis indah itu sungguh bermakna dengan kemaafan daripada Lia.
“ Siapa yang nak jumpa nii…. ? “ Ujar Lia dan duduk di bawah sepohon pokok angsana rendang yang diletakkan sebuah meja dan beberapa kerusi di situ .
“ Aku. … Lia…”
“ Is???”
“ Abang terpaksa buat macam ni sebab Lia tak mahu jumpa Iskandar .Abang pergi dulu , nanti kita jumpa kat dalam ya.” Kata Irwann dan segera berlalu.

Iskandar duduk di depan Lia, dan seperti biasa matanya tak lekang dari memandang wajah ayu itu . wajah putih bersih Lia , tiba-tiba merona merah menahan perasaan .Iskandar memang nakal dari dulu, tengok orang macam nak makan .
“ Kalau ya pun,tak kan nak datang tengok Lia jer?” Ujar Lia menyindir .
“ Lia ,…cantik betul Lia hari ni.” Puji Iskandar .

Lia hanya diam seketika . Dia pun tidak tahu kenapa dia terambil baju hadiah daripada Iskandar untuk dipakai pada hari ni . Kalau dia tahu Iskandar datang, tentu dia pakai baju lain .
“ Lia masih marahkan Is ? …”
“ Kalau masih ada ruang di hati Lia buat Is, sudikah Lia terima Is kembali ?” Soal Iskandar tenang . Lia diam sejenak, masing-maisng bermain dengan perasaan .
“ Lia…masih keliru Is …berilah Lia sedikit masa .” Ujar Lia lembut .
“ Is tetap menanti Lia sejak sekian lama , itu pun kalau Lia nak tahu ….” Ujar Iskandar lagi.
Lia memandang tanpa jawapan. Hilang bicara buat Iskandar. Namun, hatinya meronta-ronta. Lia berjalan lambat-lambat masuk kedalam rumah . Sudah ramai kawan-kawan masa di sekolah menengah dulu sampai .
“ Mari makan ..” Panggil Ila dan Lia duduk dalam kumpulan rakan perempuan yang lain . Lia sedar sebenarnya yang Iskandar sekali pun tak lepas dari memandangnya .Namun Lia seolah-olah tidak yakin dengan adanya Fatin dalam hidup Iskandar .

Kalau cinta dia dan Iskandar sejati, mereka tetap akan ke jinjang pelamin . Begitu fikir Lia .
Selepas habis majlis hari itu, Irwan menghantar Lia Amalina pulang .
“Abang jahat ya…” Kata Lia.
“ Abang sayangkan Lia, abang tak nak kasih yang sekian lama terpendam itu berakhir begitu .” Kata Irwan memberi penerangan .
“ Abang rasa patut kah Lia terima Iskandar ? Abang tak tahu Iskandar sudah ada pengganti , dia tak beritahu pasal Fatin .” Ujar Lia tenang dan lembut .
“ Fatin anak tokoh korporat tuu…bukankah mereka Cuma kawan biasa ! “ Kata Irwan .,
“ Tapi bukan pada Fatin.Dia anggap Iskandar miliknya . “ Balas Lia tegas.
“ Iskandar tak berahsia dengan abang Lia. Dia tetap sayangkan Lia macam dulu . “ Kata Irwan memujuk .
“ Lia serahkan semua ni pada takdir . “ Balas Lia .
Kereta meluncur laju membelah senja .

No comments: