Monday, July 13, 2009

Luka Di Celahan Rindu : 8

Lia sampai di Kota Bharu .

“ Abang Irwan tahu Iskandar di USM kan ?? “ Lia membuka bicara dan memandang Irwan tak lepas-lepas .
“ Bukan abang mungkir janji Lia, ….abang tak sampai hati . Apa salah Iskandar pada abang .Dan…abang tahu jauh di sudut hati Lia masih sayangkan dia . Maafkan abang menodai janji kita .” Ujar Irwan tulus.

Fikirnya dia boleh memenangi hati Lia jika ceritakan hal sebenar . Lia tenang . Tidak juga marah , tidak juga bercakap.Hanya diam beberapa jurus. Memikirkan kata-kata Irwan memang ada kebenarannya , Cuma hati yang masih membeku . Kadang-kadang teringin memuja jejaka idaman .

“ Lia marahkan abang lah ni…” Irwan meneroka lamunannya .
Gadis itu tetap cantik. Sekelumitpun keayuannya tak hilang berbanding zaman di tingkatan 6 dahulu , malah lebih menawan mata yang memandang .

“ Entahlah …Lia pun tak tahu …..mama tahu tak ??” Soal Lia lagi .
“ Mama dan papa jemput keluarga Iskandar juga nanti .” Terang Irwan .
“ Ya Allah . … patutlah dia balik .” Lia teringatkan penerbangannya semalam.
“ Nak ikut abang tak..kita keluar , ? “ Tanya Irwan .
“ Ke mana ? “
“ Villa Budi Bersemi, Datuk Patih .”

Lama Lia membisu , mengunjugi Datuk Patih seperti membuka luka lama, mengunjungi Datuk Patih seperti mengait benang asmara .
“ Nak..” Lia menjawab dan Irwan hanya tersenyum.
“ Dah siap ? “
Irwan memandang Lia tenang . Sungguh cantik . Lia memakai jeans denim biru, dan baju T warna putih . Rambut panjangnya melepasi bahu itu dilepaskan begitu sahaja . Lia tetap cantik walau pakai apa pun , begitu fikir Irwan .

Mereka sampai di hadapan pintu pagar sekolah . Irwan yang menjadi guru sandaran di situ memudahkan mereka keluar masuk ke sekolah itu .

Waktu itu hari cuti, cuma pelajar asrama sahaja yang ada di sekolah. Semua mereka sedang mengadakan kelas bimbingan berkumpulan di bilik belajar . Mereka mengunjungi bangunan yang lama ditinggalkan, selepas itu melewati kelas-kelas yang lama ditinggalkan.

Kemudian Lia berhenti di dewan besar . Masuk dan duduk di satu sudut .Dia membiarkan kenangan merantai ingatan. Irwan masih berjalan ke hujung koridor luar melihat taman bunga mini .

Lia nampak wajah Iskandar .Tersenyum memandangnya . Lia nampak kenangan yang merantainya beberapa tahun dahulu semasa di SMK Datuk Patih . Lia ingat dengan jelas bagaimana pertemuan pertama dia dan Iskandar . Lia nampak wajah kacak Iskandar, mata teduhnya yang merenung wajah Lia. Semuanya tentang Iskandar .

Lia ingat waktu hujan dia pulang dari latihan bola tampar , kena kacau dengan mamat-mamat motor semasa menunggu bas .Iskandar yang selalu menunggu bas di situ juga yang sering menolongnya . dari detik itu , Lia tidak tahu Iskandar memujanya , dan Lia tidak tahu dia sudah mencintai Iskandar . Sehinggalah dia nampak Iskandar berkawan dengan Ila , dia mula membenci Iskandar .

“ Kenapa Lia jauhkan diri dari Is…? “ Tanya Iskandar suatu petang . Lia berjalan cepat-cepat , melarikan diri sedangkan hati terjerut .
“ Lia..Lia..” Iskandar panggil. Lia mematikan langkahnya .
“ Lia , sibuk ni…ada hal .Lain kali ya . “ Balas Lia dan cuba berlalu .
“ Lia larikan diri daripada Is….kenapa ….kenapa hukum Is begini…”
“ Orang nampak lah….Lia nak pergi ni.." Lia tak juga memberi jawapan .
“ Okay…..Lia tak nak jadi penghalang Is dan Ila…” Beritahu Lia.
“ Ila dan Is tak ada apa-apa….” Jelas Iskandar dan berlalu pergi .

Lia terdiam. Merajukkah Iskandar .Sejak itu hampir dua minggu dia tak nampak bayang Iskandar. Iskandar pula yang mengelakkan diri .

“ Ada Orang cari Is tak…? “ Iskandar muncul di hadapan Lia semasa dia menunggu bas . Lia tenang dan bersahaja. Cuba mengawal perasaannya .
“ Dari mana ni? “ Tanya Lia melihat Iskandar berpakaian sedemikian .
“ Tak nak tahu Is ke mana 2 minggu ni .?”
“ Is balas dendam pada Lia….”
“ Lia rindu ker ???”
“ Siapa lah Lia nak rindukan Is, nanti ada orang marah pulak .”
“ Lia….Is sayangkan Lia ….Is perlukan Lia dan Is tak boleh hidup tanpa Lia.” Jujur Iskandar melafazkan kata-kata yang selama ini Lia tunggu .
“ Is ke mana dua minggu ni? Tak nampak pun? "Lia akur pada rindu yang bermukim di hatinya .
“ Lia rindu tau….” Bisiknya lembut .Mencairkan hati Iskandar .
Lia tersenyum sendiri . Dia membayangkan wajah Iskandar sepuas hatinya .Lia tersentak dari lamunan, terdengar tapak kaki menuju ke arahnya .

No comments: