Sunday, July 12, 2009

Luka Di Celahan Rindu : 7

“ Balik Kelantan ? Bila? Cuti nanti ? “ Aidil tak percaya . Lia tak pernah memberitahunya untuk pulang cuti di Kelantan . Aidil menuju ke rumah Lia . Mencari kepastian .

“ Lia…budak Aidil ada kat bawah ni …turun cepat . “ Panggil Mak Long dengan ramah . Mak Long dah pun siapkan minuman petang dengan karipap kegemaran Lia Amalina. Dan dua gelas jus oren di atas meja.

Lia turun . Wajahnya suram .Ada duka berteduh di matanya .

“ Maafkan aku Aidil .Tak sempat beritahu . Malam ni aku pulang .Papa nak buat majlis di rumah .. Aku tak plan nak cuti di Kota Bharu .” Ulas Lia memberi penjelasan .

“ Aku ikut ? “ Aidil memberanikan diri .
Lia macam tak percaya . Apa kata mama dan papa .

“ Aku ikut sampai KL bukan ke Kelantan .” Tambah Aidil dan Lia lega mendengarnya .
“ Kau nak ke rumah siapa pula kali ni ? “ Soal Lia lagi sambil mengambil jus oren , membawa ke mulut dan minum .

“ Nenek dan Datuk aku masih ada .Duduk di KL dengan Mak Lang aku . “ Tambah Aidil . Aku ke sana temankan kau pulang dan aku akan temankan kau kembali .

“ Kau menyusahkan diri .” Tukas Lia. Sambil mengambil remote control dan membuka tv . Bosan .Tak ada rancangan best .
“ Temankan aku tengok video ? “ Tanya Lia lagi .
“ cerita kegemaran aku …Gladiator . “ Tambah Lia.
Mereka menonton sambil bercerita .

“ Aku masih menunggu kau Lia.Dan aku tetap akan menunggu .Sampai bila-bila “ Aidil mengakuinya. Lia tersentak . Begitu tinggi harapan Aidil Ikhwan , sedangkan dia cuba menaruh harapan yang sama pada Iskandar .

“ Aku bukan seperti yang kau harapkan Aidil . Kau tak tau sejarah silamku. “ Kata Lia lagi . Diam sejenak .Menyaksikan aksi filem Gladiator .

“ Assalamualaikum ! “ Suara Fazli memecah sepi antara mereka.
“ Ada tamu ? “ Tanya Fazli dan memandang Aidil penuh makna. Mamat sekor ni suka kejar adik aku . Kebetulan, Aidil sudah mahu meminta diri untuk pulang .

“ Pergi mandi, sembahyang dan makan ! “ Pinta Lia dan menarik tangan Fazli dengan manja .
Selepas sembahyang .Mereka turun ke ruang makan .Terhias indah .Ada jambangan ros merah di meja sudut .Mak Long petik sendiri di taman mini depan rumahnya . Sungguh cantik .
“ Jam berapa abang hantar nanti ? “ Tanya Lia .
‘ Lepas makan terus pergi lah .” Balas Fazli lagi .

*********************************

“ Aidil tak jadi ikut . Ada hal di rumah . “ Beritahu Fazli tiba-tiba dan menutup telefon tangannya . Lia kelegaan .
“ Jadi…sorang saja lah kan ? “ Fazli mengusik .
“ Take care ! “ Ucap Fazli dan mencium dahi Lia .Dia sangat menyanyangi adiknya itu . Mereka cuma dua beradik .Sedangkan harta mama dan papa tak terkira banyaknya .

Lia melangkah ke dalam perut kapal terbang . Bayan Lepas ditinggalkan menuju ke Kota Bharu . Dia mencari tempat duduk . Nombor 23 A . Di sebelahnya seorang lelaki sedang tidur barangkali.Menutup mukanya dengan cap tertulis England .

Lia fikir lelaki itu barangkali dari jauh hendak ke KL .Lia duduk .Menyandarkan badan ke kerusi dan bersedia untuk terbang .

Tiba-tiba Lia terasa hendak muntah . Segera dicari bekas yang tersedia .Kemudian dia pening dan seperti berputar-putar . Tekaknya terasa mual dan meloya . Dia begitu mengharapkan dia ada membawa minyak angina di begnya dan mencari sesuatu .
Hampa .Lelaki disebelah menghulurkan minyak angin .Lia ambil tanpa memandang .

“ Thanks ! saya tak suka naik flight . Macam nil ah …mabuk udara .” Beritahu Lia sambil memicit kepala . Tanpa memandang lelaki itu , dia menghulurkan semula botol putih itu .

“ By the way .thank you “ Lia memaniskan bahasa dan terus memejamkan matanya kerana tidak tahan mabuk udara .
“ Lia tak apa –apa ?" Suara Iskandar memecah kesepian.
Sungguh Lia terperanjat . Iskandar .Ya …Iskandar di sebelahnya .Lia terkejut . Tidak percaya takdir yang tertulis.

“ Kau masih begini kan ? Degil tak bertempat ? Kenapa tak balik dengan Fazli ? “ Tanya Iskandar lembut .

Lia sungguh terharu. Terasa ingin dipeluknya Iskandar dan sandarkan resah ke bahunya . Sikap mengambil berat Iskandar seperti itu amat dirinduinya. Bebelan Iskandar itu mengingatkan kenangan di Kota Bharu, semasa membeli – belah hadiah hari jadi Iskandar dahulu .

Semua kenangan datang menerpa satu demi satu . Air jernih bertakung di kolam mata Lia . Dia menyeka dan cuba untuk tersenyum .Mata teduh Iskandar cukup menikam perasaan Lia. Darah tersirap ke muka .Lia terasa seperti dibakar .Hilang bicara di depan Iskandar .

“ Kau melarikan diri ? “ Tanya Iskandar .Menduga hati Lia .
“ Urusan keluarga .” Lia menjawab bersahaja . Menahan getar di hati .
“ Kau nak berahsia dengan aku Lia. “ Tujah Iskandar .
Please…I am Sorry ! ….kau seorang ?” Lia mengubah tajuk perbualan .Iskandar merenung Lia lagi.Memang Lia tertewas dengan renungan Iskandar dan cuba berkalih duduk .
“ Aku seorang saja .Dari dulu sampai sekarang aku masih seorang Lia. Dan kau ? “ Iskandar menduga lagi .
“ Aku masih seorang Is…dari dulu hingga kini .” Lia memberi akuan yang cukup memeuaskan hati Iskandar ,fikirnya.

“ Macam mana kau boleh satu flight dengan aku? Dan, kau tak beritahu aku kau masuk USM ? Kau banyak kejutan Is? Kau buat aku hampir tidak mengenalimu “ Ujar Lia lembut .
Seperti ada talian yang mula bersambung . Perbualan mereka mula menjadi tenang.

“ Ada kau beri aku ruang waktu Lia? Aku ada hal keluarga. Apa yang kau tahu? Kau tinggalkan aku begitu saja, bersama suratmu .” Beritahu Iskandar .Segera terbayang surat Lia bertinta biru dulu.Kapal terbang masih bergerak .Pramugari membawa jus oren dua gelas .

“ Minum ? “ Iskandar bertanya lagi .Melihat keadaan Lia, dia gusar sedikit .
“ Tak nak…Lia tak sedap perut .” Jawabnya lagi .
“ Teman mu ….tak ikut ? “ Lia bertanya dengan teragak-agak.
“ Fatin , anak Datuk Rahim . Bukan teman istimewa aku . “ Balas Iskandar .Dia tahu Lia menduga hatinya .

“ Kau maafkan aku Lia? “ Iskandar bertanya lembut .Hancur luluh hati Lia mendengarnya . Saat itu dalam keadaan begitu , ingin dia menyatakan perasaannya .

“ Kau lupakan Villa Budi Bersemi dulu , di Datuk Patih? “ Tanya Iskandar lagi .
Lia membisu lagi . Terasa matanya berkaca .

“ Ada ruang untukku dihatimu Lia?? “ Tanya Iskandar lagi .
Lia diam lagi .Ingin diberitahu Iskandar seorang yang menghuni lubuk hatinya yang paling dalam . Namun, suaranya tertelan sendiri. Kenapa terlalu sukar meluahkannya.

Suara Kapten Kapal menyuruh semua penumpang memakai tali pinggang keselamatan menandakan akan mendarat sebentar lagi mematikan perbualan mereka.Lia diam berjurus-jurus .Tiada kata-kata buat Iskandar .Tiada bicara buat insan bermata teduh itu .

Penerbangan sampai ke destinasinya. Lia memandang Iskandar , saling berpandangan .Mata mereka bersatu .Kemudiannya Lia menunduk .Tak mampu menentang mata teduh Iskandar . Semua penumpang turun. Mereka berhenti di ruang menunggu .

“ Aku mencari mu di merata tempat , lalu aku menukar universitiku . Untuk mu Lia . “ Iskandar memberi akuan .

Lia diam . Benarkah Iskandar berpindah universiti kerana dia. Lia akan cari jawapannya dari Irwan nanti walaupun antara luka dan rindu . Lia berjalan lambat-lambat .Mencari Mama dan papa .Namun mengharap Iskandar akan memanggil.

Dia menoleh .Iskandar mula melangkah pergi. Kali ini, Iskandar menoleh.Lia pula menapak pergi . Sepi tertinggal di lapangan terbang Pengkalan Chepa .Mereka berpisah di situ .

1 comment:

asyiterukhwah said...

Wah...Sampai cam tu Iskandar sanggup...
tukar U sebab nak kejar perempuan yg di cintai....
bes6...
sambung...